Tukar Tiub |
- KAMERA AES YANG TERBAIK IALAH KAMERA YANG TELAH MENYEMBAH BUMI
- UTUSAN MELOYA SEDANG LAGA LAGA KAN PEMIMPIN PAS
- KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA
- INI DASAR KERAJAAN SELANGOR TERHADAP RANCANGAN ROMPAKAN GEROMBIOLAN
- SATU SPESIS BARU - BUKAN ANJING DAN BUKAN LEMBU - BUKAN SHARIZAT DAN BUKAN ROSMAH
- PILIHAN JALAN RAYA SEBELUM PILIHAN RAYA
- SERAM DAN LAGI MENYERAMKAN
- BUTA ADA MACAM MACAM JENIS BUTA
- PENGALAMAN NAIK TEKSI SAMPAI RABAK POKET
KAMERA AES YANG TERBAIK IALAH KAMERA YANG TELAH MENYEMBAH BUMI Posted: 30 Oct 2012 06:30 PM PDT TEBARU KENA RUNTUH 4 NEGERI PAKATAN TANGUH AES - sinar 29 Oktober 2012 KUALA LUMPUR - Empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan MENYEMBAH BUMI KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... PEMUDA GEROMBOLAN INI CUBA BERJUANG UNTUK RAKYAT... kah kah kah.. kah kah kah..AES TAK DISUKAI RAKYAT KERANA INI PROJEK KRONI REMBAT DUIT RAKYAT...kah kah kah... woit.... RAKYAT TAK PERLU PEMUDA GEROMBOLAN.... kah kah kah.. kah kah kah.... 4 NEGERI PAKATAN SUDAH KACAU AES.... kah kah kah.. woit... BUKAN SAJE ITU.... MANA YANG SUDAH DIPASANG SEMUA KENA PATAHKAN.... kah kah kah... PROJEK KAYAKAN KRONI TANGGUH PELAKSANAA AES - meloya KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan menangguhkan serta mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana mendapati banyak kelemahan dalam pelaksanaannya. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kajian semula itu perlu bagi memastikan sistem tersebut mampu berfungsi dengan baik dalam usaha mengesan pesalah trafik di negara ini. "Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas akar umbi kami mendapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaannya yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal sesebuah kawasan. SOALAN BUKTI NAJIB TERLIBAT |
UTUSAN MELOYA SEDANG LAGA LAGA KAN PEMIMPIN PAS Posted: 30 Oct 2012 12:38 PM PDT INI AJENDA JAHAT UTUSAN MELOYA KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... APABILA UTUSAN KATA ORANG INI MOLEK APA MAKNANYA?... kah kah kah.. kah kah kah...KENAPA MELOYA KATA ORANG INI BAIK?.... kah kah kah... kah kah kah....APAKAH TUJUAN UTUSAN UNTUK LAGA LAGAKAN PEMIMPIN PAS KELANTAN?.... kah kah kah.. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...INGAT KEMBALI BAGAIMANA MEMBACA MEDIA DI MALAYSIA... kah kah kah.. jkah kah kah... KALAU MEDIA GEROMBOLAN KATA BAIK... MAKNANAY TAK BAIK... kah kah akh... kah kah akh... KALAU MEDIA GEROMBOLAN KATA DEMO TAKL BAIK... ERTINYA DEMO IT BAIK DAN EFEKTIF.... kah kah kah BUKTI HUJAH INI: hasan ali nasaruddin ezam mat nor zul nordin semua dinobatkan sebagai orang baik oleh meloya hakikatnya ini semua orang jahat NOTA meloya mahu nik aziz bersara madey mahu nik aziz bersara ertinya nik aziz efektif di kelantan Ahmad calon paling sesuai jadi MB KOTA BHARU 30 Okt. - Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yakob dilihat calon paling layak menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat sekiranya Menteri Besar itu berundur. Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Mohd. Amar Nik Abdullah turut mengakui ketokohan Ahmad sebagai pengganti Nik Abdul Aziz kelak. "Malah Ahmad ialah calon yang amat molek sekali kerana beliau seorang ulama dan merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Mohd. Amar mengulas calon Pas yang sesuai menggantikan Menteri Besar sekarang setelah lebih 22 tahun jawatan tersebut disandang Nik Abdul Aziz. Ura-ura dalam kalangan pemerhati politik menyatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah terakhir ditandingi Nik Abdul Aziz, namun sekiranya Pas kembali menguasai negeri, jawatan Menteri Besar akan beralih kepada Ahmad. BERHIMPUN SABTU DI SEREMBAN KITA BERDEMO MENUNTUIT JANJI BERSIH |
KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA Posted: 30 Oct 2012 02:30 AM PDT BERHIMPUN DI: taman seremban jaya ( dekat tol senawang) 50 RIBU BERHIMPUN DI DATARAN SEREMBAN MENUNTUIT 8 TUNTUTAN 50,000 - PRA – HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU INI – keadilan daily KUALA LUMPUR 30 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) mensasarkan kehadiran 50,000 peserta pada Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Sabtu ini. "Kita mengharapkan negeri-negeri di selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat menghantar seramai mungkin peserta memandangkan kedudukan mereka lebih hampir dengan lokasi himpunan," kata Pengarah Himpunan, Mohamad Sabu. Menurut Timbalan Presiden PAS itu, himpunan tersebut akan menggabungkan empat warna yang menjadi simbol kepada beberapa tuntutan rakyat yang masih belum ditunaikan kerajaan sehingga kini. "Warna-warna tersebut terdiri daripada merah, kuning, hijau dan oren," jelasnya. Beliau berkata, warna kuning mewakili Himpunan Bersih yang menuntut lapan perkara, manakala hijau berkaitan dengan alam sekitar yang membantah projek Lynas serta Pengerang. "Warna merah mewakili tuntutan royalti rakyat Kelantan, manakala oren mewakili tuntutan peneroka Felda. Jadi terserah kepada peserta untuk memilih warna baju untuk dipakai pada himpunan itu nanti," jelas Mat Sabu dipetik Harakah. Tambahnya, himpunan itu adalah ekoran sikap kerajaan yang masih tidak melayan tuntutan lapan perkara pada Himpunan Bersih sebelum ini termasuk membersihkan senarai daftar pemilih. "Kita lihat daftar pemilih masih tidak dibersihkan sepenuhnya, terdapat terlalu banyak nama pengundi meragukan, sebab itu kita mengambil keputusan mengadakan himpunan ini bagi mendesak kerajaan memenuhi tuntutan kita," tegasnya. Program itu merupakan pemula kepada program jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu. Ia dijadual bermula jam 4 petang hingga 12 malam dengan dihadiri semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat. Antaranya termasuk Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Himpunan Kebangkitan Rakyat sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini namun ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF. Ia telah diumumkan ditunda ke Januari tahun hadapan dan pihak penganjur sedang membuat permohonan untuk mendapatkan sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka. Bagaimanapun, pelancaran himpunan itu tetap dibuat pada tarikh sama tetapi dengan mengubah tempatnya ke Senawang Negeri Sembilan. Dari Negeri Sembilan, program jelajah Kebangkitan Rakyat pula akan bergerak ke seluruh negara mengikut zon dan negeri. Menurut Mat Sabu, mereka akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain sebelum kemuncak himpunan tersebut di ibu negara Januari tahun hadapan. |
INI DASAR KERAJAAN SELANGOR TERHADAP RANCANGAN ROMPAKAN GEROMBIOLAN Posted: 29 Oct 2012 10:27 PM PDT |
SATU SPESIS BARU - BUKAN ANJING DAN BUKAN LEMBU - BUKAN SHARIZAT DAN BUKAN ROSMAH Posted: 29 Oct 2012 10:12 PM PDT NOTA: spesis yang ini baru ditemui dalam ipad ronasina dari ipad ini spesis ini telah keluar ke wilayah fb dan akhirnya sampai ke tt INI DIA SPESIS ITU INI SATU LAGI SPESIS YANG MENAKJUBKAN spesis ini juga amat amat menakjubkan kita selalu terjumpa paling banyak mereka bersarang dalam bangunan parlimen kah kah kah NOTA: para saintis dunia merasa hairan kenapa spesis ini banyak ditemui di malaysia? dan kenapa mereka suka bersarang di bangunan parlimen? |
PILIHAN JALAN RAYA SEBELUM PILIHAN RAYA Posted: 29 Oct 2012 08:40 PM PDT KITA WAJIB TURUN PRU13 DAN AYAT SONGSANG Dalam tulisan kali ini saya ingin membawa ayat-ayat songsang. Saya ingin membuka surah yang telah di hafal tetapi tidak difahami. Saya ingin membuka bait-bait yang sering dilaungkan tetapi tidak dihayati. Saya ingin melagukan shair kasar yang tidak akan mententeramkan jiwa. Surah dan bait-bait ini telah menjadi beban sejarah jika tidak saya dendangkan kepada orang ramai. Surah dan ayat songsang ini ialah tentang PRU13 yang akan dijalankan tidak lama lagi. Bila PRU13 ini akan diadakan saya tidak tahu. Saya bukan nujum. Malah tarikh dan saat PRU13 ini untuk saya tidak bagitu penting. Untuk saya tarikh PRU13 bukan surah yang akan membawa kita semua ke jambatan yang lurus. Apa yang saheh tarikh PRU13 ini hanya akan dijalankan apabila semua persediaan untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa telah tersedia. Semua perancangan telah diatur. Lojistik telah tersusun rapi. Semua yang wajib dilakukan untuk mengembalikan kuasa kepada Barisan Nasional telah dilakukan. Pada hemat saya keputusan PRU13 akan menafikan Pakatan Rakyat ke Putra Jaya. Pada pemerhatian saya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan jatuh ke tangan United Malays National Organisation. Jelas apa yang saya tulis ini adalah ayat-ayat songsang. Ayat-ayat 'potong stim' yang ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak akan bersetuju. Bunyi surah ini amat kasar tetapi inilah hakikat realpolitik dalam negara Dunia Ketiga. Ayat-ayat songsang dalam tulisan saya ini bukan saya pungut dari mimpi. Ayat ini tidak saya terima melalui saka. Ayat-ayat ini berasaskan realpolitik yang sedang berlaku dihadapan mata saya. Ayat-ayat ini datang dari laporan demi laporan yang saya terima sebagai ahli jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0. Minggu lalu Dr. Ong Kian Meng dari MERAP - Malaysian Electoral Roll Analysis Project – bersama Bersih 2.0 telah membentangkan laporan terkhir ke Parlimen. Merap ialah satu badan ilmiah yang membuat kajian tentang daftar pengundi. Laporan dari Merap ini cukup memeranjatkan. Justeru, dari laporan Merap inilah munculnya sebahagian dari ayat-ayat songsang yang saya tuliskan disini. Merap telah bertemu dengan 59,000 nama pengundi – saya ulangi lima puluh sembilan ribu – pengundi luar negara. Jumlah ini dikenal pasti kerana dalam senarai daftar nama-nama 59,000 ini menggunakan kod 71. Kod 71 ini bermakna bakal pengundi ini lahir diluar negara. Ada dari Afrika, dari Eropah, Vietnam, India dan dan dan... Awas.. Mat Indon dan Mat Bangla bukan disini nama mereka tercatit. Nama 59,000 pengundi dengan Kod 71 ini adalah warga negara Malaysia yang lahir diluar negara. Maka Hairan bin Takjublah kita semua. Tidak disangka-sangka rupa-rupanya ramai orang Malaysia lahir di Uganda, Kenya, Sweden , German, Qatar dan di Itali. Kita juga telah membaca dan mendengar surah bagaimana nama-nama pengundi yang amat pelik lagi memelikan telah ditemui dalam senarai pengundi. Bukit bin Batu. Harimau binti Buaya. Kijang anak lelaki Ular. Jintan binti Bawang. Dubai bin Abu Dhabi. Ini hanyalah contoh nama-nama pelik dimana si ayah atau si ibu ketika mendaftar telah hilang akal lalu menamakan bayi yang baru lahir ini Sungai binti Laut. Untuk pembaca yang tersenyum membaca nama Ular bin Lipan pasti akan terbahak bahak ketawa apabila diberitahu ada juga pengundi yang namanya ' bin . dan menjadi lawak seram kerana nama ini bukan ditulis dengan ejaan Koma bin Noktah tetapi dengan simbol '. Lebih memeranjatkan apabila Merap membuktikan bagaimana satu alamat N0: 994 Jalan Papan Klang telah didiami oleh 46 orang pengundi. Pelik bin hairan - bagaimana rumah teres ini dapat menampong 46 orang penghuni ? Kalau pun setiap bilik ini ada katil bertingkat-tingkat saya masih mushkil dan ingin bertanya ada berapa buah bilik mandi dan tandas dalam rumah teres ini? Justeru saya membuat kesimpulan 46 orang penghuni rumah ini akan tidur tegak berdiri untuk memastikan ada ruang untuk kesemua 46 orang. Untuk berak mereka ke belukar. Awas! Sikap silatulrahim penghuni amat membanggakan. Dalam rumah ini ada Muthusamy, Abdullah, Lim Ah Seng, Gobala, ada Jebeng Bibik, Fatimah dan Maureen Pillay. Inilah contoh rumah Satu Malaysia. Kes kalsik sebuah rumah dengan berpuluh-puluh penghuni ini terjadi juga di Lembah Pantai. Sebuah rumah telah ditemui diduduki lebih dari 20 warga. Alhamdulilah... satu lagi contoh Malaysia yang aman permai. Tetapi apabila ditemui lot alamat rumah ini - yang tersergam ialah Plaza Tol Lebuh Raya Pantai Baru. Ada 20 pengundi tinggal dalam bilik tol. Pembaca sering mendengar 'tuduhan' tentang Mat Bangla, Mat Pilipina dan Mat Indon telah diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Apakah ini ayat-ayat setan? Atau ini surah yang saheh? Mengikut Merap telah ditemui 170,000 nama pengundi yang berdaftar. Kesemua 170,000 ini adalah pengundi yang dilahirkan diluar negara. Disini kita temui Bibik, Embak, Jebeng dan Suhail. Mereka semuanya mendaftar dengan kod 71 yang mensahehkan mereka tidak dilahirkan di Malaysia. Untuk memedaskan lagi tempoyak masam ini – banyak nama- nama ini tidak ada bin atau binti. Hanya ada satu nama sahaja. Tidak diketahui jantan betinanya. Malah banyak nama-nama ini tidak memiliki alamat rumah yang penuh. Contoh yang diberikan oleh Merap ialah kajian terperinci di Kampong Melayu Majidee Johor Bahru. Dalam kampong ini ramai Jebeng, Bibik dan Embak yang mendaftar tetapi tanpa alamat rumah dan nama jalan. Yang ditulis hanya Suharto Kampong Majidee. Surah- surah diatas ini hanyalah sebahagian dari bukti yang telah ditemui oleh Merap. Ini bukan lagi dongeng atau kesah Haji Desas bin Lebai Desus. Ini saheh dengan fakta dan kajian yang membuktikan ada perancangan untuk menipu dalam PRU13 ini. Biar saya jelaskan sejelas mungkin. Untuk semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mereka wajib sedar bahawa yang mereka lawan bukan parti United Malays National Organisation. Mereka bukan berlawan dengan MIC, MCA atau Barisan Nasional. Penyokong dan bakal pengundi Pakatan Rakyat bukan melawan polis, raja, Islam atau Perlembagaan Malaysia. Apa yang dilawan oleh Pakatan Rakyat ialah satu sistem pemilihan calon yang ditelah direka khusus untuk menipu. Melawan sistem tipu. United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya telah tidak lagi mendapat sokongan pengundi. Parti ketuanan Melayu ini telah ditinggalkan oleh Melayu sendiri. Tetapi awas. Dalam PRU13 ini nanti United Malays National Organisation akan kembali berkuasa. Hairan? United Malays National Organisation akan menang dalam PRU13 bukan kerana sokongan rakyat tetapi kerana sistem pemilihan ini telah diatur untuk menipu. Sistem pengundian ini telah disusun khas untuk memastikan penipuan berjalan licin tanpa disedari oleh orang ramai. Memang betul semua pengundian akan dijalan dengan mengikut prosedur. Memang tepat semua pengundian dijalankan mengiikut peraturan. Tetapi prosedur dan peraturan ini semuanya disusun , semuanya dibuat untuk tujuan menipu. Contohnya mesin ATM akan mengeluarkan duit sebanyak mana yang kita minta – jika kita memiliki wang simpan dalam bank. Tetapi mesin ATM yang dibuat oleh SPR ini akan memastikan jika kita meminta 20 ringgit maka hanya 15 ringgit akan keluar dan 25 ringgit akan ditolak dari jumlah simpanan kita. Ini bukan satu yang mustahil. Ini penipuan. Sistem penipuanlah yang sedang disusun oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR ini bukan hanya dikepali oleh anggota ahli parti United Malays National Organisation. Sistem pengudian tipu yang disusun SPR ini telah mendapat kerjasama dengan Jabatan Pendaftran Negara, PDRM, Majlis Keselamatan Negara dan United Malays National Organisation. Contoh penipuan yang paling senang untuk difahami ialah pengunaan dakwat kekal. Di negara-negara lain - biasanya sesudah mengundi maka Si Pengundi akan mencelupkan jari ke dalam botol dakwat. Kunci ayat songsang ini ialah – SESUDAH. Tetapi dalam sistem SPR Malasia jari tidak dicelup ke dakwat kekal tapi hanya dicalit halus. Untuk terus menipu calitan halus ini dibuat SEBELUM memangkah. Kenapa calit dakwat sebelum memangkah? Ini untuk memastikan akan banyak undi rosak terpalit dakwat hitam. Undi rosak ini pastilah undian untuk Pakatan. Penipuan guna dakwat hitam ini diteruskan untuk apa yang dikenali sebagai Pengundi Awal. Sebelum ini tidak wujud Pengundi Awal ini. Siapa pengundi awal ini? Pengundi awal ialah pekerja SPR di hari membuang undi. Dulu ada 100,000 – kinio ditambah untuk menjadi 240,000 – saya ulangi dua ratus empat puluh ribu pengundi. Di katakan mereka akan mengundi awal tetapi tidak diketahui seawal mana? Lima hari? Tujuh hari atau tiga hari? Lagi awal mengundi lagi baik kerana tanda telah lama hilang. Mereka boleh mengundi beberapa kali lagi. Surah dan ayat-ayat syaitan diatas membuktikan bahawa apa yang dilawan oleh Pakatan Rakyat bukan parti politik. Yang dilawan ialah satu sistem pemilihan yang dibentuk dan direka khas untuk menipu. Sistem penipuan ini diwujudkan oleh SPR untuk memastikan United Malays National Organisation akan kembali berkuasa. Itu saja ayat songsang? Tidak ada lagi minggu depan. (TT) NOTA: tulisan ini telah disiarkan dalam akhbar SUARA KEADILAN yang terbaru sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon : 03-22-72-40-45 |
Posted: 29 Oct 2012 08:22 PM PDT KESAH SERAM JUMPA TAIK KERING Bro , Bulan lepas aku pergi Ikea di Mutiara Damansara dan terserempak pulak si Hasan Jati tgh survey barang...yg paling bestnya; SEMUA ORANG BUAT TAK PEDULI DGN DIA! Bini aku yg hint...bang, bang...nampak tu sape? Aku jawab...oooo hasan benggong... kata jiwa melayu n pejuang agama bangsa tp tang beli BARANG PERKAKAS kau beli kt Ikea-ni produk dr negara Kristian.... lagi satu; laporan Harian Metro usahlah dipakai ni semua penipu cerita yg diada2kan...black metal lah...sembah setan lah...murtad lah..itu lah.... TUKAR KERAJAAN PERSEKUTUAN, KASIK BUNGKUS NI HARIAN METRO....akhbar sampah! on RAMAI MENUNGGU VIDEO MURTAD - HINNGA RAMAI YANG TERUS MURTAD |
BUTA ADA MACAM MACAM JENIS BUTA Posted: 29 Oct 2012 08:15 PM PDT SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH? KOMENTAR TUKAR TIUB tukar tiub mengalu-ngalukan hakim malaysia yang buta warna syabas! tahniah! tapi bagimana dengan hakim buta telinga? contohnya dalam kes pembunuhan altantuya sirul dan azilah telah didapati bersalah membunuh altantuya sirul dan azilah mengaku mereka di upah tak kan hakim buta telinga tak dengar ayat : kami di upah kalau mereka di upah maka hakim patut bertanya siapa yang mengupah untuk bunuh? jangan hanya buta warna tapi buta telinga pulak Hakim Malaysia kendali kes secara 'buta warna' - meloya KUALA LUMPUR 29 Okt. - Sidang Dewan Rakyat diberitahu, pengendalian kes-kes perbicaraan oleh para hakim di Malaysia dilakukan secara colour blind (buta warna) iaitu mereka tidak mengira sesiapapun yang dibicarakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tanpa mengambil kira siapakah yang menghadapi perbicaraan, hakim akan membuat pertimbangan berdasarkan kepada pembentangan fakta di hadapan mereka. "Tidak kira orang itu orang besar ke, orang kecil ke, orang hitam ke atau orang putih ke, tidak akan dipedulikan oleh hakim-hakim. Apa yang penting apakah fakta yang dibentangkan di hadapan mereka. "Hakim-hakim di Malaysia membicarakan kes secara colour blind. Mereka bertugas tanpa mengira sesiapapun," katanya ketika menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini. Dalam perkembangan berkaitan Mohamed Nazri berkata, tahap serta mutu bidang kehakiman di negara ini bertambah baik dari semasa ke semasa. "Pada tahun 2011 Malaysia berada pada kedudukan 12 daripada segi mudah urus dan sebahagian besar pencapaian itu adalah sumbangan daripada pihak mahkamah,"katanya lagi. |
PENGALAMAN NAIK TEKSI SAMPAI RABAK POKET Posted: 29 Oct 2012 07:49 PM PDT MEMBURUH SIANG MALAM ORANG LAIN KAYA PENGALAMAN NAIK TEKSI DI SEBERANG Ketika saya tinggal di Indonesia untuk beberapa bulan, kenderaan utama saya adalah bas mini,busway, dan taksi! Ye.. Taksi di Jakarta mungkin lebih banyak dari di Kuala Lumpur, tapi jauh lebih murah dan berkualiti. Naik teksi di Kuala Lumpur adalah perbuatan orang2 yg ada duit dan betul2 desperate shj, sedangkan naik teksi di Jakarta adalah perkara biasa. Saya pernah terpaksa ke luar daerah, dan decide untuk ambil teksi. Sila teka, perjalanan saya ketika itu setelah dicampur dengan trafic yang macet dan gila,akhirnya menjadi 4 jam! Tapi saya masih lagi mampu membayar ongkos teksi dengan selesa: menggunakan meter! Tak ada teksi yang tawarkan harga bla3. Jauh atau dekat tetap pakai meter, dan murah! Teksi di Malaysia ada masalah yang perlu diakui: pemandu teksi malaysia adalah hamba kepada pemodal. Sebab itu gagal! on PENCERAHAN DARI SINGAPURA - NEGARA YANG SUKA MAKAN BABI PENGALAMAN NAIK TEKSI DARI SUBANG Saya pernah naik teksi pada pukul 11:30 malam dari sebuah hotel di Subang (sebab menghadiri majlis perkahwinan kawan saya) ke hotel yang saya nginapi di Bukit Bintang. Pemandu teksi tak nak guna meter & mahu saya bayar RM100. Saya bagi dia tahu tambangnya hanya $24 semasa waktu petang bila saya datang ke Subang dari Bukit Bintang. Setelah tawar menawar, saya terpaksa membayar $80 sebab tak ada teksi lain pada waktu itu setelah menunggu lebih daripada 1 jam. Jadi bila Pakatan Rakyat ambil alih, saya harap kerajaan Pakatan akan membuat undang-undang macam dinegara jiran supaya kita tidak disembelih oleh pemandu teksi yang tidak berhati perut ini. on PENCERAHAN DARI SINGAPURA - NEGARA YANG SUKA MAKAN BABI Publish | Delete | Spam AES SEBENARNYA CARA REMBAT DUIT RAKYAT - Kalau AES adalah untuk keselamatan pengguna jalanraya, jadi patut diletakkan papan tanda bahawa terdapat Kamera disitu, jadi pandulah perlahan di kawasan berkemalangan tinggi untuk mengelak kemalangan jalanraya. Tetapi, jika tiada sebarangan papan-tanda untuk memberitahu bahawa terdapatnya kamera disitu, MAKA in bermakna untuk mencari wang semata-mata dan bukan untuk menjaga keselamatan penguna jalanraya. Kerana pemandu yang suka pancut akan mengurangan kelajuan jika mereka tahu terdapat kemera disitu, jadi, selamatlah penguna jalanraya yang lain di tempat yang berkemalangan tinggi. Prinsipnya untuk mengelak kemalangan dan bukan untuk menangkap, tahu tak !!? Jadi, jelaslah ini untuk mencari rezeki keatas rakyat yang semakin miskin dan bukan untuk menjaga keselamatan penguna jalanraya... Tolong sedar.... on PENCERAHAN DARI SINGAPURA - NEGARA YANG SUKA MAKAN BABI |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan