Rabu, 24 Oktober 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


200 demo bantah Chua Soi Lek di depan Wisma MCA

Posted: 24 Oct 2012 08:11 AM PDT





KUALA LUMPUR: Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara aman  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina agama Islam.

Mereka yang terdiri daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak berhenti-henti menghina agama Islam.

Himpunan hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Ia hanya dirancang semalam oleh mereka dan berkumpul di sana hari ini.

Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam.

Ianya berikutan kenyataan Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, beliau mendakwa negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Sementara itu, PAS turut menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut mengetuai himpunan itu berkata, pihaknya juga akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat.

"Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan kita akan bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Bagi kami, kalau MCA nak belajar Islam, jangan belajar dengan Umno, tapi belajar dengan PAS," katanya kepada wakil media.

Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Soi Lek yang seolah-olah buta mata dan hati sanggup menghina agama Islam kerana kepentingan politik.

"Allah sudah sebut jangan sekali-kali engkau menghina berhala orang lain, tetapi MCA pula mengajar masyarakat lain supaya biadap kepada Islam," katanya sambil diikuti laungan takbir.

Beliau menyeru orang Melayu agar menolak MCA dan Umno dalam pilihan raya akan datang.

Seramai lima orang dilihat masuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil MCA di perkarangan pejabat pergerakan itu.

Selain Ustaz Idris, turut mengiringi semasa penyerahan itu termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco Pemuda Adram Musa serta Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Turut serta dalam bantahan itu, pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal Adam Hamid serta bekas pelakon terkenal siri Gerak Khas, Abby Abadi.

Sementara itu Khairul Faizi melahirkan kekecewaan apabila rombongan mereka untuk menghantar memorandum kepada Soi Lek hanya diterima oleh Setiausaha Kerja Pemuda MCA.

"Bukan itu sahaja, kami hanya dilayan di hadapan tangga bangunan ini , hari ini beliau sudah buktikan beliau biadap," katanya dalam sidang media selepas selesai berhimpun.

Bahkan katanya, jika MCA tidak memohon maaf kepada umat Islam negara ini dalam masa satu minggu pihaknya akan mengadakan himpunan yang lebih besar dari hari ini.

"Kami sanggup gadai nyawa kami demi Islam," tegasnya sambil menyifatkan MCA parti yang wajar ditolak oleh rakyat dalam PRU-13 kerana mengamalkan sikap perkauman yang melampau.

Himpunan yang berlaku hampir sejam itu turut mencuri perhatian awam dengan laungan takbir, hidup Islam, hancur kezaliman, berulang kali oleh peserta yang hadir. -Hrkh

Hina Islam? Selamat Jalan MCA!

Posted: 24 Oct 2012 12:45 AM PDT


Tiada lain yang dapat ku ucapkan kepada Chua Soi Lek selain 'selamat jalan', tatkala seluruh negara melihat betapa gigihnya MCA menggali kubur sendiri sewaktu persidangannya hujung minggu lalu. Sambil mengelap air mata meratapi pemergian parti Cina terbesar di Malaysia, kita turut menitipkan belasungkawa buat United Malays National Organisation yang kian sunyi menyendiri di dalam sebuah barisan politik yang sedang nazak.

Mari kita bertafakur sejenak dan mengenang kembali fiasco konvensyen MCA yang baru sahaja berlalu. Kita faham keadaan mereka sekarang. Selalunya orang yang menghampiri ajal akan buat dan cakap yang bukan-bukan.

DAP tidak perlu menjawab tuduhan MCA, apatah lagi bermain drama politik MCA. Sebagai sebuah parti yang lama, MCA sepatutnya lebih punya pengalaman dan kebijaksanaan untuk melakukan perkara yang lebih masuk akal, selain menghina Islam secara terang-terangan. Sangkanya permainan begitu akan menjerat DAP, tetapi MCA ternyata silap.

DAP, sebagai sebuah parti yang tidak berasaskan kaum mahupun mengangkat nama mana-mana agama; hanya sekadar melihat dengan ekspresi tidak percaya pada politik 'lagak ngeri' yang diperlihatkan MCA dua tiga hari lalu. Tidak menyangka parti Cina tersebut mampu memberanikan diri untuk menyerang dan menghina Islam dan hudud secara terang nyata.

Seolah-olah pemimpin MCA ini semua telah salah makan ubat.Mabuknya itu lain macam, hatta menyebabkan kaum Cina lain menepuk kepala dan menggeleng-geleng tidak percaya.

Antara tuduhan paling gila pastilah yang keluar dari mulut Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie yang mendakwa kononnya PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya wanita tersebut tidak menepati peraturan berpakaian yang disarankan agama Islam. Mengucap panjang saya apabila membaca laporan ini. Bagaimana agaknya beliau boleh membenci Islam sampai ke tahap ini, sehingga sanggup memfitnah PAS sampai begitu sekali.

Apakah Heng Sai Kie langsung tidak membaca atau melakukan sebarang penyelidikan? Tidak mampu menggaji seorang dua pembantu penyelidik kah? Atau memang betul-betul salah makan ubat? Tidak saya bukan menghina, cuma saya mahu tahu. Bagaimana mungkin dalam negara yang begitu majmuk, masih boleh wujud dua tiga kerat manusia yang begitu tidak peduli dengan sensitiviti sehingga langsung tidak berfikir apabila berkata-kata.

Malaysiakini memetik Heng sebagai berkata, "Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" Dari kejauhan kita dengar bunyi 'pap' yang amat kuat. Bunyi puluhan ribu rakyat Malaysia yang menepuk dahi dengan kenyataan tidak masuk akal ini.

Mungkin inilah sebabnya hatta NGO ultra-Melayu, Perkasa pun akhirnya keluar 'fatwa' bahawa haram bagi orang Melayu untuk mengundi MCA. Perkasa, sebagai sebuah NGO pro-UMNO pastinya rasa serba salah untuk bergulat dengan MCA, sebuah parti yang pastinya punya kuasa politik besar dalam Barisan Nasional. Lainlah kalau Perkasa sendiri sudah boleh membaca bahawa ada kemungkinan UMNO akan "fly-solo" dalam pilihanraya akan datang.

Apa maksud "fly solo"?

Bacaan politik saya dua tiga hari ini memberitahu bahawa akan ada kemungkinan bodoh untuk UMNO meninggalkan regu politik paling akrabnya dan bertanding dalam pilihanraya akan datang dengan penglibatan minima MCA, atau mungkin dengan tidak melibatkan MCA langsung. Dead-weight dah MCA ni, kata orang putih. Seumpama mengusung mayat.

Sebagai parti politik yang masih terjerat dalam permainan sentimen perkauman dan agama, MCA tidak belajar dari kesilapan 2008. UMNO tidak boleh terus memberi muka kepada parti politik Cina yang biadap dengan Islam. UMNO pun Islam juga kan? Bukan PAS sahaja yang Islam. Tetapi MCA ini sudah merepek di luar kawalan apabila ia menyangka hanya PAS sahaja yang Islam dan pro hukum Tuhan, tanpa menyedari bahawa dengan menyerang Islam, MCA turut mencederakan UMNO.

Kita cuma berharap UMNO tidak cukup bodoh untuk menyahut seruan MCA dan tumpang sekaki dan turut menyerang Islam, tidak kiralah versi siapa pun. Saya yakin UMNO tidak sebodoh itu. (Tetapi malangnya UMNO itu bodoh juga.. -GB)

Di penghujung konvensyen MCA jelaslah kepada rakyat Malaysia seluruhnya bahawa tiada lagi harapan untuk parti politik berasaskan kaum yang dengan terang nyata tidak mahu melayan sebarang ide baru menjelang pilihanraya umum akan datang. Ini ertinya MCA akan terus bermain di dalam lingkungan politik perkauman sempit seperti kebiasaannya berpuluh tahun lampau.

Dengan sentimen yang dibakar oleh presidennya hujung minggu lalu, pastilah kita boleh mengagak bahawa hanya kebencian terhadap Islam yang akan terus ditiupkan sepanjang kempen pilihanraya umum akan datang. UMNO akan terus berdiam diri kerana yang terkorban hanyalah MCA. Apa guna lagi membantu jasad yang sedang nazak.

Maka selamat jalan kita ucapkan buat MCA. Jasamu kan tetap kami kenang – Roketkini.

Kelantan umum hadiah umrah buat TRW

Posted: 24 Oct 2012 12:44 AM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini telah mengumumkan ganjaran menunaikan umrah kepada para pemain The Red Warriors (TRW) setelah berjaya menjuarai Piala Malaysia Sabtu lepas.

Keputusan kerajaan tersebut telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob selepas mesyuarat exco bertempat di Pejabat Exco negeri sebentar tadi.

"Kerajaan Kelantan mengambil kira kesungguhan pemain dalam memastikan kejayaan pasukan Kelantan dan kita kira amat layak kerajaan memberi sebarang bentuk ganjaran dan kali ini untuk kali kedua kita telah memilih untuk memberi pemain untuk menunaikan umrah" ujar beliau.

Bagi pemain yang bukan beragama Islam pula, mereka akan diberi ganjaran berupa wang tunai.

Sabtu lalu pasukan Bolasepak Kelantan berjaya mengalahkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3 - 2, sekaligus menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, buat kali pertama juga kerajaan bersetuju untuk mengadakan jamuan rakyat tanda kesyukuran pada 3 November ini akan datang.

Ianya akan melibatkan rakyat serta anggota pasukan TRW bagi meraikan kemenangan bersejarah itu.

" Kami harap peminat dan rakyat kelantan dapat hadir untuk menikmati jamuan rakyat yang akan diadakan di perkararangan stadium Sultan Muhammad ke IV nanti yang akan bermula jam 12 tengahari hingga 2 petang" katanya lagi.

Selain Kerajaan Negeri, ganjaran lot tanah juga menanti pemain TRW yang akan disumbangkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ekoran kejayaan itu.

Difahamkan, setiap lot tanah itu bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000, dengan membabitkan kos keseluruhan mencecah hampir RM2 juta. -Hrkh

SAYA SAYANG TOK GURU ...

Posted: 23 Oct 2012 07:12 PM PDT

Teruskan perjuangan Islam selepas saya tiadaTG Nik Aziz



KOTA BHARU: Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang kerajaan daripada sistem riba.

"Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam.

 "Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian," katanya di sini.




Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan tersebut. Ketika itu hanya Bank Islam sahaja yang tiada sistem kewangan berunsur riba di negara ini.

Menurutnya bermula dari situlah institusi kewangan lain di negara ini menubuhkan kaunter perbankan Islam sehingga berkembang pesat sekarang. Begitu juga kata beliau sistem Ar-Rahn sehingga ditiru banyak pihak lain.


 

Ditanya konsep berkebajikan yang diuar-uarkan, katanya sebelum Kelantan melaksanakan dasar kebajikan, Islam sebenarnya agama berkebajikan.

"Bersesuaian dengan itu kita meneruskan program dan bantuan untuk membantu rakyat.

Bantuan baja padi, al-It'aam, dividen Ladang Rakyat, skim Kifaalah, az Ziwaaj dan pelbagai lagi program kebajikan dilaksanakan untuk manfaat rakyat," ujarnya.

Pada pertemuan itu beliau juga berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam apabila ketiadaannya nanti.




"Pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Syukur di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak.

"Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan. "Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang.

Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang. "Ini sudah cukup bagi saya.

Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya," katanya. 
-

Dr Asri : Umno Perlu Undur Sebab Gagal Sekat Politik Wang

Posted: 23 Oct 2012 05:29 PM PDT


SHAH ALAM : Umno harus berundur dari persada politik negara ekoran pengakuan pemimipinnya bahawa politik wang sudah menjadi budaya di dalam Umno yang perlu diterima oleh masyarakat termasuk agamawan yang ingin menyertai parti itu.

Saranan itu dibuat oleh bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin kerana amalan itu menyebabkan negara diterajui pemimpin yang kaya tetapi tidak semestinya mampu mentadbir negara dengan bijak.

Selain itu, menurutnya budaya politik wang itu akhirnya akan melibatkan unsur-unsur rasuah yang akhirnya tidak dapat dikawal.

"Terima kasih kepada Ustaz Syahrin kerana menjawab dengan jujur, tetapi saya rasa kalau Umno begitu parah bererti Umno kena berundur.

"Kita tidak akan dapat keluar dari masalah ini jika Umno terus dengan cara itu sebab tak kira parti mana akan terpaksa ikut amalan itu.

"Kerana orang Melayu dah terbiasa memilih pemimpin bukan kerana ketajaman minda dia, ada idea dan sebagainya tetapi soal dia banyak duit.

"Sebab itulah bila seseorang itu jadi pemimpin Umno dia mesti ada duit, mesti ada projek dan perkara ini semakin hari semakin disuburkan," ujar Dr Mohd Asri dalam program Wacana Sinar bertajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin' di sini hari ini.

Seorang ahli panelis program itu Syahrin Md Jamaluddin mengakui bahawa wang memainkan peranan amat penting dalam mempengaruhi kedudukan seseorang pemimpin dalam Umno.

Syahrin yang merupakan Exco Pemuda Umno berkata pemimpin Umno samada peringkat bahagian ataupun pusat yang tidak memiliki sumber kewangan yang kukuh tidak akan bertahan melebihi tiga bulan dalam Umno.

Syahrin memberi contoh di mana ahli Umno akan meminta duit untuk menjalankan program seperti permainan bola sepak dan sambutan keagamaan daripada pemimpin bahagian mereka.
Sementara itu, seorang lagi panelis Datuk Siddiq Fadzil pula berkata mekanisma pemilihan pemimpin berdasarkan wang itu merupakan mekanisma 'enjit-enjit semut'.

"Ini yang dipanggil mekanisma 'enjit-enjit semut', siapa sakit naik atas,' jadi mekanismanya begitu, pemimpin yang naik atas itu juga pemimpin sakit. -TVS

Parlimen 'meletup' kes pegawai kastam beli-belah RM1.8j

Posted: 23 Oct 2012 05:24 PM PDT

Apa yang bermula sebagai satu pertanyaan mudah berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2011 akhirnya bertukar menjadi huru-hara apabila para ahli Parlimen menjadi emosional  semasa jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin di peringkat jawatankuasa dalam perbahasan belanjawan Kementerian Kewangan.

NONEFong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan
jawapan dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta tanpa kebenaran, tetapi diejek oleh penyokong BN kerana ia memanjangkan lagi sesi Parlimen yang sudahpun panjang.

Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.

Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.

Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.

Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit.

Fong juga meminta supaya penyokong (BN) menghormatinya kerana beliau sedang menjalankan tugasnya, sambil menegaskan, jika mereka tidak berminat, mereka boleh balik.

Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu?

Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis?

Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum.

Awang Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya.

NONEIni menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah
tindakan Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh! kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!".

Timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas hati.

Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan.
Azan pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya.

Pada ketika ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan "secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil.

Timbalan speaker itu akhirnya putus asa cuba untuk mengawal ahli Parlimen dan terus meminta undian dengan suara untuk meluluskan bajet Kementerian Kewangan dan kemudiannya menangguh sidang semalam dalam keadaan Dewan menjadi riuh-rendah dengan jeritan bantahan.

Ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis selesai.

"Satu laporan polis telah dibuat, apa lagi  yang (MP) Batu Gajah mahu? Adakah dia mahu bunuhnya?" katanya.

Ditanya mengenai dakwaan ahli Parlimen tidak menerima jawapan bertulis seperti yang dijanjikan oleh kementerian lain, Awang Adek berkata beliau adalah seorang yang mengotai janjinya.

'Saya kurang sihat'
Pada masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri itu.

Chong Eng: Aiya, apa ini!

Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu.

Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran

Awang: Saya demam...

Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini. -M'kini

‘Perjanjian syaitan’ Umno, MCA untuk kekal berkuasa

Posted: 23 Oct 2012 05:23 PM PDT


Saya benar-benar terkejut apabila mendengar ucapan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada Mesyuarat Agung MCA ke-59 Ahad lalu kerana begitu banyak pembohongan dan penipuan disumbatkan dalam satu ucapan.


Berikut adalah tiga contoh pembohongan dan penipuan  yang dihamburkan Chua Ahad lalu:

  1. "DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar. Daripada 11 buah negara yang melaksanakan hudud, lapan buah dikatakan negara paling korup dan negara-negara itu juga dikenali sebagai tidak stabil dan tidak selamat."

2. "UBAH bermaksud: U untuk Untuk, B untuk Bentuk, A untuk Agama dan H untuk Hudud ala PAS. CHANGE pula bermaksud C = Choose H = Hudud A = At N = Next G = General E = Election"

3. "Mereka (DAP) akan terus memperdaya, memberi harapan palsu kepada kaum Cina bahawa jika kaum Cina mengundi DAP, mereka akan diperkasakan untuk menjadi penentu di negara ini."

Chua begitu terdesak cuba meyakinkan dirinya dan rakyat Malaysia bahawa DAP memperjuangkan hudud PAS sehingga ke tahap berhujah bahawa hudud akan "mengurangkan korupsi" di Malaysia dan menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pungutan suara bagi "hudud ala PAS".

Chua betul. Ini adalah satu "pembohongan besar", tetapi pembohongan besar yang dicipta oleh Chua sendiri bukannya DAP.

Pemimpin DAP tidak pernah berselindung daripada mengakui bahawa terdapat perbezaan di antara DAP dan PAS dalam persoalan-persoalan negara Islam dan hudud, malahan pemimpin PAS telah mengatakan secara terbuka bahawa mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum ke -13 bukanlah undi untuk hudud, tetapi merupakan undian kepada perancangan bersama Pakatan Rakyat untuk menegakkan keadilan, memastikan berjalannya demokrasi, memulihkan kemandirian dan profesionalisme institusi-institusi penting negara yang dimusnahkan oleh UMNO/Barisan Nasional dan menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas dan kawasan.

Pembohongan Chua yang paling mengarut adalah kononya pemimpin DAP memberitahu kaum Cina bahawa mereka adalah "penentu dalam negara ini" sedangkan ini tidak pernah menjadi pendirian DAP.

Ucapan Presiden MCA oleh Chua dipenuhi dengan pembohongan dan sikap tidak jujur.

Ketika mengatakan lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud sebagai paling korup, adakah Chua berhenti seketika untuk mempertimbangkan mengapa sejak 17 tahun lalu (terutama 3 ½ tahun kebelakangan ini ketika Najib menjadi Perdana Menteri) Malaysia telah menjadi semakin korup, tewas kepada enam negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2011 sedangkan enam belas tahun lalu, Malaysia mendahului semua negara-negara OIC dalam CPI TI 1996 dari segi pembangunan, kedaulatan hukum dan ketelusan?

Pada tahun 1996, Malaysia berada di kedudukan No.26 daripada 54 negara dengan skor 5.32 – mengatasi Jordan (No.30 – skor 4.89), Turki (No. 33 – Skor 3.54) dan Mesir (No. 41-  2.84).

Enam belas tahun kemudian, di dalam CPI TI 2011, Malaysia merundum ke kedudukan 60 dengan skor terendah 4.3 – tewas kepada enam negara OIC dan hanya satu kedudukan mengatasi Turki, seperti yang digambarkan di bawah:

Qatar – No. 22 (kedudukan)  7.2 (skor)
UAE   - 28                              (6.8)
Bahrain- 46                           (5.1)
Oman -  50                            (4.8)
Kuwait – 54                           (4.6)
Jordan – 56                           (4.5)
Arab Saudi – 57                   (4.4)
Malaysia – 60                       (4.3)
Turki  -   61                            (4.2)

Ini bukanlah  tindakan Chua paling mengejutkan ketika Persidangan MCA, tetapi tindakan beliau mempertahankan Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa PAS membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.

Perasaan terkejut kepada ucapan Chua bertukar menjadi kasihan dan sedih melihatkan Presiden MCA sanggup menjadi sebegitu hina untuk menghamburkan pembohongan-pembohongan dan penipuan kerana terdesak memikirkan prospek Pilihan Raya Umum ke-13.

Adalah jelas MCA dan UMNO telah mengadakan "perjanjian syaitan" supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa UMNO/BN pada PRU13.

Pemimpin UMNO, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan Mesyuarat Agung MCA, tidak percaya dengan pembohongan dan penipuan MCA antaranya fitnah ke atas PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol.

Tetapi mereka terus membisu, seperti mana pemimpin MCA membisu walaupun mereka tidak percaya pembohongan UMNO bahawa DAP mahu mendirikan negara Kristian, memansuhkan pemerintahan Raja-Raja Melayu dan mendirikan republik.

Inilah "perjanjian Syaitan". Tidak hairanlah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir baru-baru ini membuat kenyataan – "Lebih baik syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali."

Tidak ada pengakuan yang lebih benar tentang kewujudan 'perjanjian syaitan' UMNO/MCA menghasilkan politik paling jahat dalam sejarah negara, yang langsung tidak mempedulikan kebenaran dan keadilan, dalam keterdesakan politik UMNO/BN untuk kekal berkuasa pada PRU13. -Hrkh

Chua Soi Lek Kini 'Murshidul Am' Umno

Posted: 23 Oct 2012 05:22 PM PDT


Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

"Ego Presiden MCA sudah melambung hingga ke peringkat tidak takut apa-apa pun lagi untuk mengutuk dan menghina Islam.

Dia tahu Umno pasti melindunginya.

"Sekarang bolehlah Umno, ulama-ulamanya termasuk lebai-lebai pecacai terbarunya dan semua yang mengampu bodek parti itu memeriahkan lagi sepuas-puasnya pesta mengutuk dan menghina Islam," katanya sambil menyifatkan Chua seolah-olah ditabalkan sebagai 'mursyidul am' Umno dalam pakatan jahat mereka menghina Islam.

Mohamad mengingatkan bahawa pakatan jahat mengutuk dan menghina Islam diasas dan dimulakan oleh para pemimpin Umno dan semakin menjadi-jadi apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990.

"Semua kutukan, penghinaan dan persendaan mereka direkodkan dalam sejarah.

"Contohnya, merekalah mencipta istilah 'sup tangan' untuk menghina dan mempersendakan hukum potong tangan seperti yang diperintahkan di dalam al-Quran," katanya.

Apabila mereka melihat para pemimpin Umno berbuat demikian, orang-orang bukan Islam akhirnya semakin berani menghina Islam secara terbuka dan lantang, kata Mohamad.

Beliau yakin, orang-orang bukan Islam seperti Chua tidak akan berani mengutuk dan menghina Islam jika para pemimpin Umno tidak mengajar mereka berbuat demikian.

"Kenyataan Chua bukan sekadar menolak perlaksanaan hudud berdasarkan keyakinan agamanya dan tafsirannya terhadap Perlembagaan, tetapi sudah melampau hingga ke peringkat mengutuk dan menghina Islam," katanya.

Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh Chua itu sebagai menyambung kerja Umno yang kini sudah pandai berdalih dengan alasan kesesuaian masa untuk melaksanakan hudud, maqasid syariah dan sebagainya.

"Dulu ketika mereka tidak pandai lagi menggunakan hujjah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin Umno dan pengikut mereka mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

Amik kau. Pencacai UMNO selalu menuduh kononnya Karpal Singh atau Lim Kit Siang telah menjadi Mursyidul Am PAS, tetapi hukum kebenaran dan keadilan memulangkan semula tuduhan dan fitnah jahat itu kepada mereka apabila sebenarnya UMNOlah yang BISU apabila Chua Soi Lek menghina Islam. -GB

Tiada ulasan: