Khamis, 25 Oktober 2012

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


semangat cakaaaaap jelaaahhh!

Posted: 24 Oct 2012 10:26 AM PDT

selamat berkorban!
dari kecil sampai besar kalau hari raya korban pasti khutbahnya pasal Nabi IBrahim nak sembelin anaknya Nabi Ismail. diulang-ulang peristiwa itu sekadar nostalgia. Lepas tu kerumun lembu sambil gelak ketawa sehingga lembu berasa tension sebelum disembelih.
Akhirnya pesta makan ajee....

media langsung tiada membangkitkan semangat korban. Apa yang perlu diikorban? kenapa anak yang hendak disembelih?
sebab anaklah yang paling disayangi.
tetapi selalunya ceramah ni cakaaaappp je...
terkesan juga dengan kata-kata kawanku John Jemang "macam peristiwa Hijrah, yang kerap diulang cakap ialah acara hijrah itu. Berkenaan rombongan Mekah sampai, tentang Muhajirin dan Ansar bersatu....tapi pernahkah dihayati lalu diamalkan pengorbanan mereka menerima rombongan?"
"bayangkan mereka datang tanpa bawa apa-apa dan penduduk Madinah memberi apa yang ada pada mereka seperti tempat tinggal, tanah, kediaman untuk dikongsi bersama."

seperti begini:- Hey! Marilah datang saudaraku! duduklah rumah aku ini, makanlah apa yang ada... Haa tanah aku tu mari kita sama-sama kerjakan! Kita kan bersaudara?
boleh kita cakap begitu kepada saudara kita yang berhijrah ke sini.
Kita? bukan kau saja? Aku pun?
Ustaz-ustaz yang berceramah tu pun buat...
boleh?
SElamat HAri Raya Korban!

Tiada ulasan: