Khamis, 4 Oktober 2012

Addin

Addin


Ito, Legenda Blues Negara Seru Artis Sokong Konsert BERSIH

Posted: 04 Oct 2012 10:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Lagenda Blues negara, Ito yang terkenal dengan kumpulannya Blues Gang menyeru golongan artis untuk menyokong konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 13 Oktober akan datang.Ito atau nama sebenarnya Ito Mohd menegaskan bahawa beliau sememangnya menyokong lapan tuntutan Bersih ke arah pilihan raya bebas dan adil dan menyeru lebih ramai artis mengambil bahagian menyokong agenda Bersih."Kenapa ramai artis tidak kehadapan? "Sepatutnya benda-benda macam ini, lebih ramai artis ke hadapan."Kita pun bukan dibayar gaji pun sebelum ini," kata beliau dalam sidang media Bersih hari ini.

Menurut Ito lagi, tidak salah untuk beliau bersama konsert anjuran Bersih kerana semenjak beberapa tahun kebelakangan ini beliau telah terlibat dengan konsert anjuran kerajaan."Saya orang Malaysia."Peminat saya semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja parti politik," katanya lagi.

Selain Ito, kumpulan Republic of Brickfields, Nik Bin Jidan, Ray Cheong dan Julian Mokhtar akan turut memeriahkan konsert anjuran Bersih bagi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memenuhi lapan tuntutan badan bukan kerajaan tersebut.Menurut Maria Chin Abdullah, salah seorang ahli jawatankuasa pemandu gabungan tersebut, Bersih menganjurkan konsert ini untuk menarik lebih ramai anak muda dan golongan seniman serta artis untuk bersama menyokong tuntutan agar pilihan raya dilaksanakan secara bebas dan adil.

NGO-NGO akan melakukan aktiviti mereka pada konsert ini."Ada juga acara seperti belajar melukis kartun yang akan dikendalikan oleh kartunis terkemuka Zunar," katanya. ~tmi


Iklan


Kalau Saya Yang Kahwin, Lagi Ramai Yang Datang - Ali Rustam

Posted: 04 Oct 2012 09:00 AM PDT

MELAKA - Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pihak pembangkang di negeri ini sengaja menjadikan jumlah kehadiran 130,000 tetamu pada majlis persandingan anak lelakinya di sini Ahad lepas, sebagai isu. Beliau berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis itu memperlihatkan tanda sokongan di kalangan penyokong Barisan Nasional mahupun rakyat biasa terhadap beliau.

"Ini semata-mata sifat dengki (oleh pembangkang), mereka tiada kerja lain (bagi menimbulkan isu), terserah ...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bank Persatuan Cawangan Melaka di Kota Fesyen, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan pemimpin pembangkang Melaka agar beliau mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis persandingan itu.

Majlis tersebut juga diiktiraf The Malaysia Book of Records sebagai tetamu teramai dalam majlis perkahwinan antara Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, di Dewan Tun Ali Bukit Katil.

Beliau secara berseloroh berkata kehadiran tetamu akan lebih ramai sekiranya majlis persandingan itu untuk bapa pengantin lelaki.

"Kalau saya yang kahwin...lebih ramai lagi yang akan hadir," katanya sambil tersenyum. ~bernama

Addin :

Jawapan yang tidak bertanggungjawab dari seorang Ketua Menteri. Kami tidak dengki sekiranya majlis tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Ali Rustam dan keluarga. Yang menjadi persoalannya dari mana sumber kewangan bagi mengadakan majlis sebesar itu jikalau nak dibandingkan pendapatan Ali Rustam sebagai KM Melaka.



Iklan





Konspirasi Najib Dan Ghani Othman Terbongkar

Posted: 04 Oct 2012 08:36 AM PDT

PETALING JAYA 4 Oktober: KEADILAN mendedahkan wujud konspirasi antara Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebalik projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor. Menurut Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng, Ghani dan Najib sengaja merampas tanah penduduk seluas 22,500 ekar menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, bertujuan membolot sebahagian tanah tersebut untuk diagih kepada kroni mereka.

"Berdasarkan pemerolehan tanah secara besar-besaran ini, kerajaan negeri membeli tanah tersebut dengan harga murah, kemudian diagih kepada syarikat kroni.

"Selepas status tanah ditukar daripada pertanian kepada pembangunan, harga tanah tersebut akan melambung sehingga 100 peratus.

"Ini adalah taktik yang diguna Ghani dan Najib sekaligus menguntungkan mereka dan kroni Umno BN," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengah hari tadi.

Rapid pada asalnya berminat melabur di Selangor

Pengerusi KAEDILAN Johor itu berkata, projek Rapid telah beroperasi di Taiwan selama 52 tahun dan ia dikendali oleh syarikat China Petroleum Corporation (CPC) dan Kuo Kuong Corporation.

Katanya, Presiden Baru Taiwan, Ma Ying-Jeou tidak meneruskan lesen tersebut selepas menerima tentangan daripada rakyatnya.

Jelas Jui Meng lagi, CPC dan Kuo Kuong bersama satu syarikat tempatan Everwish Sdn Bhd kemudiannya memohon untuk meneruskan projek itu di Pulau Indah, Selangor.

"Bagaimanapun, kerajaan Selangor menolak projek ini walaupun dikatakan akan meningkatkan jumlah pelaburan asing (FDI) dengan menerima RM10 bilion setahun serta 20,000 peluang pekerjaan," katanya.

Najib, Ghani sambar apa yang ditolak Taiwan dan Selangor

Jui Meng berkata, selepas Selangor menolak permohonan tersebut, CPC dan Kuo Kuong memohon kepada Petronas untuk meneruskan projek Rapid di Malaysia.

Najib yang juga Pengerusi Petronas, tanpa berfikir panjang menerima projek itu dan mengisytihar ia akan dibangunkan di
Pengerang dengan kos RM60 bilion, pada 13 Mei 2011.

"Untuk menunjukkan rasa bersyukur atas projek yang akan dilaksanakan itu nanti, Najib mengumumkan pengecualian cukai selama 10 tahun terhadap projek ini," katanya.

Menurut Jui Meng, ketika cadangan projek itu di Pulau Indah, CPC dan Kuo Kuong memohon penggunaan tanah hanya seluas 2,889 ekar.

"Ia tidak memerlukan kerajaan negeri mengambil tanah penduduk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, ia mengikut persetujuan pembeli dan penjual berdasarkan pasaran semasa," katanya.

Beliau berkata, berbeza di Johor, kerajaan negeri sewenang-wenang merampas tanah seluas 22,500 ekar dengan niat membolot sebahagian tanah dengan harga yang murah.

"Ghani memperdaya penduduk Pengerang, kerana yakin tiada bantahan daripada mereka, seperti yang berlaku di Kuantan apabila penduduk membantah projek Lynas.

"Mungkin mereka merasakan Johor adalah kubu kuat Umno, dan rakyat akan menerima apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN," ujarnya. ~kd



Iklan





Mazlan Aliman Sound Balik Azalina Othman

Posted: 04 Oct 2012 07:34 AM PDT

SENAI – "Saya tak akan minta maaf dan bersedia hadapi sebarang kemungkinan," demikian tegas Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, semalam.

Mazlan berkata demikian menjawab kata dua Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mahu beliau meminta maaf kerana membuat tuduhan melulu terhadapnya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.

"Saya tidak kata dirinya (Azalina) terlibat dalam projek itu. Apa yang saya sebut ialah, selaku Ahli Parlimen, beliau mempunyai alasan dan sebab mengenai pembangunan itu dilakukan di kawasan perkampungan penduduk.

"Saya tidak akan minta maaf. Jika dia rasa ada sebab untuk saman, itu hak dia, hak demokrasi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Mazlan, beliau tidak 'makan' ugut dan akan terus mendedahkan apa sahaja maklumat yang diperoleh.

"Saya bukan budak kecil yang takut, dan ia tidak akan membuatkan saya terhenti untuk terus membuat pendedahan yang saya andaikan satu sandiwara dan lakonan. Saya akan dedahkan pada bila-bila masa," katanya.

Mazlan turut menjelaskan, beliau telah turun padang ke Pengerang sejak setahun lalu dan berdasarkan maklumat yang diterima menerusi penganalisis dan penyelidik di situ, pembangunan projek yang sama di Kertih, Terengganu dan Bintulu, Sarawak perlu dicontohi kerana tidak mengorbankan penempatan penduduk kampung.

"Ditegaskan, saya tidak menolak pembangunan, namun projek itu jelas dibangunkan di kawasan yang mempunyai penduduk, bukan di Kampung Abdul Ghani Othman, yang tanahnya milik kerajaan," katanya.

Kelmarin, Azalina berkata, tuduhan Mazlan berniat jahat dan berunsur fitnah dan beliau akan fail saman terhadapnya dan mana-mana portal yang menyokong kenyataan pemimpin Pas itu berhubung isu projek Rapid.

"Tuduhan yang dia (Mazlan) buat di depan rakyat Pengerang seolah-olah saya yang harus bertanggungjawab. Bagi saya itu adalah niat jahat dan saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengkaji teks ucapannya," katanya. ~sinar



Iklan





Gambar Mahasiswa Pro-M UIAM Sujud Syukur Raikan Kemenangan

Posted: 04 Oct 2012 04:49 AM PDT


Apabila kemenangan diselari dengan tarbiah Islam. Sujud syukur tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.


Inilah apabila tarbiah Islam yang di terapkan.. sungguh indah Islam di lihat. Beginilah yang di anjurkan oleh Islam untuk meraikan sesuatu kemenangan.


Sekalung tahniah dari Addin buat mahasiswa Pro-M UIAM!




Iklan







Ibrahim Ali Warning Anwar Ibrahim..

Posted: 04 Oct 2012 02:32 AM PDT


Kata Ibrahim Ali penakut yang sebenarnya ialah Anwar Ibrahim sebabnya Anwar sanggup terbang ke Paris ketika sesi perbahasan bajet sedang berlangsung.

Kata dia lagi.. Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap kerana sebagai pemimpin kerajaan, Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.

Ibrahim juga menjelaskan, ketika Anwar berucap membahaskan Bajet 2013, Perdana Menteri berada di pejabatnya dan sentiasa mendengar perbahasan itu melalui siaran langsung di televisyen.

Ini kenyataannya yang disiarkan oleh Utusan
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.

Tegasnya, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit Siang.

Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dahulu sehingga menjadi Ketua Pembangkang sekarang pun jarang ada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar Ahli Parlimen lain berbahas.

Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga wakil rakyat Bebas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama semalam Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.

Ibrahim turut memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.

Yang saya tahu, apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.

Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang," ujarnya.

Sementara itu Ibrahim menjelaskan, ketika Anwar berucap membahaskan Bajet 2013, Perdana Menteri berada di pejabatnya dan sentiasa mendengar perbahasan itu melalui siaran langsung di televisyen.

Pegawai-pegawai pun akan mencatatkan segala perbahasan dan semua ucapan dalam Parlimen itu nanti akan diterbit dalam bentuk hansard.

Adakah itu juga menjadi masalah," ujarnya sinis ~ Utusan Melayu

Dah jadi Pembantu Khas kepada Najib pulak ke Ibrahim Ali nie?.. he..he..

Takut tak dipedulikan terus oleh Najib terpaksalah dia mempertahankan Najib seolah-olah dia adalah Pembantu Khas Najib sedangkan tidak adapun pemimpin UMNO/BN yang lain mempertahankan Najib yang dianggap sebagai pengecut oleh Anwar Ibrahim..

Nih!! Khas untuk Ibrahim Ali..

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak...


~asd



Iklan







Pertambahan 200 Ribu Pengundi Baru.. Bukti Umno Guna Taktik Kotor Rampas Kedah

Posted: 04 Oct 2012 12:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Oktober: Usaha menambah 200,000 pengundi baru di Kedah seperti dilapor baru-baru ini menunjukkan kerajaan Umno BN begitu terdesak merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat. Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid berkata, tidak munasabah bagi sebuah negeri mempunyai jumlah rakyat sebesar itu yang masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tidak logik untuk sebuah negeri mempunyai 200,000 pengundi yang tak berdaftar, itu yang kita risaukan sekarang, tapi kita akan terus memantau usaha terdesak itu," katanya kepada Keadilan Daily mengulas laporan bahawa Umno Kedah kini berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 yang layak mengundi di negeri itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu berkata, tindakan Umno itu boleh dianggap sebagai perang psikologi terhadap rakyat Kedah, selepas kaedah yang sama digunakan di Selangor.

"Ia kononnya untuk menimbulkan keyakinan kepada rakyat Kedah bahawa mereka mampu mentadbir semula negeri itu, tetapi saya tahu, rakyat Kedah kini bijak menilai," kata Zakaria.

"Mereka bukan sahaja terdesak merampas semula Selangor, malah Kedah juga," tambah beliau.

Sehingga Ogos lepas, dilaporkan jumlah pengundi berdaftar di Kedah ialah 1.025 juta berbanding 873,000 pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12).

Umno BN Kedah telah mendaftarkan seramai 68,000 pengundi sejak tahun 2008 hingga Ogos lepas.

Manakala di Selangor pula, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk suku ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008. ~kd



Iklan





Kesian Najib.. Video #TanyaNajib Di Muat Naik Kali Kedua Pun Ramai Yang Dislike

Posted: 04 Oct 2012 12:18 AM PDT

Malam tadi Addin ada siarkan artikel berkenaan sesi google hangout #TanyaNajib yang telah mendapat sambutan cukup memalukan Najib sendiri (baca sini). Sesi goggle hangout itu telah menerima lebih banyak dislike berbanding like dan  dihujani  komen-komen yang memalukan Najib sendiri.Tak sampai 1 jam kemudian, video tersebut telah diprivatekan, berbeza dengan video sesi Google Hangout Anwar Ibrahim yang sehingga kini masih dapat ditonton.

Tujuan video tersebut diprivatekan dipercayai bertujuan menghalang lebih banyak lagi komen-komen pedas diberikan pengunjung dan menghalang lebih banyak undian dislike diberikan. Ianya dilihat sebagai usaha cuba menjaga air muka Najib.

Pagi tadi,  1 lagi video Google Hangout #TanyaNajib yang di uploadkan, juga kali ini telah mendapat lebih dislike berbanding like, video tersebut juga telah diberikan komen yang Najib pasti tidak akan membacanya.

Jelas Najib menjadi fenomena kebencian rakyat Malaysia. Penentangan kini tidak dibuat secara senyap lagi, tetapi secara di ruang terbuka. Tinjauan Addin, malam tadi di Twitter #TanyaNajib.. budak sekolah pun memberi komen yang negatif pada Najib.. so dapat bayangkan.


Iklan





Anwar Tukang Jemput.. Najib Tukang Halau..

Posted: 03 Oct 2012 10:37 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 OKT – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjemput dua orang peguam Perancis yang bertindak bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di dalam sidang pendengaran berhubung kes Scorpene untuk memberi taklimat kepada semua MP Pakatan Rakyat. MP Subang, R. Sivarasa berkata Anwar telah berangkat ke Paris pada Selasa (semalam) untuk menyerahkan surat jemputan kepada William Bourdon dan Joseph Breham.

Surat jemputan adalah dari pihak ketua pembangkang kepada kedua-dua peguam tersebut untuk menghadiri satu taklimat yang akan dikendalikan bagi semua ahli parlimen," kata Sivarasa semasa sidang media di lobi parlimen.

Sivarasa berkata, taklimat berkenaan telah dijadualkan untuk berlangsung semasa sidang parlimen kali ini yang akan berakhir pada Nov 27.Sidang pendengaran berkenaan tuduhan pembayaran komisyen secara tidak sah atau rasuah dalam pembelian dua buah kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia daripada firma/syarikat Direction des Construction Navales Services (DCNS) dan Thales Armaris, pada tahun 2002, sedang berjalan di mahkamah Tribunale de Grande di Perancis.

Suaram pada tahun 2009 telah menggesa mahkamah Perancis untuk menjalankan siasatan keatas tuduhan berkenaan kes pembelian Scorpene, setelah pihak kerajaan Malaysia enggan mengambil tindakan yang sama."Sejak sidang bermula pada 16 Mac, Suaram sebagai pihak terlibat telah mendapat akses kepada 153 dokumen daripada pejabat pendakwaraya dan telah juga mendedahkan sebahagian kandungan dokumen terbabit itu, maka telah wujud keperluan segera untuk satu taklimat diadakan bagi semua Ahli Parlimen Malaysia yang berminat untuk mengikuti perkembangan kes tersebut," kata Anwar dalam surat jemputan berbahasa Inggeris, diedarkan oleh Sivarasa kepada media.

Isu berhubung skandal pembelian Scorpene yang melibatkan bayaran komisyen lebih RM 500 juta kepada syarikat milik rakan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan menjadi perhatian umum sejak tujuh tahun lalu.Skandal ini juga di dakwa mempunyai hubung kait dengan pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibuu dengan menggunakan bahan peletup C4 pada 2006. ~selangorku


Iklan





PAS Kesal Tindakan Azmin, Shuhaimi

Posted: 03 Oct 2012 08:43 PM PDT

KUALA LUMPUR - PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan. "Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa. Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.

Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.

Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid. ~harakahdaily



Iklan





(Gambar) Penyanyi Janet Jackson Peluk Islam

Posted: 03 Oct 2012 05:53 PM PDT

Penyanyi sekaligus bintang top Amerika Syarikat, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk berkahwin dengan calon suaminya, seorang jutawan Timur Tengah, Wissam al-Mana. Media Showbizspy, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta.

Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ' terbesar sepanjang sejarah.' "Mereka telah merencanakan pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan," kata salah satu sumber.

Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu. Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam.

Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept memperlihatkan gambar Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk "Janet Jackson's Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World".

Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih simpang siur. -ibnuhasyim

Media Showbizspy, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta. Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ' terbesar sepanjang sejarah.'

"Mereka telah merencanakan pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan," kata salah satu sumber.

Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu. Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam.

Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept memperlihatkan gambar Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk "Janet Jackson's Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World".

Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih simpang siur. ~ibnuhasyim














Iklan





Tiada ulasan: