Selasa, 13 November 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Banyak ni demo bantah Polis Malaysia rogol warganya di Indonesia.. Bernama laporkan 20 orang saja?

Posted: 13 Nov 2012 06:30 AM PST


Printscreen di atas tu dari Portal Indonesia Kompas.com yang melaporkan demo oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan mengadakan aksi konvoi 1,000 motor sebagai bentuk protes terhadap Pemerintah Malaysia.

Ini adalah laporan dari Bernama... apa yang nak di selindungkannya entahlah.. hinggakan jumlah peserta demo sangat sedikit dilaporkannya..

JAKARTA - Isu tiga anggota polis Malaysia yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini menyebabkan sekumpulan penunjuk perasaan berdemonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara di sini pada Selasa.

Dalam demonstrasi pada pukul 1 petang itu, kira-kira 20 orang yang mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mendesak kerajaan Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu selain bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu - Bernama.

Nak menipupun biarlah berpatutan.. tak ada salahnya kalau ditulis angka sebenar peserta demo tu..

Bernama lapor 20 orang.. cuba korang kira berapa orang semuanya yang berkonvoi ni..

Aksi 1,000 Motor Usir Dubes Malaysia 


JAKARTA, KOMPAS.com — Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan mengadakan aksi konvoi 1,000 motor sebagai bentuk protes terhadap Pemerintah Malaysia.

Mereka akan berkeliling untuk memberikan ultimatum kepada warga negara Malaysia, termasuk Duta Besar Malaysia untuk Indonesia, agar meninggalkan Indonesia.

"Pukul 13.00 kami akan mulai jalan dari sini. Pertama, kami akan ke rumah Dubes Malaysia di daerah Patra Kuningan, kemudian ke mal dan hotel yang kami ketahui banyak warga Malaysia," ucap Doni Hutabarat, Humas Bendera, Rabu (22/9/2010) di Markas Bendera yang berlokasi di Jalan Diponegoro Nomor 58, Jakarta Pusat.

Ia mengungkapkan, dalam aksi tersebut mereka akan memberikan ultimatum kepada Dubes Malaysia untuk Indonesia dan warga negara Malaysia yang berada di Indonesia agar meninggalkan Indonesia dalam waktu 2 x 24 jam jika tak ingin terjadi hal-hal yang tidak diinginkan.

Aksi tersebut dilakukan Bendera sebagai bentuk kekecewaan mereka terhadap negara tetangga Malaysia yang dianggap telah melecehkan kehormatan bangsa Indonesia, dimulai dari penangkapan tiga petugas Kementerian Kelautan dan Perikanan oleh kepolisian Malaysia hingga peristiwa penganiayaan dan pemerkosaan, yang baru saja terjadi pada 13 September lalu, terhadap TKI asal Lampung, Wanfaidah.

Berdasarkan pantauan di Markas Bendera, suasana Markas Bendera mulai ramai dengan kendaraan roda dua. Mereka bersiap-siap untuk melakukan aksi konvoi 1.000 motor dengan tujuan pertama rumah Dubes Malaysia untuk Indonesia.

"Nanti akan ada sekitar 500 motor, itu berdasarkan hasil akhir pertemuan kemarin. Tidak hanya dari Bendera, tetapi juga dari klub-klub motor dan masyarakat yang kecewa akan Malaysia," lanjutnya.

Kemudiannya Kompas.com melaporkan lagi..

Demonstran Datangi Rumah Dubes Malaysia


JAKARTA, KOMPAS.com — Rumah Duta Besar Malaysia untuk Indonesia yang bertempat di Jalan Patra Kuningan, Jakarta Selatan, didatangi demonstran dari Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat).

Hal ini terkait aksi 1,000 motor untuk memberikan ultimatum kepada Dubes Malaysia dan warganya agar keluar dari Indonesia dalam waktu 2 x 24 jam.

Sekitar pukul 13.35, rombongan aksi 1,000 motor tersebut tiba di kediaman Dubes Malaysia yang berada di Patra Kuningan. Mereka berteriak dan berseru lantang dengan mengumandangkan "Ganyang Malaysia!" ,"Usir Malaysia usir Malaysia usir Malaysia sekarang juga!".

Lagu "Indonesia Raya" juga turut dikumandangkan dalam aksi massa tersebut.

Dalam seruan yang diteriakkan Ketua Bendera Mustar Bonaventura, mereka menginginkan Dubes Malaysia keluar dari Indonesia dalam waktu 2 x 24 jam.

Hal itu merupakan bentuk kekecewaan dan protes terhadap Malaysia yang dianggap telah melecehkan martabat bangsa Indonesia.

Aksi protes di depan rumah Dubes Malaysia tersebut dilakukan selama lebih kurang sepuluh menit dan sekarang aksi massa tersebut bertolak menuju Kantor Kedutaan Besar Malaysia.

Sebelumnya, sekitar pukul 13.00, aksi 1,000 motor tersebut mulai beranjak keluar dari Markas Bendera yang berlokasi di Jalan Diponegoro Nomor 58, Jakarta Pusat.

Mereka bertolak menuju rumah Dubes Malaysia yang berada di daerah Patra Kuningan. Arak-arakan konvoi terlihat memanjang di sepanjang ruas jalan menuju rumah Dubes Malaysia tersebut.

Apakah pihak Bernama merasakan bahawa rakyat Malaysia masih bodoh dan boleh diperbodohkan? adakah mereka lupa bahawa ini era maklumat dihujung jari..

Tengok nih!! Rosmah buat apa pulak dah nie???

Posted: 13 Nov 2012 02:19 AM PST


Bila tersebar gambar Rosmah menyibuk ditengah-tengah antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan dalam Majlis Makan malam sempena perkahwinan Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini, ada pencacai yang bertegas mengatakan itu adalah PROTOKOL.

Kononnya ianya adalah protokol biasa yang diamalkan bila satu-satu majlis dihadiri oleh kenamaan. Kalau nak ikut protokol gambar di bawah boleh menjelaskan bagaimana sepatutnya kedudukan Rosmah jika mengikut protokol..


Tapi Rosmah tak ada dalam sesi bergambar antara pengantin dan jemputan kenamaan itu, mungkin dia malu pada Raja Permaisuri Agong kot.. sebab dia dah berkali-kali menunaikan Haji tapi masih tak pakai tudung macam Raja Permaisuri Agong dalam gambar di atas tu.

Malangnya pencacai yang berbangga dengan agenda 1Malaysia Najib itu tidak menyedari bahawa Majlis Perkahwinan tersebut bukanlah Majlis Perkahwinan masyarakat Melayu.

Jadi budaya kita berbeza..

Menurut sahabat yang berbangsa Tiong Hua tidak pernah dalam sejarah Majlis Perkahwinan masyarakat Tiong Hua, orang luar yang bukan merupakan ahli keluarga berada antara pengantin.

Tempat tersebut sepatutnya diisi oleh Ayah dan juga Ibu kepada mempelai… bukannya kenamaan atau tetamu kehormat.

Meja bagi tetamu kehormat adalah meja yang berhampiran atau berhadapan dengan mempelai..

Aku sangkakan Rosmah Mansor (wanita kesayangan pencacai UMNO) hanya menyibuk dalam Majlis Makan Malam itu saja… rupanya tidak.

Ketika Datuk Lee Chong Wei mahu merakamkan gambar bersama keluarganya pun Rosmah Mansor menyibuk juga..


Kat sinipun dia nak duduk rapat-rapat dengan Datuk Lee Chong Wei juga…apahal agaknya?

PANAS!! Video Ketua Cawangan UMNO menyerang ceramah PAS di Johor tersebar!!

Posted: 12 Nov 2012 10:39 PM PST


Jika selama ini kita hanya menyaksikan pencacai UMNO yang mengambil upah melakukan kerja-kerja provokasi ini.. kini Ketua Cawangan sendiri terpaksa melakukannya..

Merasakan tertekan dan parti yang disokongnya kini kini tergugat bila menyaksikan sambutan penduduk terhadap ceramah PAS, seorang pemimpin setempat dipercayai pemimpin Umno cawangan tiba-tiba meluru dan cuba menyerang ke arah penceramah yang sedang berucap.

Menurut laporan Nusajaya Kini insiden ini telah berlaku dalam satu ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Dataran PAS Parit Yaani, dalam parlimen Sri Gading yang diwakili oleh ahli parlimen yang terkenal dengan 'peluru kosong' di parlimen, Mohamad Aziz.

Menurut Pengarah Pusat Aduan Rakyat Dun Parit Yaani , Tn. Hj. Aminolhuda Hassan, tindakan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi ini tidak mengambarkan sikap demokratik mereka.

"Bagi saya, UMNO ketika ini sangat tertekan dengan sambutan rakyat terhadap ceramah dan program-program yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menganggu ceramah dan program-program yang dianjurkan.

"Mereka menganggu ceramah yang dianjurkan semalam apabila pemimpin mereka cuba untuk merampas mikrofon ketika mana ceramah dijalankan. Ini menunjukkan mereka langsung tidak domokratik", ujar beliau lagi ketika dihubungi.

Tambahan beliau lagi, selain ceramah yang diganggu, UMNO juga telah menganggu program edaran sumbangan bantuan banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Teluk.

"Mereka juga turut menganggu program edaran bantuan kepada mangsa banjir yang kami lakukan. Saya bersama YDP Kawasan Sri Gading, Ustaz Hasim Jusoh cuba dihalau sedangkan kami sudah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam dan pihak RELA untuk hadir ke sekolah terbut bagi menyampaikan sumbangan

"Saya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan UMNO ini. Sepatutnya mereka harus lebih terbuka kerana kita menyampaikan sumbangan kepada orang-orang susah yang sangat memerlukan bantuan ketika ini. Ini jelas menunjukkan kepada orang ramai bahawa pemimpin UMNO bersikap tidak rasional sebagai pemimpin masyarakat disini", jelas beliau lagi.

SAKSIKAN!!


Laporan dan video oleh : Nusajaya Kini

Sebab apa Ketua Cawangan UMNO itu terpaksa mengganas seorang diri?.. jawapannya sila lihat di (SINI )

Adnan Yaakob!! Kawasan Balak ni siapa punya?

Posted: 12 Nov 2012 06:23 PM PST


Awal Januari lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata "Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,"

Bagaimanapun semalam Bernama melaporkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau menyokong jika anggota UMNO yang menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke 13 mengisytiharkan aset atau harta mereka.

Katanya, ia adalah wajar supaya mereka 'bersih' daripada elemen prasangka sebelum layak dipilih mewakili parti dan mengelakkan seseorang itu hidup di luar kemampuan yang tidak seimbang dengan pendapatan.

"Kita memerlukan bakal calon yang berintegriti, bersih dan berwibawa kerana wakil yang ditonjolkan itu adalah mewakili sebuah parti yang hebat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat hak milik tanah kepada 86 peneroka Felda Tementi.

Baguslah kalau begitu.. tapi apa kata sebelum 'Anggota UMNO' dikerah mengistiharkan harta mereka, Menteri Besar Pahang jelaskan kepada semua siapa yang meluluskan lesen pengeluaran balak di Hutan Simpan Kekal Kemasul, Bentong sedangkan ia berstatus kawasan tadahan juga sumber air bagi daerah ini dan Bera.

Balak-balak yang sudah ditebang dilonggokkan di tepi jalan utama dari Felda Kemasul ke Simpang Pelangai menghala ke jalan keluar menuju Karak dan Kuala Pilah di mana dapat disaksikan dengan jelas kawasan hutan yang telah digondolkan.

Sementara kebanyakan balak yang ditebang didapati bersaiz kecil, yang sepatutnya tidak dimusnahkan begitu awal.

Kawasan ini terletak dalam Dewan Undangan Negeri Pelangai yang diwakili Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri..

Saksikan!!


Kawasan ni tentu bukan pencacai UMNO yang baca Blog ini yang punya kan??

Tiada ulasan: