Ahad, 21 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Rupanya ni la dia bapak segala HIPOKRIT

Posted: 21 Oct 2012 09:55 AM PDT

Nampak sangat la sifat hipokrit bangsa-bangsa Perkasa neh...
Memang jelas, sejelas-jelasnya bapak segala hipokrit...
Agama boleh di gadai camtu jaa...

Kahkahkah...

Baru dua hari lepas ja, 19hb Okt 2012... Setiausaha agung dia kata HARAM undi MCA...
Tetiba dua kemudian, 21hb Okt 2012.... Presiden dia pulak kata tetap akan sokong...

Kahkahkah...

Bukan setakat pakar lompat ja neh, siap ngan pakar dalam memperdagangkan maruah lagi...


**********************************

PERKASA: Haram umat Islam undi MCA
2:34PM Okt 19 2012

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.
"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan).
"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.
Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Apa tujuan Soi Lek?

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam".
"Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang sebenar. Bukan hukum hudud ala PAS," katanya.
Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan.

Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya.

"Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain.

"Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/212167

_______________________________________________________________________

Anggota Perkasa akan sokong calon BN pada PRU13

21 Oktober 2012

Ibrahim Ali

SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Beliau berkata walaupun Perkasa merupakan pertubuhan bebas tetapi pihaknya melihat hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini.
"Kita terpaksa mengundi antara BN dan Pakatan Rakyat dan kita tiada pilihan dalam menentukan kuasa politik pada PRU akan datang, hanya BN sahaja yang dilihat berkemampuan.
"Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan khas tahunan Perkasa Selangor oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini. - Bernama


PANAS: Skim cepat kaya berlesen Malaysia...

Posted: 21 Oct 2012 08:30 AM PDT

Ini merupakan satu skim cepat kaya terbaru dinegara 1Malaysia....
Dengan hanya menjadi amah kat rumah menteri ja, anda telah layak untuk menjadi kaya. Walaupun dengan gaji serendah RM300 dan dinaikkan RM500 kemudiannya... si amah ni berjaya membina rumah berharga RM100,000 di kampungnya setelah berhenti kerja dengan menteri 1Malaysia neh....

Amacam?? Ada yang berminat???

Kahkahkah...

*****************************************

Bekas amah Rais Yatim didakwa bina rumah RM100,000


KUALA LUMPUR 19 Oktober: Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.

Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.

Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.
"Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah," kata Fariz.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan semalam, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.
"Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz.
Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung 'menyelamatkan' Rais daripada tuduhan itu.
"Adakah wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuan diperkosa oleh Datuk Seri Rais Yatim?" 
"Justeru kami desak Rais dengan jujur dan bertanggungjawab jelaskan sumber kemewahan Robengah sehingga mampu hidup sedemikian rupa," katanya lagi.
Sementara itu, Jingga 13 akan menghantar satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan di Jalan Raja, Kuala Lumpur jam 2.30 petang ini.- KD


Bibir Najib dah tak semerah dulu lagi...

Posted: 21 Oct 2012 05:38 AM PDT

BERITA TERKINI - HOT HOT HOT - NAJIB SEDANG DI KEPONG - BERITA PECAH DARI BANGKOK

satu berita hangat pecah
asia tenggara sedang heboh
musa hasan akan beri sidang akhbar di bangkok

surat jemputan telah di edar
ini surat jemputan dari kelab wartwaan antarbangsa thailand
musam akan memberi
maklumat baru tentang pembunuhan altantuya

musa nafi

tetapi:
berita ini maknanya najib sedang dikepong
berita ini manknanya muhyiddin akan naik
berita ini maknanya gerombolan sedang bertempur

SIAPA RANCANG SIDANG AKHBAR INI?
siapa?
siapa?
siapa?

Sila layari malaysiakini:


Ex-IGP denies claim of press meet on Altantuya

Andrew Ong | 12:01AM Oct 21, 2012 | 20
Ex-IGP Musa Hassan denies FCCT's claim that he will hold a press conference in Bangkok to talk about Altantuya Shaariibuu's murder


Bro: TT

Jangan kurang ajar terhadap Islam

Posted: 21 Oct 2012 12:33 AM PDT

Oleh Tok Perak

TAN Keng Liang yang tidak arif mengenai hukum-hakam Islam sepatutnya tidak celupar menegur agama tersebut. Lebih baik beliau menjaga agama sendiri, jangan sibuk-sibuk untuk masuk campur dan mempersenda agama lain.

Agaknya Ketua Pemuda Gerakan Kedah itu hendak menunjukkan dia hebat dan cuba menjadi hero dalam isu garis panduan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengenai pemasangan iklan yang akan dikuatkuasa awal tahun depan.

Antara lain garis panduan itu menuntut model – tidak kira lelaki atau perempuan – yang digunakan dalam papan iklan hendaklah bersopan santun dengan pakaian yang tidak mendedahkan aurat. Inilah yang tidak disetujui oleh Keng Liang.

Dalam Twitter, beliau mempersoal dan mempersenda arahan berpakaian sopan kepada model bukan Islam dan menutup aurat kepada model Islam. Beliau juga memfitnah Pas kononnya parti itu akan bertindak keras dan tegas terhadap golongan bukan Islam jika memenangi Putrajaya kelak.

Sebenarnya garis panduan MBAS itu bukan luar biasa dan bukan sesuatu yang sukar untuk dipatuhi. Peraturan model bersopan dan menutup aurat ini telah lama dilaksanakan di Kelantan dan semua pihak, termasuk syarikat multinasional, mematuhinya.

Untuk makluman Keng Liang, bersopan dan menutup aurat bukan publisiti murahan politik, sebaliknya adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam. Maka mempersenda peraturan seperti itu samalah seperti mempersenda Islam.
*BANYAK pihak berasa tersinggung dengan Twitter Keng Liang. Pemuda Pas Wilayah Persekutuan membuat laporan polis berhubung kenyataan yang bersifat fitnah dan hasutan dalam media sosial itu. Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad memandang serius perkara berkenaan.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Keng Liang yang disifatkan kurang ajar. Kata Penyelaras SAMM Pahang, Kamarul Hatta Mohamed Ali:
"Kami membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan Keng Liang kerana dia bukan sahaja menghina kepercayaan agama lain malah telah mengelirukan perkara sebenar tentang Islam."
Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahaya mengajak rakannya dalam Gerakan itu berdialog agar apa yang terkeliru mengenai peraturan iklan itu dapat dijelaskan. Hukum Islam tidak boleh ditegur lebih-lebih lagi oleh orang bukan Islam.

Malah Umno, sekutu Gerakan dalam BN pun berasa tidak senang dengan keterlanjuran tersebut. Naib Ketua Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat menganggap kenyataan Keng Liang itu sebagai tidak tepat.

Katanya: "Pemimpin Umno tidak pernah menyentuh apa-apa isu apa lagi mempertikai sesuatu perkara mengenai agama lain. Jadi mengapa orang bukan Islam mahu sentuh hal orang Islam?"

Sekiranya pemimpin Gerakan itu bijak dan menghormati sensitiviti umat Islam, khasnya orang Melayu, beliau patut memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat dalam Twitter itu. Semoga ini menjadi pengajaran kepada beliau bahawa hal-hal agama tidak boleh dikomen ikut suka hati.
*SEBENARNYA orang bukan Islam sudah kerap menghujah hukum Islam. Bukan Keng Liang sahaja, sebelum ini pun ramai orang bukan Islam – termasuk pemimpin parti – memberi komen mengenai hukum Islam ikut sedap mulut. 
Orang bukan Islam yang tidak tahu hudud pun sibuk berhujah mengenai hukum tersebut, macam mereka pula lebih bijak dari ulama. Orang kafir menghujah mengenai hukum Islam dan kita masih terus berlembut. 
Ada banyak peraturan dan adat orang bukan Islam di negara ini yang tidak disenangi oleh orang Islam. Tetapi kerana menghormati dan faham sensitiviti, kita tidak kompelin apa lagi menghujah. Agaknya kita sudah terlalu banyak berlembut dan bertolak ansur, maka orang lain menganggap kita bodoh.Kita tidak boleh diperbodoh lagi dan mesti berani bertindak untuk mempertahankan Islam. Itu kewajipan kita. Kalau terus lembik seperti sekarang, orang akan pijak kepala kita. 
*AKHIR kalam, seperti yang dijangka, Nur Irisyafida Abdul Azim, bayi perempuan berusia lapan bulan yang dipercayai didera oleh kekasih ibunya, meninggal dunia setelah enam hari terlantar teruk di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor. 
Alangkah menderitanya bayi tidak berdosa itu yang cedera teruk dengan keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Tidak syak lagi si pendera adalah lebih ganas daripada seekor binatang buas. Jangan biarkan binatang buas itu terlepas; umum mahu melihat dia dihukum!


Pemuda Pas nak buat apa kalau Soi Lek buat bodo

Posted: 20 Oct 2012 11:53 PM PDT

Pemuda Pas: Soi Lek perlu minta maaf

Nasrudin Hassan

SHAH ALAM – Pemuda Pas mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.

Ketuanya, Nasrudin Hassan bimbang kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan, boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Menurutnya, orang Islam wajib menerima hukum hudud, manakala bukan Islam pula tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya kerana ia tidak dikenakan ke atas mereka.
"Sehingga kini, belum ada kritikan daripada pemimpin Umno mengenai kenyataan Soi Lek. Saya berharap mufti membuat teguran kepada beliau.
"Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu perlu bersatu menolak penghinaan yang dilakukan Soi Lek," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Nasrudin berkata, kenyataan Soi Lek mengenai hudud itu melucukan dan tidak masuk akal kerana beliau bersandarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada individu tidak dikenali.

Nasrudin juga turut mempersoalkan tindakan Soi Lek itu.

Katanya, sebagai pemimpin sebuah parti besar dalam komponen Barisan Nasional, tindakan Soi Lek itu tidak profesional dan memalukan.- SH


PANAS: Dari sumber dalaman Umno

Posted: 20 Oct 2012 10:10 PM PDT

Panas!! Umno terima laporan BN tumbang PRU13

Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?


Agak-agak TV3 berani interview orang tua ni tak???

Posted: 20 Oct 2012 07:36 PM PDT


Agak-agak hampa la, berani tak TV3 buat temubual ngan golongan orang macam neh???

Kahkahkah...


Hina nabi: Russia ke hadapan berbanding Malaysia

Posted: 20 Oct 2012 04:49 PM PDT

Mahkamah Rusia haram video hina nabi

MOSCOW: Mahkamah Rusia membuka jalan bagi potensi penutupan You Tube, sebuah laman web perkongsian video dengan mengharamkan video hina Nabi Isnin lalu yang mencetuskan protes ganas di seluruh dunia Islam.

Mahkamah Tverskoy di Moscow memutuskan bahawa video yang dibuat di Amerika Syarikat dan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai bodoh dan kasanova, adalah "ekstrem".

Pendakwaraya, Viktoria Maslova memberitahu mahkamah bahawa video tersebut "memburukkan agama Islam dan menyebabkan peningkatan sikap tidak bertoleransi terhadap agama di Rusia," lapor agensi berita Itar-Tass.

Di bawah undang-undang yang akan berkuat kuasa pada 1 November ini, laman-laman Internet yang kandungannya diharamkan di Rusia akan diletakkan di dalam suatu daftar, dan pembekal-pembekal internet akan menyekat akses kepada laman-laman tersebut.

Pemilik YouTube, Google Inc, berkata mereka akan menyekat akses filem kepada pengguna di Rusia sejurus selepas mereka menerima keputusan mahkamah itu, lapor agensi RIA.

Namun, Google tidak memberi sebarang komen apabila dihubungi Reuters.

Google telah menyekat video selama 13-minit itu di beberapa negara-negara Islam termasuk Mesir dan Libya, dua negara di mana konsulat Amerika Syarikat telah diserang oleh penunjuk perasaan.

Menteri Komunikasi, Nikolai Nikiforov, antara yang menentang undang-undang baru itu, berkata bulan lepas bahawa video hina Nabi boleh digunakan sebagai alasan untuk menutup YouTube.

Sentimen keagamaan telah menjadi subjek perbahasan sejak demonstrasi anti-Kremlin oleh kumpulan punk, Pussy Riot di gereja utama di Moscow yang menyebabkan kemarahan Gereja Ortodoks Rusia yang mempunyai kuasa politik.

Tiga ahli kumpulan tersebut menerima hukuman penjara dua tahun untuk 'keganasan berdasarkan kebencian agama'.

Mereka berkata mereka sebenarnya dihukum kerana secara terbuka mengkritik Presiden Vladimir Putin.


GAMBAR sekitar Jelajah Merdeka Rakyat di Gelang Patah, Johor

Posted: 20 Oct 2012 02:55 PM PDT

Mampuih la Umno Johor kali neh...


Tiada ulasan: