Roslan SMS Corner |
Kalau Timbalan Presiden tak boleh bersuara (7/10/12) Posted: 07 Oct 2012 05:49 AM PDT Jawatan politik biasanya dimenangi melalui pemilihan dalam parti. Seorang menjadi pemimpin parti apabila ahli-ahli parti atau perwakilan parti berkenaan memberikan mandat kepadanya. Dalam erti kata lain sebagaimana wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat, pemimpin parti politik juga memegang ,mandat melalui kepercayaan ahli-ahli para perwakilan partinya. Saya terpanggil untuk memberikan komen dalam blog saya ini apabila melihat seakan ada suatu trend yang kurang sihat berlaku dalam politik Negara kita. Ia menjadi kurang sihat apabila kewibawaan seseorang yang berjawatan melalui mandat ahli partinya dipertikaikan apabila beliau bersuara. Bukan mahu terbabit dengan isi yang dipertikaikan tetapi saya lebih berminat kepada soal prinsip. Mengapa apabila seorang Timbalan Presiden parti bersuara, ,ereka yang tidak senang dengan suaranya itu mempertikaikan sehingga mencabar kewibawaan. Bila agaknya seorang Presiden atau Timbalan Presiden parti boleh bersuara atau memberi ulasan? Setelah bermesyuarat jawatankuasa tertinggi parti? Banyak sangat melatah nampaknya dalam politik kita kebelakangna ini. Dan dalam kekalutan itu seorang Setiausaha Agung pula dengan selamba "bermandat" pula memberi ulasan mengkritik Timbalan Presiden yang bukan dari partinya! Yang kita tahu jawatan Setiausaha Agung parti bukan jawatan yang dipilih oleh perwakilan kecuali ditunjuk oleh Presiden parti, boleh pula dia gunakan jawatannya itu untuk mengulas dan mengkritik seorang yang dipilih perwakilan?! Bagi saya Sdr Azmin Ali selaku Timbalan Presiden partinya "has every right" untuk membuat ulasan dan komentar atas kapasiti jawatannya, kalaulah kenyataannya itu tergelincir dari landasan partinya, biarlah pemimpinnya dalam hal ini Presiden parti yang menegur, bukankah molek dan lancer kalau begitu. Tiada yang"malaikat" dalam parti politik, semuanya boleh bersuara ditegur dan menegur, memberi komen dan dikomen."Move on" lah banyak lagi kerja lain. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan