Selasa, 16 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Tolong bagi Makcik Felda paham sikit...

Posted: 16 Oct 2012 12:00 PM PDT

Ini buktinya! Umno kalah Melayu kuat

Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat.

Juaranya ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti komponen BN yang lain.

UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.

Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%.

UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.

Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO.

BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12. (...)


GEMPAR: Hantu bungkus pengacau istana di tahan

Posted: 16 Oct 2012 08:50 AM PDT

Tuduhan Menipu Guna Nama Istana Johor

Ejen Persatuan Bekas Polis Malaysia, Rafizal Ahmad Razi, 35, yang menggunakan nama Istana Johor untuk menipu ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bharu atas empat pertuduhan menipu berjumlah RM36,000. - Foto Bernama


Dari Presiden PAS...

Posted: 16 Oct 2012 07:51 AM PDT

Dari Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang


KECOH: Perkasa Penang bagi bunga kat Guan Eng?

Posted: 16 Oct 2012 06:53 AM PDT

Perkasa Penang bagi bunga kat Guan Eng? Kirim salam laa... depa dah tak kenai mana satu taik, mana satu bunga... haha...

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) mencatat peningkatan dalam pemarkahan, dari 71.8 peratus pada 2007 kepada 91.7 peratus pada 2011.
"MAIPP mengambil langkah proaktif meningkatkan prestasi pengurusan kewangan dengan memperoleh markah tahap cemerlang," Laporan Ketua Audit Negara dipetik.
Ini berikutan berdasarkan pemeriksaan audit secara mengejut Jabatan Audit Negara Pulau Pinang pada 2011 di 17 jabatan/pejabat negeri Pulau Pinang.

Laporan itu turut memuji prestasi pengurusan kewangan di peringkat jabatan dan agensi negeri berkenaan.
"Sejumlah RM557.25 juta peruntukan diluluskan dalam tempoh lima tahun untuk melaksanakan 2,489 projek pembangunan yang dikenal pasti. 
"Prestasi pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang dibiayai kerajaan negeri, sangat baik. 
"Sebanyak 2,455 projek atau 98.6 peratus daripada 2,489 projek yang dirancang berjaya disiapkan," laporan berkenaan, dipetik.

Patut la Umno benci sangat kat Nik Aziz...

Posted: 16 Oct 2012 04:45 AM PDT

Betoi apa kata Nik Aziz...
Maudhuknya... mai la kita pakat-pakat tolong sorang sikit, lemaskan Umno / BN...
55 tahun bukan satu jangka masa yang pendek...
Alih-alih dah nak lemas, ada pulak dari kalangan kita sua tangan nak selamatkan depa...
Habih tu, tak ka jadi sia-sia hasil usaha pimpinan terdahulu...
Tak kah ini namanya khianati perjuangan parti...

P/S : Harap geng-geng perpaduan FAHAM !!!!!!


Cara Mat Sabu nak ajar pencacai

Posted: 16 Oct 2012 01:25 AM PDT

Artikel 'skandal seks': Mat Sabu saman Mashitah


    Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

    Ia ekoran tulisan Mashitah dalam Sinar Harian bertajuk "Skandal seks, krisis politik Pakatan" pada 2 Mac tahun lepas.

    Mashitah seorang kolumnis di harian berbahas Melayu itu.

  • Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed, penerbit Karangkraf Sdn Bhd dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd turut dinamakan sebagai defendan.

    Saman itu difailkan pada 25 September.

    Saman yang sama difailkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

    Artikel Mashitah itu antaranya didakwa menggambarkan Mohamad bertindak mendedahkan aurat kepada wanita bukan mahram dan pemimpin tidak bermoral.- Malaysiakini

Rupanya ni la sebabnya laporan audit dilewatkan

Posted: 16 Oct 2012 12:03 AM PDT

Terkini!! laporan ketua audit negara! PR Tidak Pandai Mengurus

Empat Negeri Pakatan Rakyat Terus Dipuji Ketua Audit Negara!

Laporan 2011 Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dibuat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia, meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".

Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu.

"Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil.

Negeri yang kaya dengan sumber petroleum Kelantan juga, mendapat undian memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang dicatatkan pada tahun 2010.

Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.

Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.

Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan.

"Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011. "

Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti.

Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.


Senarai jasa bakti MCA terhadap Umno...

Posted: 15 Oct 2012 07:11 PM PDT

MCA Anti Islam

1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah :

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik. • Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan. • Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya. • Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut :

• "What's so great about knowing Muslim values?" "Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?"

4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

• "Normala will not come here to Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS"

"Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS"

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar MCA Hina Islam: "Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan" The Star.

7. "MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan"- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : "Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti"

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]

Kesian kat Hamba Allah neh, buta ja kena...

Posted: 15 Oct 2012 05:20 PM PDT

'Saya bukan sokong Soros atau Suaram'

Timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan bahawa beliau tidak menyokong jutawan George Soros mahupun Suaram melalui kenyataannya minggu lalu bahawa serangan BN ke atas Soros berpotensi memakan diri sendiri.

Laporan Sinar Harian menyebut, Saifuddin menjelaskan bahawa kenyataannya itu dibuat dalam perspektif politik baru yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan.

"Saya bukan sokong Soros atau Suaram. Politik kita terlalu adversarial (bertentangan) sehingga menimbulkan permusuhan sesama sendiri," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Menurut laporan itu lagi, Saifuddin menjelaskan bahawa BN perlu mendapat sokongan golongan pertengahan yang terdiri daripada pengundi muda, kelas pertengahan dan profesional.
"Menurut kajian, 30 peratus daripada pengundi menilai dari segi artikulasi idea dan dasar, tidak minat serangan politik yang keterlaluan. 
"Mereka faham politik ada bidasan dan serangan, tapi mereka tak suka bila ia keterlaluan seperti serangan peribadi dan menghukum di khalayak sebelum didapati bersalah secara perundangan," katanya.
Beliau menjelaskan pandangannya pada Khamis lalu, seperti dilaporkan Malaysiakini, bahawa serangan yang kini dijalankan BN ke atas George Soros, berpotensi "memakan diri sendiri" kelak.

Atas dasar itulah, katanya, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut, katanya.

Kenyataannya itu menerima pelbagai kritikan daripada pemimpin anti-Pakatan Rakyat, seperti MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin yang menuntut supaya ahli majlis tertinggi Umno itu meletak jawatan.

Dalam laporan akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia semalam, Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

Turut dibariskan dalam laporan untuk menyelar Saifuddin itu ialah presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah dan juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Mohd Shahar Abdullah.

Hari ini, bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan Muhammad Zahid Mat Arip pula, menurut Sinar Harian, berkata kenyataan Saifuddin itu menunjukkan timbalan tersebut seolah-olah menyokong Suaram yang didakwa menerima dana dari Soros.

Katanya lagi, Saifuddin berbuat demikian "demi kepentingan politik peribadi" kerana mungkin tidak akan dibariskan dalam kabinet BN lagi sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.- Malaysiakini


Tiada ulasan: