Selasa, 9 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Rupanya, ni la puncanya Najib tangguh bubarkan Parlimen

Posted: 09 Oct 2012 09:36 AM PDT

Bangsa Umno dah gelabah biawak, tak ketahuan hala bila menyedari Sabah bukan lagi fixed deposit depa.

Kata-kata Datuk Seri Lajim Ukin, bekas pemimpin Umno Sabah dan jugak bekas Timbalan Menteri tambah memedihkan. Ego Umno tak sekembang rambut Rosmah lagi...

Ini dia faktor utama yang membuatkan Najib sengaja melengah lengahkan pembubaran Parlimen bagi PRU13. Dalam wawancara akhbar Sinar Harian, beliau ada menyebut kemungkinan lebih ramai pmimpin BN Sabah akan keluar parti sebaik Parlimen dibubarkan. Beliau nyatakan, jika PR boleh dapat 20 Parlimen di sabah, 20 Parlimen di Sarawak, maka BN pasti tumbang di peringkat pusat. Sewaktu berucap dalam rapat Pimpinan Nasional di Shah Alam baru-baru ini, beliau sahkan setakat ini 10 kerusi Parlimen di Sabah akan dimiliki oleh PR.

Di Sabah sendiri, beliau yakin PR akan dapat menguasai sekurang-kurangnya 35 kerusi DUN dan seterusnya akan menjadi kerajaan negeri yang baru di bawah PR, insyaallah...

Jom kita doakan bersama... kita menyokong kebangkitan rakyat Sabah dan Sarawak untuk bebaskan diri dari terus dibuli oleh rejim sekarang....


Ni sebabnya Mahathir meracau takutkan Pakatan

Posted: 09 Oct 2012 01:06 AM PDT

Surirumah akui dapat warganegara dalam 'Projek Mahathir'


Seorang penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada "Projek Mahathir" dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini secara haram dari selatan Filipina.

Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.
"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.
Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warga yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa "Projek Mahathir" itu merupakan "rancangan sulit" yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.

Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti Teknologi Mara Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga 10 daripada 25 kerusi parlimen.- Malaysiakini


PASAI artikel ni la Utusan terkantoi...

Posted: 08 Oct 2012 11:12 PM PDT


KANTOI! Chamil Wariya dan Teresa Kok mangsa fitnah Utusan

Tak habis-habis dengan fitnah, memutar belit berita demi survival Umno. Itulah Utusan Malaysia yang kini popular dengan akhbar pecacai Umno tegar, pemfitnah nombor satu setelah beberapa siri saman fitnah yang telah dimenangi ramai ikon politik terutamanya dibarisan Pakatan Rakyat.

Nampaknya, media penjilat Umno neh tak serik-serik buat hal dan tak kira masa dan siapa!

Buktinya, Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan Utusan Malaysia terpaksa merafak sembah dan memohon maaf pada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim. Ini semua kerana fitnah dari akhbar penjilat Umno ni la yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ'. Artikel neh yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno tuh pada 12 Oktober 2008.

Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Abdul Hamid Sultan Backer manakal peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut sebarang bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.



BERIKUT ADALAH PETIKAN DARI ARTIKEL "POLITIK BARU YB J" - 12 OKTOBER 2008
PAGI itu resah YB Josephine, yang lebih mesra dengan panggilan YB J sukar dikawal. Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Cha di ibu kota, fikirannya terganggu. Tuduhan bahawa dia anti-Islam dan anti-Melayu sungguh-sungguh menghantui perasaannya sejak malam tadi lagi. 
Entah mengapa baru sekarang dia begitu, dia sendiri tidak tahu. Dia juga tidak pasti sama ada pemandunya, Ahmad, menyedari gelora jiwanya ketika itu. Kalau dia tahu pun, peduli apa, YB Josephine berbisik sendirian. 
Pemandu itu memang sedia maklum pendirian politiknya tentang kepentingan kaumnya vis a vis orang Melayu. Dan dia tahu Ahmad menghormati pendiriannya, walaupun dilihat anti- Melayu, anti-Islam sebagai hak asasi tinggal dalam sebuah negara demokrasi
Bukankah kebebasan asasi itu dijamin oleh Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi YB J akui demokrasi ada yang tidak sempurna dan kerap disalahgunakan oleh pihak yang berkuasa. 
Tetapi hakikat itu tidak menghalang rakyat menempatkan pembangkang di Dewan Rakyat. YB Josephine adalah salah seorang daripadanya. 
Ah, tudahan dia anti-Islam, anti-Melayu tuduhan yang melulu bentak YB J seolah-olah mahu menyedapkan dirinya.. Ia juga tuduhan yang tidak berasas, hati kecilnya bersuara lagi. 
Dia meyakinkan dirinya bahawa kenyataankenyataan yang dibuatnya atas nama pelbagai kaum untuk memperjuangkan kepentingan kaumnya, bukan sesuatu yang rasis. Amensty International, organisasi hak asasi antarabangsa akan menyetujuinya. 
Begitu juga dengan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ketua Pembangkang, di Parlimen pun tidak pernah menganggapnya rasis. Yang menganggapnya rasis hanya orang Melayu di dalam Parti Orang Melayu (POM). 
"Aku juga bukan anti-Islam. Aku bukan anti Melayu," pujuk hati YB J yang sudah dua penggal bergelar YB itu, mewakili Parti Bertindak Rakyat. 
Parti itu dianggotainya sejak berada di kampus lagi, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti melarang para siswa membabitkan diri secara langsung dalam mana-mana organisasi siasah. Lagi pun penguatkuasaan undang-undang itu sekadar melepas batuk di tangga. Lebih dari itu, ia adalah satu lagi undang-undang lapuk, kata YB J. 
Kata hatinya lagi: "Aku sekadar memperjuangkan kepentingan kaum aku, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM memperjuangkan kepentingan bangsanya, sama seperti pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa menggunakan wajah Islamnya." 
Malah YB J berasakan kelantangannya memperjuangkan kepentingan kaumnya itulah yang telah membantunya menang kali kedua kerusi Parlimennya. Kali ini dengan majoriti yang lebih besar lagi. 
Apa yang membanggakan dia adalah perjuangan yang dianggap anti-Melayu dan anti-Islam itu kini turut disokong pengundi-pengundi Melayu di kawasan pilihan rayanya itu. 
Pada mulanya dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan sebahagian besar pengundi Melayu yang merupakan 20 peratus keseluruhan pemilihan berdaftar dalam kawasan Parlimen Alam Maya telah memangkahnya. 
Ini satu perkembangan luar biasa. Tidak mungkin mereka menyokong aku, bisik hatinya. Tetapi apabila dimaklumkan oleh para pekerja parti bahawa pengundi Melayu di semua peti undi telah beralih arah mendokongnya, dia menerimanya dengan fikiran terbuka. Baguslah kalau orang Melayu menerima perjuangan Malaysia Barunya. 
Tidak puas hati bermonolog dengan perasaannya, YB J secara spontan berpaling kepada Ahmad, pemandunya yang sejak tadi tekun dengan tugasnya.
"Kamu fakir saya anti-Islam, anti-Melayu?"


Aku mintak maaf...

Posted: 08 Oct 2012 08:23 PM PDT

Aku nak mintak maaf...
Pada semua rakan taulan aku yang berada dalam bangsa Umno...
Sebab... semua dari kita kena terima kenyataan...
Tapi.... jangan marahkan aku plak kerana ini berfakta...

Maafkan aku kerana menyokong Madey...
Malah... inilah juga sesatunya kebenaran dari kata-kata Madey selama ini....
Hanya yang tak bijak ja yang masih bersama Umno.... kahkahkah...

DULU, KINI & SELAMANYA.....
Tolol....
Maafkan aku kerana mentololkan korang...

Hehehe...


Ini contoh pencacai tegar... Ngeee...

Posted: 08 Oct 2012 05:45 PM PDT

Okay sayang... Mari peluk mama, maih... ngeeee.... (FB)

Amboi pencacai nih... nak ampu sampai tak agak-agak...
Sabsidi kerajaan bagi yerk!!
Habis tuh, apa pulak motif pembayar cukai kalau sabsidi tuh kerajaan hang ja yang bagi?

Kahkahkah...

Woi mangkuk!!!
Belajar la bersyukur, bukan pada kerajaan kerana kerajaan tu dah memang tanggungjawab depa. Bukan nama kerajaan la kalau tak buat semua benda tuh...

Tapi bersyukurlah pada Allah s.w.t. Jangan bercakap ikut lutut seolah-olah Allah tu tiada, hanya kerajaan hang saja yang tanggung hang...

Tapi tak pa...
Hang tu baru cerita bab nak belajar ja... Tunggu la lepas neh, hang nak bayar hutang tuh...
Bila dah pandai beli kereta, dah pandai gatal nak berbini, dah pandai buat anak...
Esok-esok tengok hang la yang akan menyesal...

Kahkahkah...

Kita bagi chan la dulu kat dia neh untuk menikmati jasa kerajaan...


Alasan kukuh bekas Timb Menteri [BACA]

Posted: 08 Oct 2012 12:00 PM PDT

KOTA KINABALU: Parti-parti Pakatan Rakyat diyakini tidak akan mudah pecah selepas pilihan raya umum nanti kerana ketiga-tiga sangat memerlukan antara satu sama lain.

Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Yahya Lampong dalam wawancara eksklusifnya dengan Harakahdaily berkata, jika mana-mana parti dalam Pakatan itu keluar atau dikeluarkan, Pakatan akan hancur.


Bagi beliau, gabungan ini adalah perspektif baru dalam politik Malaysia dan bakal mendapat sokongan semua pihak.

Atas dasar itulah, beliau yakin, kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan dalam pilihan raya nanti akan stabil dan tidak akan ada istilah 'minoriti partner' di dalam gabungan itu sebagaimana yang berlaku dalam kerajaan pusat sekarang.

Ini kerana, ketiga-tiga parti perlu melayan rakan mereka sama penting kerana masing-masing sedar kehilangan atau kelemahan sokongan salah satu dari mereka akan merosakkan mereka bersama.

Oleh itu, beliau yakin hubungan berdasarkan kepentingan bersama ini akan menyebabkan ketiga-tiga parti akan menjaga kepentingan rakan masing-masing. ~ harakahdaily


Tiada ulasan: