Isnin, 19 November 2012

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


MEROBEK BENTENG LAWAN

Posted: 18 Nov 2012 09:15 PM PST

Muktamar PAS 58 dilabuhkan dengan gemilang. Perbahasan yang dinilai sangat bermutu. Kebijaksanaan perwakilan menyelami mesej presiden terserlah melalui perbahasan. Halatuju perjuangan PAS digarap dengan sangat bermutu...  Walaupun jangkaan pemerhati bahawa muktamar PAS ke 58 akan panas dengan isu dalaman dan rakan PR rupanya hanya igauan umNO Bn dan sekutunya.

Pujian menggunung terhadap pergulungan Presiden diterima luar dan dalam. Bukan menghairankan, ketokohan Tg Presiden sebenarnya tertonjol semula, setelah ditenggelamkan dengan isu yang dicipta  dalam beberapa muktamar sebelumnya. Ucapan Tg Presiden jika dinilai dengan hati yang jujur memang sangat menyerlah tahun demi tahun. Ia berkait rapat terhadap suasana semasa terutama isu yang dimainkan media.

 Ketokohan TG Presiden tenggelam dalam beberapa muktamar lalu kerana pergolakan dalaman, namun kini ketokokohan tersebut terserlah kembali apabila pimpinan dilihat berpadu khususnya bagi menghadapi PRU 13. Sifat Tg Presiden yang menolak cadangan menjadi PM juga dilihat menjadikan ketokohanya sebagai pemimpin berjiwa besar semakin terserlah.

Bertuahnya PAS sebagai sebuah gerakan Islam memiliki seorang pemimpin yang mewakafkan dirinya untuk perjuangan Islam. Di harapkan sifat dan kegigihan Presiden menjadi contoh kepada pimpinan lain samada ulama atau bukan ulama. Ia juga wajar menjadi tauladan bagi pejuang PAS di semua peringkat.

Ucapan muktamar ke 58 adalah ucapan pengerahan untuk semua peringkat melaksanakan kerja.. Ia bukan medan pujian yang melenakan. Ia juga bukan medan menyingkap kesilapan untuk dicanangkan. Ia medan tindakan bagi menghambat " syaitan dikenali"...

Beberapa isu yang cuba dimainkan oleh media penjilat seperti isu Nurul Izzah, Siapa Perdana Menteri dan umNO parti Murtad sewajarnya tidak dilayan secara keterlaluan. Masanya menyerang dan bukan bertahan... masanya merobek benteng lawan dan bukannya bercakaran dan saling menyalahkan..


KATAK CERITA DIA TERBANG...

Posted: 18 Nov 2012 08:35 AM PST

Sejak bile umNO kasih sangat dengan Islam ni??? memang dasar manusia bila dah nak "tumpo" mula ingat tuhan... masa senang... lupa... boleh rujuk surah Luqman...Apabila mereka diliputi oleh awan yang gelap (di laut.)... mereka berdoa dengan Ikhlas untuk agama... apabila sampai ke darat.. mereka mula menderhaka dan lupa kembali..

Akhir akhir ini umno rajin sangat cakap Islam... bile pulak deme nak ke Islam... Muka yang cakap Islam hari ni la yang dok anti Islam dulu... sapa tak kenal Mahathir yang halang hudud dan kata Rasul tak potong janggut sebab tak de pisau cukur... sapa yang kata nak makan sup tangan pegi Kelantan... sapa yang kata habis batu... kawan sapa yang kata laksanan hudud  rosak ekonomi...bla..bla... (banyak sangat)...
 tetiba puok umNo le yang serang Nurul Izzah macam nak gila... aku tak kata Izzah betul...tapi kata kata Izzah itu perlukan penafsiran dari pengucapnya... sebab tak jelas... macvam orang nak cerai kata ... aku hantar balik rumah ma hang..... malah kata kata Izzah lebih bermaksud penafsiran ayat tidak ada paksaan dalam agama...

Kalau pun benar... Nurul Izzah telah jelaskan maksud kata katanya ... jika pun dia bermaksud begitu... penjelasannya adalah bukti maksudnya tidak mengizinkan murtad... takkan itupun tak pandai nak paham...

Setelah isu itu tak laku...umNO jual pulok isu doa mohon kehancuran... Najib pun dah jadi macam Tok Mufti... Janggal betul bile Najib cakap agama... eeeee... geli geleman...

Apabila kita rasa di zalimi... maka tak salah doakan orang yang zalim itu dimusnahkan Allah... memang berdoa agar mereka mendapat hidayah lebih baik, tapi tak salah mendoakan kehancuran apabila mereka terlalu zalim...

Mendoakan umNO hancor bukan beerti mendoakan orang umNO hancor... umNO adalah organisasi... bukan individu... tapi semua orang tahu macam mana umNO ambik nafas macam ikan dah kering air...

umNO cakap pasal Islam ni macam katak cerita di terbang..

Tiada ulasan: