Blog-list Malaysia |
- Dr Maza - Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam?
- Kesian Hasan Ali.. Makin Parah Penyakit Gila Babinya..
- Berdosa Bersekongkol Jatuhkan Kerajaan BN Yang Baik
- Boleh murtad jika perlekeh Islam - TGNA
- SB Menyesal Selepas 25 Tahun Menfitnah Pas
- Noh meracau disampuk 'hantu jadian' PKNS
- Scorpene: Jika tiada rasuah, kenapa halang peguam?
Dr Maza - Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam? Posted: 18 Nov 2012 11:11 PM PST |
Kesian Hasan Ali.. Makin Parah Penyakit Gila Babinya.. Posted: 18 Nov 2012 08:30 PM PST Hasan Ali: Muktamar Pas tidak sama seperti dahulu SHAH ALAM - Muktamar Tahunan Pas yang berakhir semalam disifatkan sebagai tidak menghayati dasar perjuangan Pas. Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, pemimpin Pas tidak menyebut mengenai dasar perjuangan Pas seperti di tahun-tahun lalu. Menurutnya, tiada pengisian penting seperti soal akidah, hukum hudud dan negara Islam seperti yang sering dilaungkan. "Ia pastinya mengecewakan ahli Pas yang mencecah hampir sejuta orang," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, Pas menerusi muktamar kali ini tidak ubah seperti parti pilihan raya. "Kepimpinan Pas, sama ada Presiden mahupun Mursyidul Amnya, seperti hendak lari daripada berbicara mengenai isu akidah yang saat ini menjadi kontroversi. "Saya dapati, ucapan Presiden seperti di dalam persidangan DAP dan PKR sahaja," katanya, yang kini Presiden Jati, sebuah badan untuk martabatkan umat. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu turut melahirkan rasa kecewa Presiden Pas juga hampir tiada menyebut perjuangan parti seperti jihad dan usaha melahirkan pemimpin muda. "Kerana itu saya menganggap di muktamar kali ini, Pas hanya parti pilihan raya. Sungguhpun ada segelintir perwakilan menyebut perkara pokok perjuangan, namun ia masih tidak lari dari lingkungan untuk pilihan raya semata-mata. Ini benar-benar berlainan dengan muktamar lalu," katanya. Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha menganggap terdapat kesilapan dan kelemahan pada muktamar kali ini kerana isu akidah tidak dibahaskan. Menurutnya, pendirian Dewan Ulama Pas yang lebih selektif boleh menyebabkan masyarakat kurang percaya kepada pendirian dan perjuangan Pas. "Mungkin Pas tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak berikutan isu akidah ini. Itu silap kerana sebagai parti yang memperjuangkan Islam, Pas tidak harus gentar, berdepan isu sebegini," katanya. Bagaimanapun, beliau memuji muktamar kali ini yang dianggap berjaya dalam menterjemahkan isu Negara Berkebajikan. SinarHarian |
Berdosa Bersekongkol Jatuhkan Kerajaan BN Yang Baik Posted: 18 Nov 2012 04:00 PM PST Kah kah kah....ha ha ha....wa ka ka ka ka ka..gelak nguling pering aku. Gitu terdesak sangat puak puak ini ceduk fatwa dari Masjid Haram. Parti sapu sana, parti sapu sini dikatakan baeekkKKK...ha ha ha ha. Berapa banyak khazanah negara lesap, berapa banyak tanah negara tergadai berapa banyak lembu lembu jadi mangsa ...berapa banyak blah blahhHH blahhHH... ishhh banyak sungguh kalau aku nak tulis . Woi !! dulu boleh la hangpa nak tipu pengundi..zamang le nie he he he...jangan harap la.. Semua maklumat di hujung jari, seminit sahaja diperlukan oleh rakyat untuk menilai sesuatu isu. Dulu boleh la kerana tiada kemudahan IT ,bila kami layan TV kerajaan kepala jadi biul ,tapi le nie soryyy kami dah cerdik , TV penjilat ini hanya boleh dipakai dan di percayai hanya cerita Upin Dan Ipin ja yang lain karut segalanya ha ha ha ha. Inggat !! PRU 13 nanti kita pakat tolak parti BN .Jika Pakatan Rakyat tak bagus Barisan Nasioanl lagi lagi tak bagus. ha ha ha Dah lama sangat BN. batuvskayu.blogspot.com |
Boleh murtad jika perlekeh Islam - TGNA Posted: 18 Nov 2012 08:39 AM PST KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam). Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini. "Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia. "Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini. Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu. "PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja. "Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi. Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad. Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri. "Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang. Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut; Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya. Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam: 1. "Hukum apa ini?" 2. "Hukum ini sudah lapuk." 3. "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan." 4. "Dalam zaman yang serba maju ini kaum wania tak perlu dibungkus-bungkus." 5. "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?" 6. "Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?" 7. "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?" 8. "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju." 9. Berkata: "Perbuatan yang demikian tidak beradab" – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya. 10. Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat. 11. Berkata: "Si anu dah mulai menyalak" – semasa ia mendengar azannya. 12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya. 13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim. http://shalehudin.blogspot.com/2012/11/bangsa-umno-wajib-baca-neh-ikut-tak.html |
SB Menyesal Selepas 25 Tahun Menfitnah Pas Posted: 18 Nov 2012 06:59 AM PST Kota Bharu: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis. "Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas..... saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu. "Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat. Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat. "Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya. Cabar Majlis Fatwa Pada masa sama beliau yang juga bekas OCPD itu turut mencabar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tentang gaji yang diperoleh oleh mana-mana calon yang menang pilihan raya melalui penipuan pilihan raya. "Saya nak cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya kemudian menang. Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana dengan gaji mereka. "Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakil 'haram'. "Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?" "Ya gaji yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya balik ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat. Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk. Ditambah pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar dan paling malang mereka ini didaftarkan sebagai pengundi. Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur. "Kalau bersih! sudah tentu kita sapu bersih Umno BN. Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diringi takbir para perwakilan. |
Noh meracau disampuk 'hantu jadian' PKNS Posted: 18 Nov 2012 05:54 AM PST Nov 18 - Menteri Pertanian, Noh Omar sekali lagi memperlihatkan bagaimana beliau kekeringan isu dan berhati busuk bagi seorang yang bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor. Setelah beberapa isu yang telah beliau 'dedahkan' memakan diri sendiri, kini Noh mereka cipta satu lagi isu 'sensasi' yang kononnya diharapkan dapat menekan PKNS dan sekaligus menyerang Pakatan Rakyat. Noh mendakwa kononnya anak syarikat PKNS, Worldwide Holdings, merancang menjual kepentingannya bernilai RM150 juta kepada Bukan Bumiputra. Menggunakan senjata media tidak bermaruah seperti Utusan Malaysia dan Bernama, Noh serta UMNO menjaja isu ini ke seluruh negara kononnya Pakatan dan PKNS menjual hak Melayu. Isu-isu tanpa asas yang dikokok oleh Noh turut dipaparkan dalam portal berita alternatif yang tidak berusaha mendapat ulasan PKNS. Tidak cukup dengan itu, sebilangan pemimpin Pakatan Rakyat turut terpengaruh dengan hasutan fitnah Noh dan menyerang PKNS tanpa usul periksa. Worldwide adalah sebuah anak syarikat milik penuh PKNS dan tidak pernah timbul sebarang persoalan untuk menjual saham Worldwide kepada mana-mana pihak pun. Dengan bantuan juak-juak UMNO di dalam PKNS, Noh ingin menggagalkan usaha PKNS untuk meningkatkan daya saing serta keuntungan organisasi yang akan digunakan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik. Fakta sebenar yang dikaburi oleh Noh ialah PKNS mendapat tawaran daripada syarikat luar negara untuk membeli bangunan milik Worldwide (Menara Worldwide) bernilai RM350 juta tetapi PKNS tidak berhasrat menjual bangunan tersebut. Sebaliknya, Worldwide akan memindahkan milikan bangunan tersebut kepada sebuah lagi anak syarikat milik penuh PKNS dengan nilai RM250 juta sahaja; RM150 juta dalam bentuk pinjaman dan RM100 juta dalam bentuk tunai. Ini bermaksud PKNS dan Worldwide melepaskan peluang untuk membuat keuntungan tambahan sebanyak RM100 juta dan bertindak menguruskan sendiri bangunan tersebut. Seperti urusniaga biasa untuk mendaftar sebuah anak syarikat, PKNS membeli sebuah syarikat 'shell/dormant' bernilai RM2 yang akan ditukar milikan saham serta barisan pengarah syarikat tersebut kepada PKNS. Hanya disebabkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Setiausaha Syarikat mengambil masa untuk menukar nama pengarah dan milikan saham syarikat 'dormant' tersebut, Noh berkokok riuh sekampung. Sedangkan urusniaga korporat ini menurut nasihat badan profesional PriceWaterhouseCoopers (PwC) menurut best practice urusniaga kotporat. PKNS kini turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk daripada Transparency International dan SPRM dalam perlaksanaan tender terbuka, tadbir urus dan integriti korporat. Keuntungan tertinggi yang dicatat oleh PKNS sebanyak RM420 juta pada 2011, telah membolehkan PKNS mengagihkan keuntungan menerusi bonus kepada warga kerja PKNS, 98% adalah di kalangan orang Melayu. Keuntungan ini juga membolehkan PKNS kini sedang membina 2,761 unit rumah mampu milik dan merancang membina tambahan 9,241 unit rumah mampu milik dalam masa 8 tahun ke hadapan. Oleh itu, tidak timbul langsung isu PKNS atau Worldwide menjual saham kepada sesiapapun, Melayu atau Bukan Melayu. Yang nyata ialah, kerja-kerja propaganda Noh dan Utusan tidak bersandarkan fakta tetapi merupakan ilusi dan fitnah untuk mencalarkan imej PKNS dan Pakatan Rakyat. Wajar untuk kita renungi firman Allah S.W.T. : "Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan" (Al-Hujurat:6) |
Scorpene: Jika tiada rasuah, kenapa halang peguam? Posted: 18 Nov 2012 04:23 AM PST KUALA LUMPUR 18 Nov:Tindakan kerajaan menghalang dua peguam Perancis ke Malaysia mengukuhkan dakwaan rasuah dalam pembelian Scorpene, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. "Halangan akan menguatkan persepsi masyarakat dunia bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan rasuah (dalam kes Scorpene). Perkara ini mencemarkan imej Malaysia sendiri," "Kalau kerajaan telus, kalau tidak ada rasuah, kenapa takut?," soalnya mengulas jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Kelmarin, Hishamuddin menyatakan peguam terbabit, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan 'keputusan yang dibuat' Mengulas lanjut, Sivarasa menegaskan kes mengenai Scorpene difailkan di Mahkamah Perancis kerana kerajaan enggan menjalankan siasatan. "Sebab itu kita adakan taklimat di parlimen. Bukan sahaja Pakatan Rakyat, malah ahli parlimen BN juga boleh mendengar status siasatan," tambah beliau. Sementara itu ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula hairan dengan alasan kerajaan bahawa taklimat itu kononnya mengancam keselamatan. "Sebelum ini mereka ganggu Suaram. Sekarang halang peguam dengan memperguna jabatan Imigresen dan Polis. Ini dolak dalik mereka yang ketakutan," kata Tian. Sebelum ini, kedua-duap peguam berkenaan dijadual memberi taklimat berhubung kes Scorpene di parlimen pada 22 November ini. Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November 2012. Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William Bourdon ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan