Selasa, 27 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Deepak dakwa ditipu berjuta RM oleh Ketua Wanita UMNO..

Posted: 27 Nov 2012 07:39 AM PST


Hari ini lelaki yang yang juga seorang peniaga karpet menjadi tajuk utama esok kita akan membaca apa yang akan dikatakan oleh bekas ketua polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pasal indeks jenayah negara yang sebenarnya..

Jika sebelum ini Deepak telah mendedahkan hubungnnya dengan Rosmah Mansor yang juga merupakan wanita kesayangan pencacai UMNO.. sila baca di ( SINI )

Ini pula juga adalah pendedahan Deepak mengenai bagaimana beliau telah ditipu berjuta-juta RM oleh seorang Ketua Wanita UMNO.

Menurutnya pada tahun 2007 beliau telah bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah dengan harga RM13 Juta dengan disertai RM72 Juta jaminan Bank dari seorang Ketua Wanita UMNO.

Ketua Wanita UMNO itu menurut Deepak telah dianugerahkan projek pengswastaan bernilai RM100 Juta untuk membangunkan pusat penyelidikan pertahanan yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Carpet dealer says Wanita Umno leader cheated him in land deal

KUALA LUMPUR, Nov 27 — Controversial businessman Deepak Jaikishan has dropped a bombshell on the eve of the annual Umno general assembly alleging that a senior Wanita Umno politician had cheated him out of millions in a land deal.

Deepak, who deals in carpets, said he had agreed to buy three parcels of land in 2007 for RM13 million with a RM72 million bank guarantee for a land bond from the Wanita Umno leader, who was awarded a RM100 million privatisation deal for the development of the defence research centre called Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

But she had sold one parcel for RM2 million in cash and a RM16 million overdraft facility in a "joint-venture" with another company specialising in plasticware, prompting the carpet dealer to put a caveat on the land in Bukit Raja and lodge a police report last July.

"This is my land... I want to develop it," Deepak told The Malaysian Insider, hours after he spoke to several other news portals about the matter.

The Malaysian Insider contacted the Wanita Umno leader but she did not respond to the calls.

The 40-year-old businessman (picture) said he has written to government leaders and officials about the matter but has yet to receive a response. The police have also been dragging their feet, he added.

"We want her to sign over the power of attorney for the land... but she hasn't," Deepak said.

In his police report dated July 9, 2012 at the Pudu police station, Deepak said the Wanita Umno leader and her company had committed a criminal breach of trust by not handing over the land titles to him and also selling his land to another party.

He said his company Astacanggih Sdn Bhd had signed a deal on May 16, 2007 to buy the three parcels of land measuring 89.281 acres, 88.629 acres and 45.420 acres from Awan Megah (M) Sdn Bhd, which was given the privatisation deal on June 8, 2005.

But Deepak said he never got the land or the title deeds, and had filed a lawsuit in December 2011 against the Wanita Umno leader, Awan Megah, the Selangor Land and Mines Office and the Ministry of Defence to get what was due to him.

He also found out last July that Awan Megah has signed a "joint-venture agreement" with Guppyunip Sdn Bhd on July 9, 2010 to develop one of the parcels he had bought.

"I am unsure if she has sold the same piece of land to others too," he said, adding he hoped the police would get to the bottom of the case ~ The Malaysian Insider

Nak kata apa.. berkawan dengan puak penipu mana boleh terlepas dari kena tipu....

Ketua Wanita Negeri mana yang dimaksudkan Deepak tu?.. sila lihat di bawah..

Deepak dedahkan hubungannya dengan Rosmah..

Posted: 27 Nov 2012 04:11 AM PST


Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.

Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.

Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.

Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.

Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.

"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.

Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.


Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?

Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.

Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?

Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.

Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?

Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.

Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?

Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.

Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?

Ya boleh dikatakan begitu.

Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?

Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?


Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?


Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita.  Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.

Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...

Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.

Saudara memang kenal Bala?

Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.

Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?

Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.

Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?

Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?

Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.

Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?

Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.

Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?


Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.

Jadi apa tindakan saudara?


Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.

Apa tindakan selepas itu?


Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.

Haram Jadah nya SUK Perak ni...

Posted: 27 Nov 2012 01:25 AM PST


Tidak mampu berpolitik secara matang, Umno-BN sekali lagi bertindak 'liar' apabila bertindak merobohkan papan tanda iklan (billboard) PKR yang memaparkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu di Perak.

Tindakan yang dibuat kira-kira jam 11.00 malam pada hari tersebut juga didapati menggunakan jentera kerajaan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sendiri mengarahkan anak syarikat milik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Propel Berhad (Propel) agar merobohkan billboard yang didirikan di atas tanah persendirian itu.

Propel merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya milik Plus itu.

Billboard yang terletak di kilometer 383, lebuh raya Plus menghala ke arah utara itu dibina oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Tanjung Malim, Shahbudin Abdul Khatab di atas tanah milik beliau sendiri.

Demikian menurut Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Madhi Hasan dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya hari ini.

"Kawasan ini bukanlah di bawah kawasan mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jadi memang tak perlu permit.

"Kalaupun perlu permit mengapa billboard yang papar iklan komersil lain di atas tanah yang sama tidak pula dirobohkan, sedangkan sama tiada permit," ujar Madhi. Madhi menambah, sekiranya kawasan tersebut terletak di dalam kawasan PBT sekalipun, PBT hendaklah mengikut prosedur dengan memberi notis terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan meroboh.


Sementara itu menurut Shahbudin, ketika beliau ke balai polis Tanjung Malim untuk membuat aduan, beliau diberitahu oleh Ketua Balai tersebut bahawa satu aduan dibuat oleh pihak SUK, Majlis Keselamatan Negara, dan Pegawai Daerah berhubung tindakan mereka meroboh billboard itu.

Pegawai polis itu turut memberitahu bahawa polis ketika itu juga diminta untuk mengiringi dan memantau keadaan ketika kerja meroboh billboard tertera ayat 'Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat' sedang dijalankan pihak terlibat.

Dalam isu sama, menurut kenyataan media Ketua Biro Penerangan PKR, Dr Muhamad Nur Manuty menyeru agar Umno-BN menghentikan segala startegi kotor yang digunakan parti itu dengan mengubah kepada budaya politik waras dan beradab ~ Selangorku

Gambar kejadian sila lihat di ( SINI )

Kalah Perang punya pasal.. Menteri Pertahanan Israel Umum Undur Dari Politik

Posted: 26 Nov 2012 10:40 PM PST


Ini di Israel.. Menteri bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang terjadi di bawah kelolaan Kementeriannya..

Walau apa alasannya ada pihak mendakwa ianya adalah kerana kalah dalam perang di Gaza baru-baru ini.. Berlainan halnya dengan apa yang ada di Malaysia ini..

Walaupun terbukti telah ditolak oleh rakyat dalam PRU12 yang lalu, kerana mereka itu kroni.. dilantik juga menjadi Menteri..

Walaupun didedahkan kegagalan Kementerian mereka dalam menangani sesuatu isu, dikaitkan mereka lengkap dengan dengan bukti bagi salah guna kuasa itu… nak letak jawatan jauh sekali..

Apa yang sering mereka lakukan ialah mencipta alasan-alasan bodoh untuk memperbodohkan rakyat dan menuding jari keseluruh arah menyalahkan pihak lain, seolah-olah mereka itu sempurna..

Kenapa agaknya?.. adakah ini menunjukkan UMNO/BN kini sudah ketandusan pemimpin hinggakan terpaksa di re-cycle semula individu yang telah ditolak rakyat ?

Laporan berkaitan...

Israel defence minister Barak quits politics

Barak, 70, made the surprise announcement at a press conference in Tel Aviv, adding that he would retire from politics after a new government is formed in the wake of January elections.

"I have decided to resign from political life and not participate in the upcoming Knesset elections," Barak said.

"I will finish my duties as defence minister with the formation of the next government in three months," he added, saying that he wanted to spend more time with his family.

Barak's announcement came as political observers had speculated the long-time politician would announce he was joining another political party ahead of the January 22 elections.

Many suspected he might pair up with former foreign minister Tzipi Livni to run on a centrist ticket, after she quit the centre-right Kadima party following her loss in a primary vote.

But few believed that Barak would announce he was quitting political life altogether, in a decision that caps a tumultuous year for him.

In January, he resigned from the Labour party where he had spent his entire political life, leading his newly-formed Independence faction into the government of Prime Minister Benjamin Netanyahu.

He had taken the Labour party into the coalition against the wishes of many of its members, who objected to the hawkish bent of Netanyahu's government ~ msnnews

Halang Peguam Perancis Tapi Benarkan Penjenayah Perang Sri Lanka ke M’sia Bukti Wujud Rasuah Scorpene

Posted: 26 Nov 2012 08:21 PM PST


Kerajaan Umno BN sanggup membenarkan Penjenayah Perang Sri Lanka yang terlibat dengan pembunuhan dan penghapusan etnik iaitu Presiden Mahinda Rajapaksa ke Malaysia untuk meghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia di Johor Bahru pada 4-6 Disember 2012 benar-benar mengecewakan dan menggambarkan sikap sebenar Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Umno BN.

Tetapi mengambil sikap berbeza terhadap kehadiran Peguam Perancis iaitu William Bourdon dan Joseph Breham dengan tidak membenarkan masuk ke Malaysia utk sekian kalinya sedangkan ianya adalah jemputan rasmi yang di buat oleh Ketua Pembangkang , DS Anwar Ibrahim pada 7 November lalu.

Jingga 13 benar-benar hairan kenapa DS Hisamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri begitu tegas terhadap kehadiran 2 Peguam tersebut hingga mengugut akan menahan mereka jika hadir ke Malaysia seolah-olah mereka adalah penjenayah atau terroris yang boleh mengugat keselamatan rakyat dan negara ini.

Malah kedua-dua Peguam Perancis tersebut tidak sedikit memiliki rekod jenayah sepertimana Presiden Sri Lanka yang terpalit dengan rekod jenayah membunuh 30,000 orang awam berketurunan Tamil di Utara-Timur Sri Lanka pada pertengahan tahun 2009 dengan menyerang hospital,kawasan perumahan dan sebagainya dalam misi 'ethnic cleansing'.

Kehadiran Peguam Scorpene adalah untuk memberikan taklimat perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis iaitu pembelian kapal selam yang dibeli dari DCNS di Perancis melibatkan dana awam serta komisyen sejumlah RM500juta dibayar kepada Perimekar Sdn. Bhd. iaitu syarikat kepunyaan rakan baik DS Najib Razak, Razak Baginda .

Sebelum ini kerajaan cuba menafikan bahawa tidak wujud sebarang kes dan perbicaraan di Perancis berkaitan skandal tersebut. Justeru, kenapa begitu takut dengan kehadiran 2 peguam daripada Perancis yang mewakili Suaram dalam kes rasuah tersebut?

Jingga 13 yakin bahawa tindakan menafikan Peguam Perancis tersebut untuk hadir memberikan taklimat di Parlimen kepada Ahli-Ahli Parlimen adalah membuktikan bahawa wujud rasuah terhadap pembelian kapal selam tersebut di Perancis sehingga DS Hisamuddin Hussein terpaksa mengambil tindakan tegas tanpa sebab yang munasabah tidak membenarkan Peguam Perancis tersebut masuk ke Malaysia untuk meyelamat 'sepupu' beliau.

Tindakan tersebut adalah turut membuktikan bahawa DS Najib Razak ketika itu sebagai Menteri Pertahanan Malaysia terlibat dengan skandal rasuah yang melibatkan RM500 juta bersama rakan baik beliau Razak Baginda sehingga melibatkan pembunuhan Altantuyya Sharibuu.

Terbukti Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan 'kuku besi' dan terus memberikan tekanan kepada kebenaran dan sanggup melakukan apa sahaja demi survival politik DS Najib Razak dan Umno BN yang semakin tertekan dengan kebangkitan rakyat yang bakal mejatuhkan Umno BN dalam PRU 13 akan datang.

Jingga 13 yakin rakyat Malaysia semakin celik dan sedang menanti saat yang terbaik untuk menjatuhkan Umno BN!

Fariz Musa
Ketua Koordinator Jingga 13

Dengar Ceramah Anwar Ibrahim pun kena pecat.. Takutnya UMNO..

Posted: 26 Nov 2012 05:00 PM PST


Apa yang tersirat dari berita seorang Guru dipecat kerana mendengar ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ketakutan UMNO dalam menghadapi kebangkitan rakyat kini memuncak.

Ini kerana sebelum ini Guru-guru yang didapati terlibat menyokong Pakatan Rakyat hanya menghadapi tindakan ditukarkan Sekolah mereka mengajar dan mereka biasanya ditukarkan ke kawasan pendalaman.

Namun begitu dari apa yang diperhatikan Guru-guru yang biasanya dijadikan mangsa oleh Kerajaan UMNO/BN hanyalah terdiri dari mereka yang menyokong Pakatan Rakyat sebagai penyokong biasa dan ditukarkan mereka ketempat lain tidak mendatangkan kesan buat UMNO/BN.

Berbeza dengan Guru-guru yang punya pengaruh dan mampu untuk mempengaruhi dan punya jawatan dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

Kerajaan UMNO/BN biasanya berfikir berkali-kali untuk mengambil tindakan menukarkan mereka ke kawasan lain, bimbang Guru-guru yang ditukarkan itu akan menghidupkan pula Cawangan bagi tempat yang ditukarkan mereka itu..

Jadi buat Guru-guru itu.. sokong biar jelas dan terang..

Kat tempat aku ni ada ramai Cikgu-cikgu macam tu.. sampai kadang-kadang aku rasa macam kat Sekolah bila bersembang dengan orang-orang ni.. habis dah semuanya Cikgu.. kot mana pun aku kena panggil depa Cikgu jugak...

Berita berkaitan..

LABUAN: Kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Qatrun Nada Latfi, yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September 2012.

Qatrun Nada telah disiasat dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa pada 1 Disember ini.

Walau bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat UMNO Labuan pada 9 Oktober 2012.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat JAWI Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober 2012.

Sehubungan itu, NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan.

Sebagai sebuah agensi awam, JAWI sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan, kata Koordinatornya, Mohd Faris Abdullah.

Bagi beliau, campur tangan ini hanya mencemarkan imej JAWI sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

Katanya, kegagalan JAWI memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini menguatkan dakwaan bahawa JAWI telah dipengaruhi oleh kepentingan Politik UMNO sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi JAWI sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam, tambah beliau.

"INSAN juga mengecam tindakan UMNO yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

"UMNO sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sehubungan dengan itu, INSAN akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Hj Che Mat Bin Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan JAWI daripada sebarang campur tangan politik sempit.

INSAN juga akan mengadakan sidang media bagi mendedahkan penglibatan UMNO dalam isu ini.

"INSAN memiliki bukti kukuh yang akan menunjukkan penglibatan UMNO sebagai dalang yang menzalimi rakyat hanya kerana kepentingan politik," katanya.

Qatrun Nada binti Mohd Latfi merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau dilantik sebagai guru sementara di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut Air bersih di UMS Labuan pada tahun 2009 ~ Harakahdaily

Tiada ulasan: