Sabtu, 10 November 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Setiausaha Agung Umno Letak Jawatan

Posted: 10 Nov 2012 12:42 AM PST

Semasa di lapangan terbang Subang kelmarin dulu saya berjumpa dengan seorang ahli Umno peringkat bahagian. Kalau tidak salah inilah pertama kali saya berjumpa dengannya dan bercakap lama dengan beliau. Kelewatan kapal terbang yang hendak kami naiki memberi peluang saya mendengar ceritanya.

Dia mengenali saya sebagai seorang penulis dan wartawan. Jadi saya kira apa yang dia ceritakan adalah jujur dan bukan mengada-ngadakan cerita. Banyak yang dicerita dalam masa lebih dua jam itu. Kapal kami lewat. Semua cerita menggambarkan Umno dalam keadaan tenat untuk mengekalkan kuasa hari ini.

Dalam banyak-banyak cerita negatif mengenai Umno itu timbullah soal Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor yang kononnya sakit dan akan melepaskan jawatan. "You tahukan Teuku Adnan sakit," tanya dia kepada saya. Saya menggeleng kepala.


"Dia sakit dan hendak letak jawatan." Katanya. Surat perletakan jawatan sudah pun diserahkan kepada Presiden, Najib Razak. Tetapi Najib tahan dulu tunggu sampai selesai perhimpunan agung Umno dua minggu lagi.

Saya mengasak ahli itu apakah sebab musababnya, masakan soal sakit, biasanya orang politik bagaimana sakit sekali pun dia tidak mudah untuk berundur. Jawatan dan kuasa adalah obat bagi orang politik.

Dia mulanya tidak mahu mencerita keadaan Teuku Adnan lebih lanjut, tetapi selepas diasak dia menjawab; "Teuku Adnan juga sudah mnenghidu yang Umno akan kalah," katanya, menyebabkan saya terperagah.

Sekali lagi berkebetulan semasa balik semalam saya terjumpa pula dengan seorang bakal calon Umno di Kelantan. Sekali lagi kapal terbang yang hendak dinaiki lewat dan memberi kesempatan kami berbual fasal Umno. Di celah-celah perbualan itu saya menyebut fasal Teuku Adnan ingin merisik khabar sejauh mana kebenaran apa yang diceritakan oleh ahli jawatankuasa bahagian itu.

"Betulkah setiausaha agung Umno hendak letak jawatan"? Tanya saya.

"Dengarnya begitulah," jawabannya ringkas. Saya tidak mahu memanjangkan persoalan dan mendiamkan diri saja. Bagi saya jawaban yang diberi menerusi bahasa badan itu sudah cukup untuk dijadikan maklumat mengorek perkara ini lebih lanjut.

Sementara itu dari sumber lain pula memberi tahu, katanya Teuku Adnan juga tidak akan mempertahankan kerusi Putrajaya dalam pilihan raya akan datang? Alasan bukan sakit tetapi katanya dia sudah dapat mengesan pegawai kerajaan akan membuat kejutan dalam pilihan raya kali ini. Cerita mengenai Teuku Adnan ini menarik dan perlu diselidiki. - mso


Semua Ahli Parlimen mesti hadir dalam taklimat dua orang peguam Perancis

Posted: 09 Nov 2012 10:57 PM PST

Rakyat perlu diberikan sepenuh pengetahuan dan fakta tentang isu pembelian kapal selam Scorpene yang tidak habis-habis diperkatakan sekarang ini. Isu ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan dan 'law-makers' negara kerana ini merupakan satu skandal yang teramat besar yang melibatkan wang rakyat. Ia juga hampir sama besar dengan skandal PKFZ yang melibatkan pimpinan BN dan berkaitan dengan beberapa Menteri dalam pentadbiran Dr Mahathir dan Abdullah Badawi.

Ia berkaitan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan oleh kerana ia melibatkan pihak yang berkuasa, ia amat susah untuk ditampilkan dengan setelus-telusnya kepada penghakiman rakyat. Saya mengajak seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini untuk memberikan perhatian serius dan mengamati dengan sesungguh-sungguhnya isu-isu ini kerana rakyat sudah tidak tertanggung lagi kelakuan pihak-pihak yang begitu jahil dan tidak menganggap mengambil rasuah sebagai satu jenayah yang terlalu besar ini.


Mesti ada pihak yang terlibat. Ia tidak boleh dinafikan dengan alasan tiada bukti kukuh dan sebagainya. Kita juga mahukan bukti yang wang itu tidak dibelanjakan seperti yang dituduh jika alasan tiada bukti itu menjadi alasan untuk menutup kes-kes seperti ini. Kita tidak mahu berlaku seperti kes PKFZ yang sedang dalam penghakiman mahkamah dengan alasan tiada kes penipuan seperti yang disebut oleh Dr Mahathir tetapi pihak defendant (kerajaan) wajar juga membuktikan yang wang sejumlah yang disebut dalam isu ini tidak dibelanjakan. Kita tidak mahu mendengar dan menerima yang tiada kes seperti yang dituduh tetapi wang yang begitu besar telah dibelanjakan.

Pada 22hb Nov ini, dua orang peguam Perancis akan tiba di Parlimen Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia di atas jemputan Ketua Pembangkang Malaysia, Saudara Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, telah mengesahkan yang William Bourdon dan Joseph Breman akan datang ke Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia.

Rakyat mesti memberikan perhatian tentang isu sebesar ini. Kita berharap tidak akan ada halangan-halangan yang akan dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan dan Parlimen kerana jika tidak ada elemen-elemen rasuah seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak itu, tidak ada sebab ada pihak yang takut dan cuba menghalang kedua-dua peguam ini untuk datang dan memberikan taklimat kepada rakyat Malaysia melalui wakil-wakil mereka di Parlimen.

Kalau pihak yang dikaitkan dengan isu ini benar-benar tidak bersalah, tidak ada sebab taklimat dua peguam ini kepada rakyat Malaysia ditolak dan dihalang untuk memberikan taklimat ini dengan semudah-mudahnya. Malahan pihak berkuasa, seperti Najib sendiri, mesti memberi segala kerjasama kerana beliau boleh memberikan keyakinan kepada pihak-pihak yang menuduh beliau terlibat itu mendapat kebenaran yang beliau adalah sebersih-bersih pemimpin yang tidak langsung terbabit dengan isu rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene ini.

Kita akan lihat, jika ada usaha pihak Parlimen dan kerajaan untuk menghalang kehadiran kedua-dua peguam ini maka sekali gus rakyat akan yakin yang Najib serta mereka yang menuduh itu ada kebenarannya.

Ketua pembangkang telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamudin untuk meminta kepastian yang kemasukan kedua-dua peguam ini ke Malaysia tidak dihalang dan Hisham sepatutnya memberikan jawapan 'ya' dengan secepat mungkin.

Kita semua ingin tahu pandangan dan penyiasatan yang dilakukan oleh kedua-dua peguam Perancis ini kerana ia melibatkan wang rakyat dan moral kepimpinan negara. Jika ada halangan dari pihak Kementerian Dalam Negeri, maka jangan disalahkan rakyat ramai mengekalkan persepsi mereka pucuk pimpinan kita benar-benar terlibat dengan kes Scorpene ini.

Jika perkara ini tidak diselesaikan, bagaimana Najib hendak menunaikan janji untuk mentadbir negara dengan sebaik mungkin sedangkan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa memandang serong terhadap beliau? Lagipun bagaimana Najib hendak meyakinkan rakyat yang jika PR memerintah negara, negara akan bangkrap seperti yang beliau kata di mana-mana dalam siri kempen beliau di seluruh negara?

Jika pimpinan BN lebih cenderung untuk menunjukkan kepada kami rakyat di bawah ini yang mereka tidak jujur dengan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya, bukankah pihak BN itu yang mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang bangkrap?

http://aspanaliasnet.blogspot.com


Johor Bakal Tumbang Angkara Ghani Othman

Posted: 09 Nov 2012 08:42 PM PST

Cakap-cakap kebanyakan orang Umno Johor, Menteri Besarnya, Abdul Ghani Othman diberitakan sangat letih atau dengan kata lain betul-betul letih.

Tidak kurang juga yang merasa amat kasihan.

Dia kata dah letih kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan.

Yang peliknya ada yang berkata hasilnya kosong. Bermakna tak mendapat habuan politik.


Memang kasihan sungguh MB ini.

Sehubungan itu, Najib Altantuya juga kelihatan letih kerana asyik turun padang bagi memastikan rakyat yakin dengan Barisan Nasional (BN).

Atau dengan kata lain di hati rakyat hanya BN bukan Pakatan Rakyat yang buat janji kosong itu.

Dalam perhimpunan Agung Umno tahun 2010, Shafie Apdal meluahkan perasaan tak senang hati dengan perkembangan politik di negari kubu kuat Umno itu.

Naib Presiden Umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan Umno dalam PRU 13 nanti.

Perkara ini telah dinyatakan Ghani yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar-bandar di Johor, akan jatuh ka tangan Pembangkang, termasuklah pusat pentadbiran kerajaan negeri di Nusajaya.

Menteri Besar Johor telah membuat anggaran, 15 kawasan Parlimen daripada 26 keseluruhannya di negeri itu kedudukannya kini boleh dikatakan tak selamat.

Ada orang Umno sendiri yang kata, padan muka Ghani Othman, menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corporation (JCorp) yang mengalami kerugian besar.

JCorp yang dibina oleh Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai aset hampir bernilai RM14 billion.

Sejak Ali Hashim berhenti dari JCorp, Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan JCorp dengan membawa masuk beberapa orang luar, budak-budak yang belum tahu apa itu bisnes tak pandai mengendalikan JCorp dan anak-anak syarikatnya.

Terutama sekali ia membelakangkan pengurusan JCorp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun.

Siapa yang tidak marah.

Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman, Jamal dan Ahmad Mohamad.

Yang sedihnya, penasihat sebenar di belakang Ghani ialah Lim Kang Hoo "superman", tauke Danga Bay dan sekarang tugas mereka ini ialah untuk 'merompak' aset JCorp yang amat berharga saperti KFC Holdings dan QSR.

Hasilnya, tanah-tanah komersil dan akhirnya estet-estet yang dimiliki oleh Kulim.

Sesetengahnya berkata, jika umur panjang, tulislah dalam buku diari masing masing apa yang berlaku dalam masa lima tahun itu, semua harta-harta ini akan habis.

JCorp kini mempunyai hutang hampir RM3 billion, nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini, tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang JCorp menjadi RM 5.5 billion melalui anak-anak syarikatnya yang makin bermasalah.

Sebab itu Ali marah sekali, malangnya komennya tidak disiarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah disenarai hitamkan.

Ternyata Johor kini berdepan dengan situasi sulit mengekalkan statusnya sebagai 'tiang seri Umno' kerana tsunami politik fasa kedua bakal membadai negeri itu lebih dahsyat dari pilihanraya umum lalu.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/11/panas-johor-bakal-tumbang-angkara-ghani.html


Perbahasan Twitter Dengan Fathul Bari

Posted: 09 Nov 2012 05:12 PM PST

Beberapa hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui Twitter yang panjang lebar dengan Fathul Bari. Ia pada mulanya berkisar mengenai kenyataan Chua Soi Lek (CSL), Presiden parti MCA berhubung perlaksanaan hudud. Kemudiannya ia telah meleret sehingga melibatkan persoalan PAS dan perjuangannya.

Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: "Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL". Oleh kerana Fathul Bari turut 'ditag' dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut. Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk.


Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya. Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan.

Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR!

Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut:

1. Fathul bela CSL.
2. Kenyataan Karpal berbanding CSL.
3. Sejarah latar belakang kenyataan Karpal.
4. Parti Islam dan yang bukan parti Islam.
5. Bersatu atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO?
6. Kerjasama atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO.
7. Soal hudud dan perlaksanaannya.
8. Soal mendapatkan izin DAP.
9. Soal memilih di antara DAP dan UMNO.

Saya akan membuat posting satu atau dua tajuk setiap hari, menjelas dan mengupasnya dan bagi yang berminat bolehlah mereka memberi komen di Blog, Twitter atau pun Facebook. Yang mana yang sempat saya akan respond. Yang mana yang tidak, saya minta maaf terlebih dahulu.

1. FATHUL BELA CSL

Tuduhan saya bahawa Fathul bela CSL dibuat selepas saya menonton video yang dipos di Blog tertentu yang mana linknya diberi oleh tukang twit pertama. Saya melihat memang betul Fathul menyatakan kenyataan CSL dan Karpal Singh, kedua-duanya tidak patut dikeluarkan mereka kerana ianya menggangu sensitiviti ummat Islam. Namun bagi saya itu semua hanya 'ayat bunga-bunga' sahaja kerana apa yang dikatakan di hujung video tersebut adalah mesej sebenar yang hendak disampaikan.

Di penghujung video tersebut Fathul mengatakan kenyataan Karpal adalah lebih parah kerana Karpal sebut "langkah mayat saya" sedangkan CSL hanya menolak 'hudud PAS' bukan hudud Islam. Kenyataan Fathul jelas mengiakan kata-kata CSL dan membelanya, memberi gambaran apa yang dikatakan tidak ada kena mengena dengan Islam itu sendiri. Kalau dilihat, ianya bercanggah dengan ucapan bunga-bunga Fathul yang lebih awal yang mengatakan ucapan CSL juga menyentuh sensitiviti ummat Islam.

Ini persepsi saya terhadap video berkenaan. Ianya dibuat dengan tujuan membela CSL.

Hujjah 'hudud PAS' memberi lesen kepada sesiapa sahaja, khususnya CSL, untuk memperlekehkan apa yang telah diusahakan oleh PAS dalam menghasilkan sebuah enakmen supaya sistem perundangan Islam, khusus hudud, dapat dilaksanakan. Enakmen ini merupakan usaha mulia dari berbagai pihak untuk menghasilkan enakmen yang menepati tuntutan Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Termasuk di dalamnya adalah hukuman terhadap kesalahan zina, qazaf, mencuri dan lain-lain yang telah disebut secara khusus di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).

Mungkin ada aspek-aspek yang tertentu ada perbezaan pendapat dan tidak dipersetujui oleh Fathul, itu perkara biasa. Namun untuk menolaknya secara mutlak dan keseluruhan adalah tindakan tidak bertanggung-jawab di mana sudah pasti akan ada bahagian-bahagian yang ditolak yang merupakan hukum Qat'i yang telah ditetapkan Allah. Kalau ada cacat celanya atau kekurangan dalam menghasilkannya, usaha manusia sememangnya begitu walaupun dalam menghasilkan undang-undang dari Al-Quran dan Sunnah. Apa yang patut diusahakan oleh Fathul ialah untuk menjelaskan apa dia yang tidak dipersetujui dan meminta ianya dikaji semula berdasarkan hujjah dan dalil. Bukan memberi lesen pada CSL atau mana-mana pihak menolaknya dan memperlekehkannya secara total.

Saya yakin Fathul sendiri memahami persoalan ini. Sudah pasti beliau juga sedar bahawa usaha sebegini langsung tidak dilakukan oleh UMNO yang memegang teraju kekuasaan dewasa ini. Demi menutup kekurangan UMNO dan kegagalannya, maka hujjah yang paling mudah dan paling lekeh ialah untuk menolak enakmen hudud berkenaan atas alasan ianya 'hudud PAS' tanpa membentangkan enakmen hudud yang kononnya menepati kehendak Islam. Dan atas alasan itu kebiadapan CSL dihalalkan ulama UMNO muda ini.

Itulah sebabnya saya menyatakan Fathul bela CSL.

Bersambung...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


SIS: Kebebasan beragama termasuk menukar agama

Posted: 09 Nov 2012 03:50 PM PST

KUALA LUMPUR,— Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.

Dalam kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut.

"Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit," menurut SIS dalam kenyataan medianya.


Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya.

"Islam bukanlah agama jalan sehala," kata Suri.

Kenyataan naib presiden PKR, dalam forum berkenaan dengan isu negara Islam di Subang Jaya Sabtu lalu telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin agama dan pemimpin Umno dengan mengatakan beliau menggalakkan murtad.

Nurul Izzah telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menjelaskan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan ke atas akhbar yang dimiliki Umno, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog kerana memutarbelitkan kenyataannya.

Murtad dan kebebasan beragama adalah isu sensitif di Malaysia, di mana Melayu — yang mewakili 60 peratus dari 28 juta penduduk — dari segi Perlembagaan adalah Muslim.

Sementara kebebasan untuk beragama adalah dijamin bagi bukan Muslim di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, semua orang Melayu adalah Muslim di bawah undang-undang.

Undang-undang Islam melarang Muslim dari keluar dari agama tersebut dan undang-undang syariah negara ini telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengenakan hukuman kepada golongan murtad.

Dengan mempunyai dua sistem perundangan syariah dan persekutuan, ianya sering mencetus kontroversi dalam kebebasan beragama di bawah artikel 11 apabila orang Muslim cuba untuk keluar dari agamanya.

Ini boleh dilihat dalam kes Lina Joy (Azalina Jailani), Revathi Massosai dan Nyonya Tahir (Wong Ah Kiu).

-The Malaysian Insider


Takut hilang sokongan masyarakat India punca Najib jumpa Hindraf

Posted: 09 Nov 2012 02:51 PM PST

Hasrat Perdana Menteri untuk bertemu badan bukan kerajaan (NGO), Hindraf kerana tergugat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertemu kumpulan itu, awal bulan lalu.

Bekas pemimpin Hindraf, S Jayathas berkata, tindakan itu membuktikan Datuk Seri Najib Razak bimbang terhadap sokongan rakyat India yang dilihat semakin condong ke arah Pakatan Rakyat.

"Najib begitu takut kehilangan pengundi India sekarang, lebih-lebih lagi bila melihat Anwar sudah bertemu Hindraf," katanya ketika dihubungi.


Beliau yang baru menyertai KEADILAN Oktober lalu turut menasihati pemimpin Hindraf agar tidak perlu membuang masa bertemu Najib kerana terbukti selama ini kerajaan tidak pernah ambil peduli kesulitan yang dihadapi kaum India.

"Barisan Nasional sudah perintah 50 tahun, apa isu kaum India yang mereka selesaikan? Tak berbaloi untuk Hindraf bertemu Najib, sebab beliau tak mampu selesaikan apa-apa pun," katanya.

Pada 2 November lalu, delegasi Hindraf diketuai pengerusi pergerakan itu, P Waythamoorthy bertemu Anwar bersama pemimpin KEADILAN lain termasuk Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa.

Pertemuan itu bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India, sebelum Najib mengumumkan menghantar jemputan untuk bertemu.

http://www.keadilandaily.com/?p=39264


Kenyataan Izzah dimanipulasi supaya nampak teruk – Imam Muda

Posted: 09 Nov 2012 04:57 AM PST

KUALA LUMPUR 9 November: Juara program realiti Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Ridzuan berkata, ada pihak sengaja memperbesarkan isu murtad dan kebebasan beragama supaya nampak teruk dan dijadikan topik hangat, sedangkan ia perkara biasa yang sering dibincang dalam majlis ilmu.

"Isu ini jadi menarik dan sensitif kerana ia telah dimanipulasi, dibesar-besarkan sehingga kita rasa perkara ini sangat teruk dan perlu untuk dibincangkan," katanya merujuk kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama yang diputar belit oleh Utusan dan media pro-BN.


Beliau berkata demikian dalam forum 'Kebebasan beragama atau murtad?' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Dalam Islam, Asyraf berkata, tiada tuntutan untuk memaksa orang lain percaya dengan keyakinan dan pendapat seseorang.

"Setiap individu bebas untuk memberi pendapat, melahir dan bertukar pandangan, bebas untuk masuk agama Islam tanpa paksaan. Namun, apabila berada dalam Islam, ikutlah syariah sebetulnya," katanya.

Pendakwah, Wan Ji Wan Hussin pula berkata, dalam agama tidak perlu ada unsur memaksa untuk melahirkan penganut yang berkualiti.

"Dalam bercintapun kita kena telus apatah lagi dalam beragama, kita tidak perlu menghukum murtad, tapi berdakwahlah," katanya yang dikenali sebagai Ustaz Wan Ji.

"Ubat kepada penyakit murtad adalah keyakinan, dan keyakinan diperoleh melalui kebebasan," jelas beliau.

Wan Ji turut mempersoal tindakan pihak yang cuba mengkritik isu murtad dan agama walhal tidak mendalami isu tersebut.

"Ini yang (saya) nak komen Saifuddin Abdullah, Khairy Jamaluddin, Perkasa, jangan jadikan pemikiran rakyat itu semakin sempit," tegasnya.

Panelis lain dalam forum itu adalah penulis lirik, Hasmi Hashim dan bekas Setiausaha Akhbar Ketua Pembangkang, Eekmal Ahmad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari pula sebagai moderator.

Umno guna agama untuk takutkan Melayu

Mengulas sama serangan terhadap Izzah, Hasmi berkata, Umno BN gunakan isu agama sejak 50 tahun lalu sebagai ancaman untuk takutkan orang Melayu.

"(Kerajaan) menggunakan elemen politik ketakutan sebagai senjata politik mereka untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Dan ketakutan itu boleh dinamakan atas nama agama, bangsa ataupun raja-raja," katanya.

Ketua Cabang KEADILAN Parit Sulong itu mempersoal sikap kerajaan yang hanya berminat menjadikan isu agama sebagai polemik dan bukan mencari jalan penyelesaian.

"Kenapa tidak diadakan debat atau forum seperti ini di media arus perdana? Hanya membesarkan isu tanpa yang dituduh diberi sedikit peluang pun untuk membela diri," tegasnya.

Justeru kata Hasmi, perbincangan seperti itu perlu diadakan di media massa dan semua pihak wajar diberi ruang.

Beliau menyeru generasi muda memikirkan semula sama ada strategi itu masih relevan untuk diaplikasi pada masa kini.

Forum itu dihadiri lebih kurang 200 hadirin dan turut mendapat sambutan golongan bukan Islam.


Nurul Izzah Tak Bernasib Baik Kerana Berada Dipihak Pembangkang

Posted: 09 Nov 2012 03:54 AM PST

Nik Aziz pertahan Nurul Izzah, anggap kenyataan celaru

KOTA BHARU - Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.


Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.

"Kebelakangan ini bising pasal (kenyataan) Nurul Izzah, kesnya sebab apa? Sebabnya dia pembangkang, kalau dia bukan pembangkang pasti tidak mengapa.

"Bekas Ketua Polis pernah kata saya bapa kafir tetapi semua senyap belaka, sebabnya dia menuduh Nik Aziz yang merupakan pembangkang, jadi kata apa pun surat khabar senyap, radio senyap.

"Tetapi apabila Nurul Izzah buat keluar sedikit kenyataan, walaupun kenyataan dia boleh jadi celaru sungguh, tetapi geger gegok (amat riuh) lebih daripada meriam buluh, meriam besi," katanya semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.


JMM: 'Nazri perlu terima teguran kita, bukan cabar'

Posted: 09 Nov 2012 02:29 AM PST

SHAH ALAM - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tetap dengan pendiriannya menyatakan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai "liabiliti" kepada Barisan Nasional (BN) meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri menolak tanggapan sedemikian.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu berdasarkan maklumat diperolehi daripada rakyat.


Sehubungan itu, Azwanddin menegaskan, reaksi Nazri kelmarin menunjukkan beliau angkuh dan hanya mengutamakan kepentingan peribadi, bukannya parti.

Tambahnya, "sepatutnya Nazri bertindak mengeluarkan kenyataan yang lebih matang, bukan mencabar saya bertanding di tempatnya."

"Kita tegur daripada pemerhatian dan kita dengar orang yang bercakap di belakang, kita tak ada niat untuk burukkan beliau, kita nak membantu parti itu.

"Tapi bila kenyataannya keluar hari ini (kelmarin), saya tengok beliau begitu angkuh dan sepatutnya beliau kena keluarkan kenyataan yang lebih matang dan menerima teguran kita sebagai wakil kepada rakyat.

"Kita tetap pendirian katakan beliau memang liabiliti BN dari segi isu rasuah," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam reaksinya kelmarin, Nazri berkata, "saya aset (kepada parti), bukan liabiliti."

"Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka (pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.

"Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti sama ada saya ni aset atau liabiliti kepada BN," katanya.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, Nazri seharusnya menerima pandangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi teguran demi kepentingan parti dan bukan mengeluarkan kenyataan mengikut emosi.

Beliau berkata, NGO hanya bertindak sebagai pemerhati bebas dan memberi teguran tanpa mempunyai agenda untuk memburukkan sesiapa terutama pemimpin-pemimpin negara.

"Kita bercakap untuk kebaikan BN, tapi beliau keluarkan kenyataan untuk kepentingan peribadi.

"Beliau sepatutnya terima pandangan kita, dan menjawab dengan baik untuk kebaikan bersama dan beliau memang bebas untuk bercakap," katanya sambil menambah, kekesalan terhadap kenyataan Nazri yang disifatkan sebagai "keanak-anakan."

- SinarHarian


Anwar Ada Kaitan Dalam AES - Kenyataan Presiden MCA Yang Paling Bangang Dalam Dunia

Posted: 09 Nov 2012 01:13 AM PST

Chua dakwa projek AES mungkin boleh dikaitkan dengan Anwar.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa bahawa bekas ADUN Umno Johor yang syarikat anaknya telah dianugerahkan projek kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), adalah sangat rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA semalam, Chua mendakwa, malah Anwar sering mengunjungi rumah bekas ADUN tersebut apabila dia (Anwar) pergi ke sana (kawasan pilihan raya bekas ADUN berkenaan).

Chua yang juga bekas ahli exco kerajaan Johor selama empat penggal mendakwa pemberian projek AES itu mungkin boleh dikaitkan dengan Anwar.


Ahli jawatankuasa pusat PKR, Chang Lih Khang mendakwa baru-baru ini bahawa Pengarah Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan, yang juga pemegang saham terbesar, adalah anak perempuan sulung bekas ADUN Peserai, Tan Sri Datuk Redzuan Salim dan bekas ADUN Sri Medan, Atkah Abdullah.

Syarikat dan ATES Sdn Bhd telah dianugerahkan projek AES oleh kerajaan, yang akan memasang kamera canggih di 1,300 lokasi di seluruh negara.

Chang juga mendakwa bahawa sepupu Rozana juga seorang ADUN di Johor.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri, telah dipecat pada 1998 dan kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan liwat. Beliau dibebaskan pada tahun 2004, selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan terhadapnya.

Chua (kanan) juga menolak tuduhan pembangkang bahawa kerajaan dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha telah mengamalkan kronisme.

"Saya tidak tahu bagaimana anda mendefinasikan kronisme. Umno mempunyai kira-kira 3.5 juta ahli dan MCA kini mempunyai kira-kira 1.1 juta ahli.

"Jadi, apa jua projek yang mereka lakukan, ada antara orang-orang ini akan mendapatnya dan itu tidak bermakna kronisme," katanya.

Beliau juga berkata perbincangan mengenai projek AES bermula pada tahun 2005 dan masih berterusan pada hari ini, "jadi ini adalah sebahagian daripada 'spinning' politik yang terus diamalkan oleh Pakatan Rakyat".



TERKINI! ANWAR DISERANG DI KERTEH!

Posted: 09 Nov 2012 01:09 AM PST

Jelajah Merdeka Rakyat diserang lagi!

Kali ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama rombongannya dihalang lebih 20 ahli Perkasa dan Umno sejurus sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Kerteh, Terengganu.

Kehadiran ahli Perkasa itu bermula apabila mengetahui rombongan bas dua tingkat jelajah itu singgah di masjid tersebut kira-kira jam 1 tengah hari ta


Bagaimanapun, Anwar dilindungi skuad keselamatan yang sudah bersedia sebaik mendapat maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menyebabkan kawalan keselamatan sekitar masjid itu dipertingkat setengah jam sebelum ketibaan bas yang membawa Anwar dan rombongannya.

Kejadian ini adalah kali kedua dilakukan Perkasa setelah insiden yang sama menimpa Anwar ketika bersolat Maghrib dan menyampaikan tazkriah di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada 2 September lalu.

Polis dilihat belum tiba ketika Anwar dan rombongannya menyebabkan ahli Perkasa yang berada berhampiran tempat kejadian terlompat-lompat umpama beruk manakala kertas besar bertulisan provokasi dinaikkan kunun sebagai tanda protes terhadap rombongan Anwar yang mahu singgah menunaikan solat Jumaat.

Menurut jadual, Anwar dijangka singgah di Kampung Gelugor, Kerteh kira-kira jam 2.30 petang nanti.

Menurut saksi kejadian, ahli Perkasa yang berdemonstrasi itu bukan penduduk tempatan kerana mereka dipercayai tiba dari Kuala Terengganu.

Selain menjerit ketika azan berkumandang, ahli Perkasa biadap apabila dalam masa yang sama menghamburkan kata-kata kesat kira-kira 50 meter dari pintu masuk masjid sambil penduduk tempatan dilihat tidak menghiraukan gelagat bodoh ketika memasuki perkarangan masjid.

Dipercayai juga, satu lagi demonstrasi menunggu Anwar yang kini dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bertempat di Dataran Syahbandar jam 4.45 petang ini.


Tiada ulasan: