shalehudin |
- PANAS: Mampuih la BN kali neh... [VIDEO]
- Ramainya penyokong Ust Nasha kat sini
- Laaa... TERKANTOI lagii...
- Mampuih keraih la BN nak dapat balik Penang kalau camnie...
- Orang kuat PAS ni tembak sapa?? Hadoiihh...
- Ni mana punya Shariff Dol plak neh...
- Camana Najib boleh terlupa benda penting neh...
- Pehal Datuk Seri Najib jumpa Datuk Seri Soros neh
- FDI : Negeri Pakatan Rakyat antara 5 tertinggi
PANAS: Mampuih la BN kali neh... [VIDEO] Posted: 12 Oct 2012 09:17 AM PDT TERKINI! 100 Ahli PBS Isytihar Keluar Parti Sertai KEADILAN! Sambutan di luar jangkaan kali ini! Kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) di parlimen presidennya sendiri akhirnya berjaya ditembusi! Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sedang mengadakan lawatan ke Sabah terus mendapat perhatian masyarakat di negeri itu yang selama ini dianak tirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan bersama Malaysia pada 1963. Buktinya, ke mana saja Anwar tiba, orang ramai berpusu-pusu menyambut ketibaan ahli parlimen Permatang Pauh setelah hebahan mengenainya disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook. Dalam majlis di kubu kuat PBS di Keningau itu, Anwar terkejut dengan sambutan luar dugaan masyarakat setempat apabila kira-kira 1,500 orang hadir menyaksikan penyerahan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membabitkan 100 ahli PBS yang bertindak keluar parti serta-merta. Borang permohonan tersebut diterima sendiri Anwar yang turut disaksikan pimpinan KEADILAN negeri dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang mengikuti jelajah tersebut yang bermula hari ini. Bertempat di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2 dekat Keningau, Anwar menyeru supaya rakyat Sabah keluar dari kelompok kemiskinan selama kerajaan BN memerintah dengan mengundi calon Pakatan Rakyat. Majlis kira-kira jam 3 petang tadi turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta ucapan bersemangat yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat sekaligus mencatat sejarah tersendiri berjaya memecah dominasi PBS sejak berusaha lebih tiga tahun lalu. Parlimen Keningau diwakili presiden PBS yang juga timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusinya sejak 1999. Dikhabarkan PBS yang mengetahui tindakan bekas ahlinya keluar beramai-ramai dari beberapa cawangannya di sekitar Keningau cuba bertindak mengganggu majlis namun atas kecekapan pihak berkuasa, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Sementara itu di Pensiangan pula yang menjadi persinggahan pertama Anwar dalam jadual padat Ke Sabah kali ini, beliau turut disambut dengan tarian tradisional kaum Kadazan bagi meraikan kedatangan Anwar bersama rombongannya meninjau masalah dan bertanya khabar dengan penduduk setempat. Majlis yang dijalankan di Kampung Sarikan, Nabawan itu turut dihadiri kira-kira 1,000 penduduk yang datang tanpa dipaksa atau diberi upah bagi meramaikan majlis. Anwar sekali lagi mengulangi janjinya menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada Sabah berbanding hanya lima peratus yang diberikan BN sehingga kini. Malam ini pula, Anwar dijangka akan bertemu dengan masyarakat Sipitang di Kampung Gadung, Lumada bersama-sama dengan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburung dan Senator Majiol Mahap yang keluar BN bulan lalu. Dikhabarkan ada berita gembira akan diumumkan Anwar malam ini namun ia hanya akan diketahui apabila majlis tersebut yang bermula jam 9.30 malam ini. Sama-samalah kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi.- FB |
Ramainya penyokong Ust Nasha kat sini Posted: 12 Oct 2012 06:45 AM PDT Nik Aziz: DAP tidak pernah ganggu Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap sesetengah pihak termasuk ahli Pas yang mengkritik kerjasama parti itu dengan DAP. Nik Aziz berkata, sebagai sebuah rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP tidak pernah mengacau perjuangan Pas, malah menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, orang berkenaan tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP, jadi tidak tahu kenapa, yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita. "Masalahnya orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno, jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno, tapi kena ada jawapanlah," katanya.Nik Abdul Aziz diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP. Dalam masa yang sama, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa beberapa kali mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa terdapat pemimpin Dap menolak Islam. Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pas akan terus bekerjasama dengan DAP, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hairan mengapa orang sebut kemenangan Pas ketika ini disebabkan menumpang DAP. "Saya rasa pelik ada orang sebut kemenangan kita sekarang ini menumpang DAP. Saya mahu tanya balik bila kemenangan tidak menumpang. Malah sewaktu zaman Rasulullah SAW sampai Madinah, beliau ada buat perjanjian dengan kaum Yahudi. "Jadi tidak ada kemenangan yang tidak menumpang orang lain. Lebih-lebih lagi sekarang kita guna sistem pilihan raya nak undi Cina, nak undi India," katanya. Dibawah nih adalah printscreeen dari akhbar online Sinar Harian |
Posted: 12 Oct 2012 04:37 AM PDT SHAH ALAM, 11 OKT : Kesemua penghuni flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak akhir tahun lepas. Oleh itu dakwaan sebuah NGO di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha. Menurutnya, rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). "Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang telah menerima air percuma.Penduduk yang duduk di flat yang mengatakan mewakili 3,000 orang sebenarnya hanya ada lebih 1,000 orang dan semua mereka dari blok dari A hingga H sudah menerima potongan rebat air daripada SPNB. "Tuntutan mereka itu hanya berbaur politik kerana ia jelas mereka sudah mendapat perkhidmatan itu tetapi mendakwa kononnya tidak dapat," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor mengulas laporan media mengenai demonstrasi sebahagian penduduk di flat itu Ahad lalu yang mendakwa tidak mendapat air percuma 20 metre padu. Beliau berkata, penduduk yang terlibat dalam demonstrasi itu telah digunakan demi kepentingan politik Umno-BN. "Saya mempunyai dokumen daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang mengatakan mereka sudah mendapat rebat itu dari Julai lepas atau mungkin lebih awal dari itu," katanya. |
Mampuih keraih la BN nak dapat balik Penang kalau camnie... Posted: 12 Oct 2012 01:48 AM PDT Hutang kerajaan negeri kurang, bukti pentadbiran PR cekap – Guan Eng GEOGETOWN, 10 OKTOBER: DAP hari ini menjawab dakwaan yang dibuat oleh Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek melibatkan pertikaian laporan audit yang telah dikeluarkan oleh ketua Audit Negara berhubung pengurangan hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak 95 peratus dari RM630 Juta pada Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir 2011. Disifatkan sebagai tuduhan terdesak, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata tindakan yang dilakukan oleh MCA itu seolah mempertikaikan laporan serta pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Laporan Audit Negara. "Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang negeri kerana kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini mencapai perjanjian penstrukturan semula aset air dengan kerajaan persekutuan, "Saya sudah jelaskan kepada Chua, tetapi beliau masih membangkitkan isu ini semasa debat umum pada 8 Julai lalu, kerajaan Pakatan Rakyat tegas dalam tuntutan tersebut untuk melindungi kepentingan negeri dan inilah hakikat yang tidak dapat dibuat oleh kerajaan lama". ujar beliau.Jelasnya, pengurangan hutang sebanyak 95 peratus ini mencatatkan rekod tertinggi di Malaysia dan tiada negeri lain yang berjaya mencapai persetujuan yang sama dengan Kerajaan Persekutuan. "Pengurangan hutang negeri yang mencatatkan lebihan setiap tahun bukti pengurusan kewangan kerajaan Pakatan Rakyat adalah cekap dan mampu mengukuhkan tahap kewangan negeri Pulau Pinang," tambah beliau.Dalam nada sinis soal Guan Eng, sekiranya MCA tidak setuju dengan pengurangan hutang negeri Pulau Pinang, adakah MCA akan mencadangkan Pulau Pinang mengikut tunjuk ajar kerajaan persekutuan dan meningkatkan hutang? – Roketkini.com |
Orang kuat PAS ni tembak sapa?? Hadoiihh... Posted: 12 Oct 2012 12:17 AM PDT Tembak musuh, jangan tembak kawan KUALA LUMPUR: Semua ahli dan pemimpin PAS dinasihatkan supaya "Halakan peluru kepada musuhmu dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu." Nasihat ini dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Nasihat itu dikeluarkan dalam posting terbaru Facebooknya hari ini. "Halakan peluru kepada musuhmu, dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu. Walau tiada peluru di dalamnya sekalipun," tulis Tuan Ibrahim di laman Facebooknya.Bagi beliau, tiada perlu yang diulaskan mengenai nasihat di atas, yang pastinya para pemimpin PAS dan ahlinya faham maksud tersirat yang perlu disampaikan.- Harakahdaily |
Ni mana punya Shariff Dol plak neh... Posted: 11 Oct 2012 10:56 PM PDT Mad Hasan pun nak belajar menumbuk... "Diam…aku tumbuk kau kang!" Oleh Blogger UMNO. 1. Selama ni kami agak kagum jugaklah dengan Mohamad Hasan aka MBN9. Walaupun dihentam kiri kanan depan belakang oleh ahli parti sendiri, dikritik ahli komponen BN, termasuk 'serangan' bertali arus pembangkang, namun Mad Hasan tetap nampak cool…tak mudah melatah. Sekali imbas…ado tokohlah sebagai pemimpin. 2. Akan tetapi peristiwa yang baru berlaku Sabtu lalu, 6 Oktober 2012, sedikit mencalar kewibawaan Mad Hasan pada pandangan kami. Hilang terus macho. Rupo eh tak bulih pakai jugak mamat ni. 3. Sabtu lepas, Mad Hasan turun meninjau Projek Penaiktarafan di Jalan Loop (Jalan Tok Ungku), Seremban. Projek inilah sebelumnya heboh Mad Hasan dah anugerahkan pada Shahrul Ehsan aka Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, yang juga dikenali umum sebagai salah seorang balaci belaan MBN9. Kok ado yang masih bolun tau namo syarikat yang Shahrul guno untuk sakau projek tersebut ialah Kenali Dedikasi Sdn Bhd. Dedikasi sangatlah konon eh tu… 4. Nak dijadikan cerita, telah berlakulah satu insiden yang agak kelakar masa lawatan Mad Hasan tu. Tetapi apa yang ingin kami fokuskan melalui insiden tersebut ialah bagaimana Mad Hasan sebagai pemimpin nombor wahid di N9, melayan serta bereaksi secara langsung terhadap karenah rakyat. 5. Dalam sesi lawatan tersebut, banyak jugaklah perihal yang ditinjau oleh Mad Hasan. Longkang dio pi skodeng, tepi jalan dio pi skodeng, kodai tepi jalan pun dio pi skodeng; dan semestinyolah dalam aktiviti skodeng mengodeng tu, ramai pembodek yang turut samo mengekor Mad Hasan di sepanjang sesi lawatan. Al-maklumlah…pemimpin tertinggi negeri turun padang la katokan. 6. Tongah dok syok rombongan lawatan tu menyambey-nyambey, tak semena-mena datang seorang Benggali terus menegur Mad Hasan. Bila diteliti biji butir cakap Benggali tu, seolah dio cubo nak 'sekolahkan' Mad Hasan. Panjang berjelo Benggali tu membebel tentang bagaimana Projek Penaiktarafan di jalan tu harus dilakukan kerajaan negeri. 7. Ramai yang ada di situ, termasuk Ismail Lasim aka Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, dok tersenyum sebab menyedari yang Benggali tu sebenarnya tongah mabuk. Maso Benggali tu bercakap, boleh dikesan bau alkohol yang sangat kuat terhambur dari mulutnya. Si Benggali (berbaju biru) kanan sedang berleter pado MBN9. Peratikan muko kelat Mad Hasan... 8. Ramai yang menjangkakan ketika itu Mad Hasan akan bertindak bijaksana dengan berdiam diri, senyum dan teruskan lawatan macam biasa, sebab mustahil la Mad Hasan tak perasan yang Benggali tu tongah mabuk. 9. Tetapi sebaliknya berlaku, Mad Hasan naik hantu dan terus membalas bebelan Benggali tu dalam bahaso omputih, "Shut up or I'll take a swing on you!" Kok diterjemah dalam bahaso Rantau mako bunyi eh, "Diam…aku tumbuk kau kang!" 10. Ramai ketika itu terkejut dengan reaksi spontan Mad Hasan. Masing-masing seolah tak percaya yang pemimpin nombor 1 Negeri Sembilan boleh melatah sedemikian rupa pada seorang rakyat yang hakikatnya tongah mabuk! Sobab takut Mad Hasan akan bertindak lebih agresif, terpaksolah beberapo orang mato-mato (SB) masuk campur dan menarik Benggali tu ke tepi. 11. Adakah Benggali tu salah? Memang sahlah Benggali tu mabuk, dio nak tonggang ka, dio nak tonggeng ka, selagi tak melakukan jenayah, dia punya sukalah! Di bawah undang-undang, mungkin Benggali tu boleh dimaafkan bersandar pada kelakuan tak beradabnya membebel terhadap Ketua Kerajaan Negeri Sembilan di khalayak umum. Lagipun Benggali tu bertindak dibawah pengaruh alkohol. Malah, si Benggali tak buat sebarang tindakan agresif pun selain membebel panjang berjela! Jadi yang peliknya, macam mana orang yang tak mabuk pulak boleh terprovok jadi agresif…apa cer? 12. Ingatkan waghih dio ajo yang ghoma bad temper suko molompang oghang, rupo eh Mad Hasan pun samo yo spesis! Sebagai pemimpin tertinggi BN Negeri Sembilan yang kononnya sedang berjuang untuk menang PRU-13, adakah ini sikap pemimpin yang ingin ditunjukkan pada rakyat? 13. Stress bonar ko Mad? Kok nak diikutkan, Najib sepatutnya lagilah stress, tapi takdo pulak dio ugut nak numbuk oghang! - paneh miang |
Camana Najib boleh terlupa benda penting neh... Posted: 11 Oct 2012 08:47 PM PDT 'Mana dana untuk 800,000 pelajar sekolah agama?' Aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) hari ini berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara untuk menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013. Jurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600.
"Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya. BN ABAI SEKOLAH AGAMA RAKYAT !!!!! HOT dari PARLIMEN!!! Ribuan pelajar sekolah Agama Rakyat yang dianaktirikan oleh kerajaan berhimpun di hadapan Parlimen menuntut hak... TIADA PERUNTUKAN dalam BAJET 2012 dan 2013. Sekolah Mubaligh dapat 100 juta, Sekolah Cina 100 juta, Sekolah Tamil 100 juta, SABK 100 juta... TETAPI Sekolah Agama rakyat yang pelajarnya hampir 800 ribu dan bangunan yang amat dhaif tak dapat!!! Bersama Naib Presiden dan Pengerusi DAP yang turun memberi sokongan... |
Pehal Datuk Seri Najib jumpa Datuk Seri Soros neh Posted: 11 Oct 2012 05:37 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu. Pertemuan tersebut - yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan. Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya. Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010. Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut. Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros. Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme. Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan. Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis. Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan. Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros. Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros. Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakinibersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia". "Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times. Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros." Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an. Bulan lepas, Malaysiakini mendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia. Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang. "Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini. "Ia tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia, terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak." |
FDI : Negeri Pakatan Rakyat antara 5 tertinggi Posted: 11 Oct 2012 01:00 PM PDT Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat termasuk dalam lima negeri yang mencatat jumlah pelaburan asing (FDI) paling tinggi bagi tempoh 2008 hingga Julai tahun ini. Di kedudukan pertama adalah Sarawak dengan nilai pelaburan sebayak RM30.3 bilion dikuti Pulau Pinang (RM25b), Selangor (RM23.9b), Johor (RM20.1b) dan Kedah (RM11.1b). Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir pada sesi soal jawab lisan persidangan dewan rakyat hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Gopeng Dr. Lee Boon Chye yang mahu kementerian itu menyatakan jumlah pelaburan asing mengikut negeri bagi tenpoh tersebut. Jumlah keseluruhan pelaburan FDI negara sepanjang tempoh itu menurut Mukhriz adalah RM145.3 bilion. Selain Sarawak, dua lagi negeri yang terkenal dengan sumber bumi iaitu Sabah dan Terengganu masing-masing berada di tangga ke-8 dan ke-10 dengan nilai pelaburan RM6.3 bilion dan RM4.2 bilion. Negeri Pahang iaitu negeri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada ditangga ke-11 dengan nilai pelaburan RM2.8 bilion diikuti Kelantan pada tangga ke-12 dengan nilai pelaburan RM297 juta. Berikut adalah kedudukan negeri mengikut kadar jumlah pelaburan paling tinggi: 1- Sarawak (RM30.3b) 2- P.Pinang (RM25b) 3- Selangor (RM23.9b) 4- Johor (RM20.1b) 5- Kedah (RM11.1b) 6- Melaka (RM7.9b) 7- Negeri Sembilan (RM7.2b) 8- Sabah (RM6.3b) 9- Perak (RM5.8b) 10- Terengganu (RM4.2b) 11- Pahang (RM2.8b) 12- Kelantan (RM297 juta) 13- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM196 juta) 14- Perlis (RM109 juta) 15- Wilayah Persekutuan Labuan (RM22.9 juta)a |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan