Khamis, 25 Oktober 2012

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Berhatilah-hatlah kita semua (25/10/12)

Posted: 25 Oct 2012 04:46 AM PDT


Kontroversi yang dicetuskan oleh sebuah NGO Melayu akibat lagu Krsitian "Harapan Bangsa" nyanyian penyanyi popular Jaclyn Victor terus hangat diperdebatkan.
Berikut adalah laporan The Daily Chili berhubung kontroversi ini:

The controversial song, Harapan Bangsa, that got Jaclyn Victor into hot soup with Perkasa was actually recorded in 2007 for a Christian compilation album, Jubilee.

The song that she sang in Malay, caused a stir recently when it was uploaded on YouTube by a user, with Christian imagery accompanying it.

Malay rights group, Perkasa, is calling for a blanket boycott of 2004 Malaysian Idol winner Jaclyn as it claims the song is an insult to Islam.

The uploader calls herself Kathryn Barry onYouTube. On the site, Kathryn said that she had created the video to "share this beautiful and meaningful song about Malaysia and Jesus."

There were no images of Jaclyn performing or recording the song in the video at press time. The video has received close to 43,000 views at press time.

The lyrics to Harapan Bangsa was written by Pastor Matthew G Singh, while the music was composed by churchgoer Teh Ju Ping.

The song was taken from the compilation album titled Jubilee which was distributed in churches in Sabah & Sarawak for non-commercial purposes, according to her.The album also features contributions from Akademi Fantasia 1 winner Vince and Juwita Suwito.

Jaclyn, 33, told MStar she sang the song in Bahasa Malaysia not to spread Christianity but as a dedication to the existing Christians in Sabah and Sarawak, as the majority of them are more fluent in Bahasa Malaysia.

She would not comment any further on the issue.

Ternyata lagu ini merupakan lagu Kristian yang digubah dan direkodkan bagi tujuan mendakwah ajaran dan fahaman Kristian. Dan oleh kerana Negara ini meraikan semua agama maka Jaclyn dan penerbit lagu ini tidak bersalah. Malah lagunya pun sudah lama dirakam dan diedarkan.
Masalahnya akibat pendedahan ini kini rakyat jelata berbilang kaum kahsnya orang Islam dapat menelaah lagu ini dan liriknya.

Jaclyn berhak menyanyikan lagu ini Cuma bagi saya lirik lagu ini sedikit kontroversial dan boleh disalah eetikan oleh mereka yang bukan Krisitian.
Memang bagi penganut Kristian senikata berikut tiada masalah:

Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa
Kan menyembah di tahta mu
Dan nyatakan bahwa Yesus lah tuhanku
Ku dengar suara aliran sungaimu
Membanjiri hati umat mu di Malaysia
Kami sangat rindu
Kau kan pulihkan Malaysia
Tetapi suka tak suka apabila kita menulis lirik dan mengaitkan "setiap suku dan setiap bangsa" dan mengaitkannya pula dengan "Malaysia" maka ia akan mengundang tanda tanya dari penganut bukan Kristian.

Jaclyn dan penerbit bebas dan punya hak menyanyi dan menerbitkan lagu ini untuk penganut Kristian, tetapi lirik seumpama ini agak sensitif dan sudah pasti apabila ia dibangkitkan akan mengundang kontroversi dan dalam hal ini apabila kita membicarakan hak dan kebebasan, mereka yang bukan Kristian juga punya hak untuk mempertikaikan sekurang-kurangnya senikata lagu ini.
Kesimpulannya bagi mereka yang faham, tak mengapa, tetapi bukankah lebih cocok dan selamat jika di masa hadapan kita lebih berhati-hati. Jangan sekali-kali terlepas pandang dalam hal sensitif seumpama ini kelak ia mengundang perbalahan yang tidak sihat dalam Negara berbilang agama seperti Malaysia.

Kita ambil contoh penggubal "Rukunegara", rukun yang pertama iaitu "Kepercayaan kepada Tuhan" atau "Believe in God" adalah contoh betapa penggubal memelihara aspek kebebasan beragama. Tidak disebut contohnya Kepercayaan Kepada Tuhan Yang Satu (Esa) sebagaimana Pancasila di Indonesia.
Belajar-belajarlah hidup bersama dan memelihara sensitiviti masing-masing, terkadang nampak remeh tetapi sesungguhnya penting. Jaclyn khasnya dalam hal ini punya ramai peminat dikalangan orang Melayu Islam, tidak salah kalau lebih prihatin.

Tiada ulasan: