shalehudin |
- TERKINI: Ketua Pembangkang Mengamuk...
- Malu semalu malunya... kahkahkah...
- PANAS neh, senarai elaun khas malaun BN terdedah. Jamaluddin Jarjis tertinggi
- Pasai ucapan ni la Mazlan kena saman ngan Azalina
- BUKTI terkini, Menteri wanita bakal terlondeh lagi...
- Minit mesyuarat dah BOCOR, mampuih la Ali Rustam
- PANAS: Anwar kini di PARIS bawa surat untuk siapa?
- Wirawati Perkasa Malaysia... hehe...
TERKINI: Ketua Pembangkang Mengamuk... Posted: 04 Oct 2012 08:05 AM PDT |
Malu semalu malunya... kahkahkah... Posted: 04 Oct 2012 06:00 AM PDT MALU..MALU SEMALU MALUNYA.. menteri wanita lelaki ropernyer.. Najib: Menteri Wanita tidak tahu kemajuan wanita KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Rakyat menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak mengetahui langsung dengan pencapaian dan kemajuan wanita di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Perkara tersebut merujuk kepada ucapan Najib sempena Hari Wanita Kebangsaan 2012 semalam yang mengatakan bahawa gerakan wanita adalah tidak perlu kerana wanita telah diberikan hak mereka sejak kemerdekaan lagi. Berkata pada sidang media di parlimen, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan Najib gagal mendapat nasihat yang tepat dari kepimpinan Wanita Umno-Barisan Nasional. Malah menurut beliau lagi, Najib juga gagal membezakan hak mengundi dengan penglibatan wanita diperingkat nasional. "Kita berada ditahap pemberdayaan wanita dan mengarus perdanakan peranan wanita. "Proses pemberdayaan ini amat lemah apabila laporan dalam The Global Gender Index Gap 2011 menyatakan Malaysia berada pada kedudukan 97 dari 135 negara dalam empat aspek penilaian iaitu penglibatan dan peluang ekonomi, pencapaian pembelajaran, kelangsungan kesihatan dan hidup dan pemberdayaan politik," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Ampang.Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan dengan Najib memegang jawatan Menteri Wanita sudah pasti kedudukan pemberdayaan politik wanita dalam Gender Global Index akan menjunam jauh dari kedudukan 115 pada masa sekarang. "Ini satu penghinaan kepada wanita Malaysia, seolah-oplah wanita Malaysia menghala ke jalan buntu. "Sebaliknya Agenda Wanita Malaysia (AWM) yang ditawarkan Wanita Pakatan Rakyat fokus kepada tujuh tuju tumpu yang mana empat tumpu di atas diterapkan sebagai kayu pengukur dalam pemberdayaan wanita Malaysia," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.Wanita Pakatan Rakyat menyatakan dengan tindakan Najib melantikkan dirinya sebagai Menteri Wanita telah mengaibkan seluruh wanita Malaysia. Selain itu juga, Wanita Pakatan Rakyat juga berpendirian bahawa lantikan Najib sebagai menteri adalah satu kesilapan besar yang terpaksa ditanggung wanita Malaysia. Wanita Pakatan Rakyat juga turut menegaskan bahawa Agenda Wanita Malaysia yang menawarkan polisi yang mesra gender akan mengangkat martabat dan membela wanita dan bukannya meremeh temehkan peranan wanita di Malaysia. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ketua Wanita DAP, Chong Eng, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. PERDANA Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Najib Razak berbual dengan suku kaum Long Bawang dari Lawas ketika menghadiri sambutan Hari Wanita 2012 di Kuala Lumpur, hari ini. Turut kelihatan Datin Seri Rosmah Mansor (kiri). - Foto Effendy Rashid |
PANAS neh, senarai elaun khas malaun BN terdedah. Jamaluddin Jarjis tertinggi Posted: 04 Oct 2012 02:54 AM PDT Ahli Parlimen Rompin itu menerima jumlah elaun bulanan selaras dengan tugasnya sebagai Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri. KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi iaitu sebanyak RM27,227.20 sebulan. Ahli Parlimen Rompin itu menerima jumlah elaun bulanan selaras dengan tugasnya sebagai Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri. Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai senarai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suruhanjaya, Perbadanan dan Lembaga yang melibatkan Ahli Parlimen atau bekas Ahli Parlimen serta jawatan dan elaun yang dibayar. Dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan, Nazri berkata sebanyak 16 orang serta bekas Ahli Parlimen terlibat sebagai angota agensi kerajaan, GLC, Suruhanjaya, Perbadanan, dan Lembaga dalam pelbagai kapasiti di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jamaluddin bagaimanapun menurut Nazri tidak menerima sebarang elaun dengan menjadi Pengerusi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Berhad. Selain Jamaluddin, turut tersenarai bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur dengan menerima jumlah elaun bulanan yang sama. Manakala bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Ahli Parlimen Kulai itu menerima elaun RM20,000 apabila dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China. Selain itu, bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut dinamakan dengan menjadi Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan elaun RM24,022. Turut tersenarai Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang memegang jawatan sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dengan pendapatan elaun RM25,106 sebulan. Sementara itu, bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi turut tersenarai menerima elaun RM20,000 sebulan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Tidak ketinggalan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) dengan pendapatan RM10,000 sebulan serta RM3,000 sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim). |
Pasai ucapan ni la Mazlan kena saman ngan Azalina Posted: 03 Oct 2012 11:00 PM PDT (Mazlan ketika berucap di Pengerang baru-baru ini) KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman tidak berniat untuk memohon maaf, sebaliknya menyerahkan kepada Datuk Seri Azalina Othman untuk tindakan lanjut. Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, jika ahli parlimen Pengerang itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, ia merupakan hak Azalina untuk berbuat demikian. "Apa yang saya boleh cakap kalau dia nak ambil tindakan undang-undang. Terpulanglah, itu hak dia. Saya tidak gentar dengan ugutan beliau. Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya, malah ia juga turut dimuatkan di Youtube, media internet dan sebagainya," tegas beliau. Tambah beliau, sebagai seorang muslim yang berjuang bagi kepentingan rakyat, beliau sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dalam usaha membela hak rakyat. Dalam pada itu, Mazlan turut mempersoalkan peranan Azalina sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut. "Mengapa projek Rapid tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg Dato' Abd Ghani Othman? Bukankah di situ ada tanah Kerajaan Negeri Johor ribuan hektar? "Wajarkah dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 km sahaja?" soal beliau lagi.Malah, kata Mazlan, lokasi dipilih di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Batu Mas yang begitu hampir dengan TLDM Tanjung Pengelih, yang merupakan laluan sibuk 200 kapal dalam sehari. Mazlan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), beranggapan membina jeti dan terminal berdekatan laluan tersebut mempunyai risiko dan tidak ekonomik serta praktikal, selain masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja, berbanding di terminal yang dicadangkan di Pengerang yang memakan masa tiga jam. "Saya persilakan dengan segala hormatnya jika Azalina ingin saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya mendedahkan lebih terperinci sandiwara pemimpin BN di sebalik projek yang kontroversi ini. Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya seterusnya," kata beliau.Semalam, Azalina dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan sekiranya tidak memohon maaf secara terbuka ekoran ucapannya yang mengaitkan Azalina dengan projek Rapid Pengerang, pada Himpunan Hijau Pengerang, hujung bulan lalu. Azalina, bagaimanapun tidak memberikan tempoh kepada Mazlan untuk berbuat demikian dan dikatakan telah mengarahkan peguamnya meneliti dan menyemak ucapan Mazlan.- Harakahdaily |
BUKTI terkini, Menteri wanita bakal terlondeh lagi... Posted: 03 Oct 2012 10:35 PM PDT Jurucakap SUARAM, Cynthia kata... "Walau apa pun terjadi terhadap SUARAM selepas ini, ia tidak akan memberi kesan kepada perjalanan siasatan skandal ini,"Skandal? Hekelleh... tak dak sapa yang terkejut dah ngan skandal Scorpene neh kan? Dah terlebih popular sampai tak jadi HOT langsung dah... Dum dam, dum dam... last-last dok lagu tu jugak... Hahaha... Skandal neh jadi HOT balik ekoran usaha SUARAM bawak kes neh pi ke peringkat antarabangsa setelah dalam negeri tak dilayan. Nak layan camana, yang sangkut tuh menteri depa... Hahaha... Setelah berhempas pulas, akhirnya usaha SUARAM untuk menjatuhkan kerajaan ketuanan Melayu Malaysia hampiri kejayaan. Sebab tu la jugak baru-baru neh kita dengar banyak helah yang dicipta kerajaan yang ada sekarang neh... cuba mengenakan tekanan dari berbagai sudut terhadap SUARAM agar fokus badan NGO tuh tuk menjalankan proses penyiasatan berprofail tinggi neh terganggu. Tak pernah dalam sejarah ketuanan Melayu Malaysia selama neh, kerajaan yang ada menyerang NGO seperti mana mereka buat kat SUARAM hari neh... Kenapa tetiba jadi HOT balik neh? Peguam Peranchis yang mengendalikan skandal Scorpene neh bagitau mereka ada bukti terbaru yang lebih sensasi yakni resit perjalanan... Ha!! Resit perjalanan sapa plak dahhh... Peguam Perancis yang menyiasat skandal pembelian 2 kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, Joseph Braham mendakwa menemui dokumen rahsia berprofail tinggi melibatkan resit perjalanan Razak Baginda dan Altantuya Shaaribu ke beberapa buah negara yang dikaitkan dengan urusan pembelian 2 kapal selam itu. Selain itu, sebanyak 133 dokumen yang berkaitan dengan urusniaga 2 kapal selam itu telah diserahkan kepada mahkamah Perancis untuk tujuan siasatan termasuk dokumen yang melibatkan pembayaran 'khidmat koordinasi' sehingga €114 juta (RM450 juta) kepada Perimekar, syarikat milik Razak Baginda. Antara dokumen yang diserahkan itu melibatkan syarikat-syarikat dari Perancis, Belgium, Malta dan Luxembough. Yang lebih parah menurut Joseph Braham, ia merupakan dokumen-dokumen yang asli. "Siasatan setakat ini sudah cukup bukti untuk membuat pendakwaan dimahkamah terhadap 'pegawai-pegawai tinggi' di Malaysia," kata Braham. "Inilah alasan mengapa beliau diharamkan dari memasuki negara ini," kata Cynthia Gabriel semasa kemunculan sulungnya di Ipoh dalam forum "Scorpene Submarine Scandal: The Great Malaysian Robbery" baru-baru ini.Sebuah lagi syarikat yang dikatakan terlibat ialah Terasasi yang juga dimiliki oleh Razak Baginda. Sebaanyak RM127 juta dibayar kepada Terasasi oleh sebuah syarikat dari Perancis. Ia berbeza dengan kenyataan Kementerian Pertahanan yang mengatakan tiada syarikat lain yang terlibat dalam pembelian itu selain Perimekar. Perimekar ditubuhkan beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ditandatangani antara kerajaan Malaysia dengan syarikat pembekal Perancis. Perimekar tidak mempunyai latar belakang dalam perkhidmatan kapal selam dan tiada kemampuan kewangan dalam menyokong perjanjian tersebut. P/S: Aiikk... macam besa dengar ja kes camneh... Bunyi macam pakar PAIP dapat anugerah projek LRT je neh... Hahaha... |
Minit mesyuarat dah BOCOR, mampuih la Ali Rustam Posted: 03 Oct 2012 08:06 PM PDT Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu. Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan. Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu. Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis: @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? [@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut. Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan. Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu. Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam. Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu. Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan. ~jalanpulang |
PANAS: Anwar kini di PARIS bawa surat untuk siapa? Posted: 03 Oct 2012 05:48 PM PDT Taklimat itu bagi membolehkan ahli parlimen BN dan Pakatan Rakyat mendengar penjelasan mengenai dokumen hasil siasatan polis Perancis. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput peguam Perancis datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di mahkamah Perancis. Naib Presiden PKR R Sivarasa berkata, taklimat itu bagi membolehkan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mendengar penjelasan mengenai dokumen hasil siasatan polis Perancis kepada badan kehakiman negara itu. Surat jemputan yang ditujukan kepada peguam mewakili Suaram yang mengendalikan kes Scorpene di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham, menjemput mereka supaya datang dalam tempoh sehingga Parlimen tamat bersidang pada 22 November depan. Turut dijemput peguam mewakili syarikat pertahanan Perancis yang terlibat dalam penjualan Scorpene iaitu Direction des Construction Navales Services (DCNS), Olivier Metzner hadir memberi taklimat. "Rakyat Malaysia nak dengar tentang skandal bayaran 114 juta Euro kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki Abdul Razak Baginda bagi tujuan 'logistical support for training' "Tapi semua orang tahu Perimekar tidak layak dan tiada pengalaman langsung tentang kapal selam tapi diberikan kontrak bernilai lebih RM500 juta," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini hari ini.Ahli Parlimen Subang itu berkata, taklimat itu juga membolehkan ahli parlimen mendengar kes mantan pengarah kewangan syarikat DCNS membuat tuntutan pemotongan cukai sebanyak 32 juta Euro atas alasan duit itu digunakan sebagai bayaran rasuah kepada pegawai. Anwar kini di Paris Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata Anwar yang berlepas sejak malam semalam bagi menerima satu anugerah khas kini sudah pun berada di Paris dan akan bertemu serta menyerahkan surat jemputan itu kepada dua peguam Perancis terbabit. "Harap mereka terima dan boleh tetapkan tarikh…jika semuanya berjalan lancar Ahli Parlimen BN dan Pakatan dijemput hadir mendengar taklimat," katanya.Tian Chua berkata, taklimat itu perlu dijadikan satu peluang kepada semua mendapat gambaran jelas sekali gus dapat membetulkan persepsi rakyat mengenai skandal pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan pemimpin tertinggi negara. "Kalau ada sasuatu yang tak betul kerajaan Malaysia wajar ambil tindakan susulan," katanya.Berbeza dengan sistem perundangan Malaysia yang mengikuti undang-undang British, Sivarasa berkata badan kehakiman Perancis mempunyai agensi penguatkuasa tersendiri untuk menyiasat sesuatu kes tanpa perlu bergantung kepada hasil siasatan daripada pihak polis.- MT |
Wirawati Perkasa Malaysia... hehe... Posted: 03 Oct 2012 05:24 PM PDT Inilah barisan wirawati Perkasa Malaysia... Perasan bergaya tak ketahuan hala... Mereka-mereka neh pejuang terlatih yang sanggup melondeh segala-galanya... Berjuang demi Melayu dan ISLAM... Hehe... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan