Selasa, 16 Oktober 2012

Addin

Addin


Bukti Khalid Ibrahim Gagal Tadbir Selangor Terbongkar

Posted: 16 Oct 2012 09:42 AM PDT

Kerajaan Selangor mengucapkan tahniah kepada lapan jabatan dan agensi negeri yang mencapai tahap prestasi pengurusan kewangan sangat baik seperti yang dikeluarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Kejayaan ini sangat membanggakan seluruh warga pentadbiran kerajaan Selangor kerana pada 2010 hanya empat jabatan negeri yang mendapat penarafan empat bintang.

Lapan jabatan negeri yang mendapat penarafan empat bintang pada 2011 ialah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam, Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dan Perbendaharaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri akan menghadiahkan RM20 ribu kepada setiap jabatan negeri yang terlibat sebagai penghargaan di atas komitmen dan segala usaha yang dilakukan sehingga mencapai kejayaan ini.

Kejayaan ini juga membuktikan kakitangan kerajaan negeri semakin menerima baik dan memahami hasrat kerajaan negeri yang mahukan pentadbiran negeri diurus secara telus dan bertanggungjawab terutama melibatkan pengurusan kewangan.

Kerajaan Selangor juga mengucapkan tahniah kepada Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) – anak syarikat milik penuh kerajaan negeri yang menguruskan Universiti Selangor (Unisel) kerana berjaya melaksanakan banyak pembaikan terhadap kelemahan yang dikesan pada 2010. Masalah pentadbiran yang ditinggalkan kerajaan terdahulu telah pun diperbetulkan.

Antara kejayaan itu termasuklah pertambahan pengambilan pelajar yang terus meningkat kepada 11, 880 pelajar pada Oktober 2012 berbanding 9,902 pada Oktober 2011. Malah, kita yakin dan percaya proses timbang tara antara kerajaan negeri yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Jana Niaga Sdn Bhd akan mencapai keputusan positif.

Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan kerana sebelum ini audit dalaman tidak berfungsi dan Unisel terpaksa menggunakan khidmat audit luar. Audit kewangan Unisel bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 telah siap ditandatangani dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan diadakan pada hujung tahun ini.

Perlu dingatkan bahawa sebelum 2008, laporan audit kewangan Unisel tidak pernah dibuat. Justeru, kerajaan negeri mengambil inisiatif ini untuk memastikan wang rakyat yang digunakan untuk mengurus Unisel ditadbir secara telus dan bebas penyelewengan.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor


Addin :

Tajuk kat atas tu sesuai untuk media pencacai Umno. Kepada pencacai Umno.. lepas ni mesti ko orang takde job kat Selangor. Sebab laporan audit untuk Selangor tip top..




Iklan




Tahniah Ali Rustam!! Melaka Negeri Terbaik Laporan Audit 2011

Posted: 16 Oct 2012 07:59 AM PDT


Melaka Negeri Maju!!! Kemajuannya tidak dapat ditandingi negeri-negeri lain malah negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat sekalipun.

Fakta didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan/Agensi tahun 2011 bahagian II muka surat xiii.

Hutang kerajaan negeri Melaka meningkat kepada RM865.94 juta iaitu meningkat sebanyak RM12.87 juta.

Manakala Kerajaan Negeri Melaka hanya membayar hutang sebanyak RM0.18juta sahaja pada tahun 2011.

Kehebatan Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam mentadbir Negeri Melaka dalam faktor melingkupkan harta negara memang tak dapat diragui lagi.

Syabas Umno Melaka!!

Apa pun tak boleh.. he..he..he..



Iklan




Akhirnya Kebenaran Terserlah, Bukti Wujud Konspirasi BN Terbongkar

Posted: 16 Oct 2012 04:53 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Oktober: Perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1.Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas."Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Datuk Seri (Anwar) selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan," katanya."Jelas apa yang dipertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau," kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.

Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor."Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara," kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai."Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)."Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan," ujarnya.Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim  ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan."Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri," katanya.Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan.Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, 'A Doctor in The House'.Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, 'mencuri' sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.

Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II."Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN," katanya.Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu. ~kd



Iklan




Sekolah Bukan Tempat Selamat Bagi Anak-Anak Kita Lagi.. Bukti Di Dedahkan

Posted: 16 Oct 2012 01:15 AM PDT

Laporan Audit - Kantin di sekolah berasrama penuh, sekolah menengah teknik/vokasional, teknikal dan sekolah agama bantuan kerajaan menyajikan daging kerbau beku yang diimport dan bukannya daging lembu segar seperti dalam kontrak perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak (BMB), Laporan Ketua Audit Negara 2011. Bukan sahaja makanan yang tidak mematuhi keperluan nutrien, malah setor kantin-kantin tersebut juga menyimpan barangan yang telah luput tarikh guna dan jenama makanan yang tidak diluluskan oleh kementerian.

Mengikut kontrak, kontraktor hendaklah memastikan bahan makanan seperti bahan mentah dan bahan kering yang digunakan berkualiti, halal, tidak luput tarikh guna, mengikut spesifikasi, jenama dan tertakluk kepada akta makanan yang sedang berkuatkuasa.

Daging lembu atau ayam mestilah bermutu dan disahkan halal oleh pihak berkuasa manakala ikan hendaklah dalam keadaan segar.

Semakan Audit mendapati sebahagian daripada syarat kontrak ini tidak dipatuhi oleh kontraktor kantin. Ini adalah penemuan audit di 30 kantin sekolah di Terengganu, Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Selangor.


Sepuluh kantin menggunakan bahan mentah seperti daging kerbau yang dimport dan ikan sejuk beku yang tidak segar untuk hidangan pada murid, manakala kantin di 21 sekolah lagi tidak membekalkan item bahan kering mengikut jenama, spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan dalam kontrak.

Sebagai contoh, pengusaha kantin tidak menggunakan Horlicks seperti yang dinyatakan dalam kontrak, tetapi sebaliknya menggunakan Coco Tiger.

Mereka tidak menggunakan minyak masak jenama Pisau seperti dalam kontrak tetapi menggunakan bukan minyak masak Mibo.

Bagi kicap pula, mereka sepatutnya menggunakan kicap cap Kipas dan cap Ayam. Tetapi mereka menggunakan kicap cap Angsa Mas.

Manakala kordial Sunquick digunakan menggantikan jus Peel Fresh.

Sos tiram, sos tomato dan mentega yang telah luput tarikh guna, seawal dua bulan sebelum diaudit, ditemui di beberapa setor manakala sebuah sekolah di Johor menggunakan minyak masak yang diisi dalam botol minyak terpakai.

Sedang mengikut kontrak, minyak masa hendaklah dibekal dalam tin atau botol bermetri dan apabila digunakan untuk menggoreng hanya dibenarkan untuk digunakan sekali sahaja..

Seorang pengendali kantin sekolah di Selangor menggunakan bahan perasa makanan yang tidak digalakkan, manakala pewarna dan perisa minuman digunakan di sekolah-sekolah di Johor.

Seorang pengendali kantin sekolah di Sabah pula didapati menghidangkan mi kosong tanpa sayur-sayuran, dan ini melanggar kontrak, manakala yang lain menggunakan bekas memasak yang berkarat dan dimasak di kawasan yang kotor.

Dalam reaksinya, Kementerian Pelajaran berkata ia akan menyiasat perkara itu dan memberi amaran terhadap pengendali kantin terbabit dan mengambil tindakan terhadap mereka jika tidak terdapat sebarang peningkatan.

"Kementerian mengambil perhatian serius. Menggunakan minyak masak yang diisi di dalam botol minyak terpakai merupakan satu tindakan penipuan... pihak kontraktor telah diberi peringatan tegas bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

"Pihak sekolah telah membuat teguran kepada pihak kontraktor berkenaan kawalan pnggunaan bahan serta perasa makanan yang tidak digalakkan di dalam penyediaan makanan dan minuman di sekolah."

Mengikut kontraktor, mereka menggunakan daging kerbau dan ikan yang sejuk beku yang tidak segar kerana kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak untuk hidangan kepada murid.

Kerajaan telah pada tahun 2011 membelanjakan RM270.78 juta pada makanan untuk pelajar sekolah vokasional, teknikal, kediaman dan bantuan kerajaan Islam. ~mkini



Iklan




(Video) Najib Dan Muhyiddin Di Aibkan Oleh Budak Sekolah

Posted: 15 Oct 2012 09:41 PM PDT


Pada minit 2:00 anda akan melihat Perdana Menteri Malaysia disoal oleh salah seorang pelajar dari SekolahKebangsaan Kiaramas yang terlibat dengan projek i-THINK Pilot.

Soalan yang ditanya oleh salah seorang pelajar tersebut setelah menjelaskan tentang najis Mughallazah dan memberikan contoh yang pertama "Bolehkah Datuk Seri memberikan contoh untuk najis Mughallazah?"

Najib gagal memberikan jawapan dan berpaling kepada Muhyiddin mengharapkan bantuan tapi Muhyiddin pun sama seperti Najib gagal memberikan jawapan hingga akhirnya rakan murid yang bertanya itu membantu Najib dengan memberikan cadangan iaitu Babi…

Ini pemimpin Islam yang pencacai UMNO banggakan sangat tu?

Lihat video di SINI.

~asd



Iklan




Jamal Sekinchan Ikan Bakar Ceburi Industri Perhotelan Setelah Restorannya Gulung Tikar

Posted: 15 Oct 2012 08:00 PM PDT

Datuk Jamal ternyata seorang usahawan. Walaupun beberapa buah restoren ikan bakar sudah ditutup dan dilelong tapi itu tetap tidak patahkan semangat beliau nampaknya.

Terkini Datuk Jamal telah membangunkan sebuah resort pula di Sekinchan.... projek tersebut menelan belanja 12 juta tuhhh.....errrr tahniah Datuk! Pasni Datuk jangan la carik pasal. l lagi dengan rakyat Malaysia....kang tak pasal2 jeee.....kena boikot lagi.

Menurut Jamal, sejak kebelakangan ini wujud segelintir pihak yang cuba menghancurkan perniagaannya dengan menyeru orang ramai memboikot restoran Sekinchan Ikan Bakar miliknya menerusi medium internet.

Jamal bagaimanapun tidak mudah melenting dan menerima dugaan itu sebagai cabaran kepadanya untuk terus berjaya.

"Saya tahu wujud pihak yang iri hati. Saya tengok blog-blog yang mengajak orang ramai boikot restoran saya, saya tidak takut, saya hanya perlu berusaha lebih gigih, kalau kita ikhlas, tuhan akan tolong dan terbukti apabila kini saya mempunyai sebuah resort sendiri".




Iklan




Bukti PAS Gagal Tadbir Kelantan Di Dedahkan

Posted: 15 Oct 2012 06:38 PM PDT

KOTA BHARU: Kelantan membentang anggaran Bajet 2013 dengan lebihan sebanyak RM45.83 juta ketika Belanjawan 2013 kerajaan pusat defisit 16 tahun berturut-turut. Sedangkan pada belanjawan 2012 dianggarkan mencatat defisit sebanyak RM83.23 juta. Ini bermakna berlaku kenaikan hasil sebanyak 35.21 peratus.

Buat pertama kali juga pendapatan daripada hasil royalti petroleum sebanyak RM200 juta dimasukkan dalam bajet bertema Bajet Negeri berkebajikan. Pembentangan bajet dilakukan anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengambil masa hampir sejam pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Bajet dianggarkan dengan perolehan hasil sebanyak RM581.77 juta dan perbelanjaan mengurus sebanyak RM535.95 juta.

Anggaran hasil sebanyak RM581.77 juta meliputi hasil cukai sebanyak RM296.80 juta, hasil bukan cukai RM171.57 juta, manakala terimaan bukan hasil (RM113.41 juta).

"Peningkatan hasil pada 2013 berpunca daripada tuntutan hasil royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri sebanyak RM200 juta atau sebanyak 34.38 peratus daripada hasil negeri.

"Kerajaan negeri memutuskan untuk memasukkan RM200 juta sebagai pendapatan dari royalti petroleum, di mana sebelum ini diletak sebagai token sebanyak RM10.

"Ini bertujuan untuk melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak serta meletakkan tiang pacak bahawa Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas di telaga Kamelia yang akan memulakan pengeluaran Isya-Allah pada Mac 2013," kata Menteri Besar.

Medan tersebut berada dalam Blok PM 301 yang paling hampir dengan pantai Kelantan, di mana pengeluaran tahunannya sebanyak 110,000 kaki padu setahun.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, tidak salah untuk memasukkan hasil daripada sumber royalti petroleum sebanyak RM200 juta memandangkan ia adalah hak Kelantan.

Katanya, perkara itu pernah berlaku di Terengganu ketika di bawah kerajaan PAS apabila perolehan daripada royalti turut dimasukkan dalam anggaran bajet negeri.

"InsyaAllah kita akan mendapat hak tersebut kerana sumber gas dan minyak terbabit berada di perairan Kelantan," ujarnya. ~harakahdaily

Addin :

Adakah ini cukup membuktikan PAS Kelantan berjaya mentadbir Kelantan lebih baik dari BN. BN tinggal hutang, PAS selesaikan. Laporan Audit membuktikan kerajaan PR lebih baik dari BN. Bermakna PR sudah bersedia bila-bila masa untuk mengambil alih Putrajaya dari BN.




Iklan




9 Syarikat Kerajaan Mengalami Kerugian RM2.5 Bilion - Audit

Posted: 15 Oct 2012 06:18 PM PDT

Laporan Audit Negara 2011 merumuskan sebanyak 23 syarikat kerajaan mencatatkan keuntungan RM255.8 bilion sepanjang tiga tahun antara 2008 dan 2010 manakala sembilan lagi mengalami kerugian terkumpul RM2.5 bilion. Dalam laporan itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang juga berkata, daripada 23 syarikat yang memperolehi keuntungan RM255.8 bilion, hanya 10 syarikat membayar dividen kepada kerajaan bagi tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM109.364 bilion manakala empat syarikat yang lain hanya membayar dividen bagi tahun-tahun tertentu.

"Sebanyak 20 daripada 25 syarikat telah membayar cukai bagi tiga tahun berturut-turut berjumlah RM81.382 bilion kepada kerajaan," katanya dalam laporan yang diedarkan di Parlimen.

Seksyen 6(d) Akta Audit 1957 mengehendaki Ketua Audit Negara menjalankan pengauditan untuk menilai sama ada aktiviti kerajaan diuruskan dengan cekap, berhemat dan selaras dengan objektif aktiviti berkenaan.

Pengauditan tersebut melibatkan pelbagai aktiviti seperti pembinaan, infrastruktur, penyenggaraan, pengurusan aset, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan hasil, pelajaran, kesihatan, pertanian, modal insan dan program peningkatan sosioekonomi.

Katanya, laporan ini mengandungi perkara yang telah diperhatikan hasil daripada pengauditan terhadap 58 aktiviti atau projek di bawah 28 kementerian atau Jabatan Persekutuan dan pengurusan tujuh syarikat kerajaan.

"Pada umumnya, terdapat kelemahan seperti 'improper payment', kerja atau bekalan tidak mengikut spesifikasi atau tidak berkualiti atau tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, pengurusan hasil dan pengurusan aset kerajaan," kata Ambrin dalam laporan kali ini.

Katanya, kelemahan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian dalam mematuhi peraturan atau prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan; kurang teliti semasa merancang program atau projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender; tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja-kerja kontraktor atau vendor ataupun perunding; kurang kemahiran dalam pengurusan projek; lewat membuat keputusan mengenai perolehan; sistem maklumat jabatan atau agensi yang tidak lengkap dan tidak kemas kini; kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program atau projek; kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset; dan kekurangan pegawai untuk mengutip hasil.

Ambrin berkata, bagi membantu kementerian atau jabatan atau syarikat kerajaan memperbetulkan kelemahan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009 dan 2010, sebanyak 547 syor telah dikemukakan untuk tujuan tersebut.

Katanya, pemeriksaan susulan yang dijalankan setakat 30 April lalu mendapati 241 (96.4 peratus) daripada 250 syor yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009 telah diambil tindakan dengan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.

"Manakala bagi tahun 2010, sebanyak 220 (74.1 peratus) daripada 297 syor yang dikemukakan telah diambil tindakan.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2011 ini pula, katanya, sebanyak 356 syor telah dikemukakan kepada Kementerian atau jabatan atau syarikat kerajaan berkenaan untuk tindakan pembetulan atau bagi mengelakkan kelemahan yang sama daripada berulang.

Jabatan ini akan membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak yang berkenaan terhadap syor tersebut dan akan melaporkan kedudukan terkininya dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012.

Laporan Audit Negara berkata, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993 menyatakan bahawa bayaran dividen sekurang-kurangnya 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai setiap tahun perlu dibayar kepada kerajaan sebagai pemegang saham.

Sekiranya keuntungan lebih diperoleh bagi sesuatu tahun kewangan, peratusan dividen perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi tanpa menjejaskan kedudukan kewangan syarikat.

Laporan itu menambah, sehingga tarikh pengauditan pada bulan Mei 2012, adalah didapati 14 atau 29 peratus syarikat daripada 47 syarikat telah membayar dividen bagi tahun kewangan 2010 yang berjumlah RM49.488 bilion.

"Daripada jumlah tersebut 10 syarikat memperolehi keuntungan dan membayar dividen selama tiga tahun berturut-turut berjumlah RM109.364 bilion," katanya.

Sepuluh syarikat yang membayar dividen sepanjang tiga tahun ialah Petronas RM109,000 juta, Felcra (RM13.50 juta), Perbadanan Nasional Berhad (RM30.04 juta), Amanah Raya Berhad (RM2.70 juta), Malaysian Kuwaiti Investment Corporation Sdn. Bhd. (RM14.04 juta), Prokhas Sdn. Bhd. (RM 6.75 juta), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM280 juta), Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (RM2.06 juta), Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (RM12.32 juta) dan Sirim Berhad (RM2.96 juta). ~mpr


Iklan




Kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Biadap Dan Hina Islam

Posted: 15 Oct 2012 06:05 PM PDT

SHAH ALAM, 15 OKT: Kenyataan Ketua Pemuda Parti Gerakan, Tan Keng Liang yang menyatakan arahan Kerajaan Negeri Kedah tidak membenarkan foto lelaki berseluar pendek untuk mengelakkan golongan lelaki PAS teransang merupakan satu kenyataan biadap dan menghina agama Islam. Dua kenyataan dalam tweet Keng Liang yang dianggap melampau dan mempersenda hukum agama Islam itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) untuk melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model berpakaian sopan.

Demikian menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Badrul Hisham yang juga merupakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan juga menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas Keng Liang.

"SAMM akan membuat laporan polis ke di seluruh negara berkenaan perkara melampau ini dan Tan Keng Liang perlu di tahan, telefonnya perlu dirampas dan dia perlu dihukum.

"Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain.

"Saya pernah ditahan dan telefon saya dirampas, komputer Ketua AMK Rembau dirampas hanya kerana laporan polis yang telah kami buktikan akaun twitter palsu," ujar beliau.

Terdahulu, satu kenyataan menerusi akaun laman sosial Twitter milik Keng Liang menyebut "Now, PAS govt male model appearing in billboard to wear decently & not to wear short. Why? afraid 'jambus' in PAS get arroused?"

Keng Liang turut menyambung dalam tweet berikutnya "imagine what will happen if PAS seize Putra Jaya… All Malaysian atheletes, including non Muslim musat wear long pants & shirt with sleeves." ~selangorku



Iklan




Tiada ulasan: