Ahad, 7 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Mutiara kata Tuan Guru

Posted: 07 Oct 2012 12:00 PM PDT

Kata-kata yang perlu diberi perhatian oleh rakyat Malaysia...


LAWAK Umno yang paling tak boleh blah, kahkahkah

Posted: 07 Oct 2012 10:24 AM PDT


Betoi ka berita yang mai dari akhbar yang tak pernah repot benda betoi neh...

Kahkahkah...

Susah-susah Najib sorokkan, senang-senang korang korekkan...

Posted: 07 Oct 2012 08:48 AM PDT

Perolehan Scorpene tidak dikemuka untuk tujuan audit- Azan

KUALA LUMPUR 7 Oktober: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, perolehan kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi dan kelengkapan ketenteraan lain, tidak dikemuka untuk tujuan audit.
"Tugas Jabatan Audit Negara bukan menyiasat penyelewengan, tetapi menegur sekiranya perolehan tidak mengikut prosedur sepatutnya. 

"JAN akan mengaudit secara 'random' apa yang dilapor kepada mereka. Dalam isu pembelian Scorpene, cara membuat pembayaran tidak dikemuka dalam penelitian audit. Sepatutnya penelitian ini dibuat SPRM," ujarnya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pembelian Scorpene mengikut prosedur perundangan seperti yang telah diperjelaskan Ketua Audit Negara.

Azan dalam pada itu mengesyaki laporan audit sengaja lewat dikemuka ke parlimen, sebagai usaha untuk 'melindungi sesuatu.
"Saya mengesyaki, oleh kerana tahun ini tahun kedua ia tergendala untuk diserah kepada parlimen, ada antara laporan yang 'dikeluarkan' daripada dibentangkan di parlimen," ujarnya.
Justeru, beliau menggesa Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambin Buang, dipanggil ke parlimen untuk memberi penjelasan.
"Setiap kali parlimen bersidang untuk membentangkan belanjawan, Ketua Audit Negara perlu hadir ke parlimen. 
"Kita tak mahu jabatan audit dan ketua audit negara dikambinghitam oleh kerajaan atau dipersalahkan atas kelewatan laporan audit," ujarnya yang menegaskan kelewatan itu juga mencemar reputasi Jabatan Audit Negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu pokok dalam skandal pembelian Scorpene adalah integriti dan sistem Perolehan Kementerian Pertahanan.

Katanya, hingga kini kerajaan tidak telus menjawab soalan dibangkit Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat berhubung komisen dalam urusniaga tersebut.
"Rakyat hanya mengetahui isu ini selepas ia didedah NGO Suaram, melibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM7 bilion dan ini satu jumlah yang sangat besar. 
"Sebab itu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak harus menjawabnya dengan jujur dan telus termasuk persoalan melibatkan harga, keupayaan kapal selam dan bayaran komisen luar biasa yang dikait dengan beliau semasa menjadi Menteri Pertahanan," katanya.- KD


Lobang dah mula pecah walau masih dara...

Posted: 07 Oct 2012 07:06 AM PDT


Bab pemimpin Umno korup, penipu, balun duit rakyat...
Semua dah tau...
Bab bangsa Umno memang tamakkan kuasa, utamakan kerabat, kroni dan keluarga...
Satu Malaya dah tau... (...)


Apakah Ali Rustam akan dapat semua ini kalau dia bukan Ketua Menteri sebuah negeri?
Tunggu, lagi banyak yang didedah dan akan terdedah...
Lobang dah mula pecah walau masih dara...

Haha...

Tapi kita perlu beringat untuk membawa lampu yang terang bagi menerangkan kawasan yang telah gelap. Kita perlu lebih berfakta tepat dalam keghairahan kita mendedahkan kegagalan orang lain...


Singapura KHIANAT, cemburu kita ada Scorpene, kahkahkah...

Posted: 07 Oct 2012 04:32 AM PDT

Taklimat peguam Perancis mungkin di S'pura

Peguam Perancis yang mewakili kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes urus niaga Scorpene mungkin akan memberikan taklimat kepada anggota Parlimen Malaysia di Singapura.

Rancangan awal untuk mengadakannya sesi dengan William Bourdon di Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan, menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ia ekoran kemungkinan kumpulan peguam dari negara itu - termasuk Bourdon yang pernah diusir pulang sebelum ini - tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

Terdapat kemungkinan sesi di Singapura itu akan diadakan pada November, kata Anwar lagi kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ucap utama dalam seminar "Adakah Kebangkitan Arab berpotensi menjadi kebangkitan Umat Islam?" di Paris semalam.

Anwar semalam mengesahkan bahawa Bourdon dan peguam Joseph Breham bersetuju datang ke Malaysia untuk menjejaskan butiran terperinci siasatan di Paris kepada Dewan Rakyat.


Najib berjaya jugak akhirnya... kahkahkah...

Posted: 06 Oct 2012 11:37 PM PDT



3 Oktober masuk, jadi baru 4 hari dah ada yang like sebanyak 467 likes...
Tahniah Najib... berjaya jugak dia dapat 450 likes keatas...
Banyak tuuuuu.....
Yang dislikes sikit jaa....
Cuma 14,746 orang jaa....

Kahkahkah...

PANAS: Anwar ada anak ramai

Posted: 06 Oct 2012 10:13 PM PDT




















Are you ready for the REVOLUTION this year?
Kerana ketuanan rakyat mesti ditegakkan...


KM Melaka buat kenduri kat VIP pun mau kecoh ka? [Nanti Ali Rustam bagitau la satu kepala berapa kosnya] Kahkahkah...

Posted: 06 Oct 2012 08:55 PM PDT

PM hadiri kenduri kahwin kedua anak KM Melaka

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa anggota kabinet pada malam tadi menghadiri majlis jamuan kedua sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Majlis di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur itu tetap glamor walau hanya dihadiri 900 orang jemputan, berbanding majlis jamuan di Melaka yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dengan kehadiran 130,000 orang.

Mohd Ali yang memakai baju berwarna merah pulasan, sedondon dengan pakaian isteri dan dua orang anak yang menemaninya di pentas, mengambil masa beberapa minit ketika membacakan nama hadirin dari kalangan orang kenamaan.

Antaranya adalah Sultan Pahang, keluarga diraja Perlis, perdana menteri dan Isteri, timbalannnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, dan juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Turut hadir ialah ketua setiausaha negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, bekas menteri dalam neteri Tan Sri Syed Hamid Albar, menteri besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan menteri besar Johor Datuk Ghani Othman.


Insaf betoi bila tengok gambaq neh...

Posted: 06 Oct 2012 08:02 PM PDT

Gambar kiri:
Tolong jangan sebarkan kerana ia amat memalukan negara...
Tolong jangan kata apa kerana ia boleh melukakan hati pemimpin kita...

Gambar kanan:
Sebarlah seluar-luasnya bagi mengharumkan nama negara...
Ajar anak bangsa buat bendera dengan beras tak pa...

Negara dah terbalik kuang!!
Mungkin wassatiyah ala Najib boleh jawab kot...


Lagi artis berhijrah memakai TUDUNG

Posted: 06 Oct 2012 03:00 PM PDT

Langkah mulia artis-artis tempatan berhijrah memakai tudung bukan perkara baru dalam industri hiburan tanah air. Ia merupakan satu perubahan positif kerana dapat mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang sering memerikan label yang negatif kepada artis. Kini seorang lagi artis yang boleh dikatakan masih baru dalam bidang seni, Anzalna Nasir, 24, didapati memaparkan profil memakai tudung di akaun Twitter miliknya.

Manis sungguh wajah gadis yang berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu. Wajahnya yang mulus itu amat sesuai dikenakan dengan tudung berkenaan. Namun, persoalannya adakah Anzalna sudah benar-benar berubah atau ia sekadar lakonan semata-mata? Jika benar Anzalna sudah mula memakai tudung ataupun baru hendak berjinak-jinak dengan menutup aurat, penulis berharap ia kekal untuk selamanya dan bukan untuk sekejap pakai sekejap buka pula.

Mungkin Anzalna mahu mencontohi beberapa artis yang sudah pun memakai tudung seperti Diana Amir, Sheila Hamzah, Farah Asyikin dan Yatt Hamzah. Ia satu perubahan yang sangat positif untuk Anzalna. Apa pun, yang penting, Anzalna diharap jangan cuba menjadikan tudung sebagai alat untuk meraih publisiti murahan atau perhatian dengan menyertai mana-mana politik. Kajap pakai, kejap tak pakai. Kalau pakai…pakai terus…kalau tak nak, jangan buat main (walaupun patutnya pakai jugak kalau tak nak pun). Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus yang popular; "Kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung…mu ingat masuk neraka kejap-kejap?".

Ustaz Azhar juga pernah memberi komen mengenai perkara artis menutup aurat ini di dalam sebuah ceramahnya. Katanya penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam. "Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan. "Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. Ahhh.. itu yang kita kena jaga," kata Ustaz Azhar.- mynewshub


Tiada ulasan: