Anak Sungai Derhaka |
- Video Rosmah Mansor terkinja-kinja menari tersebar!! Saksikan!!
- UMNO menyamar PAS untuk kutuk Nurul Izzah..
- Kerana mengkantoikan BN, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang ditukar..
Video Rosmah Mansor terkinja-kinja menari tersebar!! Saksikan!! Posted: 14 Nov 2012 08:17 PM PST Sungguhpun aku benci Tun Mahathir tapi aku tak tergamak nak kutuk Isterinya Tun Siti Hasmah, aku juga menyampah dengan Pak Lah tapi aku tak rasa pulak nak kutuk isterinya.. Sebab bagi aku, walaupun mereka itu merupakan wanita yang berada dibelakang kedua-dua mantan Perdana Menteri yang aku benci tu, mereka tidaklah gila glamour seperti Rosmah Mansor. Selain dari terkenal dengan sifat borosnya, Rosmah Mansor juga dikhabarkan sering menyibuk dalam mesyuarat Menteri kabinet.. Ini pula adalah video Rosmah Mansor menarikan tarian Hindi dalam satu majlis entah dimana dan bila.. Rasanya dalam banyak-banyak isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dianggap paling banyak menimbulkan kontroversi sama ada dari segi penampilannya, kemewahan luar biasanya dan paling jelek, apabila tanpa segan silu menari di khalayak ramai, walaupun menyedari dirinya isteri seorang pemimpin tertinggi negara! Rosmah kelihatan asyik bergoyang sambil diiringi alunan muzik Hindustan bersama denga penari pengiring sempat dirakamkan salah seorang penonton yang hadir di majlis tertutup itu.. Cuba tengok video di bawah ni pula... Buat yang membaca artikel ni.. kalau nak komen, jangan komen lebih-lebih sangat nanti pencacai UMNO marah.. maklumlah Wanita kesayangan mereka tu... | ||
UMNO menyamar PAS untuk kutuk Nurul Izzah.. Posted: 14 Nov 2012 06:29 PM PST Sehelai kain rentang berbau provokasi terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar digantung oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di saat Muktamar Tahunan PAS ke-58 sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan. Kain rentang yang digantung di sebuah gelanggang tenis berbunyi "Nurul Izzah Apa Maksud Kamu? Kebebasan Beragama Sepatutnya Dipakai Samarata - Dari Dewan Pemuda PAS Kelantan" itu dipercayai telah berada sejak awal pagi tadi. Gelanggang tenis tersebut terletak berhampiran sebuah restoran makanan segera kira-kira 300 meter dari Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, tempat berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadulkan malam esok. Ketua pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman dalam komennya berkata, kain rentang tersebut dilakukan oleh tangan-tangan syaitan yang dikenali - merujuk kepada komen bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang mengatakan lebih baik menyokong syaitan yang dikenali (Umno dan Barisan Nasional - BN) daripada malaikat yang tidak dikenali (Pakatan Rakyat). Beberapa orang yang lalu lalang di hadapan restoran makanan segera tersebut meminta pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI) supaya menurunkannya segera kerana ia jelas satu serangan provokasi yang dimainkan Umno bagi memecah belahkan perpaduan antara PAS dan KEADILAN. Sambil menggesa laporan polis dibuat bagi menyiasat siapa dalang yang bertanggungjawab, pihak MPKB-BRI juga diminta supaya lebih peka terhadap sebarang sepanduk, kain rentang atau papan iklan yang bersifat provokasi dari disalahguna pihak yang tidak bertanggungjawab ~Jalan Pulang | ||
Kerana mengkantoikan BN, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang ditukar.. Posted: 14 Nov 2012 04:30 PM PST Korang ingat lagi satu laporan tentang Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang yang telah mengkantoikan propaganda bodoh MIC/UMNO/BN tentang isu pembinaan Dolomite Park Avenue di Batu Caves? MIC/BN telah kantoi bila Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B. Aala menyangkal tuduhan kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan projek kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diluluskan oleh Pakatan Rakyat negeri Selangor. Zainal Abidin semasa sidang media selepas mesyuarat majlis MPS telah berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis. Zainal Abidin juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains (JMG) pada ketika zaman pemimpin Barisan Nasional lalu, namun pihak Jabatan Alam Sekitar, dalam laporan awalnya, tidak menyokong pembinaan projek oleh pemaju Dolomits Properties Sdn Bhd. Laporan lengkap mengenai pendedahan tersebut sil baca di ( SINI ) Setelah menerima malu besar akibat dikantoikan oleh Yang Dipertua Majlis tersebut, UMNO/BN telah menggunakan kuasa mereka melalui JPA untuk membalas dendam terhadapnya.. Portal KL Today melaporkan Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu berkata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin A'ala akan dipindahkan berkuatkuasa Khamis ini. Liu berkata, beliau belum menerima surat daripada JPA memaklumkan tentang pertukaran tersebut, dan tidak tahu bilakah Zainal Abidin menerima surat pemindahan beliau.
Hmmm.. inilah antara sebab kebanyakkan Kakitangan Kerajaan yang berjawatan tinggi tak tahu nak buat kerja.. sebabnya walaupun pandai dalam tugasnya tapi tak pandai bodek malah melawan pula.. TUKAR itulah jawapannya.. Kejam sungguh UMNO/BN nih!! |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan