Selasa, 23 Oktober 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Najib sudah bersedia menjadi pembangkang?

Posted: 23 Oct 2012 06:48 AM PDT


 Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah seperti mula menerima hakikat bahawa BN akan kalah selepas PRU13.

"Gambaran ini diucapkan beliau dalam kenyataan-kenyataan terkini, seolah-olah membayangkan mereka akan kalah dan menjadi pembangkang selepas ini manakala Pakatan Rakyat akan meneraju kerajaan pula," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.


Katanya, Najib melaungkan amaran bahawa rakyat mungkin tidak berpeluang untuk menukar kerajaan semula kepada BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas sebagai Kerajaan Persekutuan.

"Katanya negara akan 'hancur' dalam tempoh lima tahun sekiranya PR mengambil alih pentadbiran negara. Negara boleh rosak merudum, ekonomi boleh lumpuh, saham boleh jatuh jika dengan PR. Najib menganggap jika BN kalah dalam PRU13 maka kiamatlah dunia ini.

"Najib mungkin memikirkan hanya beliau dan partinya sahaja layak memerintah negara. Beliau merasakan dalam negara ini hanya mereka sahaja memiliki pakar ekonomi, ahli politik serta strategis yang bijak pandai. Rakyat Malaysia yang lainnya semuanya dungu dan tidak tahu apa-apa," ujarnya dalam satu kenyataan.

Malahan kata beliau, Najib cuba membayangkan PR sama seperti BN atau mungkin lebih kejam daripada itu.

Hakikatnya, tegas Riduan PR jauh berbeza daripada BN, ibarat langit dengan bumi.

Tambahnya, tidak mungkin PR akan melakukan aksi yang sama seperti mereka dengan menutup ruang demokrasi yang terbuka, memenjarakan aktivis politik pembangkang, menyekat akses media, memperguna agensi kerajaan, merantai pegawai kerajaan, menggunakan pelbagai akta dan undang-undang bagi mengugut dan menakut-nakutkan rakyat.

Menurutnya, mustahil PR akan mufliskan ekonomi negara dengan amalan kronisme, monopoli, rasuah, korupsi, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai penyelewengan sehingga merudumkan ekonomi negara seperti yang mereka lakukan.

Sebaliknya, ujar Riduan lagi PR dengan dasar perjuangannya berusaha membuka seluasnya ruang demokrasi sehingga tidak ada pihak yang dizalimi, parti-parti politik bebas menjalankan kegiatannya, mendapatkan akses media secara adil, mengisytiharkan tarikh pilihan raya umum lebih awal, tiada ugutan kepada penjawat awam, SPR dibersihkan, dan lain-lain lagi.

Menurut beliau, sebenarnya yang merasa paling gerun dan gusar sekarang ini bukan rakyat, kerana rakyat sudah bersedia menerima perubahan kerajaan.

Malah, ujarnya rakyat gembira dengan kehidupan selesa bersama PR di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

"Yang paling tergugat sekarang adalah Najib sendiri bersama dengan pasukannya kerana kekalahan akan membuatkan masa depan mereka dalam kegelapan," katanya.

Anwar tidak layak jadi perdana menteri?

Posted: 22 Oct 2012 11:13 PM PDT



" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis jamuan Janji Ditepati di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Perak, berkata Pakatan rakyat tidak mampu memerintah

Sehubungan dengan itu,Tun Dr Mahathir Mohammad ketika menjawab soalan seorang peserta pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme, Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu berkata, Anwar tidak layak jadi perdana menteri.



Pendek kata dimana sahaja perdana menteri dan bekas perdana menteri pergi pasti itulah serangan terhadap pakatan dan rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat rakyat yakin dan  mengundi umno/BN pada PRU 13 nanti. Setakat hari ini barangkali sebanyak 2.5 juta ahli umno percaya dan yakin dengan kata kata Perdana menteri Mohd Najib Razak bahawa Pakatan rakyat (pembangkang) tidak mampu memerintah.Tetapi belum tentu mereka yakin dengan kata kata Tun Mahathir, Anwar tidak layak jadi perdana menteri.
Akan tetapi kita kena ingat sebanyak 500 ribu ahli umno tidak percaya dengan kata kata perdana menteri satu Malaysia dan bekas perdana menteri ke 4 yang pakatan rakyat (pembangkang) tak mampu memerintah. Mereka yakin pakatan rakyat mampu memerintah Negara Malaysia.
Atas sebab itulah 500 ribu ahli umno mengundi pakatan rakyat pada pilihanraya umum ke 12 dahulu.punca dapat menafikan 2/3 parlimen. Demikian juga MCA yang Presidennya Dr. Chua Soi Lek turut berkata pakatan rakyat tak mampu memerintah konon ketika cuba bersandiwara di depan Najib di perhimpunan Agung partinya.
Alasan Najib mengatakan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai tiga parti berbeza sanggup bersandiwara dan berpura-pura sesama sendiri semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) PRU 13 nanti mungkin tak boleh diterima.
Sejarah telah membuktikan Kelantan yang diperintah oleh PAS mendapat pujian audit Negara yang menunjukkan kerajaan yang baik dan boleh dipercayai dan mampu memakmur dan mesejahterakan rakyat.
Tun Mahathir pasti amat tahu Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai "karektor yang tidak boleh sebagai pemimpin.dan bertanya "Apakah kita nak pilih orang macam ini sebagai pemimpin, dijawapanya, orang macam ini tidak dibenarkan gantinya. Dia harus disingkirkan.Memang pun, kerana Anwar dianggap musuh ketatmya.
Untuk menguatkan hujahnya, Tun Mahathir berkata,"dalam mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dengan sebulat suara bersetuju Anwar dikeluarkan dari Umno, bukan keputusan saya seorang.Kita tak boleh terima manusia yang moral terlalu rendah untuk menjadi pemimpin kita, kita malu dengan pemimpin macam ini,"
Tun Mahathir malu dengan Anwar, tapi tidak segan silu mengatakan Dr Ling liong Sik seorang yang jujur dan tidak menipu, Demikian pandangan seorang musuh terhadap musuhnya dan pandangannya terhadap kawan akrabnya. Musuh miskipun baik tetapi jahat padanya. Kawan akrab miskipun jelas jahat tapi dianggap jujur dan baik.

Tiada ulasan: