Isnin, 1 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Lengan bini sapa lebih besaq dan gebu...

Posted: 01 Oct 2012 09:30 AM PDT

Chiss!! Bedebah...

Makin lama makin busuk mulut Najib. Hari ini dia cabar pula PR umum kabinet bayangan. Dulu dia kata kalau dia berdebat dengan Anwar, Anwar akan demam. Hari ini juga dia kata PR rakyat takut nak daftar sebagai parti politik.

Najib tak payah buat cabaran baru, cabaran lama belum ditepati lagi. Berdebat dulu dengan Anwar atas isu apa saja, isu lengan bini siapa lebih besar dan gebu pun boleh.

Soal daftar PR jadi parti politik, sebelum cakap dan tempelak PR check dulu dengan ROS atau ROC.

Kelamrin Anwar minta dia datang ke parlimen dengar Anwar bahas bujet, tak payah jawab datang saja. Kalau esok Najib tak pergi dia kena berus gigi dengan sabut bulu. Ches.... MSO


TERKINI: DS Nizar dapat JIRAN baru...

Posted: 01 Oct 2012 08:40 AM PDT

TERKINI: Datuk Seri Nizar telah dapat sorang jiran baru di Dewan Rakyat. Beliau ialah Datuk Seri Panglima Hj Lajim Ukin yang baru meninggalkan Umno Sabah.

YB Beaufort itu telah beberapa kali bangun berbahas membela rakyat Sabah...

STEADYY!!!

Laaa... Pengecut rupanya Najib ni..

Posted: 01 Oct 2012 06:52 AM PDT

Minggu lepas ketika membentangkan Budget 2013 bukan main lagi dia menyindir Anwar Ibrahim.. tapi hari ini bila tiba masa Budget itu hendak dibahaskan batang hidung pun tak nampak...

Dari jam11.30 pagi Anwar tunggu dia tapi tak muncul-muncul...

Inilah sifat sebenar pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa Melayu itu.. bukan saja takut untuk berbahas dengan Anwar di luar Dewan.. malah dalam dewan pun takut.. apa kejadah ni?

Mungkin bukan pengecut tapi cuma mahu menyembunyikan kebodohan yang ada dalam dirinya... kalau berdebat nanti terserlah pula kebodohannya itu..

Kalau tidak kerana bodoh.. mana mungkin dia takut untuk berhujjah dengan Anwar Ibrahim?

Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi
Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu. 
Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini. 
Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman. 
Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap. 
Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah. 
Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor. 
Anwar berkata, sudah menjadi tradisi Menteri Kewangan untuk hadir ke Parlimen ketika sesi bahas belanjawan negara. 
"(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup. (Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh 'backbenchers' (Ahli Parlimen biasa) pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu dasar (yang tepat)," tempelak Ketua Umum KEADILAN itu. 
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013. 
Separuh ucapan Najib pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat. 
"Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan," cabar Anwar. 
Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran itu. 
Dalam sesi itu, Anwar juga menyentuh mengenai dasar-dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan. 
Mengulas Bajet 2013, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai bajet politik semata-mata. 
Katanya, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk 'one off' kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti. 
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Najib ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan pilihan raya membayangkan ketakutan Perdana Menteri. 
"Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen ~ Keadilandaily

Kalau nak dikatakan Najib ni Jaguh Kampung.. biasanya jaguh kampung dalam gelanggang sendiri dia berani tunjuk hebat.. tapi Najib ni.. dalam gelanggang sendiripun dia takut.. Apa kejadahnya dia ni?? ASD


Artikel yang macai Najib takkan baca

Posted: 01 Oct 2012 05:37 AM PDT

Penganalisis: Fokus bajet kepada pengundi muda, luar bandar belum tentu menguntungkan BN dalam PRU 13

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempertaruhkan apabila menyampaikan Bajet 2013 mesra belia dan luar bandar untuk meningkatkan sokongan pilihan raya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi penganalisis berkata inisiatif jangka pendek tidak cukup untuk mendapatkan sokongan popular pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bajet RM256.1 bilion yang dibentangkan pada hari Jumaat lalu, telah digambarkan sebagai "bajet pilihan raya" oleh pentadbiran Najib yang sudah bersedia untuk melawan dengan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU akan datang.

Pengarah eksekutif pengumpul suara bebas Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, mengatakan Bajet ini mensasarkan dua kumpulan utama — penduduk luar bandar dan berpendapatan rendah, dan pengundi muda yang bakal mengundi pertama kali.
"Yang pertama, adalah pengundi luar bandar dan berpendapatan rendah yang biasanya sumber sokongan kuat terhadap BN," katanya, sambil menambah bahawa Bajet ini mungkin mengakibatkan gabungan BN terus mendapat sokongan kuat daripada kumpulan ini.
Beliau berkata Bajet ini mungkin mempunyai impak lebih besar kepada pengundi berpendapatan rendah, oleh kerana "banyak isi rumah akan ketinggalan" dalam pemberian kerajaan, memetik Selangor sebagai contoh, di mana purata pendapatan isi rumah adalah lebih daripada RM4000.

Pusingan kedua pemberian RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, manakala skim itu kini juga akan memberi RM250 kepada orang bujang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000.

Beliau berkata bagi pengundi muda, faktor "jurang luar bandar-bandar" masih akan membuat perbezaan.
Di kawasan luar bandar, "kos sara hidup cenderung lebih rendah... wang bertahan agak lama dan mempunyai impak yang lebih besar terutamanya di Sabah dan Sarawak", kata beliau.
Akan tetapi, pemberian wang tunai tidak pergi terlalu jauh di kawasan bandar, katanya.

Beliau berkata rebat bagi pembelian telefon pintar adalah "pedang bermata dua" bagi BN, dengan mengatakan bahawa orang ramai akan mendapat "akses kepada Internet" dan "tidak ada kawalan tentang jenis berita mereka dapat".

Di bawah Bajet, mereka yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3, 000 akan mendapat diskaun sebanyak RM200 apabila membeli telefon pintar.

Tetapi dua penganalisis lain tidak bersetuju dengan Ibrahim, mengatakan bahawa Bajet ini berkemungkinan tidak mempunyai banyak kesan kepada keputusan pengundi luar bandar 'mengenai siapa yang mereka sokong.
Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata beliau mempunyai keraguan kuat tentang "sejauh mana pengumuman ini boleh diterjemahkan kepada undi".
Beliau menolak kira kesan pemberian di bawah Bajet untuk golongan bergaji rendah, menunjukkan bahawa harga gula akan naik sebanyak 20 sen sekilogram dengan pengurangan dalam subsidi kerajaan.
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata "pengundi tidak perlu mengundi orang-orang yang memberikan mereka wang", mengatakan bahawa pengundi mengekalkan hak mereka untuk memilih. 
"Melainkan Belanjawan Jumaat lalu mengatakan ini bukanlah bayaran one-off tetapi jika kita terus berkuasa, kita akan terus memberi atau meningkatkan pemberian ... mungkin hasilnya akan berbeza," kata Dr Agus.
Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Inisiatif Dasar, berkata "jumlah yang diberikan kepada penduduk luar bandar dan kumpulan berpendapatan rendah adalah sangat kecil."

Beliau menambah bahawa Bajet ini tidak menyelesaikan masalah gaji rendah, pekerjaan rendah produktiviti dan kekurangan peluang untuk maju, mengatakan bahawa pengundian kumpulan ini berkemungkinan "tidak" dipengaruhi.

Katanya lagi, mereka masih perlu berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.
Apabila mengulas mengenai pengundi muda, beliau berkata: "Saya akan sangat terkejut jika mereka mengubah fikiran." 
"Mereka akan menyedari ini adalah cubaan untuk membeli undi," kata Lim menerangkan pemberian dalam Bajet "lebih kepada gimik".
Beliau juga berkata bahawa dalam percubaan untuk menggembirakan semua orang, kerajaan berhadapan risiko " menyenangkan sangat sedikit orang", sekali lagi menunjuk kepada jumlah "kecil" setiap pemberian.

Ibrahim juga menyatakan bahawa "pengundi menjadi semakin mahir memahami pemberian dari ahli-ahli politik".

Beliau berkata bahawa apa-apa kesan ke atas pengundi dengan Bajet "mungkin terhad" oleh kerana "saya amat mengesyaki orang sudah tahu akan ada wang tunai".

Beliau juga "teragak-agak" untuk mengatakan bahawa akan ada "sokongan melantun ketara kepada BN". - TMI


Kita TIBAI sampai berasap, dia kata tak dak ruang? BENGONG...

Posted: 01 Oct 2012 02:18 AM PDT

Rais: Tiada ruang kritik belanjawan

Pembangkang dilihat tidak akan mempunyai ruang untuk mengkritik Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam kerana ia memberi kebajikan meliputi semua lapisan masyarakat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebaliknya belanjawan kali ini pastinya akan terus menggerakkan rasa penghargaan rakyat kepada negara dan kerajaan sedia ada.


"Saya menyeru rakyat Malaysia, membuka mata, mendengar dan pasang permandangan supaya kita dapat memberi satu pengiktirafan kepada jasa janji ditepati," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian Program Jelajah Janji Ditepati yang disempurnakan Perdana Menteri di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di Seremban hari ini. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata dengan pelbagai peruntukan bagi industri pembinaan dalam belanjawan kali ini, beliau yakin industri itu akan mengalami pertumbuhan yang lebih strategik pada tahun depan.

Katanya, bilangan projek-projek baharu dijangka bertambah sekali gus memberi peluang yang lebih luas kepada kontraktor-kontraktor mengambil bahagian.
"Industri pembinaan dalam Malaysia ini mempunyai masa depan yang amat cerah, kerana banyak projek-projek terutama dalam Program Transformasi Ekonomi yang dilaksanakan pada tahun lepas, tahun ini dan tahun depan," katanya.
Bagi Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pula, Felda akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengenal pasti tanah-tanah untuk membina 20,000 buah rumah untuk generasi baharu Felda seperti yang dinyatakan Perdana Menteri dalam Belanjawan itu.
"Kita sudah bersedia, memang kita sudah ada tanah, cuma kita mahu lihat dan kenal pasti mana yang sesuai dan kita akan bincang dengan kerajaan negeri dan kita akan bina rumah pasang siap," katanya.
- Bernama


Jangan gelak la woii, Pak Nan tengah serius neh...

Posted: 01 Oct 2012 12:14 AM PDT


Saya tak main-main - Adnan Yaakob

KUANTAN - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau serius untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah ke Selangor seperti yang ditegaskan Ahad lalu, sekiranya kerajaan negeri itu tetap tidak mahu membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan.

Untuk tujuan itu, tegas beliau, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Mat Zara'ai Alias telah diarahkan untuk meneliti perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan negeri pada 2007.


''Saya tak main-main, sebagai kerajaan bila kata nak kaji, kita akan kaji. Saya pun ada sebab tersendiri untuk bercakap macam itu (kaji perjanjian). Kalau betul kerajaan Selangor tak mahu, terma perjanjian ada sebut ia boleh dibatalkan jika ada persetujuan bersama.- Utusan

P/S: Masaalahnya Pak Nan oiii, ada Selangor kisah?

Kahkahkah...


******************************

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor menyambut baik pembatalan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor yang mungkin dilakukan oleh kerajaan negeri Pahang terhadap Selangor.

Berkata demikian, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar yang menyarankan supaya pengesahan mengenai perkara itu dibuat secara rasmi jika hasrat itu ingin diteruskan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Memetik kenyataan yang dibuat di TV Selangor, Dr Xavier berkata dengan pembatalan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor, kerajaan negeri Selangor tidak perlu membayar royalti air mentah sebanyak RM60 juta setahun kepada kerajaan negeri Pahang.
"Kalau dia (Adnan) dah cakap macam itu, lebih baik dia tulis 'black and white' kepada kita. 
"Selangor memang gembira sebab kita tidak perlu membayar RM60 juta setahun kepada dia dan dia boleh jawab kepada perjanjian-perjanjian yang dia (Adnan) sudah buat," beliau dipetik sebagai berkata.
Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Sri Andalas ini berkata kerajaan negeri Pahang tidak boleh hanya bercakap tanpa menunjukkan hasil yang ingin diputuskan.
"Ini semua ada perjanjian, dia kena tulis kepada kita," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Adnan yang mungkin akan membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke Selangor jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak membenarkan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) diteruskan.

Perjanjian tersebut sebelum ini ditandatangani antara kerajaan negeri Pahang dan Selangor yang ketika itu diwakili Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo pada kadar harga 10 sen bagi setiap meter padu dengan kuantiti 1.6 juta meter padu sehari.

Adnan berkata jika kerajaan negeri Selangor tidak meneruskan Projek Langat 2 pada masa sekarang dan ingin menyambungnya pada masa hadapan, harganya akan dinaikkan kepada RM1 bagi setiap meter padu.- SH

TERBAEK: GAMBAR yang takkan disiarkan dalam media haprak Umno

Posted: 01 Oct 2012 12:09 AM PDT

[BERGAMBAR] Siapa Gerangan Yang Datang Bersahaja Kunjungi TG NIk Aziz Itu?

Tuanku Sultan Muhammad V bersama Tengku Mahkota menziarah Menteri Besar di Pulau Melaka. Selepas bertemu Tuanku Sultan bersama Tengku Mahkota sempat mendirikan solat berjemah bersama-sama Tok Guru di masjid Pulau Melaka.

Biarlah orang kata Kelantan negeri miskin, janji rakyat Kelantan dapat seorang Sultan yang berjiwa rakyat dengan tinggi perkerti agama serta kerajaan yang dipemimpin oleh seorang ulamak yang kaya dengan akhlak dan ilmu.
Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz. 
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka. 
Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka. 
Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar. 
Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan. 
Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu. 
Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra. Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad. 
Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua. 
Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar. 
Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda. 
"Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah.> Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda. 
"Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni," ujarnya ceria. 
Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya. -HD

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Mampuih hidup balik pun Umno tak boleh buat camnie

Posted: 30 Sep 2012 08:12 PM PDT

Mula-mula baca kenyataan Menteri Umno yang terlupa nak guna pakai AKAI neh...

Hapus PTPTN 'gula-gula' pembangkang - Utusan Meloya
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Janji pembangkang untuk memberi pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat sebagai 'gula-gula' politik yang tidak rasional
Mohamed Khaled Nordin berkata, janji yang diterjemah dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 itu akan hanya menimbulkan masalah-masalah lain yang akhirnya membebankan kewangan negara. 
Menurutnya, pembangkang perlu membuat pertimbangan sewajarnya kerana PTPTN bukan sekadar memberi pinjaman untuk pembiayaan yuran pengajian sebaliknya turut merangkumi sara hidup penuntut. 
''Kalau dihapus PTPTN, maknanya institusi pengajian tinggi (IPT) tidak akan mengenakan yuran pengajian. 
''Itu tak akan menyelesaikan isu kos hidup penuntut yang memerlukan kewangan untuk menyara kehidupan,'' katanya.

Menteri yang terlupa nak pakai AKAI neh cuba menghalalkan hutang sebagai satu cara hidup anak muda. Umur baru 23 tahun tapi hutang dah berpuloh ribu. Menteri haprak neh cuba menghalalkan sekaligus mengikat anak-anak muda kita dengan sistem Kapitalis yang KEJAM.


Ni pulak benda alah yang akan terjadi bila HUTANG yang banyak membelenggu rakyat


Ni pulak dpetik dari Tukar Tiub, penerangan ringkas dan mudah bagaimana caranya Pakatan Rakyat nak urus permasaalahan yang membelenggu rakyat terutama golongan muda dengan PTPTN neh...

KOPMENTAR TUKAR TIUB
Belajar percuma bukan mustahil
Sesudah merdeka
Hingga ke awal lapan puluhan
Semua Universiti awam belajar percuma...

Bila wujud Kolej swasta
Bila wujud Universiti swasta
Maka diwujudkan lah PTPTN

Lembaga ini bertujuan untuk meminjamkan wang
Lembaga ini memberi pinjaman wang kepada pelajar
Ini bertujuan untuk menyokong Kolej swasta
Ini bertujuan untuk menyokong Universiti swasta

Ini untuk kayakan kroni

Yang mapooos berhutang ialah anak-anak muda

Bayangkan umur baru 23 tahun
Sudah ada 40,000 ringgit hutang

Hutang ini bertujuan untuk mengikat anak-anak muda
Untuk terus jadi hamba kepada sistem ekonomi Kapitalis

Hidup dikelilingi oleh hutang
Dari univeristi hingga ke kubur
Hutang, hutang dan hutang.............

DARI MANA DUIT UNTUK PEMBELAJARAN PERCUMA
Hentikan beli senjata
Hentikan rembat duit rakyat
Hentikan projek membazir

Milik negarakan PLUS
Milik negarakan letrik
Milik negarakan talikom

Bila PLUS untung
Bila syarikat letrik untung
Bila syarikat talikom untung

Tidak masuk poket Syed Moktar
Tidak masuk poket Ananda
Tidak masuk poket Vincent Tan

Semua masuk ke dana negara!

P/S: Takkan benda semudah neh pun tak paham-paham lagi kot. Ada akai kena pakai, biar BODOH tu tinggal bagi kat Umno sudah....

Kahkahkah...


Kesian kat Hassan Ali... [BACA]

Posted: 30 Sep 2012 05:41 PM PDT

Hasan: Masih terkenang Pas.

Hasan Tidak Perlu Mengenang Pas Lagi

Hasan Ali alias Hasan Akidah yang telah dipecat oleh Pas dan enggan merayu sepatutnya tidak lagi berfikir mengenai Pas. Nur bulan purnama seharusnya tidak lagi menyimbah ke paratmajiwanya. Soal Pas seharusnya tidak menjadi tanggungjawabnya lagi. Pemimpin Pas yang ada bertanggungjawab sepenuhnya ke atas parti itu tanpa perlu koreksi Hasan.

Apabila kita sudah tidak setuju dengan sesebuah parti atau pertubuhan atau apa saja, kita tidak wajar mempertikaikan apa-apa yang dibuat oleh parti yang kita tinggalkan. Baik atau buruk bukan lagi tanggungjawab kita. Tuhan kita tidak marah kalau kita tidak mempedulikan lagi. Apabila kita keluar meninggalkan kemunkaran, kejahatannya kita sudah bebas dari menanggung dosa.

Laksana kita sudah meninggalkan isteri kerana kita yakin dia telah melakukan kesalahan, tidak perlu mempersoalkannya lagi. Biarpun dia melacurkan diri untuk mencari nafkah hidup ia bukan ada kaitan dengan kita lagi. Pintu syurga kita tidak akan dilaluinya lagi. Mungkin Tuhan menyediakan pintu syurga yang lain. Pintu syurga sesungguhnya bukan satu tetapi lapan atau 16.

Tetapi tidak dengan Hasan Akidah. Dia masih bercakap mengenai Pas. Mengkritik Pas dan kedua biji matanya terjolor melihat Pas buruk dan cemar. Apakah Hasan masih teringat akan kedudukan dan nikmat yang diperolehinya semasa sepanjang berada dalam parti itu. Masih ingat jawatan Exco terpaksa dilucutkan. Jawatan yang memberi ruang dan peluang untuknya berkhidmat membela Islam? Jawatan yang melambangkan prestajnya. Atau pun mengingati kepada Pas yang berjasa kepadanya melengsaikan hutang pituang yang dipunyai sebelum ini?

Terbaru Hasan terus mengungkitkan dan mengkritik Pas kononnya Pas mengubah slogan negara Islam kepada negara berkebajikan. Perubahan itu katanya kerana Pas takut kepada DAP dan ianya dibawa oleh parasit. Lebih baik Hasan tidak bercakap mengenai perkara ini (politik strategi) kerana selagi dia bercakap kebodohannya akan kelihatan sampai ke atas belikat.

Benar seperti diakui ramai bahawa Hasan tidak faham mengenai politik, malahan buta langsung mengenai politik. Hasan mengira politik seperti dia cara berfikir dengan ilmu yang dia ada. Sebenarnya kegagalan Hasan meletakkan dirinya utuh dalam Pas kerana kejahilan dia berpolitik. Dia sudah silap semasa membuat pilihan menyertai politik bukan kekal bersyarah dalam summer camp.

Selamanya Hasan Akidah akan ditimpa malang walaupun di mana dia berada dalam politik. Kalaupun dia menyertai Umno dia juga akan menghadapi kucah dan godaman ombak yang sama. Politik tidak boleh diurus semudah menaburkan air liur menerusi motivasi atau melakarkan pelan pelaksana di white board. Politik tidak boleh berfikir secara harfiah. Politik itu bengkang bengkok tidak sesuai orang yang merasakan didirinya lurus. Motivasi hanya cakap tetapi politik dengan cakap, tindakan dan penuh imiginasi. Motivasi adalah sesuatu praktikal, manakala dalam politik tidak semua praktikal adalah kalanya terkeluar dari normal akademik hatta mitos dan tahyulmacam 'didolar' Umno.

Lantaran itu Hasan Akidah tidak perlu kesal terhadap apa terjadi apa lagi mengenang Pas. Kini dia sudah ada wadah sendiri yang mendapat bantuan dan segala macam kemudahan untuk bergerak. Nah bergeraklah dengan wadah itu. Gumba dan tubalah rakyat agar meninggalkan Pas. Hasan boleh tonjol dinamisme pemikkirannya untuk menguatkan Melayu dan Islam melalui Ngo itu. Lakukan tidak siapa membantah.

Hasan tidak perlu bimbang. Sekiranya perjuangannya betul dan benar dia akan disokong. Hatta ahli Pas dan Umno akan meninggalkan parti masing-masing dan akan menyertai Ngo berkenaan. Selepas berjuta orang menyokongnya tidak mustahil Hasan dapat menjadi khalifah dalam Ngo berkenaan dan mengambil alih penguasaan negara ini memerintah secara Islam dengan akidah yang murni. Seluruh jemaah kabinetnya boleh dipilih dari mereka yang suci dan murni akidahnya. Orang yang suci akidah tidak khianat dan mencerca orang lain.

Hasan bangunlah jemaah anda sendiri. Buktikan yang anda benar. Untuk membuktikan itu bukan dengan terus menjadi alat kepada mana-mana kuasa dan individu. Selagi anda bercakap kotor selama itu orang akan pertikaikan kesucian akidah anda. Mengenai strategi Pas menukar slogan dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, seharusnya Hasan kena akur kepada Dr Haron Din yang tidak mempertikaikan perubahan itu. Apakah Hasan merasakan dia lebih Islamik dan akidahnya lebih suci dari Haron Din? Hakikatnya bahawa Haron lebih awal dan istiqamah dengan Pas berbanding Hasan yang masuk Pas kerana tersalah lorong.

Yang nyata siasah Haron Din lebih tinggai dan mampan dari siasah Hasan Akidah. Jadi siapa yang kena ikut siapa dalam soal ini, Hasan ikut Haron atau Haron ikut Hasan? Sebaiknya Hasan selepas ini jangan sebut Pas lagi kerana Hasan tidak ada kena mengena dengan Pas. Saya juga tidak mahu menyebut Hasan lagi selepas ini, kerana setiap kali saya menulis nama Hasan skrin laptop saya akan berkelip macam ada kilat seolah-olah mesin yang tak ada perasaan ini juga bencik dengan Hasan. Betul tak Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan. Mat Said masih sakit telinga.- MSO


Tiada ulasan: