Jumaat, 19 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Gambar Najib pakai baju The Red Warriors tersebar

Posted: 19 Oct 2012 09:36 AM PDT


Jibby The Red Warriors?

Kahkahkah...

Nak pancing undi pun agak-agak larh bro...
Takkan dah hang PENAYA negeri tu dari mendapat duit royalti yang menjadi hak depa...
Tetiba pulak kini nak bertukar angin...

Lu bodek dah salah tempat la bro...

Kahkahkah...


Rupanya, ni la senarai muka muka tak malu...

Posted: 19 Oct 2012 08:41 AM PDT

Desak TGNA Berundur - Yang Bukan Ali Terlebih Menyibuk.. Muka Tak Malu!

Pehal bukan ahli pulak yang kalut lebih neh... Muka-muka tak malu...

Akhbar Utusan Malaysia hari ini meneruskan kempen supaya mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan tersebut dengan menyiarkan saranan ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

Menurut akhbar itu, Syed Ali berkata, PAS akan dilihat lebih terbuka jika Nik Aziz yang disifatkannya sebagai diktator berbuat demikian.
"Bagaimanapun, saya yakin beliau tidak akan mudah melepaskan jawatan tersebut walaupun banyak pihak berpendapat timbalannya Datuk Haron Din lebih layak menggantikan beliau," katanya.
Laporan tersebut juga memetik kenyataan seorang individu yang didakwa sebagai aktivis PAS, Datuk Muslim Othman, yang mengulas satu ucapan Nik Aziz kepada pemimpin PAS Kelantan selepas pilihan raya umum ke-12.

Ucapan tersebut, didakwa berlangsung pada satu tarikh yang tidak dinyatakan, dilaporkan semalam dalam akhbar milik Umno itu dengan memetik sumber yang juga tidak dinyatakan.

Akhbar milik Umno itu mendakwa, Nik Aziz dalam ucapan tersebut menyatakan bahawa tiada siapa layak menggantikannnya bagi jawatan mursyidul am.

Muslim dalam laporan hari ini seterusnya dipetik sebagai berkata, Nik Aziz "terlajak cakap" apabila menyatakan demikian.
"Kalau kata tak ada yang layak itu tak betul dan tidak harus berlaku begitu sebab ada ahli yang kepimpinannya tersorok dan tidak dicungkil dan diketengahkan," kata Muslim lagi dalam laporan yang diperbesarkan di muka depan akhbar itu.
Akhbar pro-BN sejak awal minggu ini gigih melaporkan saranan daripada beberapa orang bekas pemimpin PAS supaya Nik Aziz berundur daripada jawatannya.

Pada Selasa lalu Utusan memetik ucapan ADUN Gaal Dr Nik Mazian Mohamed yang didakwa melahirkan kebimbangan ke atas keadaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan "sudah tua" dan mengalami "sakit".

Akhbar itu mendakwa Nik Mazian berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan 2013 yang dibentangkan exco hal ehwal ekonomi Datuk Husam Musa di Dewan Undangan Negeri semalam.

Ahad lalu, akhbar edisi hujung minggu Utusan menyiarkan kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali menuntut Nik Abdul Aziz menyerahkan jawatan mursyidul am kepada Datuk Haron Din yang kini menjadi timbalan mursyidul am.

Menurut akhbar itu, Hasan menuntut demikian untuk mengelakkan "nasi menjadi bubur" kerana ahli akar umbi PAS dakwanya menentang kerjasama dengan DAP.

Hasan turut mengapi-apikan perkara itu dengan membangkitkan pendirian pemimpin DAP ke atas pelaksanaan hukum hudud yang dakwanya "mengguris hati dan perasaan ahli serta penyokong PAS".

Semalam, akhbar Berita Harian pula menyiarkan kenyataan seorang lagi bekas pemimpin PAS Datuk Nakhaie Ahmad yang menyokong saranan Hasan – bekas rakan sejawatannya dalam parti itu.

Menurut akhbar itu, Nakhaie kenyataan Nik Aziz sejak kebelakangan ini bertentangan dengan prinsip PAS untuk memperjuangkan negara Islam.


Jangan harap TV3, Utusan nak pandang berita neh

Posted: 19 Oct 2012 05:50 AM PDT

Imam masjid dipecat gara-gara menegur aktiviti karaoke dalam kawasan surau

SEORANG imam di Masjid Dato' Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telah dipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraoke di dalam kawasan surau.

Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato' Abdul Ghani.

Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut.

Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.


ReJaM© "Baru pegang jawatan Ketua Cawangan Umno sudah berlagak macam samseng... "

Sumber: milosuam


Berita bohong yang paling tak boleh blah... haha...

Posted: 19 Oct 2012 02:02 AM PDT

HARIAN METROLL

SHAH ALAM : Sistem AES telah dipasang di beberapa kawasan kurang kemalangan untuk mengurangkan lagi kemalangan. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata berkata dalam lawatannya ke Ibu Pejabat Polis di sini bahawa sistem ini dipasang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kosong kemalangan, di lebuhraya sahaja.
Di jalan-jalan persekutuan dan jalan kampung, pengguna diminta menjaga diri sendiri.

Sistem ini telah mendapat reaksi yang amat positif dari kalangan anggota polis trafik. Mahdir bin Mahmud seorang anggota polis trafik yang sudah berkhidmat selama 10 tahun berkata,
"Saya amat berterima kasihlah pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memperkenalkan sistem ini. Kini saya tidak lagi perlu berdiri di celah pokok untuk menjaga kamera kawalan halaju selama berjam-jam lamanya. Ada rakan sepasukan saya meninggal dunia kerana mengalami batu karang akibat menahan kencing selama 9 jam semasa ops sikap."
Seorang lagi anggota polis trafik berbangsa cina juga melahirkan rasa terharu dengan kewujudan sistem AES ini,
"Dulu saya selalu berdiri di tengah panas untuk menjaga kamera. Kulit saya pun menjadi hitam. Kawan-kawan sekerja saya selalu membuli saya dengan menyamakan saya dengan Akon. Saya mengalami kemurungan dan hampir membunuh diri. Kini dengan AES saya tidak perlu lagi berdiri di bawah matahari," sambil menangis Chua Toi Let mengadu kepada wartawan kami.
Setelah wartawan kami berputus asa menolak pelawaan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Ibrahim bin Ali, wartawan kami akhirnya akur sebelum video seksnya disebarkan dan bersetuju mewawancara beliau.
"Kamera AES ni bagus. Kerana yang selalu bawa laju ni orang cina. Mereka banyak duit. Kereta pun besar. Biarkan mereka disaman. Orang melayu cuma berkereta nasional. Tidak laju seperti kereta import. Jika ada melayu yang mengubahsuai kereta mereka dengan meletakkan enjin turbo, dia dianggap pengkhianat negara kerana enjin turbo adalah anasir Yahudi," katanya. - wartawan Johan


PANAS!! Kamera AES tertangkap JPJ plak...

Posted: 18 Oct 2012 10:38 PM PDT

Pehal neh...
Tak dak semangat 1Malaysia betoi la...
Dah tak dak kerja budak-budak neh...
JPJ buat kerja tahan lori pun diorang nak skodeng gak ka???

PANDANGAN DARI TINGKAP

Bunyi Brek Lori,,,,,,
Ingatkan nak turunkan balak untuk kawan rupa rupanya ditahan oleh 3 orang Pegawai JPJ.

Agak lama juga perbincangan,,,,,,,,
Pegawai JPJ terus berlalu meninggal lori tersebut yang penuh sarat dengan kayu Balak yang dikeluarkan tidak jauh dari rumah kawan.

WALLAHUALAM.............. tuhan maha mengetahui apa cerita...


Pemandu lori tersenyum lebar.- FB


Berita betoi!! Gila punya lawak... kahkahkah...

Posted: 18 Oct 2012 04:50 PM PDT

EDISI GEMPAR!!! Najib Nak Masuk Sekolah Pondok!


Bagaikan x percaya!!!
Katakanlah ini FITNAH dari Ustazah Gila Glamer, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang makin hari aku tengok makin x cukup kain tudungnya... Makin singkat!!!

Dia kata Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak nak masuk SEKOLAH PONDOK mulai 8 November ni..

Dr Mashitah dijemput oleh IKIM.fm membincangkan isu program yg dirancang oleh kementerian untuk rakyat. Salah satunya Menurut Mashitah.. Najib akan masuk sekolah pondok pada 8 Nov 2012. Kah kah kaaaaaaaaaaaaaahh!! Gile lawak!!!

Sebenarnya camni, Najib akan menghadiri program bersama mudir dan sekolah pondok seluruh negara di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor pada 8 Nov 2012. Program itu di buat sempena pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia. Menurut Mashitah, program tersebut dibuat bagi mengiktiraf institusi pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan insan di negara ini.

Jap jap.. Cukup terdesak Najib kali ni.. sekolah pondok pun nak buat 1Malaysia. Adakah korang terfikir sesuatu? Adakah Dr Mashitah sudah lupa? Atau Najib yg terlupa sebenarnya Umno BN yang tidak mengiktiraf institusi pondok malah memberi pelbagai tekanan agar institusi pondok ini tidak berkembang. Umno BN meminggirkan golongan agama, golongan agama di perlukan untuk tujuan tertentu sahaja.
Jadi.. Program seperti x ubah hanyalah bertujuan memancing undi bagi pilihanraya semata-mata. Terdesak sungguh hingga tahap ni!!!


Peruntukan di tarik, mengenakan pelbagai syarat untuk mendapatkan bantuan kerajaan.


Umno-BN yang tidak mengiktiraf institusi pondok!!!



Fuyoo!! DASAT gila si Rafizi neh... haha...

Posted: 18 Oct 2012 12:00 PM PDT

Dr M, Rafidah 'terpengaruh' dengan tuduhan Rafizi dan Zuraidah, kata Shahrizat

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) memberitahu mahkamah tinggi bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN) telah "terpengaruh" dengan kenyataan dari pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin, tetapi tidak bersetuju bahawa mereka telah "dibasuh otaknya" oleh kedua defendan.

Ketua Wanita Umno itu memberi keterangan dalam sesi soal balas dengan peguambela Ranjit Singh dalam kes fitnah dengan Rafizi dan Zuraida berkenaan kenyataannya tentang skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Ranjit telah membaca beberapa kenyataan dari pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz yang mahu beliau meletak jawatan parti dan kementerian berikutan dari kontroversi projek NFC.

Ranjit bertanya beliau apakah kenyataan pemimpin BN tersebut berdasarkan fakta atau "terpengaruh" dengan kenyataan Rafizi dan Zuraida.
"Mereka terpengaruh dengan kenyataan defendan pertama dan kedua," kata Shahrizat. 
"Apa yang saya tahu bahawa mereka cuma manusia biasa. Ini adalah pembunuhan karier politik dan fitnah, mereka mungkin terpengaruh," katanya.


Sebelum itu, Ranjit telah bertanya adakah "pemimpin tertinggi BN telah "dibasuh otaknya" oleh defendan pertama dan kedua".

Shahrizat menjawab: "Tidak".

PKR berulang kali menyerang projek tersebut dengan dakwaan tentang "pinjaman" kira-kira RM84 juta yang diberikan kepada NFC kepada syarikat yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat, termasuk RM13.8 juta untuk dua kondominium mewah di Bangsar.

Shahrizat, isteri kepada pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, telah dikaitkan dengan skandal itu oleh PKR kerana kedudukan suaminya dan tiga orang anaknya yang dilantik selaku pengarah dalam syarikat yang sama.

Mohamad Salleh telah didakwa atas jenayah pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana pesekutuan yang diberi kepada NFCopr pada 12 Mac.

Mohamad Salleh didakwa atas kanun keseksaan kerana menyalahgunakan RM9,758,140 dari wang NFCorp untuk membeli dua kondominium mewah di One Menerung di Bangsar untuk Perbadanan Daging dan Ternakan Nasional (NMLC) pada 1 Disember dan 4 Disember 2009.

Dia juga didakwa memindahkan RM40 juta wang NFCorp kepada NMLC antara 6 Mei hingga 16 November 2009.

Beliau didakwa dalam dua kes tersebut kerana mennggunakan dana tanpa mesyuarat tahunan syarikat, iaitu kesalahan dalam Akta Syarikat.

Jika didapati bersalah beliau akan menghadapi penjara antara dua hingga 20 tahun penjara, sebatan dan denda kerana kesalahan di bawah kanun keseksaan.- TMI


Tiada ulasan: