Addin |
- Fathul Bari Suruh Umno Keluar BN
- Lihatlah Adun BN Melaka Kena Belasah Dengan Facebookers..
- Ketua Umno Bahagian Taiping Rasmi Konsert Amal Tajaan Syarikat Arak
- Gempar!! MT Umno Terima Laporan BN Bakal Tumbang PRU13
- Patutlah Fathul Bari Tak Berani Belasah Chua Soi Lek.. Ini Sebabnya
- Gambar Najib Sokong Pasukan Kelantan Tersebar
Fathul Bari Suruh Umno Keluar BN Posted: 20 Oct 2012 09:38 AM PDT SHAH ALAM – Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu agama perkara sensitif bagi penganutnya dan tidak boleh dijadikan bahan untuk dipolitikkan. "Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam."Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud. Jelasnya, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut Kristian, Buddha atau Hindu.Menurut Fathul Bari, umat Islam juga perlu sedar permainan politik kotor sesetengah pihak yang gemar menggunakan agama sebagai isu mereka. "Kita asyik bercakap mengenai isu ini, tetapi sama ada Pas atau Umno, semua menghadapi masalah yang sama."Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?," katanya.Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah itu berlanjutan. Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain. ~sinar Addin: Sepatutnya umno yang keluar bn.. |
Lihatlah Adun BN Melaka Kena Belasah Dengan Facebookers.. Posted: 20 Oct 2012 03:47 AM PDT Cubaan seorang Adun Barisan Nasional dari Melaka, untuk menyelitkan sentimen politik menjelang pertandingan akhir Bola Sepak Piala Malaysia 2012 mengundang padah apabila beliau menerima kutukan rakan-rakan di facebook. Ghazale Muhammad, Adun Barisan Nasional Serkam itu cuba mengaitkan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan melawan ATM sebagai PAS melawan tentera. Namun komen yang dianggap bodoh melalui akaun facebook itu dihujani kutukan demi kutukan sahabat-sahabatnya di facebook.Nampaknya taktik politik murahan ini memakan diri. Kalau kita lihat penyokong Kelantan contohnya tidak kira fahaman politik sama ada PAS ataupun Umno, mereka boleh bersatu dan duduk bersama menyokong pasukan Kelantan.Jika anda selalu ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak seperti ini, anda boleh lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana penyokong Umno dan PASmeskipun membawa bendera parti masing-masing, namun mereka duduk bersama menyokong Kelantan. Namun Adun BN dari Melaka ini yang jelas diketahui bahawa sukan bola sepak negerinya sendiri lingkup gara-gara campur tangan orang politik cuba menanam kebencian kepada penyokong bola sepak Kelantan.Meskipun Negeri Kelantan ditadbir oleh Parti Islam, PAS namun pengurusan Pasukan Bola Sepak Kelantan tetap di bawah pengurusan orang kuat Umno. Kerana apa? Kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan tahu, orang kuat Umno itu lebih berkelayakan.Kalau korang rasa-rasa berhajat nak berikan pendapat bolehlah tinggalkan komen di wall Adun BN ini sila klik sini. ~milosuam |
Ketua Umno Bahagian Taiping Rasmi Konsert Amal Tajaan Syarikat Arak Posted: 19 Oct 2012 10:55 PM PDT Setiausaha Politik, Menteri Besar Haram Perak merangkap Ketua Umno Bahagian Taiping, Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie kununnya tidak berpeluang lagi merasmikan konsert amal tetapi sebenarnya ada dan ditaja pula sebuah syarikat minuman keras terkenal. Konsert yang akan diadakan di sebuah dewan Cina berhampiran stesen bas di Taiping itu khabarnya akan cuba menarik golongan muda terutamanya kaum Tionghua untuk berhibur sambil beramal di samping diadakan juga cabutan bertuah kepada pengunjung. Shalimin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan simen didakwa akan merasmikan sendiri konsert tersebut selain diiringi beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) parlimen tersebut. Menurut sumber, ini sebagai satu strategi terbaru BN cuba untuk menarik pengundi muda Cina supaya memberi sokongan terhadap parti itu dalam pilihanraya umum akan datang. Persoalannya, beginikah sikap dan akhlak seorang pemimpin beragama Islam yang sudah pun menunaikan haji ke tanah suci sanggup menggadaikan maruah diri dan agama dengan merasmikan majlis yang ditaja sebuah syarikat arak? Sudah tidak adakah pemimpin BN bukan Islam yang boleh menggantikan tempat Shalimin merasmikan majlis tersebut walaupun dalam Islam tidak melarang penganut agama lain untuk berhibur malah bebas berbuat apa saja asalkan tidak melanggar undang-undang. Bukankah BN Taiping ditandingi Presiden PPP, M Kayveas yang kalah dalam pilihanraya umum lalu dan untuk mengelakkan fitnah, mengapa tidak dia sendiri yang merasmikannya? Mengapa alim ulama dalam Umno bahagian Taiping terus diam membisu tidak berani menegur Shalimin yang sama ada sedar ataupun sebaliknya sudah terjerumus ke dalam maksiat? Apakah reaksi ahli Umno agaknya setiap kali lalu di hadapan kain rentang berkenaan kerana ia sudah pasti akan memberi 'saham' kerana tidak menegur pemimpin yang sudah menggadaikan prinsip perjuangan apatah lagi agama Islam? Paling utama, mengapa Zambry juga tidak berani menyanggah tindakan setiausaha politiknya sendiri kerana ia jelas bertentangan dengan perjuangan Umno yang kununnya memartabatkan Islam dan memperjuangkan hak orang Melayu? ~orangni.blogspot |
Gempar!! MT Umno Terima Laporan BN Bakal Tumbang PRU13 Posted: 19 Oct 2012 09:25 PM PDT Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti. Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR). Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah. Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia? Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei? Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia. Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara. Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube. Kemudian, kembangkan melalui tindakan. Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa. Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik. Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya. Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal. Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa. Malaysia harus belajar dari Nepal! ~aminiskandar |
Patutlah Fathul Bari Tak Berani Belasah Chua Soi Lek.. Ini Sebabnya Posted: 19 Oct 2012 07:38 PM PDT Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia. Ramai tertanya-tanya, di manakah Fathul Bari yang dilihat sunyi sepi tidak membantah kenyataan tersebut. Persoalan ini timbul apabila Fathul Bari sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan mewakili Ulamak Umno dalam berbicara tentang agama. Sepatutnya kenyataan Datuk Seri Chua ini menjadi perhatian beliau untuk ditegur tanpa lengah kerana ia berkait rapat dengan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam. Adakah beliau memilih isu menguntungkan sahaja untuk mengulas? Isu-isu yang merugikan politik Umno ditinggalkan walaupun ia isu yang besar di sisi Islam. Datuk Seri Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali sebenarnya menggunakan cara yang sama yang diajar oleh Umno untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Mereka menakut-nakutkan orang ramai dengan pelbagai andaian yang karut sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Negara akan muflis, mundur ke belakang dan lain-lain lagi menjadi bebelan Umno ke mana sahaja mereka pergi. Nampaknya Datuk Seri Chua belajar daripada Umno untuk menakutkan rakyat dengan menghina hukum Hudud. Beliau begitu berani menghina kerana yakin tidak ada sesiapa pun daripada kalangan pemimpin dan Ulamak Umno termasuk Fathul Bari akan menegur dan mengambil tindakan kepadanya. Beliau yakin Umno dan Ulamaknya tidak akan berbuat apa-apa kerana ia memberi keuntungan kepada politik Barisan Nasional untuk menarik undi orang Cina. Kalau PAS yang menegurnya, beliau tidak ambil kisah kerana memang sifat PAS yang suka membangkang. Ini bukan kali pertama Umno dan ulamanya senyap dalam berdepan dengan kenyataan Datuk Seri Chua menghina hudud. Ketika Datuk Seri Chua menyatakan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika Hudud dilaksanakan selepas merasmikan forum mengenai Hudud di Wisma MCA, Umno dan ulamanya juga senyap tidak membantah. Malah beliau juga menegaskan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam. Mungkin kerana ugutan keras MCA akan keluar Barisan Nasional jika Umno melaksanakan hudud menyebabkan Umno dan ulamanya termasuk Fathul Bari menikus demi kepentingan survival politik mereka walaupun terpaksa menggadaikan Islam. Penulis ialah Timbalan Ketua Ulamak Pelapis PAS (Pusat). |
Gambar Najib Sokong Pasukan Kelantan Tersebar Posted: 19 Oct 2012 05:30 PM PDT Najib sokong pasukan Kelantan? Kalau setakat nak pancing undi, ko silap banyak najib kerana rakyat kelantan tak termakan dengan lakonan ko..najib. Bukti menunjukkan pada pru 2008, pelbagai gula-gula di tabur pada rakyat kelantan mereka tidak berubah pendirian. Kalau setakat ko pakai baju pasukan kelantan...mereka memang tak heran. Yang mereka heran sekarang, kenapa ko tak bagi-bagi royalti.. Umno... apa pun tak boleh!! |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan