Addin |
- BN Lancar Skim Jual Negara
- Ahli Parlimen BN Lari Lintang Pukang Lihat Kelibat Anwar
- Terbukti Najib Seorang Yang Bacul!!
- Hutang PTPTN Di Kejar.. Hutang Kondo Lembu Di Halalkan
- PRU13 Di Jangka Tahun Ini.. Bajet Hanya Taktik Najib
- "PKR Bermimpi Di Siang Hari" - Tim. Presiden DAP
- Panas!! Website JPN Dedah Warga Asing Dengan MyKad Palsu Boleh Mengundi
- Umno Pasti Terkedu Lihat Gambar Apek Nih..
Posted: 01 Oct 2012 04:00 PM PDT Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melancarkan skim menjual negara dengan memberi kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing secara berleluasa dan tidak terkawal. "Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. "Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini," kata Propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataan media hari ini. Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan BN daripada kehilangan kuasa?," soal beliau. Beliau berkata demikian ketika mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi – satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara. Edy Noor merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012 di mana seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Katanya, mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu. "Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah. "Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? "Kad Pengenalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?," soalnya. Beliau menambah, "lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah. "Mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri," terangnya. Ujar beliau lagi, "bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara. "BN sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya yang juga beberapa kali ditangguh. "Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen?," soal beliau. ~sabahdaily Iklan |
Ahli Parlimen BN Lari Lintang Pukang Lihat Kelibat Anwar Posted: 01 Oct 2012 08:08 AM PDT Kita tengoklah perangai ahli-ahli parlimen dari BN nih.. nampak je kelibat Anwar Ibrahim ajak berbahas, mereka dah lari lintang pukang. Masa Najib bentang bajet, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir. Apabila tiba masa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahaskan tentang bajet hari ini, semua tak nampak batang hidung..termasuklah Najib yang terpekik terlolong sindir Pakatan Rakyat Jumaat lepas... Makan gaji buta.. ops salah!! makan elaun buta.. Ahli Parlimen BN memang no kelas!! Iklan |
Terbukti Najib Seorang Yang Bacul!! Posted: 01 Oct 2012 12:31 AM PDT KUALA LUMPUR 1 Oktober: Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap.Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah.Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor. Anwar berkata, sudah menjadi tradisi Menteri Kewangan untuk hadir ke Parlimen ketika sesi bahas belanjawan negara."(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup. (Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh 'backbenchers' (Ahli Parlimen biasa) pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu dasar (yang tepat)," tempelak Ketua Umum KEADILAN itu. Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013.Separuh ucapan Najib pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat."Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan," cabar Anwar.Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran itu.Dalam sesi itu, Anwar juga menyentuh mengenai dasar-dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan. Mengulas Bajet 2013, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai bajet politik semata-mata.Katanya, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk 'one off' kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti. Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Najib ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan pilihan raya membayangkan ketakutan Perdana Menteri."Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen. ~kd Adiin: Malu sungguh berPMkan seorang yang bacul.. Berani berkokok di luar gelanggang, di ajak bersabung lari lintang pukang.. Iklan |
Hutang PTPTN Di Kejar.. Hutang Kondo Lembu Di Halalkan Posted: 30 Sep 2012 10:40 PM PDT KUALA LUMPUR 1 Oktober: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri kerana berat sebelah terhadap anak muda yang berhutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi mempertahan hutang penyelewengan oleh kroni Umno BN."Syarikat keluarga Ketua Wanita Umno, berapa hutang? RM250 juta, ada kutip balik? Hutang Syarikat penerbangan MAS dan Tan Sri Tajudin Ramli, ada kutip balik? Skandal PKFZ (Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang) hutang ada bayar balik? Perwaja Steel dan Tan Sri Eric Chia, sampai mati tak bayar balik. "Tapi anak orang kampung miskin hutang RM15,000, RM20,000 dikejar dan akan disaman kalau tak bayar, apa punya pemimpin macam ni," tempelak Anwar semasa berucap di tapak Pasar Malam Bandar Putera Klang pada Jelajah Merdeka Rakyat di Selangor semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Suhaimi Shafie; Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar dan ramai lagi pemimpin Pakatan. ~kd Iklan |
PRU13 Di Jangka Tahun Ini.. Bajet Hanya Taktik Najib Posted: 30 Sep 2012 09:17 PM PDT KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan pilihan raya umum (PRU) diadakan pada tahun ini. Beliau mengingatkan Pakatan Rakyat (Pakatan) tidak leka dan sentiasa memperkukuh jentera dan penerangan di setiap peringkat supaya lebih bersedia jika Parlimen dibubar secara mengejut. "PRU dah dekat dah, ada orang cakap PRU tahun depan, sebab BN akan bagi macam-macam Januari ini. "Saya tak percaya, kerana ini hanya taktik (Datuk Seri) Najib (Razak). Dia ingat kita rileks, dia buat PRU mengejut tahun ini," katanya. Justeru, beliau menyeru setiap jentera bekerja keras seolah-olah PRU akan diadakan esok. Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada Jelajah Merdeka Rakyat di Dewan Sivik Taman Medan semalam. Turut hadir, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan lain-lain pemimpin Pakatan. Menurutnya, Jelajah Merdeka Rakyat itu akan diteruskan selepas ini di seluruh Selangor bermula 21 Oktober ini. Sebelum ini, semasa berucap di Terengganu, Perdana Menteri mengumumkan akan mengadakan PRU ke-13 secara mengejut walaupun tempoh mandat kerajaan semasa berakhir April tahun depan. ~kd Iklan |
"PKR Bermimpi Di Siang Hari" - Tim. Presiden DAP Posted: 30 Sep 2012 09:10 PM PDT Addin amat-amat setuju apa yang di perkatakan oleh Dr. Tang, sifat gelojoh ini hanya akan merosakkan reputasi Pakatan Rakyat sendiri yang semakin mendapat tempat di hati rakyat. Rakyat akan menuduh PKR dan Pakatan Rakyat gila kuasa.. dan tak ubah sama seperti Umno BN. Sedangkan pilihanraya belum pun di umumkan lagi. Yang lebih penting adalah gerak kerja kita untuk mendapat sokongan padu rakyat bagi menumbangkan regim Umno BN. 'PKR Bermimpi Di Siang Hari' SHAH ALAM – Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari. Beliau berkata, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan 'Kabinet bayangan' kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian. "PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor akhbar ini semalam. Seng Giaw berkata, mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum tersebut. "Kalau sudah menang lain hal. Tetapi kami belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul," katanya. Sementara itu Naib Presiden PKR, N Surendran menjelaskan identiti pemimpin terpilih dalam Kabinet bayangan sama sekali tidak penting. "Siapa atau berapa jumlah pemimpin terpilih akan diumum kelak. Tapi apa yang pasti, jawatan Perdana Menteri akan menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya. Bagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, mereka tidak mahu mencampuri urusan PKR, sebaliknya lebih fokus kepada strategi kemenangan calon yang bertanding. ~sinarharian Iklan |
Panas!! Website JPN Dedah Warga Asing Dengan MyKad Palsu Boleh Mengundi Posted: 30 Sep 2012 07:01 PM PDT Lihat keratan akhbar di bawah ini baik-baik. Ia merupakan keratan akhbar Harian Ekspress (Daily Express) bertarikh hari Selasa, 21 September 2011. Hasil carian melalui Google di internet, keratan akhbar ini berjaya dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, JPN melalui link berikut. Difahamkan keratan akhbar ini untuk rujukan pihak JPN berhubung isu kad pengenalan. http://www.jpn.gov.my/sites/default/files/pdf/keratanakhbar/sabah21092010.pdf Ini bermakna keratan akhbar ini adalah keratan yang sah. Ia melaporkan satu perbicaraan mahkamah di Kota Kinabalu di mana seorang lelaki rakyat Filipina dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana menggunakan MyKad palsu. "Salleh Samsul dari Kampung Likas di sini, mengaku bersalah di hadapan majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen yang memegang nombor bersiri 670110-12-5035 di bawah namanya sendiri" lapor keratan akhbar itu. Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan bahawa kad pengenalan ataupun MyKad yang dipegang oleh Salleh Samsul itu adalah palsu. Apa yang menghairankan, semakan di laman rasmi rasmi Suruhanjaya Pilihanraya mendapati nombor MyKad palsu ini sah sebagai salah seorang pengundi atau dengan kata lainnya pemegang MyKad palsu ini boleh mengundi dalam pilihanraya. Bagi memastikan kesahihan pendedahan ini silalah semak sendiri di laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya sebelum mereka memadamnya untuk menghapuskan bukti penipuan ini klik sini [SPR]. ~milosuam Iklan |
Umno Pasti Terkedu Lihat Gambar Apek Nih.. Posted: 30 Sep 2012 06:23 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan