Ahad, 7 Oktober 2012

Addin

Addin


Zahid Hamidi Kantoi Pulak Dah..

Posted: 07 Oct 2012 09:00 AM PDT

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kontrak perolehan kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi dan alat ketenteraan lain, tidak dikemuka untuk tujuan pengauditan. "Ia tidak terkandung dalam laporan yang dikemuka Jabatan Ketua Audit Negara.

"Tugas Jabatan Ketua Audit Negara bukan menyiasat penyelewengan, tetapi menegur sekiranya perolehan tidak mengikut prosedur sepatutnya. "JKAN, pertama akan mengaudit secara random apa yang dilapor kepada mereka. Dalam isu pembelian Scorpene, cara membuat pembayaran tidak dikemuka dalam penelitian audit. Sepatutnya penelitian ini dibuat oleh SPRM," ujarnya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendesak semua pihak 'harus menerima jawapan kerajaan' mengenai isu itu seperti dijelaskan dalam laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Azan dalam pada itu mengesyaki laporan audit sengaja lewat dikemuka ke parlimen, sebagai usaha untuk melindungi sesuatu.

"Saya mengesyaki, oleh kerana tahun ini tahun kedua ia tergendala untuk diserah kepada parlimen, ada antara laporan yang 'dikeluarkan' untuk tujuan membentangkannya kepada parlimen," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Isu pokok dalam skandal pembelian Kapal Selam Scorpene adalah integriti dan sistem Perolehan Kementerian Pertahanan.

Katanya, hingga kini kerajaan tidak telus menjawab soalan dibangkit Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat berhubung komisen dalam urusniaga tersebut.

"Rakyat hanya mengetahui isu ini selepas ia didedah NGO Suaram, melibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM7 bilion dan ini satu jumlah yang sangat besar.

"Sebab itu Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak harus menjawabnya dengan jujur dan telus termasuk persoalan melibatkan harga, keupayaan kapal selam dan bayaran komisen luar biasa yang dikait dengan beliau semasa menjadi Menteri Pertahanan," katanya. ~anwarblog




Iklan




Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES

Posted: 07 Oct 2012 07:00 AM PDT

Dengan mengetahui lokasi pemasangan kamera AES, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dalam mereka memandu mengikut undang-undang.Ini juga dapat mengurangkan jumlah kematian serta objektif kami adalah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya tercapai dan bukannya bagi memberikan kuasa lebih besar kepada JPJ mengeluarkan saman. "Katanya papan tanda di setiap lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak 2 hingga 3 kilometer sebelum lokasi kamera berkenaan.Dalam pada itu bagi lokasi kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, ia akan diletakkan antara 50 sehingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.Solah berkata imej yang akan dirakam kamera AES dihantar secara automatik ke pusat kawalan AES dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut akan direkodkan dalam pangkalan data JPJ, sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.

Menurut Solah proses semakan mengenal pasti kesalahan serta pengeluaran notis saman akan dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan AES.
"Jika imej yang ditangkap melalui kamera tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kenderaan dalam pangkalan data JPJ, maka siasatan lanjut akan dijalankan. 
Ini adalah untuk memastikan saman yang dikeluarkan mengikut undang-undang serta dapat mengelakkan saman kepada pihak yang tidak bersalah,"Jelas beliau notis saman yang telah diproses akan dihantar kepada pemilik kenderaan dalam tempoh 5 hari daripada tarikh kesalahan dan imej kenderaan yang dirakamkan.

"Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan pemandu kenderaan tersebut sewaktu kesalahan direkodkan, mereka boleh mengemukakan butiran pemandu berkenaan kepada JPJ setelah tempoh 30 hari daripada tarikh menerima notis saman mereka.
Katanya untuk kesalahan yang direkodkan di Perak, pemandu yang menerima notis saman AES boleh menghubungi pusat kawalan AES menerusi talian 03-78464400, manakala kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya serta Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268.

Addin :

Ini apa yang diaorang cakap.. kita tengok samada pelaksanaanya bagaimana pulak. Awal-awal lagi angka kesalahan trafik yang di rakamkan AES pun dah bercanggah antara menteri dan JPJ.. ini apa citer pulak? Tapi bagi pendapat Addin, ini adalah satu lagi projek untuk mengayakan kroni..



Iklan




MB Selangor Mengadap Sultan Selangor Untuk Sidang DUN Khas

Posted: 07 Oct 2012 05:19 AM PDT


BESTARI JAYA, 6 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 Oktober ini bagi memperolehi perkenan untuk mengadakan Sidang Khas Dewan Negeri Selangor (DNS).

Sidang khas DNS itu bagi membincangkan tiga kertas putih iaitu kutipan hutang Talam Corporation Berhad, laporan kempen Selangorku Bersih dan isu penyusunan semula industri air Selangor.

Abdul Khalid berkata, Sidang DNS pada 19 November pula akan memberikan tumpuan kepada pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2013 Selangor.

"Sidang Dewan Negeri yang dipersetujui adalah pada 19 November dan Tuanku Sultan telah mempersetujui untuk sidang itu yang perlu dilakukan setiap enam bulan," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas perasmian Dataran Anak Muda DUN Ijok di sini.

Abdul Khalid berkata sidang khas berkenaan membolehkan Kerajaan Negeri membentangkan kertas putih tentang ketiga-tiga isu itu secara terperinci di samping memberi peluang kepada rakyat Selangor mendapat maklumat dengan jelas dan tepat.

Sebelum ini, kempen Selangorku Bersih telah menjumpai 110,000 nama yang diragui di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). ~selangorku



Iklan

Petanda Kedudukan BN Semakin Bahaya

Posted: 07 Oct 2012 03:49 AM PDT

Buat kali kelima tahun ini, Perdana Menteri, Najib akan sekali lagi melawat Sabah selama dua hari, satu lagi bukti bahawa pergolakan politik dalaman Barisan Nasional (BN) negeri semakin serius sejak akhir-akhir ini.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan sebentar tadi, Najib dijangka akan tiba di Kota Kinabalu pada 13 Oktober, lawatan selama dua hari Najib sebagai apa yang disifatkan "penderitaan kehilangan kredibiliti dan kehilangan aura seorang pemimpin yang lemah".

Dia akan disambut Ketua Menteri yang semakin hilang sokongan, Musa Aman, Naib Presiden Umno-APCO yang mengintai jawatan Musa, Shafie Apdal dan pemimpin parti komponen BN negeri lain seperti Joseph Pairin Kitingan dan Bernard Dompok. Sebaik tiba, Najib dijangka terus melawat ke Kampung Inobong di Penampang untuk merasmikan majlis pecah tanah bangunan Mahkamah Anak Negeri dan merasmikan pembukaan sebuah jambatan baru yang menyeberangi Sungai Moyog.

Beliau kemudian akan menuju ke Kundasang untuk menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin BN negeri di Taman Kinabalu Kundasang di mana Kinabalu International Climbathon kali ke-26 akan diadakan pada hujung minggu dan akan melepaskan seramai 658 peserta dari 28 buah negara jam 7 pagi pada 14 Oktober. Perdana Menteri kemudian akan terbang ke Kudat menggunakan helikopter dan melakukan sesi 'walkabout' di Kampung Ayer dan hanya akan tertumpu di sekitar bandar tersebut tanpa memasuki kawasan yang lebih terpencil.

Jadual akhir, Najib kemudiannya akan membuat lawatan ke Tuaran, parlimen yang menyaksikan bekas Timbalan Presiden UPKO, Wlifred Bumburing keluar dari BN awal Julai lalu untuk acara bertemu rakyat sebelum kembali ke Kuala Lumpur jam 5 petang pada hari yang sama. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu mesej di Twitternya menyebut bahawa kesemua kawasan parlimen yang bakal dijelajah Najib adalah antara paling bermasalah bagi BN untuk mengekalkan kerusinya dalam pilihanraya umum akan datang.

Pengalamanya selama dua minggu berada di negeri di bawah bayu itu semasa lawatan kerja awal bulan lalu membuktikan bahawa Najib kini terdesak mengembalikan sokongan kaum Kadazandusun dan Murut kerana kemaraan berterusan Parti Reformasi Sabah (STAR) yang diketuai adik Pairin, Jeffrey Kitingan semakin membimbangkan BN negeri.

Manakala isu pendatang tanpa izin yang sudah lama dibiarkan berlarutan dijangka terus menghantui Najib walaupun panel penubuhan Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) sudah memulakan siasatan mereka awal minggu ini. Untuk rekod, parlimen Penampang yang diwakili Bernard Dompok cuma menang dengan majoriti 3,063 undi mengatasi calon KEADILAN, Dr Edwin Bosi dalam pilihanraya umum lalu berbanding majoriti yang diperolehi Peter Monjutin dari BN sebanyak lebih 12 ribu undi .

Sementara parlimen Putatan pula menyaksikan kemenangan Marcus Mojingoh susut lebih 1,200 undi menewaskan calon KEADILAN, Saukinah Yussof yang memperolehi 6,485 undi. ~mpr



Iklan



Bodohnya Propaganda Pemimpin Agong Umno Nih..

Posted: 07 Oct 2012 01:57 AM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Okt — Undi kepada Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan adalah undi untuk spekulator mata wang George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan semula, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam rencananya yang diterbitkan New Sunday Times hari ini, Dr Mahathir turut menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat mempunyai ikatan dengan Soros atas nama 'masyarakat sivil' serta mendakwa kedua-duanya mempunyai hubungan antara satu sama lain."Undi kepada pembangkang adalah undi kepada Soros, seorang saudagar mata wang yang kejam."Ia pastinya bukan untuk Malaysia dan kepentingannya. Jika terdapat rakyat Malaysia yang mahu dijajah, itu adalah pilihan mereka sendiri.

"Tapi saya yakin rakyat Malaysia pasti tidak mahu diperkudakan oleh orang asing," kata Dr Mahathir dalam akhbar yang dikawal Umno tersebut. PM negara yang paling lama menguasai negara tersebut juga mendakwa Soros dikenali sebagai penyumbang dana kepada Open Society Georgia Foundation yang secara langsung mendorong perlantikan sembilan menteri yang disokong oleh spekulator tersebut untuk menjadi ahli dalam kerajaan Georgia ketika ini."Jadi mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah NGO di Malaysia.

"Jelas sekali, ia bagi mencapai perubahan rejim, untuk meletakkan calon-calon beliau sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia," katanya.Dr Mahathir menambah bahawa Soros tidak pernah menyumbang sebarang wang kepada Yayasan Keamanan Perdana Global yang dikendalikannya."Pandangan saya adalah Soros masih seorang spekulator mata wang yang kejam dan menggunakan kejahatan ini dengan wang untuk meletak calon pilihannya memerintah negara yang disasarkan olehnya."Dan Malaysia adalah salah satu sasarannya," kata Dr Mahathir kepada New Sunday Times.

Kebelakangan ini, NGO Malaysia yang dilihat kritikal kepada kerajaan telah diserang menerusi laporan media yang mengatakan mendapat pembiayaan dana asing dari Soros, termasuk Malaysiakini dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).Sementara itu, NGO lain yang menerima dana daripada spekulator mata wang tersebut ialah Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang ketika ini masih tidak terjejas akibat tuduhan tersebut.Bulan lepas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa penerimaan dana asing bukan satu perkara yang menjadi isu ~ malaysianinsider




Iklan

Mahathir, Pak Lah, Najib Ada Kepentingan Dalam PKFZ - Dr. Ling Liong Sik

Posted: 07 Oct 2012 12:03 AM PDT

KUALA LUMPUR 7 Oktober: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib hadir memberi keterangan dalam perbicaraan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah.

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kedua-duanya, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberi alasan untuk lari daripada undang-undang. Beliau mengulas keterangan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai kepentingan peribadi dalam projek itu.

Namun, Fuziah tidak menolak kemungkinan mereka memilih untuk berdiam diri dan tidak hadir dalam perbicaraan.

"Kita perlu ingat ketika kes Fitnah 1 pada tahun 1998, Mahathir juga disapina oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau tidak hadir.

"Mahathir manusia yang kebal dari undang-undang, malah beliau mengatasi undang-undang yang ada dan kesinambungan kekuasaan mutlak itu diteruskan Najib.

"Jadi saya tidak terkejut jika mereka memilih untuk tidak hadir," katanya.

Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan 3 Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan skandal PKFZ membabitkan mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik.

Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberi persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan lembaga Pelabuhan Klang (LPK). ~kd


Iklan




Najib Mula Takut Digulingkan Oleh Muhyiddin

Posted: 06 Oct 2012 11:56 PM PDT

Untuk kesekian kalinya Najib merayu lagi. Sebelum ini sudah beberapa kali beliau merayu, baik kepada pengundi Melayu, Cina, India dan rakyat biasa. Kali ini Najib merayu agar beliau diberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya akan datang dengan alasan untuk meneruskan pembangunan negara dan mencapai cita-cita menuju Wawasan 2020. Dalam wawancara program CNBC Conversation, Najib nampaknya secara terus-terang menyatakan hanya dengan mandat yang besar saja membolehkannya terus melaksanakan program-program yang sudah diramcang selama ini.

Kebimbangan Najib terhadap mandat besar ini pada hakikatnya menyerlahkan pelbagai perkara. Sementara beliau merasakan mandat besar amat perlu untuk survival politiknya, rakyat pula beranggapan sebaliknya. Rakyat amat bimbang dengan perilaku Najib serta barisan kepimpinan UMNO sekiranya mandat besar terus diberikan kerana ia mungkin menggalakkan lebih banyak berlaku skandal, perbuatan rasuah dan amalan membolot kekayaan peribadi.

Dengan mandat nyawa-nyawa ikan sekarang pun, pelbagai perkara buruk terus juga dilakukan tanpa segan silu, apatah lagi jika ada mandat lebih besar. Yang merompak kekayaan negara, terus juga merompak. Yang bergaya mewah dan membeli pelbagai hiasan mahal-mahal di luar negara, tanpa malu-malu memperaga kemewahan di sebalik derita yang ditanggung rakyat. Amalan campurtangan dalam pentadbiran kerajaan, mengutamakan kroni dalam pemberian projek, pembaziran dan sebagainya terus berlaku seolah-olah tidak ada titik noktaknya.

Bayangkan jika mandat lebih besar diperolehi Najib!

Hakikatnya rakyat tidak mahu lagi memberi mandat besar, bukan saja kepada UMNO tetapi juga kepada mana-mana kerajaan sekali pun. Dalam pilihanraya akan datang, baik BN atau PR, rakyat tidak mungkin memberi mandat yang begitu besar. Mandat besar ibarat mengundang mala petaka tujuh keturunan.

Kerana ketiadaan mandat besarlah, Najib sekurang-kurangnya tahu juga memberi rakyat pemberian tunai melalui BR1M, baucer buku, wang saku untuk pelajar sekolah dan sebagainya. Dengan mandat besar, jangan harap semua itu akan diberikan.

Dengan mandat besar, yang mungkin berlaku ialah amalan berganda di kalangan pimpinan UMNO terus memperkayakan diri dan keluarga masing-masing. Dengan mandat besar juga, semua isteri dan anak pemimpin akan terus bergaya mewah, mampamer gelang lebih besar dan beg tangan paling mahal.

Dengan mandat besar, lihat sahaja bagaimana Tun Mahathir mengatur perjalanan kekayaan anak-anaknya dan dengan mendapat besar juga, lihatlah bagaimana Taib Mahmud memobolot segala hasil dan projek perniagaan di Sarawak sehingga beliau dan kaum keluarganya menjadi antara keluarga paling kaya di negara.

Menolak mandat yang besar bererti mewujudkan "check and balance" dalam pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan mana-mana pemimpin.

Kebimbangan lain yang dirasakan Najib jika beliau gagal mendapat mandat besar ialah masa depan politiknya sendiri dalam UMNO. Beliau tahu tradisi UMNO dan BN selama ini ialah menang majoriti dua pertiga dan jika kurang daripada itu, ia akan diangggap gagal. Lihat saja Pak Lah pada pilihanraya 2008, hanya kekurangan 8 kerusi daripada majoriti dua pertiga, beliau akhirnya dipaksa melakukan peralihan kuasa.

Orang yang berani mendesak Pak Lah ketika itu ialah Muhyiddin Yassin. Hari ini Muhyiddin hanya setakuk berada di bawah Najib. Ini bermakna jika Najib gagal mendapat majoriti dua pertiga, Muhyiddin lebih mudah memaksa Najib untuk berundur. Suara Muhyiddin sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO kali ini tentunya lebih berpengaruh berbanding ketika beliau mendesak Pak Lah berundur dahulu.

Najib yang hanya menumpang kuasa atas saki-baki peninggalan Pak Lah, diakui bukan saja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia bahawa lebih kelemahannya berbanding wibawanya. Tidak ramai yang mengakui beliau mampu membawa kemenangan lebih besar daripada 2008. Yang merasa dan mengharapkan beliau dan UMNO akan kalah juga makin meningkat.

Majalah Economist juga baru-baru ini meramalkan Najib bakal menerima nasib seperti bekas PM England Gordon Brown, yang turut memerintah atas saki-baki Tony Blair tetapi kemudiannya apabila mengadakan pilihanraya, parti Buruh pimpinannya tewas kepada Konservatif pimpinan David Cameroon.

Dalam situasi Najib, dua suasana sedang menghimpitnya. Beliau dan BN mungkin tewas kepada Anwar dan PR dalam pilihanraya umum akan datang. Jika itu berlaku, nasibnya sama seperti Gordon Brown. Situasi kedua ialah BN mungkin menang tetapi dengan majoriti yang amat tipis dan lebih kecil daripada 2008. Jika itu berlaku, Muhyiddin sedang menunggu untuk menariknya turun.

Dengan terus merayu agar beliau terus diberi mandat lebih besar, Najib sebenarnya sedang berusaha mengelakkan kedua-dua situasi itu. Tetapi ketakutan beliau akan kehilangan kuasa sudah dapat dirasai sekarang ini. ~shahbudin



Iklan




Rupanya.. Najib Suka Tindakan Ali Rustam

Posted: 06 Oct 2012 09:19 PM PDT

Kehadiran ke majlis ini membuktikan Najib suka tindakan Ali Rustam. Tanpa mempedulikan, jauh sekali menghormati siasatan yang baru saja bermula oleh Suruhanjaya Pencecgahan Rasuah Malaysia (SPRM), nampaknya pemimpin Umno cukup kebal dengan sebarang tindakan undang-undang apatah lagi membabitkan kepentingan rakyat. Kontroversi majlis perkahwinan membabitkan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang dikatakan memakan belanja sehingga RM600 ribu dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri terus bertiup kencang.

Genap seminggu majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Tun Ali, Bukit Katil yang dihadiri lebih 100 ribu pengunjung tersebut, malam tadi, Perdana Menteri, Najib Altantuya dan suaminya Rosmah Mansor pula menghadiri majlis resepsi pasangan mempelai tersebut di sebuah hotel mewah lima bintang di Kuala Lumpur.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan Siti Hasmah yang dijemput khas Ali tidak lama selepas Mahathir pulang dari New York, Amerika Syarikat.

Kira-kira 900 tetamu VVIP dan para kenamaan dilihat berada dalam majlis tersebut yang turut dihadiri beberapa menteri kabinet yang diundang khas Ali dan seluruh keluarga.

Sepatutnya, Najib Altantuya menasihatkan Ali supaya menangguhkan atau membatalkan majlis tersebut sebagai tanda hormat terhadap siasatan yang sedang berlangsung, tetapi dengan kehadirannya di majlis tersebut seolah-olah Najib Altantuya merestui penyalahgunaan kuasa Ali Rustam semasa mengadakan majlis yang sama minggu lalu.

Jika harga RM600 ribu yang dihabiskan Ali Rustam untuk 'kenduri rakyat' yang purata seorang berharga RM6, berapa pula bil majlis untuk seorang di hotel mewah yang cukup eksklusif yang menambah syak wasangka di kalangan rakyat, dari mana pula datangnya wang tersebut sedangkan gaji dan elaun Ali cuma RM40k sebulan? 



Iklan



Gambar Terbaru Kezaliman Umno BN.. Pergh!! Macam Di Palestin

Posted: 06 Oct 2012 09:17 PM PDT


Tindakan kejam kerajaan Umno Terengganu meroboh 5 buah rumah di Rancangan Tanah Berkelompok Kg Alor Jejawi Kuala Besut pada Khamis lalu  harus dikutuk sekeras kerasnya.Operasi meroboh semua kediaman tersebut dijalankan semasa pemilik tiada di rumah. 

Semua pemilik kediaman mendakwa tidak menerima sebarang notis dari mana-mana pihak untuk mengosongkan kediaman mereka.Difahamkan semua pemilik mempunyai geran sementara untuk menduduki tanah terbabit.

Mereka yang terdiri dari penyokong Umno dan Pas hanya rakyat marhaen yang  membangunkan rumah itu sehari demi sehari,  secara berdikit-dikit sehingga ada yang telah siap dan ada masih dalam pembinaan.

Slogan Umno yang sering menguar uarkan ' Rakyat Didahulukan ' hanyalah retorik semata mata.Diketika pemimpin mereka bermegah megah dengan majlis kahwin anak yang mencecah ratusan ribu,rakyat marhaen mengalir air mata hasil tindakan kejam mereka.

Tanpa mengira fahaman politik,mereka terlibat adalah rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk memiliki tanah walau hanya sekangkang kera.Mereka harus dibantu bukannya diperlakukan sedemikian rupa.

Akhir kalam,Ayoh !!! rakyat Terengganu jom tolak Umno...gantikan dengan Pas pada PRU 13 nanti,pilihan ditangan kita.Sebarkan !!!


 Lagi rumah yang dirobohkan

 Salah seorang pemilik kediaman menunjukkan gran sementara serta resit bayaran tol tahunan yg di bayar


 Rumah yg sedang dalam pembinaan milik seorang ibu tunggal

Pimpinan Pas Kawasan Besut melawat tapak rumah yang dirobohkan









Iklan




Rahsia Taib Mahmud Di Empangan Murum Terbongkar

Posted: 06 Oct 2012 08:21 PM PDT

Kini kami dapat mendedahkan suatu laporan tentang apa yang dilakukan di sebalik kegiatan mendirikan bloked jalan di tapak Empangan Murum, di mana banyak lori telah dihalang bergerak oleh kaum Penan.

Kaum asli pemburu-pemungut hasil hutan yang miskin itu telah mengadakan bantahan dan bloked jalan sebagai tindak balas mereka setelah mengetahui butir-butir penempatan semula dan pembayaran pampasan, yang direka oleh Kerajaan Sarawak sebaik sahaja kampung halaman orang asal itu ditenggelami air empangan nanti.

Pelan-pelan penempatan semula itu telah dirahsiakan sehingga ianya dibocorkan kepada Sarawak Report pada awal minggu ini.

Kerahsiaan itu amat bertentangan dengan protokol-protokol antarabangsa, yang memerlukan perundingan dan pemakluman yang terperinci kepada orang-orang yang bakal terjejas sebelum bermulanya kerja-kerja pembinaan.

Sesalinan Pelan Tindakan Penempatan Semula (RAP) yang kami terima itu menunjukkan cadangan-cadangan TIDAK mewakili sebarang bentuk pampasan yang adil terhadap masyarakat Penan yang telah menghuni kawasan-kawasan berkenaan sejak beberapa generasi dan yang telah kehilangan hutan and kehidupan kepada kegiatan pembalakan, ladang kelapa sawit dan tidak lama akan dibanjiri air empangan.

Di bawah pelan RAP itu, kaum Penan akan ditempatkan semula ke suatu kawasan yang asing dan terpencil di pinggir ladang kelapa sawit, di mana mereka tidak ada banyak harapan untuk bercucuk tanam dan berburu lagi.

Jumlah nilai pampasan yang dicadangkan itu terdiri dari elaun bulanan yang jauh lebih kecil dari paras kemiskinan di Sarawak, dan perkara sebegini amatlah memalukan!

Bantuan dari kerajaan negeri yang hanya RM500 untuk sebuah keluarga akan lupus setelah 4 tahun!

Pelan 168 muka surat itu, yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan bantuan Chemsain Konsultan Sdn Bhd, telah cuba mengandaikan ianya sahih di sisi undang-undang dan untuk makluman protokol-protokol antarabangsa.

Laporan itu turut memuatkan banyak janji, namun ianya tidak didedahkan, tiada khidmat nasihat, tiada latihan, tiada persekolahan, tiada bantuan perubatan, tiada bantuan untuk kaum ibu bersalin, tiada penambah-baik dalam mutu kehidupan dan tiada pampasan atau sumber-sumber pendapatan alternatif untuk kaum Penan.

Satu kelemahan dalam pelan-pelan itu, contohnya, adalah setiap keluarga Penan akan diperuntukkan seminina 14 hektar tanah huma di kawasan penempatan semula dan latihan pertanian yang baik untuk membantu mereka mengubah cara hidup dari pemburu-pemungut hasil hutan kepada masyarakat yang mampu menghasilkan makanan sendiri.

Pelan tindakan itu mendakwa bahawa rundingan penuh telah diadakan.

Pemberita kami, yang telah melawat banyak rumah panjang, telah mengetahui setelah dia melihat laporan itu, orang-orang Penan tidak mengetahui sama ada mereka akan dipampas atau sebaliknya.

Setelah menawarkan elaun yang jauh lebih kecil dari pendapatan peminta sedekah itu, Ketua Menteri Sarawak (yang telah digelar sebagai orang yang paling kaya di Malaysia bersandarkan pemusnahan hutan milik kaum Penan dan kaum-kaum) telah mengambil keputusan untuk menghentikan bantuan dari kerajaan negeri!

Kenyataan-kenyataan beridealistik dalam pelan RAP itu telah menawarkan janji-janji yang positif kepada kaum Penan oleh negeri yang perihatin sebagai balasan kesanggupan mereka menyerahkan hutan dan budaya mereka. Pada hakikatnya, orang yang paling bertuah akhirnya adalah Taib Mahmud!

Pemberita kami telah mengumpul beberapa kenyataan dari kaum Penan mengenai masalah-masalah mereka akibat angkara Taib Mahmud dan ketaksubannya pada pembalakan dan perladangan kelapa sawit.

Semua masalah ini telah diumumkan dalam pelan RAP yang dirahsiakan itu, yang melakarkan gambaran sebenar mengenai rintihan dan kesengsaraan kaum Penan.

Kerajaan Sarawak telah berjanji untuk membantu kaum itu menjadi sebahagian dari rancangan penempatan semula Murum, namun sepanjang 5 tahun pembinaannya orang-orang ini telah dibiarkan belapar kerana hutan mereka telah berubah menjadi ladang kelapa sawit.

Apakah hak Taib Mahmud mengandaikan sesiapa akan percaya bahawa dia akan membantu mereka kini atau membantu mana-mana kaum asal di Sarawak di mana mereka ditempatkan semula untuk memberi laluan pembinaan banyak lagi empangan yang dirancangnya?

Di samping itu Sarawak Report memohon maklum balas dari Kerajaan Tasmania yang mana bekas Penasihat Kanan kepada Jabatan Tenaga Tasmania, Nick Wright, yang kini dilantik sebagai Timbalan Presiden Sarawak Energy Berhad, yang melaksanakan Tanggunjawab Korporat dan Sosial (termasuklah Rancangan Penempatan Semula ini).

Kenapakah Hydro-Tasmania, yang kini bekerjasama dengan SEB melaksanakan projek-projek empangan untuk SCORE, telah mengabaikan piawaian-piawaian asas dalam perundingan, telus dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial semasa berurusniaga di Sarawak?

Sarawak Report akan mendedahkan kandungan penuh Pelan Tindakan Penempatan Semula Murum, termasuk pendedahan-pendedahan mengenai rancangan SCORE cetusan minda gila Taib Mahmud. ~sarawakreport


Iklan



Rupanya Ramai Pencacai Yang Membela Ali Rustam..

Posted: 06 Oct 2012 06:53 PM PDT

Rupanya ramai pencacai-pencacai yang membela Ali Rustam.. Ko orang ingat kalau macam nih punya situasi Ali Rustam bakal di dakwa kerana rasuah? Jangan haraplah kali ni Ali Rustam sangkut pulak, ini hanya wayang.. kalau ko orang tak percaya kita tunggu dan lihat..
'Kahwin, bersalin, sakit, mati darah daging Ali Rustam'
Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron tampil membela Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam kontroversi membabitkan perkahwinan anak lelaki beliau di Melaka baru-baru ini.

Menurutnya, Ali dikenali rakyat sebagai pemimpin yang akan memenuhi setiap jemputan rakyat baik majlis kahwin atau kematian.

Justeru, penganjuran majlis kahwin anak lelaki Ali dengan kehadiran ramai rakyat adalah sebahagian daripada amalan ketua menteri itu yang akrab dengan rakyat.

"KBSM - kahwin, bersalin, sakit, mati - telah menjadi darah daging Ali Rustam.

"Dia tidak melakukannya hanya kerana politik, tidak seperti sesetengah pemimpin yang letak sejadah di bahu untuk menunjuk-nunjuk yang dia akan bersolat jenazah sedangkan umum tahu yang solat jenazah tak perlu sejadah pun," kata Idris kepada Malaysiakini.

Idris juga tidak terkejut dengan kesudian ramai tetamu ke majlis tersebut kerana menurutnya Ali Rustam sendiri pernah memenuhi 23 undangan kenduri kahwin rakyat dalam masa sehari.

"Dalam adat Melayu Melaka, adalah wajib memenuhi undangan dan apabila orang hadir ke majlis kita dan menyumbang, itu diistilahkan 'menanam'.

"Kita wajib membalasnya apabila tiba masa mereka mengundang kita pula. Jika orang tak minat, jemput sejuta orang pun tetamu tak datang.

"Saya tidak lihat majlis ini sebagai kontroversi tetapi kebahagiaan antara pemimpin dan rakyat atas ikatan tulen yang dibina sekian lamanya," katanya.

Umno Cheras: Mereka tak faham adat Melayu

Sementara itu, Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee yang kebiasaanya dilihat berani mengkritik Umno dari dalam turut mengambil pendirian mempertahankan Ali.

Menurutnya isu itu dipolitikkan DAP Melaka yang tidak faham adab Melayu yang tidak mempersoalkan majlis perkahwinan terutamanya jumlah tetamu atau perbelanjaan.

"Yang peliknya pemimpin bukan Melayu seperti DAP yang suka buat isu.

"Pembangkang akan bangkang dan politikkan apa-apa sahaja isu jika babitkan pemimpin Melayu untuk alih sokongan rakyat," katanya.

Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong merangkap ADUN Ayer Keroh sebelum ini menggesa Ali Rustam mendedahkan perbelanjaan majlis kahwin anaknya yang dihadiri lebih 100,000 tetamu.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin turut membuat laporan SPRM Melaka dan membangkitkan kemampuan Mohd Ali menganjurkan majlis tersebut. ~malaysiakini



Iklan



Kerabat Di Raja Terengganu Sertai PAS

Posted: 06 Oct 2012 04:59 PM PDT

Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perkembangan paling menarik di Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU 5) di Jabi Setiu Terengganu apabila seorang kerabat Diraja Terengganu iaitu Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan diri menyertai PAS. 


eliau menyerahkan borang menyertai Pas di Majlis perasmian yang disempurnakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 - 1995 mewakili Parti Melayu Semangat 46.

Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim kembali menyertai Umno Selain beliau,turut menyerahkan borang menyertai Pas ialah bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan  yang juga bekas AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman ,Datuk Omar Abu  Bakar dan seorang tokoh muda berpengalaman dibidang korporat saudara Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim ~tintahijau


Iklan





Tiada ulasan: