Khamis, 25 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Hampa percaya ka kata-kata dia neh??

Posted: 25 Oct 2012 09:35 AM PDT

Anwar tidak layak sebagai Perdana Menteri?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis jamuan Janji Ditepati di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Perak, berkata Pakatan rakyat tidak mampu memerintah

Sehubungan dengan itu,Tun Dr Mahathir Mohammad ketika menjawab soalan seorang peserta pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme, Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu berkata, Anwar tidak layak jadi perdana menteri.

Pendek kata dimana sahaja perdana menteri dan bekas perdana menteri pergi pasti itulah serangan terhadap pakatan rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat rakyat yakin dan mengundi umno/BN pada PRU 13 nanti.

Setakat hari ini barangkali sebanyak 2.5 juta ahli umno percaya dan yakin dengan kata kata Perdana menteri Mohd Najib Razak bahawa Pakatan rakyat (pembangkang) tidak mampu memerintah. Tetapi belum tentu mereka yakin dengan kata kata Tun Mahathir, Anwar tidak layak jadi perdana menteri.

Akan tetapi kita kena ingat sebanyak 500 ribu ahli umno tidak percaya dengan kata kata perdana menteri satu Malaysia dan bekas perdana menteri ke 4 yang pakatan rakyat (pembangkang) tak mampu memerintah. Mereka yakin pakatan rakyat mampu memerintah Negara Malaysia.

Atas sebab itulah 500 ribu ahli umno mengundi pakatan rakyat pada pilihanraya umum ke 12 dahulu.punca dapat menafikan 2/3 parlimen. Demikian juga MCA yang Presidennya Dr. Chua Soi Lek turut berkata pakatan rakyat tak mampu memerintah konon ketika cuba bersandiwara di depan Najib di perhimpunan Agung partinya.

Alasan Najib mengatakan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai tiga parti berbeza sanggup bersandiwara dan berpura-pura sesama sendiri semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) PRU 13 nanti mungkin tak boleh diterima.

Sejarah telah membuktikan Kelantan yang diperintah oleh PAS mendapat pujian audit Negara yang menunjukkan kerajaan yang baik dan boleh dipercayai dan mampu memakmur dan mesejahterakan rakyat.

Tun Mahathir pasti amat tahu Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai "karektor yang tidak boleh sebagai pemimpin.dan bertanya "Apakah kita nak pilih orang macam ini sebagai pemimpin, dijawapanya, orang macam ini tidak dibenarkan gantinya. Dia harus disingkirkan. Memang pun, kerana Anwar dianggap musuh ketatmya.

Untuk menguatkan hujahnya, Tun Mahathir berkata,"dalam mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dengan sebulat suara bersetuju Anwar dikeluarkan dari Umno, bukan keputusan saya seorang.Kita tak boleh terima manusia yang moral terlalu rendah untuk menjadi pemimpin kita, kita malu dengan pemimpin macam ini,"

Tun Mahathir malu dengan Anwar, tapi tidak segan silu mengatakan Dr Ling liong Sik seorang yang jujur dan tidak menipu, Demikian pandangan seorang musuh terhadap musuhnya dan pandangannya terhadap kawan akrabnya. Musuh miskipun baik tetapi jahat padanya. Kawan akrab miskipun jelas jahat tapi dianggap jujur dan baik.

Pada penulis, semua itu prejudis belaka.


Kain rentang DAP tolak HUDUD pulak tersebar..

Posted: 25 Oct 2012 08:55 AM PDT

Sekali lagi orang-orang kampung cuba diperbodohkan lagi... Inilah petanda bahawa Be End sudah kekeringan modal dalam berpolitik. Hanya fitnahlah senjata terakhir mereka...

Woii mangkuk, DAP tak sebodoh ni laa...

Depa dah terkantoi bilamana Chua Soi Lek telah secara terang-terangan bukan saja menolak malah menghina Hudud. Dan untuk menutup kenyataan itu, orang-orang kampung perlu diberi persepsi bahawa DAP juga menolak dan menghina Hudud....

DAP Kuala Sepetang perlu ambil tindakan jika ini adalah fitnah daripada puak pemfitnah yang kekeringan modal untuk berhujah tuh...

Hidung dia tak setinggi dulu lagi...

Posted: 25 Oct 2012 05:11 AM PDT

The Malaysian Insider....

Mamak Madey kata Melayu merempat dan meminta sedekah di negara sendiri... !!!
Jadi kena la bergabung semuanya sekali dibawah Umno...!!!
Nampak sangat Umno dah terdesak kan???
Dah 55 tahun Umno mentedarah DUIT NEGARA dan layan Melayu berdasarkan parti...

Apa cerita royalti gas dan minyak Kelantan yang dinafikan???
Memang celaka Umno neh...
Umno dan macai-macainya tak habis-habis menipu ja kerjanya...


Serupa walau tak sama, dulu dan sekarang...

Posted: 24 Oct 2012 11:30 PM PDT


Kaedah menagih simpati sebagai satu dari talian hayat Ameno...


'Kerabat' Kedah ditahan polis

Posted: 24 Oct 2012 10:12 PM PDT

Abdul Rahim menunjukkan logo yang digunakan oleh lelaki menyamar sebagai kerabat diraja Kedah.

GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang disyaki menyamar sebagai anggota kerabat diraja Kedah dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tangkapan itu dibuat hasil maklumat orang awam yang mencurigai kehadiran kumpulan kerabat diraja itu ke satu majlis yang dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini kira-kira jam 3 petang, semalam.

Menurutnya, lelaki bukan Bumiputera itu turut menggunakan logo yang tidak sepatutnya pada kenderaannya dan hasil siasatan polis mengesahkan tiada kerabat diraja kedah di dalam majlis berkenaan.
"Majlis itu dihadiri kira-kira 120 orang dan ia dianjurkan oleh sebuah NGO Islam. Kita mencurigai apakah tujuan mereka untuk berjumpa dengan kumpulan bukan Melayu yang fokus kepada pusat hiburan.
"Dalam serbuan itu, kita turut menahan 12 lelaki untuk membantu siasatan dan kesemuanya berusia antara 38 hingga 61 tahun," katanya ketika ditemui media di sini semalam.
Abdul Rahim berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta mewah milik lelaki berkenaan, selempang dan beberapa dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 413 Kanun Keseksaan kerana penyamaran dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

sinarharian


Kisah menarik gadis genit Cina peluk Islam

Posted: 24 Oct 2012 07:29 PM PDT

Loo Jo Yee ketika ditemubual di TV Al-Hijrah..


Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam.

Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber'binti'kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Selepas bergelar muallaf, banyak dugaan yang Jo Yee terpaksa terima. Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga tercinta. Tapi, beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

P/S: Orang bukan Islam pun boleh tertarik dengan Islam. Kenapa kita ni masih lalai dan jauh dari-Nya? Adakah kita hanya Islam sebab keturunan yakni Islam otomatik?

Nauzubillah...




Tiada ulasan: