shalehudin |
- Anwar diserbu penduduk...
- Sedap betoi Tukar Tiub tibai Zahid... kahkahkah...
- PANAS: Terkini dari Sabah...
- Jangan pandang Pak Lah tak dak mata
- Sabaq Najib, ni lagi besaq punya BOM dok mai...
- Sedap betoi bila Dr Asri sekolahkan Umno...
- SERIUS: Bukti Terbaru Umno Memang Gila Kuasa
Posted: 08 Oct 2012 09:00 AM PDT KUALA LUMPUR 8 Oktober: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan jelajah Merdeka Rakyat diserbu penduduk sebaik tiba di tapak Pasar Malam Titi Gantung Bota, Lumut semalam. Rata-rata pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur teruja untuk mengenali lebih dekat bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu. Mereka tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Ketua Pembangkang itu dan menyatakan harapan supaya Pakatan Rakyat menukar kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum ke-13. Bas Merdeka Rakyat juga turut mencuri tumpuan apabila masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar sambil melihat kesan cat merah yang dilemparkan samseng Umno pada siri jelajah yang lalu. Anwar meluangkan kira-kira 30 minit melawat pasar tersebut, sebelum berceramah di pentas bergerak yang terdapat pada bas. Penduduk setempat mula berpusu-pusu ke tapak ceramah sebaik Anwar menyampaikan syarahan menyebabkan sebahagian jalan utama sesak dan terpaksa dikawal unit keselamatan. Pada ceramah itu, Anwar banyak mengupas isu-isu semasa termasuk kepincangan Bajet 2013 BN, kerakusan pemimpin Umno membolot harta rakyat dan komitmen Pakatan untuk menurunkan bebanan hidup rakyat apabila membentuk kerajaan. KD |
Sedap betoi Tukar Tiub tibai Zahid... kahkahkah... Posted: 08 Oct 2012 08:37 AM PDT Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ketua Audit Negara telah memperjelaskan pembelian kapal selam Scorpene mengikut prosedur perundangan dan laporan rasminya harus diterima pakai oleh semua pihak. Mengulas usaha pihak pembangkang untuk menjemput peguam dari Perancis, William Bourdon, untuk memberi taklimat kepada anggota Parlimen mengenai urus niaga kapal itu, Zahid berharap pihak tertentu supaya jangan cuba menyeleweng fakta yang sedia ada. Beliau berpendapat peguam itu dijemput oleh pihak pembangkang semata-mata untuk urusan politik bukannya atas urusan perundangan. Ahmad Zahid berkata pembelian kapal selam itu harus dilihat dari aspek program 'offset', latihan dan jaminan mutu kerja untuk tempoh tertentu dan isu ini adalah perkara lama yang sengaja dibangkitkan semula untuk menimbulkan kemarahan dan mengelirukan pemikiran rakyat. woit... MEMANG IKUT PROSEDUR... kah kah kah.. kah kah kah... YANG NAK DI KOREK BUKAN PROSEDUR.... kah kah kah.. kah kah kah... BUKAN MACAM MANA KAPAL SELAM DIBELI.... kah kah kah.. kah kah kah... YANG INI TAK HAL..... kah kah ka.. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... YANG JADI HAL IALAH HARGA DI NAIKKAN.... kah kah kah.. kah kah kah... LEPAS BAYAR HARGA KAPAL... KOMPENI PERANCHIS PULANGKAN 1 BILION KEMBALI.... kah kah kah... kah kah kah... DUIT INI DI MASUKKAN KE DALAM BANK DI HONG KONG DAN MALTA.. kah kah kah.. kah kah kah... YANG INILAH KES RASUAH.... kah kah kah.. jkah kah kah.... KOMPENI YANG DAPAT DUIT INI MILIK RAZAK BAGINDA... kah kah kah.. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... PASAL APA SANGKUT PAUT DENGAN NAJIB?.... kah kah kah.. kah kah kah...KERANA NAJIB ADALAH MENTERI PERTAHAHAN PADA MASA ITU...kah kah kah.. Bro: TT |
Posted: 08 Oct 2012 05:48 AM PDT Dato Seri Panglima Lajim Ukim berucap di PGU5, Jabi Setiu. Berita dari Sabah: Daripada 60 kawasan DUN di Sabah... 10 kerusi Cina dalam tangan PR. Daripada 20 kerusi Kadazan Dusun Murut, 15 kerusi di tangan PR InsyaALLAH... PRU13 nanti Sabah bakal ditawan PR.... |
Jangan pandang Pak Lah tak dak mata Posted: 08 Oct 2012 12:53 AM PDT Antara Petanda BN akan bungkus BN mungkin kehilangan kerusi Parlimen Kepala Batas pada pilihan raya umum akan datang jika penyandangnya sekarang, Abdullah Badawi memutuskan akan bersara daripada politik. Awal tahun ini, Pak Lah dilaporkan memikirkan tentang persaraannya daripada politik. Sebuah kerusi parlimen dan kemungkinan dua lagi kerusi dewan undangan negeri (DUN), adalah sukar bagi BN merampas semula Pulau Pinang. Terdapat sedikit pertikaian di kalangan anggota Umno setempat untuk bertanding bagi mengisi kerusi Pak Lah, kerana ia memang sudah menjadi budaya dalam parti itu. (...) |
Sabaq Najib, ni lagi besaq punya BOM dok mai... Posted: 07 Oct 2012 10:36 PM PDT Memahami Bajet Saya ingin memberitahu rakyat bahawa bajet bukan suatu rancangan kewangan untuk memberi rebet, duit one off atau bonus. Kalau bukan duit kita, kita ada kuasa pulak, sesiapa sahaja boleh lakukan apa yang dilakukan oleh Najib. Tapi perbuatan dia tidak bertanggung jawab. Kita akan huraikan sebab2 mengapa kita kata demikian. Maka kita jangan ikut cara bodoh tersebut. Bajet ialah plan kewangan untuk membiayai pengurusan negara. Kalau dalam syarikat, bajet nya ialah bagaimana memastikan perkerja mendapat gaji yang baik dan syarikat terus untung. Jika syarikat tidak untung, perkerja tak dapat gaji. Kalau 16 tahun rugi, belanja lebih dari pendapatan, syarikat akan tutup. Pengurus syarikat diberhentikan. Pengurus baru degan model pengurusan bari kita ambil. Rakyat disekat dari mengetahu apa bajet Pakatan Rakyat. Mereka tak dapat tonton TV atau dengar radio mengenai bajet PR. Yang kita dengar ialah cacian dan cemuhan Najib kepada bajet PR. Bagaimana dia tahu PR tidak boleh lakukan lebih baik dari BN? PR bukannya kuasa yang menjaga wang pusat. Yang jaga dan urus ialah kerajaan Najib. Yang kita dengar ialah pembaziran dan perbelanjaan dengan harga2 projek yang telah diUMNOkan. Negara kita akan bengkrap akibat pengurusan kerajaan Najib. Demikan juga perumpamaan dengan kerajaan. Kalau 16 tahun berturut turut deficit sejak tahun 1998, ini menandakan pengurusan kewangan dan pengurusnya tidak baik. Kita tukar dengan pengurusan dan pengurus yang lain. Jangan sentimental. Kalau Najib bukan PM, tidak mati rakyat disebabkan nya. Kalau Najib bukan PM, orang Pekan terus hidup. Yang susah ialah orang UMNO- itu pun tak lama jika mereka adjust diri mereka kepada reality baru. Reality barunya ialah rakyat hendak tukar kerajaan yang tidak cekap dan korap. Rakyat benci tengok ROsmah Mansor ek dengan cincin berlian, jam tangan yang mahal2 dan beg tangan ribuan Ringgit. Kita tidak dengki. Tapi kalau kita hendak ajar rakyat jimat cermat, maka peliklah kita jika yang memberi nasihat hidup mewah mewah. Pergi shopping boleh suruh pemilik toko bukak hanya untuk seorang pembeli. Rakyat berdepan dengan kos kehidupan yang tinggi- ikan, daging, beras semua harga nya naik. Kos pengangkutan, kos pendidikan, kos perubatan, semua naik. Rakyat dapat RM 500 atau RM1000 tapi dapatnya mereka duit tersebut ketika semua barang naik. Ramai orang tidak sedar, bila kerajaan menurunkan wang baru, ia mengakibatkan agihan pendapatan dari orang miskin kepada yang kaya. Dalam ilmu ekonomi fenomena ini disebut sebagai kesan Cantillon atau Cantillon effects. Orang2 kaya, glongan elit merasai duit baru yang diberi oleh kerajaan pada peringkat awal ketika harga barangan belum naik. Ertinya, mereka menikmati mendapat wang ketika harga barangan semua masih belum naik. Apabila kerajaan menyuntik wang baru dalam ekonomi, yang merasai nya terlebih dahlu ialah golongan elit, peminjam2 yang berpengaruh dan syarikat2 besar. Mereka dapat wang baru pada round awal. Mereka yang dapat duit pada round2 yang terkemudian semua dapat wang ketika harga barang naik. Orang2 yang mendapat wang di pusingan kemudian, mereka dapat wang tapi ketika harga barang sudah naik. Maka sementara yang kaya dan berkuasa daapt wang ketika harga belum naik, yang dapat wang di pusingan yang kemudian, akan mendapati nilai wang mereka sudah menurun kerana harga barang sudah naik. Maka, sentiasalah golongan elit diutamakan, rakyat biasa dikemudiankan. Ini adalah kesan agihan pendapatan akibat pertambahan wang dalam ekonomi. Siapa yang belajar ekonomi akan faham kesan2 Cantillon Effects ini. Sekali lagi mesti kita ingat: bajet ialah cadangan untuk mengeluarkan suatu jumlah wang dari perbendaharaan. Ianya bukan duit Dato Najib atau duit UMNO untuk diberikan tanpa ada tanggung jawab. Dan ianya dapat dibelanjakan hanya pada tahun hadapan mulai januari 2013. Jika ada duit dari peruntukan tahun hadapan digunakan sebakarang, itu adalah pecah amanah. Orang pecah amanah m kena jel. Dan saya dengar penjawat awam sudahpun dibayar. Dan sekolah2 Tamil sudah mula mendapat alokasi bajet 2013. Perdebatan pun belum habis lagi yang bermakna, parlimen belum lagi lulus duit yang diminta oleh kerajaan Najib. Ini bukan petanda dan tingkah laku sebuah kerajaan yang siuman. Ini laku perangai kerajaan yang gila kuasa. Jangan kita terpengaruh sangat dengan pemberian gula2 yang diberikan Najib. Ia menyembunyi agenda jahat BN untuk terus kekal berkuasa supaya mreka boleh samun dan rompak negara kita. Kerajaan BN yang di pimpin oleh Najib melakukan paling banyak supplementary bajet dalam sejarah. Ertinya, kalau tak cukup duit belanja, mereka akan datang ke parlimen untuk mintak wang lagi. Ini sebuah kerajaan yang tidak pandai mengurus wang rakyat. Mengapa ahli parlimen BN mengambil masa lebih untuk membincangkan bajet yang di bentangkan oleh Pakatan Rakyat? Itu bermakna mereka mengiktiraf bahwa bajet PR lebih baik dari bajet BN. tidak ada orang hendak debat bajet BN . dan yang membahas hanyalah Khairi Jamaludin dan MP dari Kota Belud yang kedua dua nya akan digugurkan dalam PRU13 nanti. Hanya orang yang tidak tahu politik dalaman UMNO sahaja yang beria ria berpegang kepada pandangan bahawa KJ akan terus dikekalkan. Budaya pilitik UMNO ialah budaya ikan haruan yang makan anak sendiri. Budaya politik UMNO ialah budaya raja membunuh budak yang berakal yang cadang menggunakan batang pisang untuk bunuh todak. Bajet Najib penuh dengan perkara2 bodoh yang dimasukkan pada saat akhir. Ia memeningkan para pegawai kementerian kewangan yang terpaksa buat adjustments sana sini kerana Najib dan para punaisihat nya mahukan perkara2 popular dimasukkan. Seperti diskaun kepada pengguna pengangkutan awam. Yang mempunyai gaji RM2000 kebawah akan dapat diskaun. Bagaimana mahu dilaksanakan? Adakah pengguna pengangkutan awam akan membawa slip gaji kemana mana untuk membuktikan mereka layak dapat tambang yang murah? Bagimana pula melaksanakan pemberian rebat RM 200 kepada pembeli talipon? Jangan kita melompat kegembiraan bila kerajaan mengistiharkan deficit untuk bajet 2013 ini ialah 4%. Bukankah pada tahun 2011, Najib cakap besar hendak mengurangkan deficit pada tahap 2.5%? tahun lalu, deficit lebih baik dari yang disasarkan kerana ekonomi kita mendapat laba yang tidak terancang sebanyak RM21 billion. Tiba2 ada pendapatan lebih yang mengurangkan defisit. Kalau bukan kerana itu, defisit untuk bajet 2012 mestilah lebih sekitar 6%. Kita mesti ada rasa tidak senang bila zaman berzaman, kerajaan membuat bajet deficit. Besar mana sangkatkah bahagian bajet yang digunakan untuk membantu rakyat miskin dan yang kesusahan? Bahagian tersebut tidak dapat menjustifikasikan belanjawan deficit yang berturut trut. Yang rakyat mesti khuatir ialah deficit disebabkan rasuah, ketidakcekapan, tidak ada disiplin kewangan, ketirisan dan pembaziarn. Rakyat mesti merasa hairan kenapa report card untuk bajet 2012 tidak di kemukakan. Biasa nya kita hendak tahu bagaimana prestasi wang yang diminta tahun lalu diperlakukan. Baharulah boleh mintak bajet baru. Mulai sekarang kita mesti desak sebelum apa2 wang dikeluarkan oleh parlimen, kita nak tahu bagaimana bajet tahun lalu diperlakukan. Sebab itu agenda bajet PR lebih diyakini rakyat. Sebab agenda PR ialah membasmikan rasuah, ketirisan dan pembaziran. Agenda ini lebih baik dari agenda memberi wang dengan percuma. |
Sedap betoi bila Dr Asri sekolahkan Umno... Posted: 07 Oct 2012 08:41 PM PDT Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan Umno Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan 'orang politik' untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO. Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik. Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: "UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!" UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera. Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."(Surah al-Nisa, ayat 136).Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak! Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: "Allah ta'ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya".Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi. Islamisasi Program Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik. Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara 'kampung' sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit. Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar. Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih 'mensepandukkan' lambang Islamnya. Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad. Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar 'kenduri tahlil', barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim. Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau 'ada udang di sebaliknya mee'. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting. Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin. Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya. Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis. Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan. Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka. Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam. Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit. Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana. Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO. Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi: "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat! Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin |
SERIUS: Bukti Terbaru Umno Memang Gila Kuasa Posted: 07 Oct 2012 03:40 PM PDT Gua betoi-betoi semak la tengok neh... Punya gila kuasa bangsa-bangsa bangsat neh... Lu orang neh dari atas sampai la ke pencacai bawahan... Tak kira lelaki atau pun pondan... Pakat gila kuasa habis... Sampaikan kuasa mencabut nyawa pun lu orang mau rembat ka... Lu ingat kuasa mencabut nyawa tu Malaikat yang bagi ka? Kahkahkah... Biol punya pencacai... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan