PENYAPU SIAL |
Skandal MB N.Sembilan rembat tanah negeri di bongkar...!!! Posted: 24 Oct 2012 03:03 AM PDT Satu skandal di dedahkan melibatkan penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya.Di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal. Pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan.Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana melanggar undang-undang yang diperuntukkan.. Pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172).Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku.. Ada bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit. dengan lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini termasuk MCA sendiri yang perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat. |
Posted: 24 Oct 2012 02:45 AM PDT Isu rogol: DAP bela Nik Aziz sementara UMNOPORNO pula bela MCA... DAP hari ini mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam. Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap". "Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja. Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan. Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam. Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat. "Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.
Ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.Justeru, Perdana Menteri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons. Kita mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam. Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?' Kita mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam. Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek. Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum.Kemudian bila berucap tak tegur pun.Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)? Tindakan Chua Soi Lek itu keterlaluan dan ini mengingatkan kita isu rakaman hubungan seks luar nikah presiden MCA itu dengan seorang wanita lain. "Siapa dia (yang bercakap)? Chua Soi Lek. Bercakap soal moral, saksi dia Datuk Najib. Ini sudah keterlaluan.. Sabtu lalu, Chua memperakui kenyataan Heng Seai Kie yang mendakwa mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008. Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam. Minggu lalu, Chua turut mengundang kontroversi apabila membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang apabila hukum hudud dilaksanakan. Umno sebagai rakan MCA dalam BN hanya mendiamkan diri dalam perkara itu.Tetapi pada masa sama DAP bertindak membela Nik Aziz walaupun mereka menolak pelaksanaan hudud.. Parti itu menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan walaupun menolak hudud. Walau pun DAP tak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dalam perlembagaan tetapi mereka hormat kepada penganut agama Islam. Anda mahu menyokong pihak yang menghina hukum Allah? Silakan...kongsi saham di akhirat nanti! |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan