Addin |
- (Video) Hebat!! Majlis Sambutan Harijadi Sultan Pahang
- Ali Rustam Terbaik!!.. Lihatlah Buktinya
- Deepak Dedah Hubungan Dengan Rosmah Mansor
- SUK Perak Di Saman Kerana Roboh Iklan PKR
- Umno Guna Jentera Kerajaan Roboh Billboard PKR.. Bukti Bergambar
- Wajah Pengkhianat Menyebabkan Mesir Kembali Bergolak
- Halang Peguam Perancis Tapi Benarkan Penjenayah Perang Sri Lanka ke M’sia Bukti Wujud Rasuah Scorpene
- Punca Projek LPT Fasa 2 Lewat Siap Sehingga Memakan Masa 4 Tahun
(Video) Hebat!! Majlis Sambutan Harijadi Sultan Pahang Posted: 27 Nov 2012 08:04 AM PST Video eksklusif.. Video ni adalah majlis sambutan harijadi Sultan Pahang dan anaknya di sebuah hotel mewah di London. Sudah tentu Addin sebagai anak jati Pahang berasa amat bangga mempunyai Sultan seperti ni.. bangga sangat!! Majlis harijadi Sultan Pahang ni di raikan bersama harijadi anaknya. Anak Sultan Pahang bernama Putera Falaq. Berusia 18 tahun ketika majlis itu disambut manakala Sultan Pahang pula berusia 81 tahun. Memang unik lah..18 dengan 81 tahun.. Dalam majlis harijadi jugak diadakan pertunjukkan fesyen dan jugak barang kemas. Ko orang tengoklah video ni kat bawah.. tengok je tolong jangan komen.. Sumber | ||
Ali Rustam Terbaik!!.. Lihatlah Buktinya Posted: 27 Nov 2012 07:00 AM PST Melaka Maju Negeri Ku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.. inilah slogan yang selalu di laung-laungkan di Melaka. Namun slogan ini indah khabar dari rupa. Kenapa Addin cakap macam ni.. buktinya laporan audit. Laporan Audit bagi negeri Melaka menunjukkan 3 tahun berturut bermula 2008 hingga 2010 menunjukkan kegagalan pentadbiran Ketua Menteri Ali Rustam. Di bawah ini adalah laporan audit berkenaan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM). Satu agensi kerajaan negeri Melaka yang di pengerusikan oleh Ali Rustam. Perhatikan dan teliti laporan tersebut..lepas tu ko orang komen.. | ||
Deepak Dedah Hubungan Dengan Rosmah Mansor Posted: 27 Nov 2012 05:06 AM PST KUALA LUMPUR - Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya. Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak. Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib. Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib. Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan. Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib. "Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily. Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau. Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)? Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah. Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau? Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau. Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia? Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri Pertahanan. Bisnes apa yang saudara buat dengan dia? Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja. Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain? Ya boleh dikatakan begitu. Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat? Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile. Sebelum ini tidak ada apa-apalah? Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes. Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai? Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita. Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah. Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau... Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib. Saudara memang kenal Bala? Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat. Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular? Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi. Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah? Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya. Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu? Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah. Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu? Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri. Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri? Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori. Jadi apa tindakan saudara? Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam. Apa tindakan selepas itu? Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka. ~harakahdaily | ||
SUK Perak Di Saman Kerana Roboh Iklan PKR Posted: 27 Nov 2012 02:44 AM PST PETALING JAYA 27 November: Semua pihak yang bertanggungjawab merobohkan papan iklan KEADILAN di Lebuh Raya Utara Selatan akan diheret ke muka pengadilan, kata Pengarah Kempen Pilihan Raya KEADILAN Perak, Shahbudin Abdul Khatab. Papan iklan yang tertera gambar Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan slogan 'Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat' itu didirikan pada 20 November lalu, di Kilometer 383 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran kawasan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Behrang. Ia dibina oleh Shahbudin di atas tanah miliknya. Menurut Shahbudin, kejadian tersebut disedari beliau pada 4.30 petang Sabtu lalu, apabila mendapati pagar antara sempadan papan iklan dan lebuh raya dirobohkan. "Saya dapati tiang papan iklan turut digergaji," jelasnya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. Beliau percaya perobohan itu atas arahan pimpinan Umno BN. Tindakan yang dibuat kira-kira jam 11.00 malam pada hari tersebut juga didapati menggunakan jentera kerajaan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sendiri mengarahkan anak syarikat milik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Propel Berhad (Propel) agar merobohkan billboard yang didirikan di atas tanah persendirian itu. Propel merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya milik Plus itu. "Saya memaklumkan kepada Propel Slim River dan terkejut dengan dakwaan Propel yang menyatakan pihaknya terpaksa merobohkan papan iklan tersebut atas arahan dari Setiausaha Kerajaan Negeri," kata Shahbudin. "Laporan polis telah dibuat pada malam kejadian, 25 November, jam 1.35 pagi. Kita mahu polis siasat dan bertindak segera ke atas pencerobohan tersebut. "Kita juga menuntut ganti rugi kepada pihak yang berkenaan antaranya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Daerah kerana merobohkan pagar dan papan iklan yang saya dirikan di tanah milik saya," sambung beliau. Naib Pengerusi KEADILAN Negeri, Madhi Hasan yang hadir sama dalam sidang media itu menempelak tindakan kerajaan menghalang kempen tersebut. "Apakah dengan hanya pemasangan satu papan iklan ia telah menggugat kestabilan negara?," soalnya. "KEADILAN melihat ini adalah manifestasi dari ketakutan luar biasa pihak berkuasa Umno dalam menghadapi kebangkitan rakyat. "Jelas, Umno BN sedang meneruskan budaya politik samseng yang kotor dan tidak bertamadun," kata Madhi. Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa Umno BN menghentikan strategi politik kotor terhadap pembangkang. "Sesungguhnya, pemikiran dan kematangan rakyat telahpun jauh berubah. Marilah kita bersama mengamalkan budaya politik waras dan beradab," katanya dalam kenyataan. Iklan tersebut merupakan satu program awal KEADILAN untuk mendirikan papan iklan serupa di tempat-tempat strategik yang dikenal pasti di seluruh negara untuk memberi penjelasan mengenai perjuangan Pakatan Rakyat dalam membela nasib seluruh rakyat seperti mana yang tertera dalam Buku Jingga. ~kd | ||
Umno Guna Jentera Kerajaan Roboh Billboard PKR.. Bukti Bergambar Posted: 27 Nov 2012 01:00 AM PST PETALING JAYA, 27 NOV: Tidak mampu berpolitik secara matang, Umno-BN sekali lagi bertindak 'liar' apabila bertindak merobohkan papan tanda iklan (billboard) PKR yang memaparkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu di Perak. Tindakan yang dibuat kira-kira jam 11.00 malam pada hari tersebut juga didapati menggunakan jentera kerajaan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sendiri mengarahkan anak syarikat milik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Propel Berhad (Propel) agar merobohkan billboard yang didirikan di atas tanah persendirian itu. Propel merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya milik Plus itu. Billboard yang terletak di kilometer 383, lebuh raya Plus menghala ke arah utara itu dibina oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Tanjung Malim, Shahbudin Abdul Khatab di atas tanah milik beliau sendiri. Demikian menurut Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Madhi Hasan dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya hari ini. "Kawasan ini bukanlah di bawah kawasan mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jadi memang tak perlu permit. "Kalaupun perlu permit mengapa billboard yang papar iklan komersil lain di atas tanah yang sama tidak pula dirobohkan, sedangkan sama tiada permit," ujar Madhi. Madhi menambah, sekiranya kawasan tersebut terletak di dalam kawasan PBT sekalipun, PBT hendaklah mengikut prosedur dengan memberi notis terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan meroboh. Sementara itu menurut Shahbudin, ketika beliau ke balai polis Tanjung Malim untuk membuat aduan, beliau diberitahu oleh Ketua Balai tersebut bahawa satu aduan dibuat oleh pihak SUK, Majlis Keselamatan Negara, dan Pegawai Daerah berhubung tindakan mereka meroboh billboard itu. Pegawai polis itu turut memberitahu bahawa polis ketika itu juga diminta untuk mengiringi dan memantau keadaan ketika kerja meroboh billboard tertera ayat 'Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat' sedang dijalankan pihak terlibat. Dalam isu sama, menurut kenyataan media Ketua Biro Penerangan PKR, Dr Muhamad Nur Manuty menyeru agar Umno-BN menghentikan segala startegi kotor yang digunakan parti itu dengan mengubah kepada budaya politik waras dan beradab. ~selangorku | ||
Wajah Pengkhianat Menyebabkan Mesir Kembali Bergolak Posted: 26 Nov 2012 10:50 PM PST Puluhan ribu rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya selepas Isyak tadi bagi menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka, Dr.Mursi, Khamis lepas. Di Iskandariah, lebih 10,000 rakyat keluar berhimpun di halaman Masjid Qaid Ibrahim dan mengecam tindakan kumpulan samseng yang membakar Pejabat FJP Iskandariah, yang terletak dekat masjid tersebut, Jumaat lalu. Bagi mereka, tindakan samseng yang penngecut tersebut dibuat kerana pada hari Jumaat tersebut sebahagian besar ahli dan petugas Ikhwan menghadiri himpunan di kediaman Mursi di Istana Ittihadiyah, Kaherah. "Hari ini, mereka dapat melihat bahawa masih ramai rakyat di Iskandariah yang bersama Mursi." Himpunan turut diadakan di beberapa lokasi di Kaherah, antaranya di Masjid Rab'ah dan Masjid Khazandar di Syubra. Selain itu, puluhan ribu membanjiri lokasi utama di Suez, Bani Suwef,Dumyat, Port Said, Mansurah, Fayyum dan Menufiyah. Meskpin rakyat keluar tanpa sebarang senjata, tetapi musuh Ikhwan menggunakan kumpulan samseng untuk terus menyerang pejabat mereka hingga menyebabkan kematian kepada seorang pemuda, Islam Fathi Mas'd (gambar) yang berusia 15 tahun. Beliau meninggal dunia setelah kumpulan samseng menyerang Pejabat Ikhwan di Damanhur. Albaradei Pengkhianat Pemimpin beraliran sekular Mesir, Dr.Mohammad Barad'ie semalam meminta Amerika masuk campur bagi menghalang Presiden Dr.Mursi meneruskan keputusannya Khamis lalu.
Intim sungguh hubungan Barad'ie dengan Amerika. Masakan tidak, Barad'ie pernah berkhidmat dengan PBB sebelum ini. Inilah tokoh aliran liberal/sekular yang akan menentang habis-habisan pelaksanaan syariat Allah atas muka bumi Mesir. Dia juga antara pengasas Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) yang kini pemuda mereka menggunakan kekerasan dan membakar pejabat Ikhwan di seluruh negara. Provokasi luar ingin jatuhkan Mesir Mufti Pergunungan Lubnan, Syeikh Muhammad Ali Juzu (gambar) mengingatkan kemungkinan apa yang berlaku di Mesir waktu ini terdapat "unsur provokasi asing menentang Presiden Mursi dan rakyatnya" setelah pendirian Mesir kali ini yang menyatakan sokongan terbuka kepada perjuangan umat Islam di Gaza ketika diserang Israel minggu lalu. Tambahan menurut beliau, keengganan Mesir menutup pintu sempadan Rafah menambahkan 'kesengsaraan' musuh Mesir yang menyebabkan bantuan kemanusiaan datang mencurah-curah kepada Gaza, berbeza dengan tindakan ketenteraan Israel ke atas Gaza tahun 2008 dahulu. Bagi saya, kenyataan Mufti Lubnan ini ada benarnya kerana ia seakan-akan dirancang. Lebih jelas, sudah lima hari kumpulan samseng 'mengamuk' di Jalan Mohammad Mahmud menentang pasukan polis yang tidak diketahui matlamat mereka, kebanyakan mereka adalah masih di awal usia 15 tahun. | ||
Posted: 26 Nov 2012 07:26 PM PST Kerajaan Umno BN sanggup membenarkan Penjenayah Perang Sri Lanka yang terlibat dengan pembunuhan dan penghapusan etnik iaitu Presiden Mahinda Rajapaksa ke Malaysia untuk meghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia di Johor Bahru pada 4-6 Disember 2012 benar-benar mengecewakan dan menggambarkan sikap sebenar Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Umno BN. Tetapi mengambil sikap berbeza terhadap kehadiran Peguam Perancis iaitu William Bourdon dan Joseph Breham dengan tidak membenarkan masuk ke Malaysia utk sekian kalinya sedangkan ianya adalah jemputan rasmi yang di buat oleh Ketua Pembangkang , DS Anwar Ibrahim pada 7 November lalu. Jingga 13 benar-benar hairan kenapa DS Hisamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri begitu tegas terhadap kehadiran 2 Peguam tersebut hingga mengugut akan menahan mereka jika hadir ke Malaysia seolah-olah mereka adalah penjenayah atau terroris yang boleh mengugat keselamatan rakyat dan negara ini. Malah kedua-dua Peguam Perancis tersebut tidak sedikit memiliki rekod jenayah sepertimana Presiden Sri Lanka yang terpalit dengan rekod jenayah membunuh 30,000 orang awam berketurunan Tamil di Utara-Timur Sri Lanka pada pertengahan tahun 2009 dengan menyerang hospital,kawasan perumahan dan sebagainya dalam misi 'ethnic cleansing'. Kehadiran Peguam Scorpene adalah untuk memberikan taklimat perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis iaitu pembelian kapal selam yang dibeli dari DCNS di Perancis melibatkan dana awam serta komisyen sejumlah RM500juta dibayar kepada Perimekar Sdn. Bhd. iaitu syarikat kepunyaan rakan baik DS Najib Razak, Razak Baginda . Sebelum ini kerajaan cuba menafikan bahawa tidak wujud sebarang kes dan perbicaraan di Perancis berkaitan skandal tersebut. Justeru, kenapa begitu takut dengan kehadiran 2 peguam daripada Perancis yang mewakili Suaram dalam kes rasuah tersebut? Jingga 13 yakin bahawa tindakan menafikan Peguam Perancis tersebut untuk hadir memberikan taklimat di Parlimen kepada Ahli-Ahli Parlimen adalah membuktikan bahawa wujud rasuah terhadap pembelian kapal selam tersebut di Perancis sehingga DS Hisamuddin Hussein terpaksa mengambil tindakan tegas tanpa sebab yang munasabah tidak membenarkan Peguam Perancis tersebut masuk ke Malaysia untuk meyelamat 'sepupu' beliau. Tindakan tersebut adalah turut membuktikan bahawa DS Najib Razak ketika itu sebagai Menteri Pertahanan Malaysia terlibat dengan skandal rasuah yang melibatkan RM500 juta bersama rakan baik beliau Razak Baginda sehingga melibatkan pembunuhan Altantuyya Sharibuu. Terbukti Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan 'kuku besi' dan terus memberikan tekanan kepada kebenaran dan sanggup melakukan apa sahaja demi survival politik DS Najib Razak dan Umno BN yang semakin tertekan dengan kebangkitan rakyat yang bakal mejatuhkan Umno BN dalam PRU 13 akan datang. Jingga 13 yakin rakyat Malaysia semakin celik dan sedang menanti saat yang terbaik untuk menjatuhkan Umno BN! Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13 | ||
Punca Projek LPT Fasa 2 Lewat Siap Sehingga Memakan Masa 4 Tahun Posted: 26 Nov 2012 06:36 PM PST Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Soon mengumumkan di Parlimen baru-baru ini bahawa Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 yang menghubungkan Terengganu ke Kuala Lumpur hanya dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada Ogos 2014. Projek sejauh 185 kilometer yang pada asalnya menelan kos RM3.7 billion masih tidak dapat digunakan sepenuhnya setelah berlakunya kelewatan yang ketara dari tarikh jangka siap. Timbalan Menteri berkenaan juga menyatakan bahawa sebab utama berlakunya kelewatan ia disiapkan adalah kerana kegagalan kontraktor menyiapkannya mengikut tempoh yang ditetapkan kerana kesan dari kenaikan harga barangan pembuatan pada 2007-2008. Akibatnya, 10 dari pakej lebuhraya itu terpaksa ditender semula. Projek yang bermula pada awal tahun 2006 ini pada mulanya dijadualkan siap akhir 2010. Namun ia telah mengalami kelewatan yang ketara dan hanya dijangkakan akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2014. Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Datuk Za'abar Mohd Adib menyatakan bahawa Kerajaan negeri mewujudkan banyak pakej untuk projek lebuhraya LPT 2 ini kerana pada asalnya ingin memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera tempatan Terengganu bagi menjalankan kerja-kerja. Malangnya rata-rata kontraktor yang dilantik mendakwa projek itu tidak dapat disiapkan kerana disebabkan beberapa faktor iaitu kemendapan tanah, kenaikan harga barang dan kecurian kabel elektrik. Akibat dari itu kerajaan negeri terpaksa menamatkan enam tender yang telah diagihkan kepada enam syarikat. Persoalan besar yang timbul adalah kenapakah projek yang menelan belanja lebih RM 3.7 billion ini amat jauh tersasar dari tarikh jangka siap iaitu pada tahun 2010 lagi. Begitu juga dengan tanggungan kosnya kini telah melambung tinggi kepada lebih RM5 bilion akibat berlakunya kelewatan yang amat ketara. Kini timbul persoalan, pihak manakah pula yang akan menanggung semua kos tambahan akibat kelewatan yang amat ketara ini? Namun realitinya projek mega LPT 2 ini yang tertangguh lebih 3 tahun daripada jadual asal adalah akibat dari kerenah 'kontraktor kroni' yang bermasalah. Apa yang nyata, kegagalan projek ini ada suatu pakatan kerjasama antara beberapa kalangan pimpinan Umno negeri Terengganu dan 'kontraktor kroni' yang mengaut habuan keuntungan yang berlipat kali ganda. Anugerah setiap pakej kontrak pula ditentukan oleh 'tangan politik' pemimpin-pemimpin Umno/BN. Begitu juga dengan punca utama kelewatan membuat keputusan oleh pengurusan di peringkat Kerajaan Pusat terutamanya dari Jabatan Kerja Raya sendiri. Ianya bukan sekali-kali kerana kelemahan pegawai yang menjalankan tugas, tetapi kerana gangguan oleh kroni dan kuncu-kuncu politik Umno yang mempunyai hubungan dengan Menteri dan pejabat Perdana Menteri sendiri. Walaupun terdapat banyak bukti-bukti kukuh bahawa kroni Umno terlalu berpengaruh hingga usaha untuk 'membersihkan' projek lebuhraya ini dari sebarang unsur rasuah dan penyelewengan, namun, usaha ini menjadi sia-sia akibat tekanan politik dan ianya terus lewat dari tempuh yang ditetapkan. Sebagai contohnya, tender untuk pakej 4 dan 7 projek lebuhraya LPT 2 ini telah beberapa kali terpaksa ditangguhkan kerana adanya tangan-tangan ghaib dari kalangan pimpinan Umno Terengganu yang menggangu urusan pegawai-pegawai yang menjalankan tugas mereka. Kegagalan itu adalah disebabkan oleh yang dapat kontrakt bukan dari kalangan kontraktor, tapi pemilik lesen dari kalangan Umno yang memiliki lesen kontraktor kelas A dan dikatakan Berwibawa. Mereka-mereka ini mendapat kontrak, namun apabila mendapatnya, ia terus di jual kepada broker yang lain bagi mengaut keuntungan yang cepat. Mereka ini ibarat menyapu untung 'Atas Angin' dengan menjualnya kepada orang tengah. Akibatnya rakyat kini terpaksa menanggung kerugian yang berbilion ringgit. Ya, inilah realiti di negeri penyu bertelur ini. Rakyat akan terus terpaksa menanggung bebanan kemiskinan dan kesempitan hidup yang amat memeritkan. Kerajaan negeri pula terus berbelanja mewah untuk kroni dengan pelbagai projek Mega yang berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus dan pembaziran yang berterusan. Kontraktor kroni akan terus mengaut laba keuntungan dari titik peluh rakyat yang miskin. Malang, Oh sungguh malang nasib rakyat Ganu Kite ini. Dr. Syed Azman Penolong Setiausaha Agong PAS Adun Batu Buruk, Terengganu. Addin : Addin sempat melalui LPT pada sidang muktamar yang lepas di Kota Bharu, laluan yang siap hanyalah dari persimpangan Bukit Besi, Dungun hingga ke Persimpangan Kg.Gemuruh, K. Terengganu. Ianya sekitar melibatkan laluan lebih kurang 100 km. Memang terlalu lewat siap LPT fasa 2 berbanding LPT fasa 1 yang telah siap pada tahun 2005. Sudah pasti kelewatan tersebut akan merugikan wang rakyat kerana kos meningkat berkali ganda. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan