Selasa, 13 November 2012

Biaqpila

Biaqpila


Kereta Bob Lokman Diserang Gajah

Posted: 13 Nov 2012 02:00 PM PST

Grik - Bob Lokman, seorang selebriti yang kini bergiat berdakwah melalui Parti Islam Semalaysia PAS diberitakan bertembung dengan seekor gajah di Lebuh raya timur Barat. Beliau dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar tahunan PAS bersama beberapa buah kereta lain.

Menurut sumber, beliau yang menaiki kenderaan waja bertembung dengan gajah yang sedang melintas jalan. (no terpaksa dirahsiakan takut ada yang tikam ekor) .
Ketika berhenti, jarak beliau dengan gajah tersebut kira kira 30 meter. Tanpa menyedari lampu sportlight beliau terlupa dipadamkan, menyebabkan gajah tersebut naik minyak. Gajah tersebut diberitakan meluru ke arah kereta beliau dengan mengibaskan telinganya. sumber menyatakan, ketinggian kereta beliau separas dengan lutut gajah.

Gajah yang kelihatan panik terus menanduk bahagian hadapan kereta Bob hingga berlubang. Bob Lokman yang berada dalam kereta menjadi panik tanpa mampu berbuat apa-apa. Sumber juga menyebut, tandukan gading gajah tersebut menyebabkan bahagian belakang kereta yang dipenuhi barang terangkat.
Kejadian tersebut berlaku ketika pendakian berhampiran hentian puncak lebuhraya Timur Barat.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan selamat dan kini telah berada di Kelantan.

Sumber - Firuz Isa (ahli rombongan).

GK


JOM TENGOK PEMUDA UMNO BERKHATAN

Posted: 13 Nov 2012 04:11 AM PST


DEY MACHA!!!
SELAMAT BERKHATAN PEMUDA UMNO
SELAMA NI GUA INGAT
SYARAT NAK JADI PEMUDA UMNO WAJIB BERKHATAN
RUPA-RUPANYA ADA YANG BELUM BERKHATAN
PASAI TU KENA BUAT KHATAN PERDANA
UNTUK PEMUDA UMNO 1MALAYSIA
KAH! KAH! KAH!

SEMPENA MUSIM BERKHATAN NI
GUA NAK UCAPKAN
SELAMAT BERKHATAN KEPADA PEMUDA UMNO
DAN KEPADA ADIK-ADIK SEMUA
YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM ACARA BERKHATAN
SELAMAT DIKHATANKAN!



Antara AES, hudud dan hipokrit Umno

Posted: 13 Nov 2012 12:00 AM PST



Umum sudah mengetahui bahawa Automated Enforcement System atau ringkasnya AES telah mula dilaksanakan di Malaysia di lokasi-lokasi tertentu. Sehingga kini sudah 14 daripada 831 lokasi telah dipasang kamera AES. Sejak AES beroperasi pada September lalu hampir 80 ribu saman telah dikeluarkan.

Walaupun mendapat bantahan daripada pengguna jalan raya sama ada pertubuhan bukan kerajaan, perti pembangkang, orang persendirian mahu pun ahli parlimen kerajaan sendiri, AES terus dilaksanakan.

Kerajaan dilihat begitu komited melaksanakan AES yang diswastakan kepada Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Pelbagai hujah dijadikan sandaran dan yang paling kerap digunakan ialah pelaksanaan sistem ini demi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Media arus perdana digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan tindakan kerajaan ini.

Yang menjadi persoalan ialah, kenapa dalam hal AES kerajaan begitu bersungguh-sungguh berusaha memastikan sistem ini terlaksana. Amat jauh berbanding dalam isu pelaksanaan undang-undang jenayah Islam – yang di dalamnya terkandung hudud.

Apabila diminta melaksanakan hudud, maka bermacam-macamlah alasan dan dalih supaya undang-undang tersebut tidak dilaksanakan. Bukan itu sahaja, Umno-BN menggunakan kuasa yang ada pada mereka menghalang orang lain yang mahu melaksanakannya.

Padahal, kewajipan melaksanakan undang-undang Islam itu datangnya daripada Allah SWT, berbanding AES yang hanya dicipta untuk menangani kemaslahatan semasa.

Dalam hal ini, saya sebagai rakyat Malaysia, muslim dan yang cintakan Islam melihat Umno-BN bersikap hipokrit. Sepatutnya, setelah memerintah lebih 55 tahun, tidak timbul lagi pertikaian tetang hudud. Kuasa dan masa yang ada sepatutnya digunakan sebaik-baiknya memberi kefahaman kepada rakyat Islam dan bukan Islam tentang kebaikan undang-undang Islam.

Oleh itu, sudah sampai masanya Umno-BN direhatkan dan memberi peluang kepada orang lain yang benar-benar berniat mendaulatkan hukam-hakam Islam di bumi Malaysia ini.

Sulaiman Selamat

HD

BAYANGKAN INI NURUL IZZAH

Posted: 12 Nov 2012 08:00 PM PST


DEY MACHA!!!
CUBA HANGPA BAYANGKAN
KALAU TEMPAT ROSMAH TU DIDUDUKI OLEH NURUL IZZAH
DAH TENTU 8 HARI 8 MALAM KECOH BEB
KAH! KAH! KAH!

KALAU TEMPAT ROSMAH TU DIDUDUKI OLEH NURUL IZZAH
MAKA MUNCULLAH SEGALA ULAMAK UMNGOK
BERFATWA KESELURUH ALAM MAYA
MAKA BERTEMPIKLAH SEGALA NGO UMNGOK
BERPUSU-PUSU BUAT LAPORAN POLIS
KAH! KAH! KAH!

DAN CUBA BAYANGKAN PULAK
MASA HANGPA KAWIN
ROSMAH DUDUK KAT TENGAH TU
KAH! KAH! KAH!



Jalan 0.9 km berharga RM14.9 juta?

Posted: 12 Nov 2012 05:00 PM PST



KOTA KINABALU: Pernahkah anda terbayang, sebatang jalan raya satu lorong yang hanya sepanjang 0.9 kilometer harganya RM14.9 juta?

Inilah yang berlaku di Sabah yang diperintah Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Mungkin inilah jalan yang paling mahal sekali di Malaysia dan mungkin di dunia berasaskan kualiti dan kuantiti yang melibatkan jalan ini.
(Inilah pintu masuk DUN Sabah yang dihubungkan oleh jalan ini)
Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km.

Jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Jalan ini dirasmikan oleh Musa Aman beberapa bulan lalu setelah ia disiapkan.

Perkara ini pernah dibangkitkan melalui soalan tambahan oleh seorang anggota Parlimen di Dewan Rakyat, namun tidak ada sebarang penjelasan diberikan terhadap perkara ini.

Menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi.
Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya.

Wakil Harakahdaily yang melihat sendiri jalan itu mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah (gambar) dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik.

Di tengah-tengah jalan ini pula bukannya ada sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi balik itu.

"Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwa Azmin Ali (PKR-Gombak) ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur.

Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan utama.

HD


Tiada ulasan: