Ahad, 7 Oktober 2012

OTAI MANJUNG

OTAI MANJUNG


Tulislah Apa Saja.....

Posted: 07 Oct 2012 05:00 AM PDT

Penulis tamu OM: Norman

TAPI JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB KITA PADA ALLAH
Gambar Hiasan

Tulislah apa sahaja samada kisah anak, isteri, suami, ibu bapa, soal kerja, politik, percutian dan sebagainya tetapi jgn lupakan utk sampaikan mesej dakwah kita. Kalau tak hari2, dua hari sekali. Kalau tidak seminggu sekali, dua minggu sekali asalkan kita tunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

Dakwah menjadi tuntutan kpd umat Islam yg baligh, berakal, mumayyiz dan mampu melaksanakannya. Byk dalil-dalilnya antaranya firman Allah dlm surah Ali Imran ayat 104 yg bermaksud, "Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah1 yg mengajak kpd kebaikan, menyeru makruf dan mencegak kemungkaran dan mereka adalah golongan org yg berjaya. (Ali Imran 104)

Jgn beri alasan seperti diberitahu penulis blog ini...Bila kita di panggil kembali (mati)agak2 jika Allah bertanya apa kamu telah laksanakan tanggung jawab sebagai hambaNya. Apa kita nak jawab nanti...Subhanallah.

1."Aku masih jahil. Sebab tu aku masih belum nak berdakwah"
Nak berdakwah tak semestinya perlukan ilmu yg tinggi melangit. Tak mungkin kita jahil sejahil-jahilnya sehingga nak sampaikan satu ayat tentang Islam pun kita tak tahu. Orang kafir sendiri pun tahu serba sedikit tentang Islam, tak mungkin kita sedungu itu utk kita tidak menyampaikan?

2."Aku ni byk buat benda tak betul. Jadi, tak layak utk aku berdakwah"
Sampai bila kita nak tunggu sampai jadi betul dulu? Sampai kiamat pun manusia ni melakukan kesilapan. Kalau kita dah rasa kita ni betul kemudian kita berdakwah, pada masa itulah kita org yg paling teruk sebab dah rasa diri tu betul. Apa yg penting, mari kita baiki diri kita utk jadi lebih baik dari semasa ke semasa.

3."Dulu-dulu aku byk buat maksiat. Rasa tak layak pulak nak berdakwah"
Saidina Umar r.a. dulu pernah jadi penyagak dan pembunuh. Beliau siap bunuh anak perempuannya yg masih kecil. Apabila dia memilih hidayah, beliaulah org yg byk berkorban dan berdakwah utk Islam, sehingga beliau menjadi khalifah yg sangat agung. Jadi, apa alasan kita? Bukankah Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya?

4."Aku takde masa utk berdakwah"
Alasan sebegini memungkinkan kita utk rasa geram dan rasa nak tempeleng org mcm ni. Punya byk masa Allah bagi, takkan nak bercakap 10 minit pun takde masa? Main bola, main game, main facebook ada masa pulak?

5."Belum tiba masa utk aku berdakwah"
Al-Quran dah turun 1400 tahun lepas dan Allah dan Rasul-Nya menyeru utk kita berdakwah sebelum kita lahir lagi! Jadi, adakah alasan 'belum tiba masa' sah utk digunapakai?

6."Aku tak pandai bercakap"
Perjalanan 1000 langkah bermula dgn satu langkah. Kalau tak mula bercakap, sampai bila2 pun tak pandai bercakap. Benda ni mkn masa. Kita bukan org hebat2 utk sampaikan dakwah dgn ayat2 bombastik. Apa yg penting, Allah menilai amal baik dan buruk kita walau sebesar zarah. Jadi, susah payah usaha kita utk pandai bercakap tidak akn disia-siakan oleh Allah walaupun sebesar zarah.

Tiada ulasan: