AdukaTaruna |
Apabila TGNA jadi mesin cuci dosa. Posted: 08 Oct 2012 08:46 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Entah macamana, dek kerana kuatnya pengaruh TGNA dalam keagamaan, sedar tak sedar, TGNA dah jadi satu mesin cuci dosa manusia. 1. Ahli politik wanita yang tersebar gambar tidurnya dulu, walaupun bukan salahnya, jumpa TGNA bagi meredakan keadaan. Tersebarlah gambar wanita tersebut bersama TGNA. Dosa yang tak dosa pun hapus. 2. Ahli politik wanita bukan Islam yang diserang isu masuk surau sampaikan bantuan. Pun jumpa TGNA. Tersebarlah gambar bersama TGNA. Dosa yang tak dosa pun hapus. 3. Statement Anwar berkenaan Zionis, video seks, tuduhan liwat. Dikritik hebat. Jumpa TGNA gak. Cuma Anwar lebih hebat. Jumpa ulama dunia yang lain juga. Dosa yang tak dosa pun hapus. 4. Gua faham hakikat ini awal lagi. Sebab tu, walau gua ada gambar berdua dengan TGNA (TGNA tak tahu gua AdukaTaruna masa bergambar tu), gua tak publish pun. Simpanan keluarga jer. Kecuali gambar tahnik anak gua. Tu pun bukan majlis khas. Gua beratur bersama puluhan rakyat lain. Kalau gua publish gambar gua berdua duk atas kerusi dengan TGNA, kompom gua telah menggunakan TGNA sebagai mesin cuci dosa gua. Banyak tu dosa gua. 5. Hari ini, apa yang sebenarnya gua nak sampaikan dalam N3 kali ni ialah; pagi tadi 09/10/12, Nazri Aziz telah hadir bertemu dengan TGNA. Nazri Aziz adalah antara pemimpin UMNO yang akan jumpa 'tuan rumah' kalau hadir ke Kelantan. UMNO yang lain haram nak buat camtu. Cumanya, menariknya, kali ini Nazri Aziz bawa anaknya. Jeng jeng jeng... budak tu semua tahu rekodnya. Berita itu disampaikan kepada gua oleh Zam Zamani. Jurukamera Menteri Besar. Gua suruh Zam jangan publish gambar budak tu. Gua bimbang gambar dia cium TGNA diletakkan dalam satu poster dengan gambarnya yang gitu2 tu. Zam kata dia takda kuasa. Gambar memang akan ditapis oleh SU Akhbar dulu. Gua nak kol SU Akhbar malas jadi koya mengarah orang itu ini plak. Fikir punya fikir, gua taip dalam blog jer la. Lepas settlekan kerja2 NGO R, gua ke UTTV nak tulis N3 ni la. Gua story sket sama Topeng Perak. Topeng kol Zam. Zam cakap, kalau dia tak publish pun gambar tu, Nazri Aziz bawa jurukamera mereka sendiri. Tu diaaa.... So, kembali kepada tajuk N3. Menjelang PRU, apakah TGNA jadi mesin cuci dosa? |
You are subscribed to email updates from ADUKATARUNA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan