Jumaat, 12 Oktober 2012

Addin

Addin


Sambutan Sepi Rakyat Sabah Terhadap Anwar Ibrahim

Posted: 12 Oct 2012 09:06 AM PDT


Rakaman video ni memaparkan sambutan 'sepi' rakyat Sabah terhadap program Anwar Ibrahim ketika program beliau di Pensiangan, Sabah petang tadi..

Umno pasti panik melihat sambutan yang diharap betul-betul sepi menjadi sebaliknya.. Musa Aman dan gerombolannya bolehlah berkira-kira untuk angkat kaki selepas PRU 13 nanti.







Iklan




Sinar Harian Sindir Najib

Posted: 12 Oct 2012 06:51 AM PDT


Di atas ni adalah printscreen homepage Sinar Harian yang memaparkan debat di antara Ahli Kongres dari Wisconsin, Paul Ryan dan Naib Presiden AS, Joe Biden ketika debat calon Naib Presiden AS.  Debat Naib Presiden AS ini diadakan di Danville, Amerika Syarikat pada pagi tadi waktu Malaysia.

Sebelum ini Sinar Harian memaparkan di homepagenya debat calon Presiden Amerika Syarikat antara Barack Obama dengan calon Republikan, Mitt Romney. 

Debat di negara maju seperti Amerika Syarikat adalah lumrah bagi menjelaskan kepada masyarakat berkenaan manifesto dan hala tuju parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya dan juga menjadi gelanggang kepada pemerintah untuk memberi penerangan kepada rakyat.

Namun, senario ini berbeza di negara kita. Debat seolah-olah 'taboo' kepada sesetengah pemimpin yang berjiwa kecil seperti Najib.

Kisah-kisah debat kebelakangan ini terutamanya di portal Sinar Harian seolah-olah menyindir Najib selaku Perdana Menteri yang tak berani berdebat sehingga ke hari ini.

Cabaran demi cabaran telah di buat oleh Anwar, namun tidak di sahut sebagai anak jantan oleh Najib. Malah, ramai pencacai yang menjawab bagi pihak beliau pula.

Untuk pengesahan sila lihat portal Sinar di sini.



Iklan


Tujuan Najib Bertemu Soros Terbongkar

Posted: 12 Oct 2012 03:05 AM PDT


KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak hipokrit menyalak kononnya George Soros musuh yang cuba memporak-perandakan negara dan mengaitkan spekulator mata wang itu dengan Pembangkang, tetapi dalam masa sama bertemu untuk meminta bantuan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Sekarang sudah terdedah topeng kedua-dua mereka. Di satu sisi mereka memainkan sentimen kononnya Soros musuh luar yang cuba huru harakan negara.

"Dalam masa sama mereka sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Soros yang turut dijalin bersama pemimpin Umno lain.

"Kemudian dia tuduh kita (Pakatan Rakyat) pula. Sedangkan Najib dan Soros secara sembunyi-sembunyi bertemu," kata Setiausaha Agung KEADILAN itu ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah minggu lalu mendedahkan pertemuan antara Perdana Menteri dengan Soros di sebuah hotel mewah, Hotel Plaza di Manhattan, New York 27 September 2010.

Saifuddin turut menempelak pertemuan pemimpin Umno dengan agen Yahudi.

"Dalam episod boneka asing, Dr Mahathir sendiri membayar jutaan ringgit kepada pelobi Yahudi, Jack Abramoff hanya untuk bertemu Presiden Amerika.

"Terbaru Dr Mahathir mengatakan Soros akan melantik Perdana Menteri boneka, walhal beliau sendiri pernah menulis tiga pucuk surat kepada tiga Perdana Menteri Israel yang berbeza," katanya.

"Beberapa tahun sebelum itu, Menteri Luar, (ketika itu) Datuk Seri Syed Hamid Albar turut bertemu David Levy (Menteri Luar Israel)," kata Saifuddin.

Perkara itu merujuk pertemuan kedua-dua pemimpin itu pada Ogos 1999 semasa Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan pungutan dana untuk Umno dalam persediaannya menghadapi pilihan raya umum ke-10.

"Pendedahan terbaru ini akan menyebabkan rakyat lebih kenal wajah pemimpin Umno yang bermuka-muka," tegas Ahli Parlimen Machang itu lagi.

Sementara itu, Naib Presiden, Tian Chua mendedahkan pertemuan sulit tersebut adalah untuk meyakinkan Soros bahawa Najib seorang yang mengambil pendekatan sederhana dalam pentadbiran.

"Kononnya negara (Malaysia) diancam kumpulan ekstrim dan (Najib) nak dapatkan sokongan (Soros). Adakah Utusan (Malaysia) dan media arus perdana diberitahu? Kemudian beranikah media ini menyerang mereka?" soal Tian.

"Mereka serang orang lain kononnya pengkhianat. Mereka menuduh orang lain tanpa asas. Sedangkan Dr Mahathir dan Najib menipu untuk mengekalkan kuasa," tegas Ahli Parlimen Batu itu. ~kd

Addin :

Tujuan Najib bertemu Soros kerana ada ancaman kumpulan ekstrim? Biar betul.. cakap tak perlu campurtangan asing dalam urusan negara. Jikalau betul.. ini membuktikan Najib bermuka-muka.. 'paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih-lebih'. Sori Najib.. lu sudah kantoi!!


Iklan


Menteri Tersasul.. Mengakui Umno Seludup Wang Keluar Negara

Posted: 12 Oct 2012 01:15 AM PDT

PETALING JAYA - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui wujudnya wang sebanyak RM40 juta milik seorang ahli perniagaan yang diseludup melalui Hong Kong adalah untuk sumbangan kepada Umno Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal undang-undang itu mengaku berlakunya kejadian ini di Dewan Rakyat semalam, demikian menurut Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham @ CheguBard berkata, seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

"Namun berita ini diselindung sebaik mungkin dan tidak mendapat liputan dari media tempatan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, terbaru semalam apabila hal ini dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua ekoran jawapan bertulis yang diperolehinya dari Menteri terbabit yang mengatakan ia bukan wang untuk Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tetapi untuk Umno Sabah.

Bankrap negara

"Apa yang harus disedari ialah mungkin dalam keghairahan regim pertahan pemimpin mereka maka mereka tidak sedar secara tidak langsung diakui bahawa penyeludupan wang RM40 juta itu memang wujud. Makanya apa tindakan undang-undang terhadap kejadian yang diakui wujud itu?

CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menegaskan, untuk membela Musa, Nazri mengakui wang itu bukan untuk Musa secara peribadi tetapi untuk Musa selaku Ketua Umno Sabah maka ini bermakna sahlah Umno Sabah terlibat dalam penyeludupan wang.

Kata beliau, menurut satu sumber, wang tersebut ada kaitan dengan kawasan balak yang diluluskan di Sabah dan adalah amalan biasa sebahagian keuntungan harus dipulangkan sebagai dana politik untuk komponen Barisan Nasional (BN) atau terus kepada pemimpin tertentu.

"Bukan sedikit wang negara diseludup keluar berkaitan kepentingan pemimpin BN," jelas CheguBard.

Contoh katanya sebelum ini terbongkar bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dikaitkan dengan penyeludupan wang RM10 juta ke London dan setelah didapati sahih berlaku, hanya syarikat penghantaran yang dihukum dengan lesennya ditarik.

"Inilah pengkhianat sebenar menjejaskan ekonomi negara. Sudahlah terlibat merompak wang rakyat terlibat pula melarikan wang keluar negara.

"Yakinlah jika regim ini terus berkuasa pasti tidak akan ada antara mereka yang diambil tindakan, lebih penting kegiatan mereka ini akan pasti membankrapkan negara," ujar beliau. ~freemalaysiatoday





Iklan


"Tandatangan Atau Tanah Di Rampas"- Datuk Bandar KL

Posted: 12 Oct 2012 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib memberi dua pilihan kepada penduduk Jalan Sultan sama ada tandatangan surat persetujuan (POA) atau tanah akan dirampas untuk projek Transit Aliran Massa (MRT), kata peguam mereka, Ngeow Chow Ying.

Menurut Ngeow, pertemuan dengan Datuk Bandar hanya membincangkan tentang tanah tanpa mahu membincangkan isu yang berbangkit."Kami rasa seolah-olah diketepikan," kata Ngeow lagi.

Menurut Ngeow, penduduk Jalan Sultan akan memperoleh keistimewaan mendapatkan ruang pada masa hadapan terutamanya apabila Menara Warisan Merdeka siap."Tetapi mereka dari Menara Warisan Merdeka tidak menghubungi kami," kata Ngeow lagi. ~tmi





Iklan


Mahathir!!.. Hang Mai Sini Jap..

Posted: 11 Oct 2012 11:18 PM PDT


Mahathir..hang mai sini jap!! Nih gambar apa pulak nih? Sapa dalam gambar nih? Hang cakap undi Pakatan bermakna undi Soros.. bermaknanya hang memang sunguh-sungguh benci Soros.

Dah dalam gambar nih menunjukkan sebaliknya pulak. Hang biar betoi!! mana satu yang betoi nih? Bukan main mesra lagi hang dengan Soros.. macam nih ka kononnya musuh no. 1 hang.. Addin tak percaya..

Kalau ko orang baca artikel kat bawah nih lagi hang tak percaya yang Soros nih musuh no. 1 Mahathir dan gerombolannya..



Addin terlupa.. Mahathir spesis Melayu mudah lupa..



Iklan


Akhirnya.. Menteri Umno Mengakui Hentam Soros 'Makan Diri Sendiri'

Posted: 11 Oct 2012 07:56 PM PDT


Buat Najib dan pencacai.. lain kali muhasabah diri dulu sebelum nak hentam orang lain. Jikalau rasa diri tu suci bersih barulah boleh nak hentam orang. So sekarang dah malu alah.. pencacai pun dah terkedu. Menteri pun terpaksa mengaku.. so sad..


Tim menteri bimbang serangan pada Soros 'makan diri' BN
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berpandangan bahawa serangan yang kini dijalankan BN ke atas George Soros, berpotensi 'memakan diri sendiri' kelak.
Atas dasar itulah, katanya, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut.

"Kalau kita tunjuk keburukan produk orang lain kita tak boleh kawal kualitinya sedangkan mereka boleh kawal (kualiti) produk mereka," kata Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

"Bagaimana jika Soros yang (hari ini) kita hentam esok lusa dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita.

"Sebab itu saya tak begitu berminat menghentam Soros atau menghentam Suaram," katanya kepada Malaysiakini.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, Mahathir membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Dalam keriuhan isu tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula dilaporkan bertemu Soros secara sulit di New York, dua tahun lalu.

Ia pertama kali didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa dalam program debat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim.

Mengulas perkara itu, Saifuddin menyifatkan berita itu sebagai bukti tindakan mempromosikan BN lebih baik daripada menyerang Pakatan.

"Itulah yang saya kata tadi. Saya tahu ini dekat pilihan raya dan kita harus berkempen mendapatkan sokongan rakyat tetapi saya lebih suka untuk bercerita tentang nilai-nilai yang kita nak bawa daripada BN daripada menghentam orang lain.

"Kalau betul Datuk Najib bertemu Soros kita akan tunggulah apa sebenarnya yang berlaku dalam pertemuan itu," katanya. ~malaysiakini


Iklan


Najib Pasti Mengigau Malam Baca Berita Ni..

Posted: 11 Oct 2012 06:41 PM PDT

Shaariibuu Setev (gambar) mendakwa bahawa anaknya, Altantuya pernah menunjukkan gambarnya bersama Najib Razak dan Abdul Razak Baginda, sebelum Altantuya datang ke Malaysia.

Menurut Shaariibuu Setev, Altantuya menuding kepada Najib dalam gambar, sambil berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib, agar memutuskan sesuatu.

Shaariibuu Setev yakin bahawa dirinya mampu mengaitkan kes pembunuhan anak perempuannya dengan pembelian kapal selam, dan sudi menampilkan diri sebagai saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.

"Seandainya mahkamah Perancis meminta saya menjadi saksi, saya sudi untuk hadir dan memberi keterangan saya di situ. Apa yang penting, saya mendedahkan apa yang saya ketahui pada masa yang tepat," katanya dalam satu sidang media.

Shaariibuu Setev menambah, sebelum anak perempuannya datang ke Malaysia, beliau bertanyakan sebabnya. Altantuya pada ketika itu menunjukkan satu gambar yang diambil bersama Najib dan Abdul Razak Baginda, malah mendakwa gambar itu diambil di Perancis.

Shaariibuu Setev menjelaskan, Altantuya pada ketika itu menuding kepada Najib dalam gambar, berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib agar memutuskan sesuatu. "Saya beritahunya, tidak memadai untuk berbuat begitu, tetapi beliau (Altantuya) tetap dengan keputusannya," kata Shaariibuu.

Shaariibuu Setev menambah, "Seandainya saya tahu dia (Altantuya) akan ditimpa malapetaka, saya akan menyimpan gambar tersebut. Ramai saksi yang pernah nampak gambar tersebut."

Pada Julai 2008, Najib Razak yang pada ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, menafikan bahawa dirinya kenal dan pernah berjumpa dengan Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Altantuya adalah pembohongan yang berniat jahat, dengan motif untuk mengalih pandangan rakyat. ~mpr




Iklan


Janji Di Capati.. Kilang-Kilang Mula Membuang Pekerja, Menjelang Pelaksanaan Gaji Minimum

Posted: 11 Oct 2012 05:13 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pengeluar di Malaysia menggugurkan pekerja disebabkan oleh ketidakpastian terhadap ekonomi global dan menjelang permulaan gaji minimum yang akan berlaku tahun depan, kata RHB Research Institute. RHB berkata dalam satu laporan semalam bahawa sejajar dengan kelembapan dalam jualan, pengeluar memberhentikan 4,609 pekerja pada bulan Ogos berbanding dengan pengambilan 441 pekerja pada bulan Julai.

Kadar pengangguran adalah 3.1 peratus pada Julai dengan dianggarkan dua juta pekerja asing bekerja di negara ini.

"Sejajar dengan kelembapan di jualan YoY (tahun ke tahun), pengeluar berhati-hati dan mereka memberhentikan beberapa pekerja pada bulan Ogos," kata RHB. "Ini adalah kerana kelemahan dalam ekonomi global dan diburukkan lagi oleh pelaksanaan dasar gaji minimum yang akan bermula pada awal tahun 2013."

Firma penyelidikan itu memberi amaran bahawa pengeluar boleh membuang lebih banyak pekerja jika keadaan ekonomi merosot sebagai peningkatan produktiviti yang diukur daripada jualan setiap pekerja — perlahan kepada 0.7 peratus pada bulan Ogos daripada 4.3 peratus pada Julai dan 5.8 peratus pada Jun.

Ia menjelaskan bahawa upah bagi setiap pekerja meningkat 4.6 peratus pada bulan Ogos berbanding dengan 3.2 peratus pada bulan Julai dan hanya satu peratus dalam bulan Jun.

RHB menambah walaubagaimanapun pelucutan faktor bermusim dan diukur asas 3 bulan purata bergerak, upah bagi setiap pekerja meningkat lebih rendah kepada 2.9 peratus tahun-ke-tahun pada bulan itu, daripada 4.3 peratus pada bulan Julai yang menunjukkan bahawa tekanan upah secara beransur-ansur hilang selepas meningkat dalam tempoh lima bulan pertama tahun tersebut.

"Bagaimanapun, trend tersebut boleh meningkat lagi, di belakang pelaksanaan dasar gaji minimum, yang akan berkuat kuasa dalam masa 6-12 bulan, bergantung kepada jenis industri, dari tarikh Order Gaji Minimum diwartakan pada 16 Julai," kata RHB.

Pentadbiran Najib telah ditekan untuk memperkenalkan upah minimum dalam usaha untuk menaikkan gaji sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Penyokong gaji minimum mengatakan bahawa ia akan membuat perniagaan dan pengeluar lebih cekap dan membawa meningkatkan rantaian nilai dengan melabur dalam teknologi tinggi dan lebih banyak latihan kemahiran bukannya bergantung kepada buruh murah seperti pada masa lalu.

Pengkritik walaubagaimanapun berkata gaji perlu berdasarkan produktiviti pekerja dan cukup fleksibel untuk bertindak balas kepada keadaan pasaran atau selainnya ia boleh mengakibatkan kehilangan pekerjaan.

Output pembuatan merosot buat kali pertama sejak September 2009 sebanyak 1.8 peratus tahun-ke-tahun pada bulan Ogos, selepas meningkat kepada 6.0 peratus peratus pada bulan Julai.

Jualan pertumbuhan pembuatan perlahan kepada 1.8 peratus tahun-atas-tahun pada Ogos, selepas sederhana kepada 4.8 peratus pada bulan Julai, dan dibandingkan dengan 6.3 peratus pada Jun.

"Ini sejajar dengan kejatuhan dalam pengeluaran perkilangan dan eksport barangan perkilangan pada bulan tersebut, menunjukkan bahawa kelemahan tanpa henti dalam ekonomi Amerika Syarikat dan zon ekonomi Eropah mengurangkan permintaan untuk eksport barangan perkilangan negara," kata RHB.

Pengeluaran perindustrian merosot sebanyak 0.7 peratus tahun-ke-tahun pada bulan Ogos, menandakan penurunan pertama dalam 13 bulan, berbanding dengan pertumbuhan 2.9 peratus pada Julai dan 3.7 peratus pada Jun.

RHB berkata bahawa penurunan mencerminkan kejatuhan dalam pengeluaran pembuatan serta penyederhanaan pertumbuhan dalam keluaran elektrik, tetapi diimbangi oleh pemulihan dalam pengeluaran perlombongan.

Ia berkata bahawa aktiviti perindustrian ang lemah pada Julai-Ogos mencadangkan bahawa aktiviti ekonomi akan berkembang pada kadar yang lebih sederhana dalam jangka terdekat disebabkan permintaan eksport luar lemah di tengah-tengah ketidaktentuan dalam ekonomi global.

RHB berkata bahawa ia menjangka KDNK sebenar untuk mengekalkan pertumbuhan pada kadar 4.6 peratus tahun-ke-tahun pada suku ketiga walaupun pada kadar lebih sederhana berbanding dengan 5.4 peratus pada suku kedua, disokong oleh pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan projek koridor serta perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan.

"Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan ketidaktentuan ekonomi global secara beransur-ansur pulih dari masa ke semasa,"kata RHB. "Ini mungkin akan membantu untuk meningkatkan eksport negara pada tahun 2013."

Asian Development Bank (ADB) berkata minggu lepas bahawa ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih perlahan untuk sepanjang tahun disebabkan kepada keadaan ekonomi global yang lemah, setelah mencapai kadar pertumbuhan lebih tinggi daripada yang dijangkakan dalam separuh pertama 2012.

ADB mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 4.6 peratus keseluruhan tahun ini bagi Malaysia dan 4.8 peratus bagi tahun depan dengan andaian bahawa perdagangan dunia dan pertumbuhan akan menjadi lebih baik. ~malaysianinsider




Iklan


Najib Makin Goyah.. Rakyat Parlimen Pekan Bangkit

Posted: 11 Oct 2012 04:45 PM PDT

Janji tidak ditepati di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Siri video ini akan memaparkan empat isu utama yang dibangkitkan rakyat di kawasannya itu.

Najib didesak selesaikan projek terbengkalai di Tanjung Agas dalam kawasan parlimennya itu dulu sebelum berkokok ke sana sini menabur "janji ditepati" di tempat orang.

Kegagalan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion ini jelas satu bukti yang beliau telah gagal dan menipu rakyat sebenarnya.

Pada asalnya projek gah yang pernah menarik perhatian bila diuar-uarkan ia bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan.

Harapan penduduk juga turut berbunga kerana daerah mereka bakal setanding dengan bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek raksasa di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) itu.

Namun setelah dua tahun diumumkan oleh Najib. Namun, projek di atas tanah seluas 4,700 ekar itu yang siap hanyalah lebuh raya sepanjang 15 km menghubungkan Jalan Pekan-Rompin ke tapak projek tersebut. Itupun telah rosak teruk akibat dari hakisan yang berlaku. ~pdo

Lihat video di sini.



Iklan


Tiada ulasan: