Sabtu, 20 Oktober 2012

PERAKITE

PERAKITE


Umno akan beri jaminan kepada MCA tidak akan menyokong Hudud ?

Posted: 19 Oct 2012 08:53 PM PDT

Umno wajib memberi jaminan kepada MCA bahawa mereka sesekali tidak akan bersekongkol dengan PAS untuk menyokong pelaksanaan hukum Hudud. Jika parti berteraskan Melayu itu gagal berbuat demikian, maka bersiaplah mengalami kekalahan lebih teruk pada PRU13.

Jika Umno tidak membuat pendirian jelas, maka ahli MCA tidak mengundinya BN lagi pada PRU depan.

Ini berasaskan kenyataan Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow yang menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk  Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

mca wanita agm 201012 02"(DAP ) dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur.

"Ekoran pertimbangan agama, anggota parlimen Umno dan PKR tiada pilihan selain menyokong rang undang-undang (hudud), sekali gus membuka jalan kepada keperluan dua pertiga untuk pindaan perlembagaan."

Walaupun mengakui anggota parlimen beragama Islam masih kurang 15 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3, Yu menegaskan hudud akan dilaksana sekiranya pindaan perlembagaan dibentangkan.


Setpol Zambry rasmi Konsert Amal Tiger Beer

Posted: 19 Oct 2012 08:45 PM PDT



Inilah yang dimaksudkan Dr Mahathir Mohamad berkawan dengan syaitan yang dikenali. atau sekurang-kurangnya berkawan dengan air syaitan yang memang dikenali. Tengok lambang pun daha tau, syaitan ini haram. 

Namun ada pak haji yang tergamak membantu merasmikannya.

Setiausaha Politik, Menteri Besar Haram Perak merangkap Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie tidak boleh bersubahat merasmikan konsert amal itu yang jelas ditaja oleh Harimau@Tiger.

Konsert di Taiping itu khabarnya diadakan untuk menarik minta geng muda terutamanya kaum Tionghua  berhibur sambil beramal di samping diadakan juga cabutan bertuah kepada pengunjung.

Janganlah  (meskipun terdesak) dengan mengambil jalan mudah segala perkara tanpa menghirau maruah diri dan agama sehingga sanggup bersubahat. 

Kes rasuah Jamaludin Behrang belum selesai rupanye

Posted: 19 Oct 2012 08:16 PM PDT


Ingat dah tamat kes terhadap mamat juara lompat Jamaluddin di Behrang ni. Kalau dah lepas PRU, maka sakitlah mamat ni. Umno/Bn tentu akan buang dia jauh2. Masa tu sapa nak jadi loyar dia.. orang Umno dah tentu jauhkan diri.....

Image

Tiada ulasan: