Khamis, 15 November 2012

Addin

Addin


Ketua Pemuda PAS Kena Belasah Teruk Dalam Muktamar

Posted: 15 Nov 2012 08:11 AM PST

Seronok jugak tengok perbahasan perwakilan yang bahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS Malaysia dalam muatamar kali ni.Walaupun aku tak pi pun ke Kelantan tapi masih boleh ikuti perbahasan secara LIVE.Aku ada kopipes kat ruang sebelah ni video streaming LIVE muktamar PAS kali ke 58 dari Kelantan, kut-kut ada yang teringin nak tengok kat blog aku ni. Yang menariknya, hampir semua wakil pembahas dari negeri-negeri menyuarakan tak puas hati dengan ucapan dasar kali ni yang katanya panjang lebar sampai 55 mukasurat tu.

Ada yang kata ucapan tu sekadar retorik pasai realitinya kepimpinan tertinggi pun takdak kawasan untuk bertanding dengan maksud kepimpinan tertinggi pun takdak grassroot untuk meraisai sendiri macamana realiti sebenar untuk menggerakkan pemuda dan dalam masa yang sama nak tarik sokongan msyarakat digrassroot kepada PAS.

Ada sorang perwakilan pulak belasah pasai Akademi Kepimpinan Pemuda yang walaupun disebuat dalam ucapan dasar untuk diperkasakan padahal realitinya status semasa AKP pun tak jelas, entah hidup entah dah mampus,  langsung takdak dah latihan untuk pemimpin pemuda.

Member tu kata, kesian la sama kepada pemuda macam dia yang takdak peluang untuk ditarbiah di macam yang berkesempatan masuk universiti yang penuh dengan usrah, tamrin dan bermacam-macam program tarbiah perkaderan.

Yang lebih menarik lagi ada perwakilan yang membelasah Pemuda PAS Malaysia yang masih gagal lahirkan pemimpin yang boleh jadi ikon dan igauan anak muda. Pemimpin Dewan Pemuda nampak macam 'tua sebelum masanya", muda tapi sedar diri berlagayk nak jadi orang tua.

Yang positifnya, perbahasan muktamar PAS ni membuktikan yang kebebasan bersuara sangat diraikan di dalam PAS. ~cenangau


Addin:

Memang betul lah ketua pemuda dan exco pemuda kena belasah dalam muktamar kali ni. Addin berkesempatan sertai muktamar kali ni, sekarang tengah ucapan penggulungan. Namun ini merupakan medan untuk muhasabah diri bukannya medan utuk membangga diri.

Inilah bezanya antara umno dan pas, ruang kebebasan bersuara di berikan sepenuh-penuhnya. Syabas kepada perwakilan yang memberikan perbahasan yang bernas. Kepada pimpinan yang ditegur dapat terima dengan hati terbuka. Sama-sama kita perbetulkan kesilapan kerana kami syang jemaah dan perjuangan murni ini..



Iklan



Kantoi!! Umno Tukar YDP Majlis Perbandaran Selayang Kerana Bongkar Isu Kondo

Posted: 14 Nov 2012 11:19 PM PST

KUALA LUMPUR 15 November: Penukaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin A'ala dibuat ekoran kenyataannya bahawa pembinaan kondominium Batu Caves di Selangor diluluskan era pentadbiran BN.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu percaya arahan pertukaran itu selepas Zainal pada 30 Oktober lalu menafikan dakwaan BN bahawa projek kondominium Dolomite Park Avenue itu diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Tiba-tiba dia dapat arahan ditukarkan ke tempat lain. Jadi janganlah salahkan saya kalau saya rasa ini merupakan satu tindakan yang luar biasa."Satu tindakan yang ada unsur sembunyi sebab Datuk Zainal Abidin jalankan tugas dengan baik jujur ikhlas cakap apa yang benar, tapi tiba-tiba dikeluarkan daripada Selayang," katanya kepada media.Zainal dilapor telah diberi notis mengejut dipindahkan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), bermula esok.

Ronnie yang kesal dengan tindakan itu berkata, penukaran Zainal berkuat kuasa serta merta itu seolah-olah menghukum orang yang bercakap benar."Beliau jadi mangsa keadaan sebab dia terpaksa beritahu projek itu bukan diluluskan zaman dia (Pakatan), dia perlu cakap zaman BN.

Memanglah kebenaran itu menyakitkan."Itu tak adil, YDP tak boleh dianggap macam ketua bahagian sahaja, (YDP) satu jawatan yang perlu diberi penghormatan. Kalau nak transfer (tukar) pun, tanyalah kerajaan negeri dulu," ujarnya.Projek kondominium 29 tingkat itu diluluskan pada 2007 oleh MPS semasa kerajaan negeri berada bawah pentadbiran BN.

MIC baru-baru ini menganjurkan demonstrasi bagi membantah pembinaan projek berkenaan yang terletak berhampiran kuil Subramaniar di Batu Caves.Pada 8 November lalu, terbongkar minit mesyuarat MPS bertarikh 29 November 2007 mengesahkan, projek itu turut disokong oleh ahli majlis dari MIC. ~kd




Iklan



'Kami Tunggu Parlimen Bubar Sahaja, Tau Le Nasib BN' - Staf FELDA

Posted: 14 Nov 2012 08:25 PM PST

Inilah wajah Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad, yang sentiasa hidup dalam ketakutan. Maklumlah, 75% staff Felda tidak bersamanya. Saya difahamkan, Wisma Felda Jln Semarak dipasang 40 CCTV khususnya dalam pejabat bagi merakam pergerakan dan perbualan Staff. Ianya bagi mempastikan tiada kebocoran maklumat. Kata mereka, hidup macam dalam penjara!Esok, Faizoull bersama Ahmad Maslan dan Isa Samad ke London melawat 100 pelajar tajaan Felda. Mereka belajar dari Okt hingga Januari 2013. Kos setiap seorang RM50,000. Salah seorang pelajarnya, anak Faizoull sendiri!

Saya harap Faizoull tangani segera isu pinjaman saham FGVH yang dihadapi Kakitangannya. Mereka ini sebahagian besarnya berkempen kuat agar peneroka sokong penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. 60% dikalangan mereka tidak menjual saham mereka dengan harapan harga mencanak naik.

Pengurus Felda ditawar hingga 21000 unit dengan pinjaman RM115,150. Eksekutif 6100 unit dengan pinjaman RM28,025, Non Eksekutif 3000 unit dengan pinjaman RM13883.Anggaran kos pinjaman dengan kadar 2.5 % bagi tempoh 6 bulan. Kos ini tidak termasuk bayaran remiser, cukai dll. Sekiranya harga saham RM4.75 sudah mula rugi, bayangkan ketika saham FGVH tinggal RM4.60 sahaja!

Merana mereka, rugi dan kena bayar pinjaman yg tinggi!Alhamdulillah, Staff Felda yang dulunya percaya bulat2 cakap Isa Samad, sudah sedar sekarang. Mereka terpedaya dengan cerita Transformasi Felda. Mereka lihat sendiri, realiti sebenar transformasi ialah Isa Samad dan Sabri Ahmad dapat 180,000 unit saham!

Ahli Lembaga Pengarah Felda, Anak2 Syarikat dan kroni2 dapat saham dan jual dalam masa singkat; beroleh laba ratus ribu!Kalau dulu kebanyakan yang buat aduan adalah peneroka dan gen 2; kini staf2 felda pula. Seronoknya, janji mereka pada saya, kami tunggu Parlimen bubar sahaja. Tau le nasib BN. ~kingofgoblok



Iklan


Parasit Dalam PAS Buat Onar Lagi..

Posted: 14 Nov 2012 06:59 PM PST

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang bakal berlangsung di Kota Bharu bermula Jumaat kerana memenuhi undangan rasmi ke luar negara.Akhbar Berita Harian menyebut, Nasharudin berada di luar negara sejak Ahad dan undangan tersebut diterima sejak awal lagi.Nasharudin memberitahu akhbar tersebut bahawa ketidakhadirannya itu "bukan isu besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya."PAS tiada masalah kalau memang beliau atau mana-mana ahli muktamar ada urusan lain yang lebih penting.

Tak adalah sampai nak ambil tindakan sebab ini biasa."Mungkin ramai yang mahu melihat tempat duduknya selepas tidak lagi berada di atas pentas itu saja," katanya seperti dipetik akhbar itu.PAS dalam satu kenyataan pada September lalu menyatakan kontroversi melibatkan Nasharudin dan parti itu dibincangkan atas prinsip "sahabat" dan tidak melayan MP Bachok itu sebagai musuh.Kontroversi itu timbul ekoran kenyataan Nasharuddin sebelum ini yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud – seperti dilaporkan meluas oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

Susulan itu, timbul saranan daripada pemimpin parti supaya majlis syura ulama PAS menasihatkan Nasharuddin Mat Isa supaya berundur daripada menganggota jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.Antaranya, bekas naib presiden Datuk Ahmad Awang yang menyarankan Nasharudin berundur daripada majlis syura secara "elok-elok", memandangkan MP Bachok itu menurutnya tiada penyokong.Mesyuarat majlis syura – yang berkuasa memecat keanggotaan ahlinya – pada 9 September lalu bagaimanapun mengekal Nasharudin sebagai anggota jawatankuasa tersebut.

Susulan itu, Nasharudin terus mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap mempertikai kerjasama PAS dalam Pakatan dan juga hala tuju partinya itu dalam memperjuangkan Islam.Dalam satu ucapan pada Oktober lalu, Nasharudin mendakwa seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.Dalam ucapan sama, Nasharudin turut mendakwa bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran."Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.Terbaru, dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia Nasharudin turut mengulas mengenai kenyataan kontroversi MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam satu forum pada 3 November lalu.

Katanya, kenyataan Nurul Izzah itu bermaksud bagi "memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia".Kenyataannnya itu dilihat berbeza dengan pandangan yang disuarakan pemimpin PAS termasuk ahli jawatankuasa pusatnya Khalid Samad yang berpendapat, tafsiran bahawa ucapan kontroversi Nurul Izzah Anwar itu difitnah sebagai menyokong murtad.

Khalid yakin bahawa fitnah tersebut digembar-gemburkan untuk menunjukkan bahawa bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga keluarga ketua umum PKR itu "penganut Islam liberal" dan juga bagi menggambarkan bahawa PAS tidak mampu menghalang perkara itu.~mkini



Iklan




Kantoi!! Banner Fitnah Umno Tak Menjadi..

Posted: 14 Nov 2012 06:09 PM PST


Sehelai kain rentang berbau provokasi terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar digantung oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di saat Muktamar Tahunan PAS ke-58 sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

Kain rentang yang digantung di sebuah gelanggang tenis berbunyi "Nurul Izzah Apa Maksud Kamu? Kebebasan Beragama Sepatutnya Dipakai Samarata - Dewan Pemuda PAS Kelantan" itu dipercayai telah berada sejak awal pagi tadi.

Gelanggang tenis tersebut terletak berhampiran sebuah restoran makanan segera kira-kira 300 meter dari Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, tempat berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadulkan malam esok.Ketua pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman dalam komennya berkata, kain rentang tersebut dilakukan oleh tangan-tangan syaitan yang dikenali - merujuk kepada komen bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang mengatakan lebih baik menyokong syaitan yang dikenali (Umno dan Barisan Nasional - BN) daripada malaikat yang tidak dikenali (Pakatan Rakyat).

Beberapa orang yang lalu lalang di hadapan restoran makanan segera tersebut meminta pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB-BRI) supaya menurunkannya segera kerana ia jelas satu serangan provokasi yang dimainkan Umno bagi memecah belahkan perpaduan antara PAS dan KEADILAN.Sambil menggesa laporan polis dibuat bagi menyiasat siapa dalang yang bertanggungjawab, pihak MPKB-BRI juga diminta supaya lebih peka terhadap sebarang sepanduk, kain rentang atau papan iklan yang bersifat provokasi dari disalahguna pihak yang tidak bertanggungjawab.



Iklan


AES Haram Bakal Di Robohkan 12 Hari Lagi..

Posted: 14 Nov 2012 05:43 PM PST

SHAH ALAM : Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik(AES) di Selangor oleh kontraktor yang dilantik Kerajaan Pusat adalah secara haram, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.Menurutnya, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)."AES di Kajang adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan. 

Sebelum pemasangan perlu dapat Kebenaran Merancang (KM)."Tanpa itu (KM), walaupun kamu pemilik tanah, kamu tak boleh buat begitu, ia dianggap haram, salah. Jadi saya sarankan (Menteri Pengangkutan) Datuk Seri Kong Cho Ha rujuk dulu dan minta nasihat," katanya pada sidang media petang tadi.Jelas Ronnie, sebelum pemasangan, pihak bertanggungjawab mesti mendapat kebenaran yang diperuntukkan dalam undang-undang."Dia mesti ada kelulusan baru boleh buat.

Dia menteri (dan dia) mesti ikut undang-undang juga."JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) hanya bagi kontraktor minta izin. (Tapi) kontraktor tak buat. Kementerian tak buat permohonan. Ketiga-tiga pihak tidak buat permohonan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu.Sehubungan itu, kata Ronnie, amaran Kerajaan Selangor yang memberi tempoh 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan untuk menanggalkan semula kamera tersebut di negeri itu sangat berasas.

"Dua AES di kawasan Kajang, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), minta surat untuk roboh 14 hari, ekoran taklimat diberikan oleh Pengarah JPJ."Saya pergi semalam di Lebuhraya Lembah Klang Selatan dan di Lebuhraya PLUS Expressway dari Bangi menghala ke Cyberjaya masih terdapat kamera AES di sana," katanya merujuk laporan muka depan akhbar Suara Keadilan hari ini.

Ronnie yang ke lokasi itu semalam bersama seorang lagi Exco, Dr Yaakob Sapari menunjukkan kamera yang bakal dirobohkan jika Kerajaan Pusat berdegil tidak mahu menanggalkan kamera tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.Beliau bertegas akan mengarahkan MPKj untuk merobohkan kamera tersebut sekiranya kontraktor berkenaan gagal berbuat demikian.

"Kalau tak roboh, kita akan minta MPKj buat surat untuk roboh dalam 14 hari. Kalau (dalam tempoh itu) tak roboh (kamera), kita akan robohkan. Kita patuhi undang-undang," kata Ronnie.Kerajaan Selangor menetapkan 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula Isnin lalu dan tempoh itu berbaki 12 hari lagi dari sekarang. ~kd



Iklan


Tiada ulasan: