Khamis, 25 Oktober 2012

Addin

Addin


Maklumat Terbaru Dari Bilik Gerakan Umno..

Posted: 25 Oct 2012 04:00 PM PDT

Serius.. Perdana menteri Najib Altantuya dah tak boleh nak harap Barisan Nasional (BN) menang pilihanraya dengan majoriti dua pertiga seperti yang diidamkannya sebelum ini.

Mengikut perangkaan rasmi setakat 30 September lalu, BN cuma boleh menang antara 115 hingga 125 kerusi jika pilihanraya diadakan dalam tempoh dua bulan dari tarikh itu. Untuk dapat majoriti dua pertiga kena dapat sekurang-kurangnya 148 kerusi yang nampaknya makin suram dan makin muram.

Walaupun Najib Altantuya tahu ia bakal menjahanamkan masa depan politiknya, tapi dia dah tak banyak pilihan lagi.

BN mesti diselamatkan dalam apa keadaan sekalipun.

Congakan Najib Altantuya, jika Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 mula diagihkan bermula Januari nanti, dapatlah kerusi BN ditambah bagi memastikan sekiranya ada ahli parlimen yang hendak melompat pun, BN kekal berkuasa.

Untuk tujuan itu, sasaran Najib Altantuya kini dalam lingkungan 130 ke 135 kerusi.

Itu pun sudah cukup baik.

Bersambung.. ~jalanpulang



Iklan


Gambar Banner DAP Tolak Hudud Pula Tersebar..

Posted: 25 Oct 2012 09:38 AM PDT


Sekali lagi orang-orang kampung cuba diperbodohkan lagi... Inilah petanda bahawa Be End sudah kekeringan modal dalam berpolitik. Hanya fitnahlah senjata terakhir mereka...

Depa dah terkantoi bilamana Chua Soi Lek telah secara terang-terangan bukan saja menolak malah menghina Hudud. 

Dan untuk menutup kenyataan itu, orang-orang kampung perlu diberi persepsi bahawa DAP juga menolak dan menghina Hudud....

DAP Kuala Sepetang perlu ambil tindakan jika ini adalah fitnah daripada puak pemfitnah yang kekeringan modal untuk berhujah tuh..



Iklan


Di Bawah Umno BN, Belanja RM630,000 Pun Takde Resit

Posted: 25 Oct 2012 08:19 AM PDT

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) menerima sejumlah wang sebanyak RM630,000 tanpa mengeluarkan resit rasmi.

Laporan itu juga menemukan "kelemahan" daripada majlis itu apabila cek berjumlah RM720,000 juta dan wang tunai berjumlah RM3,964 tidak dimasukkan ke dalam bank dengan segera.

Hasil penemuan itu dinyatakan dalam pemeriksaan audit secara mengejut Jabatan Audit Negara terhadap MAIPS - antara lapan agensi kerajaan yang terlibat dalam pemeriksaan itu.

Empat lagi kelemahan yang dikenalpasti daripada badan yang menguruskan hal ehwal Islam negeri itu antaranya:
  • Buku tunai dan daftar mel tidak diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.
  • Baki panjar wang runcit tidak bersamaan dengan wang tunai di tangan.
  • Buku tunai tidak disemak setiap hari.
  • Baki wang yang tidak dapat diagihkan selepas tempoh 21 hari tidak dikembalikan untuk diakaunkan dengan segera.
Antara semua enam agensi dan jabatan kerajaan di negeri Perlis, MAIPS berada di tahap paling rendah
memuaskan dengan penarafan sebanyak dua bintang.

"Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis walaupun berjaya meningkatkan tahap prestasi pengurusan kewangannya tetapi masih di tahap memuaskan buat kali ke-5 berturut-turut," laporan itu dipetik.

Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan prestasi kewangannya mencatatkan peningkatan apabila mengumpul pendapatan kedua terbanyak selepas Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).

MAIPS mencatat pendapatan sebanyak RM39.34 juta, manakala PKENPs memperolehi RM39.92 juta. ~kd



Iklan


Takut Kecundang PRU13, Najib Terpaksa Tangguh Kes Rayuan Altantuya

Posted: 25 Oct 2012 08:00 AM PDT

Pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, ditangguh berikutan pilihan raya umum ke-13 kian dekat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berkata Umno BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut sokongan terhadap kerajaan menjunam jika kes rayuan itu diteruskan sebelum PRU 13.

Apatah lagi, katanya, pendengaran rayuan itu mungkin mendedahkan dalang sebenar pembunuhan yang mendapat liputan di peringkat antarabangsa.

"Ada kemungkinan dua anggota polis yang dihukum mati itu akan menggunakan peluang untuk membela diri mereka. Mereka dijadikan kambing hitam dan mungkin mahu tegakkan keadilan untuk mereka," katanya.

Semalam, Mahkamah Rayuan menangguh pendengaran kes rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar yang dihukum mati kerana pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Sebelum ini, kes rayuan yang dijadual didengar pada Ogos ditangguh sebelum tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November lalu.

Bagaimanapun, peguam, Hazman Ahmad yang mewakili Azilah Hadri ketika dihubungi Malaysia Kini, menyatakan tiada tarikh baru ditetapkan.

Pada April 2009, Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari yang turut melibatkan Razak Baginda – rakan baik Perdana Menteri.

Jasad Altantuya diletup mengggunakan C4 di kawasan belukar, Jalan Puncak Alam pada Oktober 2006.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Shamsul juga tidak terkejut jika kes rayuan itu ditangguh lagi selagi PRU 13 belum dijalankan.

"Ini memperkukuh dakwaan betapa kes ini adalah perbicaraan politik bagi menutup dalang di sebalik pembunuhan," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan penangguhan itu sebenarnya alasan untuk menutup kes secara senyap dari pengetahuan rakyat.

"Tengok skandal melibatkan Shahrizat. Mereka sengaja lengahkan perbicaraan. Begitu juga kes ini yang seakan-akan mahu menyelamatkan Perdana Menteri dan isteri," katanya.

Bagaimanapun, kata Shamsul, penangguhan itu tidak berguna jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya kerana sesiapa jua yang bersalah bakal menerima hukuman setimpal.

"Pakatan tak memandang remeh kes pembunuhan itu kerana ia melibatkan nama baik negara. Kita tidak teragak-agak untuk heret orang yang terlibat sekalipun Najib Razak," katanya.~kd




Iklan


(Gambar) Siapa Punya Angkara Ni?

Posted: 25 Oct 2012 07:42 AM PDT


Dua ketul batu besar dilempar di pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini menyebabkan beberapa tingkap kaca pecah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Canning, Wong Kah Woh.

Beliau percaya batu itu dibaling semasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.

Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh, tambahnya.

"Kami sedang cuba menyemak rakaman CCTV, termasuk milik jiran, untuk melihat sama ada kita boleh dapatkan sesuatu untuk diserahkan kepada polis," kata Wong ketika dihubungi.


Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat.

Speaker DUN Perak yang sah yang merupakan ADUN Tronoh, V Sivakumar menyifatkan serangan tersebut bermotifkan politik kerana ia jelas disasarkan ke atas pejabat parti itu dan tidak membabitkan pejabat bersebelahan.

Beliau mahu polis menyiasat kejadian itu dan mengumumkan hasil siasatan dengan segera bagi mengelakkan sebarang kehilangan nyawa terjadi di premis itu.



Iklan


Zul Kulim Sekarang Kaki Pau.. Bacalah Kisah Ni

Posted: 25 Oct 2012 05:42 AM PDT


Bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkannya kepadanya bahawa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran bagi mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang itu, bertanding.

"Yang mula-mula beritahu saya adalah Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN," kata Syed Husin sewaktu menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli dalam perbicaraan di mahkamah Jalan Duta pagi tadi.

Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ketua pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.

Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".

Memetik laporan Malaysia Kini, Syed Hussin berkata, Zulkifli menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen".

Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut. ~kd




Iklan


Akhirnya.. MB Kedah Serang Balas

Posted: 25 Oct 2012 04:37 AM PDT

Akhirnya, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan 'menyerang balik' pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011. 

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek di bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak. "Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu. 

Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini," katanya.

Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional Park.

Azizan berkata, projek 99 East Langkawi bermula sejak 2007 dengan "joint venture agreement" dan "shareholders agreement" ditandatangani antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd pada Februari 2007, bagi membangunkan Bukit Malut membabitkan 144 hektar tanah Permodalan Kedah Berhad (PKB).

"Komposisi pegangan dalam usahasama ini adalah 80-20 peratus dengan Terra Monda (51 peratus dimiliki pelabur Swiss) dan 20 peratus KCB untuk membentuk syarikat yang dinamakan 99 East Langkawi Sdn Bhd.

"Melalui perjanjian itu, KCB perlu sediakan tanah dan seterusnya pindahkan tanah itu kepada 99 East Langkawi Sdn Bhd dan Terra Monda selaku pelabur akan biayai kos dan pelaksanaan pembangunan," katanya.

Bagaimana pun, terma perjanjian itu didapati berat sebelah dengan nisbah keuntungan tidak seimbang, tambahan pula KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya.

"Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) enggan memberi Power of Attorney kepada 99 East Langkawi demi untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri. Itu kesilapan besar kerajaan BN sebab janji nak bagi tanah bukan miliknya, sebab itu kita tidak benar penyerahan tanah itu," katanya.

Azizan berkata, projek ini ada kaitan dengan orang kanan politik BN ketika memegang jawatan Pengerusi KCB ketika Kedah diterajui Mahdzir Khalid.

"Sebahagian wang sudah dibayar kepada pengurusan dahulu, dan setelah dinilai semula ia tidak rasional untuk diteruskan. Kita sedang berunding dengan Terra Monda dari semasa ke semasa bagi menamatkan perjanjian secara amicable," katanya.

Projek ternakan udang di Kerpan juga menemui kegagalan, di mana perjanjian pengurusan projek pada Disember 2007 dibuat antara Kedah Agro Industries Marketing Bhd (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB - 2012 diambil alih oleh SKS Reality Sdn Bhd ).

"Pada Jun 2012, KASB menang saman RM2.16 juta ke atas KAIMB, babitkan kos dan keuntungan bersih KASB layak terima daripada jumlah hasil jualan udang RM6 juta (2007), tetapi tidak dimasukkan dalam akaun projek itu," katanya.

Azizan mempersoal ke mana hilangnya keuntungan terbabit yang sepatutnya diagihkan 60-40 peratus tetapi Kerajaan Negeri tidak pernah menerima duit itu.

"Keuntungan 40 peratus itu kita tak pernah terima, ini suatu penyelewengan. Sekarang Kementerian Kewangan mahu saman RM2 juta sebab agihan tidak dibuat, sedangkan kita pun tak terima. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat kes ini termasuk kerajaan BN terdahulu," katanya.

Menurutnya, pihaknya mahu tahu ke mana hilangnya keuntungan itu di mana syarikat terbabit dikendalikan oleh individu yang rapat dengan bekas Menteri Besar sebelum ini.

"Peguam telah failkan rayuan pada Julai 2012 namun tarikh belum ditetapkan. KAIMB juga belum bayar apa-apa kepada KASB," katanya.

Azizan turut kesal apabila kerajaan PR kini terpaksa membayar hutang RM11 juta kepada syarikat Long Island, ekoran kegagalan usahasama Yayasan Islam Negeri Kedah.

"Saya tidak terlibat dalam usahasama ini, tetapi sebagai Menteri Besar sekarang, saya perlu lunaskan tuntutan sayarikat itu. Kita terpaksa tebang balak untuk bayar hutang kerajaan BN sebelum ini," katanya.

Menurutnya, kes ini membabitkan usahasama dengan syarikat Cayman Development, atas tanah 200 ekar di Tandop untuk bangunkan kawasan industri dan perumahan.

"Cayman gagal laksana dan ketika itu Syed Razak arahkan projek diserah kepada pemaju lain iaitu Long Island untuk tebus tanah dari bank. Ada 15 lot industri tak terlibat akhirnya dibuat perumahan dan Long Island saman kita sebab tanah itu masih hak dia," katanya.

Azizan berkata, apabila disiasat, pegawai berkenaan mengatakan mereka diarah pemimpin politik ketika itu menyebabkan tanah berkenaan tidak diubah syarat di mana dua geran untuk satu tapak.

Projek lain yang turut menimbulkan keraguan ialah Projek Jerai Internasional Park di Tupah atas tanah 1145 ekar, usahasama antara syarikat dari Qatar dengan PKB.

"Berdasarkan perjanjian 40-60 (PKB/Qatar), tetapi PKB tak lantik perunding untuk tindakan lanjut menyebabkan mereka tuntut RM2.2 juta kerana tidak patuhi perjanjian. Kes ini masih dalam rundingan," katanya.


Iklan


Patutlah Chua Soi Lek Berani Giler Hina Islam.. Ini Sebabnya

Posted: 25 Oct 2012 01:53 AM PDT

SHAH ALAM - Umno didakwa menjadi dalang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan MCA yang menyerang sensitiviti masyarakat Islam berkenaan isu pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, kenyataan-kenyataan tersebut direka untuk mengalihkan pandangan rakyat berhubung isu rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

"Melalui kenyataan-kenyataan ini diharapkan ketegangan akan terhasil melalui mana Umno dan BN boleh mendakwa ianya adalah kerana sikap dan pandangan PAS yang kononnya ekstrem.

"Dengan itu mereka boleh memujuk masyarakat Tiong Hua untuk kembali memberi undi kepada BN," kata Abdul Rani semasa sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini.

Ujar beliau, semua pihak khususnya umat Islam disaran untuk bertenang dan tidak bertindak melalui reaksi emosi keterlaluan yang boleh mendatangkan konflik dalam masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

Sebaliknya tegas beliau, usaha perlu difokuskan ke arah menjatuhkan MCA dan Umno dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang.

"Apabila masyarakat Malaysia dibebaskan daripada dikongkong pemimpin-pemimpin BN yang sering mengadu domba rakyat.

"Maka akan terhasil sebuah negara yang benar-benar bersatu atas dasar saling hormat-menghormati dan pengiktirafan hak asasi setiap kaum dan bangsa," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad, Adun Hulu Klang, Saari Sungip dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan. ~selangorku



Iklan


Najib Dan Keluarga Patut Mencontohi Jutawan Ni..

Posted: 25 Oct 2012 12:58 AM PDT


Pernah dengar tak Al- Rajhi Bank. Mungkin korang pun ada buka akaun kat Bank tu. Hamba Allah yang kat atas ni ialah pengasas Bank Al- Rajhi tersebut. Bank Al-Rajhi adalah Bank Islam terbesar di dunia.

Nama Jutawan ni ialah Sulaiman Al-Rajhi. Lahir pada tahun 1920 di Arab Saudi. Dibesarkan di padang pasir. Jutawan yang bekerja dengan hasil usaha sendiri dan bukan berasal dari kerabat diraja.

Fakta berkaitan dengan Sulaiman Al Rajhi ni :

1) Beliau berasal dari orang miskin menjadi Jutawan dan memiliki USD7.7Billion. Beliau dahulu (2011) orang yang ke 120 terkaya didunia mengikut Majalah Forbes. Sekarang kembali miskin kerana telah menyerah seluruh hartanya kepada anak-anak dan sebahagian besarnya didermakan badan kebajikan.

2) Membuka Bank Islam kerana Islam mengharamkan faedah atau interest (tiada Bank Islam waktu tu).

3) Memulakan kerja harian selepas solat subuh dan berhenti hingga waktu Isyak.

4) Mula-mula membuka Bank Islam di London kemudian baru ke Timur Tengah.

5) Disiplin yang diamalkan selain bekerja keras ialah menepati masa.

6) Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?

7) Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.

8) Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.

9) Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.

10) Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.

11) Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.

12) Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.


Addin :

Jutawan di Malaysia guna jalan pintas, dapat anugerah projek dari Umno BN sebab kaum keluarga ataupun kroni. Dalam Umno BN, yang penting kroni bukannya kepandaian.. Senang jadi jutawan senang lingkup..



Iklan


Rupanya Najib Ponteng Sidang Parlimen Semata-Mata Main Golf

Posted: 25 Oct 2012 12:28 AM PDT


Dalam kesibukan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya menteri dan timbalan menteri berhempas-pulas menjawab soalan bertulis dan lisan yang dikemukakan ahli parlimen Pakatan Rakyat, rupanya perdana menteri Najib Altantuya ponteng sidang semalam semata-mata mahu bertarung dengan pemain golf nombor dua dunia, Tiger Woods!

Kejohanan yang dianjurkan oleh CIMB milik adiknya, Nazir Razak memperlihatkan betapa Najib Altantuya hanya menghabiskan wang pembayar cukai tanpa memikirkan nasib jutaan rakyat yang bertungkus-lumus mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga.Diadakan di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, Selangor, Najib Altantuya sebelum ini pernah menyatakan hasrat sedemikian bagi meraikan kehadiran bintang golf terkemuka dunia itu yang kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia 13 tahun lalu, ketika itu untuk Piala Dunia.

Beraksi satu 'flight' dengan Woods serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dan adiknya, Nizam Razak, Najib Altantuya seakan tidak mempedulikan apa yang terjadi kepada menteri dan timbalan menterinya terus diasak bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir semalam.Dengan penuh semangat, Najib Altantuya menghabiskan saingan kesemua 18 lubang di lapangan yang menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij menawarkan hadiah tunai keseluruhan USD6.1 juta (RM18.66 juta) itu.

Pergerakan Najib Altantuya dan Woods jelas paling mencuri tumpuan apabila langkah mereka diikuti dari mula sehingga ke lubang yang terakhir.Kumpulan pemain Malaysia pertama mendapat penghormatan beraksi bersama legenda golf dunia itu ialah dua jaguh pro veteran negara, M. Ramayah dan P. Gunasegaran, apabila digandingkan satu 'flight' dengan Amerika Syarikat sewaktu Piala Dunia di lapangan yang sama pada 1999.

Selain berentap dengan Woods, Najib Altantuya turut meluangkan masa bertemu dengan beberapa pemain profesional lain yang menyertai kejohanan berkenaan. Walaupun hadir bagi merasmikan kejohanan golf tersebut, Najib Altantuya seharusnya lebih prihatin dengan masalah negara berbanding menghabiskan masanya sehari suntuk bermain golf kununnya sudah lama mengidam mahu bertanding menentang Woods.

Tidak bolehkah Najib Altantuya singgah sebentar di parlimen melihat sendiri bagaimana pencacai-pencacainya terus ditekan dengan soalan demi soalan hingga satu ketika timbalan menteri kewangan, Awang Adik Hussin terpaksa berhenti dari menjawab soalan lisan atas alasan demam padahal tidak pula mendapatkan sijil sakit sebelum itu?

Inikah contoh dan sikap seorang pemimpin yang kununnya mendahulukan rakyat padahal apabila diasak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, membincangkan isu dan masalah rakyat, Najib Altantuya terus diam membisu seribu bahasa?Ternyata apa yang diungkapkan Najib Altantuya cuma manis di bibirnya yang merah saja sedangkan kehidupan rakyat marhaen terus diabaikan kerajaannya. ~ jalanpulang




Iklan


Mahathir Sahkan Ada Perjanjian Syaitan Antara Umno Dan MCA

Posted: 25 Oct 2012 12:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, penyataan beliau tentang wujudnya 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA disahkan tidak sampai 24 jam selepas ianya didakwa.Ia tidak lain dan tidak bukan disahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya di Universiti Malaya semalam.




Semalam, saya secara terbuka mengatakan pemimpin MCA dan UMNO telah membuat 'perjanjian Syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu."Ia dibuat dengan keyakinan bahawa politik yang sedemikian satu-satunya cara untuk mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.Menurut Lim Kit Siang, beliau menjangkakan pemimpin Umno dan MCA serta propagandis-propagandis mereka menafikan kewujudan perjanjian jahat itu lalu cuba melarikan tumpuan daripada 'perjanjian syaitan' tersebut."Apa yang paling tidak saya jangkakan pendedahan saya tentang 'Perjanjian Syaitan' di antara UMNO/MCA disahkan dalam tempoh 24 jam dengan gaya penuh wibawa dan cara yang benar-benar melondehkan hipokrasi dan muslihat Umno serta MCA."Hanya seorang sahaja mampu melakukan tindakan sedemikian iaitu Tun Dr. Mahathir dan itulah yang beliau lakukan semalam," kata Kit Siang (gambar kanan).Pada sidang media semalam di simposium 'Dialog Antara Peradaban Menuju Keamanan, Keharmonian Bersama dan kelestarian' Universiti Malaya, Mahathir mengakui bahawa 'pendirian tidak bertolak ansur' MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan 'menakut-nakutkan' komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam."Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam ...Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP."Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," kata Mahathir.Pengesahan Mahathir terhadap "Perjanjian Syaitan" Umno dan MCA supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional seharusnya diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia, kata Kit Siang.Dalam 'Perjanjian Syaitan' mereka, pemimpin UMNO akan terus membisu tidak kira apa juga pembohongan yang disebarkan MCA untuk "menakut-nakutkan orang Cina".Ia termasuklah penipuan yang pemimpin Umno sendiri tahu ia tidak berasas seperti fitnah MCA bahawa PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol atau PAS dan Islam akan membawa Malaysia kembali ke "zaman gelap".Begitu juga pemimpin MCA akan terus membisu walaupun mereka tidak mempercayai pembohongan dan penipuan UMNO 'untuk menakut-nakutkan kaum Melayu', bahawa DAP mahu mendirikan Negara Kristian dan menghapuskan Raja-Raja Melayu serta mendirikan Republik, kata Lim.Menurut Li, dia teringat kepada komenter di sebuah blog milik seorang pakar bedah semalam berkenaan Perhimpunan Agung MCA ke-59, beliau menyimpulkan:"Perhimpunan Agung MCA telah memaku keranda mereka kerana bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, MCA tidak lagi relevan, begitu juga Gerakan, MIC dan juga UMNO. "Kematian parti berasaskan kaum ini mungkin ada hikmahnya kerana kita memerlukan parti berbilang kaum untuk maju di dalam dunia yang semakin global dan penuh persaingan."Bagi beliau, ini merupakan cabaran terbesar buat semua rakyat Malaysia pada PRU13, sama ada kita mahu bergerak sebagai rakyat Malaysia dengan visi yang penuh harapan dan optimis bahawa Malaysia akan bersatu tanpa mengira kaum, agama, kelas atau kawasan."Ia sebagai jaminan terbaik supaya negara berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain atau kita mahu membiarkan diri kita tersangkut di dalam politik yang korup dan kebencian antara agama dan antara kaum, melalui pembohongan dan penipuan yang hanya akan menjerumuskan negara kepada kemusnahan," katanya.Bagi beliau, Pakatan Rakyat berjuang untuk meyatupadukan rakyat Malaysia bagi bergerak maju ke arah masa depan bersama sementara Barisan Nasional pula mahu terus berjuang dengan taktik "pecah dan perintah" di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama supaya terus memperhambakan diri kepada kepentingan-kepentingan Umno-putra dan kroni-kroni mereka."Biarlah parti-parti berasaskan kaum ini menemui ajal pada PRU13. Pakatan Rakyat berjuang untuk masa depan manakala Barisan Nasional melambangkan masa lalu!" tegasnya. ~harakahdaily

Iklan



Skandal RM40 Juta Musa Aman, 6 Persoalan Baru Timbul

Posted: 24 Oct 2012 07:46 PM PDT

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA & PEMUDA PAKATAN RAKYAT (24 Oktober 2012)

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) bersama-sama Dewan Pemuda Pas Malaysia serta Pemuda Sosialis DAP di bawah Pemuda Pakatan Rakyat terpanggil untuk memberikan respon balas kepada penafian yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung isu skandal RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.




Di dalam perbahasan Dewan Rakyat pada 22 Oktober yang lepas, Rahman yang juga merupakan Setiausaha BN Negeri Sabah, menyatakan bahawa beliau menolak dakwaan bahawa Michael ditahan di lapangan terbang Hong Kong kerana menyeludup 'secara fizikal' wang tunai berjumlah RM40 juta oleh pihak berkuasa Hong Kong.

Malah beliau menganggap tindakan Pakatan Rakyat yang berterusan berada di dalam 'imiginasi' apabila berterusan mempertegas isu tersebut.AMK bersama Pemuda Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa Rahman seharusnya tidak berterusan mengelirukan rakyat dengan teori yang merepek dan menjengkelkan.AMK melalui saya telahpun mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) pada OKtober 2009, yakni setahun selepas media antarabangsa mendedahkan penahanan seorang rakyat Malaysia bernama Michael Chia, confidante Musa Aman yang telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram di dalam matawang Singapura berjumlah 16 juta Dollar Singapura bersamaan RM40 juta.

Terdahulu beberapa laporan telah dibuat termasuklah melalui AMK Sabah terhadap Musa Aman sebelum laporan ke ICAC dilakukan pada tahun 2009.Dan sepanjang tempoh itu jua, tidak ada sebarang penafian pun dilakukan oleh Musa Aman mahupun Umno serta BN Sabah bersabit skandal berkenaan.Penafian Rahman, yang berhujah dan berselindung di sebalik imuniti Parlimen, tidak sekelumitpun menamatkan polemic berhubung isu ini. Sebaliknya ia lebih menimbulkan pelbagai persoalan berbanding merungkai permasalahan.

(i)    Sedari tahun 2009 sehingga 2012, tidak pernah sekalipun penafian dilakukan oleh pihak Musa sendiri mahupun Umno Sabah bahawa wang sejumlah RM40 juta tersebut adalah merupakan dana untuk Umno Sabah. Justeru mengapakah hanya baru-baru ini sahaja isu bahawa wang tersebut merupakan dana untuk Umno Sabah muncul? Mengapa ianya mengambil masa 3 tahun ini didedahkan?

(ii)  Bagaimanakah pembuktian yang kredibel dapat dilakukan oleh Umno Sabah bahawa RM40 juta tersebut adalah merupakan dana Umno Sabah? Apakah mereka bersedia untuk diaudit secara professional untuk membuktikan penafian mereka tersebut boleh diterima?

(iii)   Apakah wujud kebarangkalian RM40 juta tersebut sebenarnya ialah wang haram yang dialirkan kepada Umno melalui Yayasan Sabah menggunakan pemalsuan pelan kawasan pembalakan? Sekiranya ini berlaku, maka tidak mustahil ia juga berlaku di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Umno.

(iv)  Sekiranya wang RM40 juta tersebut ialah wang Umno Sabah, apakah wang sejumlah USD90 juta yang didakwa dimiliki oleh Musa dalam proses pembekuan aset oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland ke atas bank UBS, juga merupakan wang Umno Sabah?

(v)  Sekiranya USD90 juta itu juga merupakan wang Umno Sabah, maka wujud satu persoalan baru bagaimana Umno Sabah begitu produktif menerima tajaan dan sumbangan ikhlas mencecah puluhan dan ratusan juta ringgit seolah-olah ada skandal tersembunyi yang berlaku di sebalik penindasan berterusan kepada rakyat Sabah.

(vi) Layanan berbeza ke atas Musa juga dilihat ketara oleh Perdana Menteri jika dibandingkan dengan kes melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada tahun 1990-an tatkala disabitkan dengan kesalahan membawa keluar wang secara tidak sah ke luar negara.

AMK dan Pemuda Pakatan Rakyat  dengan ini membangkitkan enam persoalan baharu yang perlu dijawab secara berfakta oleh Umno umumnya dan Musa khususnya berbanding hanya mengatakan Pakatan Rakyat berimiginasi untuk mencemarkan reputasi Musa.

Butang panik yang ditekan oleh Perdana Menteri melalui pelbagai siri lawatan di samping serangan demi serangan ke atas Pakatan Rakyat di  Sabah menunjukkan bahawa Sabah kian dalam bahaya. Bahaya bagi Umno kerana ia menghilangkan fixed deposit mereka zaman berzaman.

Sungguhpun begitu bahaya bagi rakyat Sabah kerana berpemimpinkan seorang Ketua Menteri yang rakus dan obses kepada wang dengan mengenepikan agenda memacu pembangunan Sabah secara holistik. Dan kewajaran untuk berubah bukan lagi satu kompromi, tetapi wajib dilaksanakan.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

YB Loke Siew FookAhli Parlimen Rasah
Pengerusi Kebangsaan DAPSYYB

Mohd Nasir Bin ZakariaAhli Parlimen Padang Terap
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Perlimen
Dewan Pemuda Pas Pusat


Iklan


Tiada ulasan: