Anak Sungai Derhaka |
- Dalang pertemuan Najib dan Soros terdedah!!
- Borang kaji selidik yang akan membuatkan Najib terkencing bila melihatnya.. tengokle..
- Skandal rembat tanah oleh MB N Sembilan pula di bongkar!!
- Setelah menghina Hudud, MCA terima upah RM30 Juta dari Najib..
Dalang pertemuan Najib dan Soros terdedah!! Posted: 23 Oct 2012 07:21 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros,individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu di New York dua tahun lalu. Pertemuan tersebut yang mula-mula didedahkan oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berlangsung di sebuah hotel mewah,Hotel Plaza di Manhattan. Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010. Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut. Dan salah-seorang pemimpin tertinggi Umno berkenaan adalah merupakan Penasihat Utama Najib iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis, Ahli Parlimen Rompin. BIODATA ~Berasal dari Rompin, Pahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 di Pekan, Pahang. ~Pernah menjadi pensyarah Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974 Tahun 1984 meletakkan jawatan untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates. ~Menjadi pengerusi Tenaga NasionaL Bhd antara Ogos 2000 - 2002 ~ Dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 2004 – 2008 ~ Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002 ~ Pada 2009 beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menggantikan Datuk Rajmah Hussain. JJ didakwa oleh banyak pihak telah mengaturkan satu pertemuan antara PM Najib Razak dan Yahudi penyangak mata wang George Soros di Hotel Plaza, Manhattan, New York pada 27 September 2010. Sumber mendedahkan seorang pemimpin tinggi Umno menyertai Najib dalam pertemuan itu. JJ merupakan orang paling disyaki menemani Najib kerana beliau adalah penasihat Najib dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat ketika itu. Pertemuan Najib - Soros didakwa sesetengah pihak bagi mendapatkan dana dari organisasi Yahudi. Pertemuan tersebut tidak mustahil dirancang oleh JJ berikutan rekodnya sebelum itu menjadi orang tengah pembayaran jutaan ringgit kepada pelobi Jack Abrahamof bertujuan melobi Dr Mahathir menemui Presiden George W Bush di White House. Guna pelobi Yahudi JJ turut dikaitkan di dalam skandal Jack A. Abramoff. Abramoff adalah pelobi parti Republikan yang terlibat di dalam skandal "cash for access" Sebuah pertubuhan Malaysia - US Exchange Association yang diketuai oleh Tan Sri Megat Junid serta JJ dikatakan telah membayar AS$1.2 juta atau RM3.8 juta untuk mengatur pertemuan Dr Mahathir dengan Presiden George W Bush pada tahun 2002 . Pada tahun 2006, Dr Mahathir mengaku bahawa wang telah dibayar kepada Abramoff untuk mengatur pertemuan. Skandal itu menjadi buah mulut pelbagai pihak, Mahathir menggunakan wang rakyat semata-mata untuk bertemu Bush tidak sampai sejam JJ raba punggung wanita Peristiwa berlaku di Kelab Havana hotel Maridien, di KL Sentral ketika seorang pelayan wanita sedang menyediakan minuman keras untuk Jamaludin Jarjis (JJ). Dalam keadaan mabuk JJmemegang tangan gadis itu Gadis itu memarahinya. Kemudian JJ didakwa mengekorinya dari belakang dan meraba punggung pelayan itu Gadis tersebut membuat laporan polis pada 19 April 2008. D alam sidang Dewan Rakyat pada 2010, Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh menyoal mengapakah Peguam Negara tidak mendakwa JJ di mahkamah. Kata Karpal, kalau gadis itu membuat laporan palsu maka beliau boleh didakwa kerana laporan yang tidak benar. Sehingga hari ini kedua-dua mereka tidak pernah dibicarakan. Elaun tertinggi Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi sebanyak RM27,227.20 sebulan, atau RM326,726.40 setahun. Beliau juga menjadi pengerusi beberapa GLC dan mendapat bayaran lumayan. JJ keluarkan lesen judi JJ ketika menjadi Menteri Kewangan II pada 2002 didakwa telah meluluskan lesen judi kepada kroni Dr Mahathir, Vincent Tan. Lesen tersebut untuk operasi di casino Bukit Tinggi, Pahang yang dimiliki Vincent. Didakwa terdapat sekitar 2,000 buah mesin, seperti jack pot, baccarat dan roulette yang beroperasi di bawah lesen itu. Anak JJ dapat projek RM280 juta Anak JJ, Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25 tahun, didakwa mendapat projek sistem kawalan trafik udara yang baru. Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd. Tirai Variasi pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AATS) yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta. Sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang yang dikawalselia AATS gagal berfungsi pada 12 September 2012. Fungsi radar dan radio tergendala menyebabkan semua penerbangan tergendala. JJ tak layak ketuai TNB Beliau pernah mempunyai syarikat EPE Power Corporation Sdn Bhd yang terlibat di dalam bidang elektrik dan merupakan kontraktor kepada TNB. EPE Power kemudiannya disenaraikan di papan kedua KLSE. Bagaimanapun ia jatuh merudum dan disenaraikan sebagai syarikat PN4 (syarikat gagal penuhi syarat kewangan untuk terus didagangkan) Tetapi kerana hubungan baik dengan pemimpin tinggi Umno beliau tetap dilantik sebagai Pengerusi TNB! Beliau dikatakan sering menunggang kuda bersama PM Dr Mahathir ketika itu. Sebab hobi yang sama itu juga Dr Mahathir melantiknya sebagai Menteri Kewangan II ketika Mahathir menjadi Menteri Kewangan I. TNB pakai arang baru TNB menggunakan gas asli menjana elektrik. Ketika itu 70 % penjanaan tenaga elektrik menggunakan gas asli. JJ memperkenal loji arang batu ketika jadi pengerusi TNB. TNB bukan sahaja membeli arang batu dari Australia dan Indonesia, tetapi di bawah JJ, membeli lombong arang batu di Kalimantan, Indonesia pada 2001 dari Dynamic Acres Sdn Bhd dengan harga AS$85 juta. Pada tahun 2006, TNB menjual lombong itu pada harga AS$19 juta. Rugi AS$66 juta Di bawah JJ juga, TNB disaman oleh bank UBS Warburg pada 2002 kerana melanggar kontrak berhubung urusniaga bon. TNB menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi tidak menyatakan jumlah yang dibayar kepada UBS Warburg. Sumber dari sini ( Marhaen ) |
Borang kaji selidik yang akan membuatkan Najib terkencing bila melihatnya.. tengokle.. Posted: 23 Oct 2012 04:56 AM PDT Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah: • Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; • Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; • Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; • Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Tak ada satu pun dari matlamat penubuhannya itu menyatakan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka juga perlu memainkan peranan untuk menghadapi Pilihanraya. Tapi untuk PRU13 ini Dewan Bahasa dan Pustaka juga menjalankan analisa pola pengundian Pra Pilihanraya Umum ke 13 dengan mengedarkan borang soal selidik.. Kalau diserahkan borang kaji selidik dengan majoriti jawapan macam dalam gambar di atas.. mahu terkencing Najib bila melihatnya... Tak puas hati lagi agaknya Najib dengan survey yang dibuat oleh PDRM, MI , KDN dan UMNO sendiri agaknya… Sumber gambar datangnya dari Zunar.. alaaa.. Zunar Kartunis tu.. |
Skandal rembat tanah oleh MB N Sembilan pula di bongkar!! Posted: 22 Oct 2012 11:13 PM PDT KEADILAN hari ini mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya. Perkara itu dibongkar Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini. Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal. Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan. "Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana melanggar undang-undang yang diperuntukkan," kata Rafizi. Jelas beliau, pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172). "Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku," katanya. Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit. "Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini," katanya. "Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat," kata Rafizi. Hadir sama dalam sidang media itu, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, T Kumar; Setiausaha KEADILAN Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff - Keadilandaily Apa implikasinya kepada negara? •Peratusan hutan simpan tetap di seluruh Malaysia semakin berkurangan dan dijangkakan jika tidak ada perubahan dasar bersabit pembalakan dan pengekalan hutan simpan, Malaysia akan berdepan dengan kepupusan hutan dalam dua generasi •Kegiatan pembalakan dan rampasan hutan simpan telah menjadi punca utama rasuah hasil dari persekongkolan di antara ahli politik dan ahli perniagaan yang menjadi proksi atau pembiaya kepada ahli politik. Tanah-tanah rakyat yang luasnya berpuluh ribu ekar hilang tanpa pengetahuan rakyat kerana dipindahmilikkan kepada syarikat-syarikat kroni sedang hasilnya tidak masuk ke Perbendaharaan Negeri •Tanah-tanah hutan simpan yang diterokai untuk pembalakan, kemudiannya dijadikan pula ladang untuk penanaman kelapa sawit dan akhirnya dibangunkan menjadi kawasan perumahan. Keuntungan beratus juta ringgit yang sepatutnya milik rakyat akhirnya menjadi kekayaan peribadi tokoh-tokoh Umno/Barisan Nasional dan kroni mereka •Pembalakan dan penerokaan yang berleluasa itu sering tidak mengendahkan kesan alam sekitar yang mengundang bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan hakisan. Akibat ketamakan Umno/Barisan Nasional, puluhan ribu penduduk di sesuatu tempat yang terkesan dari aktiviti penghapusan hutan simpan akibat pembalakan ini berhadapan dengan bencana alam. Tapi... pencacai UMNO peduli apa itu semua... diaorang menderita tak apa.. asal pemimpin diaorang bahagia.. Lagi dokumen berkaitan sila lihat di sini ( Rafizi Ramli ) |
Setelah menghina Hudud, MCA terima upah RM30 Juta dari Najib.. Posted: 22 Oct 2012 05:30 PM PDT Berbaloi juga nampaknya Presiden MCA, Chua Soi Lek dan kuncu-kuncunya mempermainkan hukum hudud dan memburuk-burukkan negara Islam yang mengamalkan hukum Hudud dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59 baru-baru ini.. Ianya dimulakan oleh Presiden MCA itu sendiri kononnya berdasarkan SMS yang dia terima dia kata 1.2Juta rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan jika Hukum Hudud dilaksana. Padahal perkara yang sama telah diucapkan oleh dia sendiri dalam satu forum bertajuk 'Hudud & Its Implications On Non-Muslim In Malaysia' di Wisma MCA pada 04 Disember 2011. Video ucapannya sila lihat di ( SINI ). Untuk menimbulkan persepsi yang lebih negatif terhadap Hudud Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow pula menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan Hukum Hudud dilaksana. Ini kerana menurutnya semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Seterusnya Chua Soi Lek menghina negara Islam yang mengamalkan Hukum Hudud pula. Katanya lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat… Hasilnya.. sebagi menghargai jasa-jasa mereka itu kepada UMNO dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59 itu, Najib umumkan RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan China (SMJKC) di negara ini. Kalau bukan sebagai menghargai jasa-jasa pemimpin MCA yang menghina dan memperlekehkan Hukum Hudud bagi pihak UMNO itu kenapa perlu Najib umumkan pemberian peruntukan ini dalam Perhimpunan Agung MCA? Sedangkan beliau baru saja membentangkan Belanjawan 2013, perkara yang melibatkan pelajaran ini sepatutnya dibentangnak dalam belanjawan. bukannya dalam perhimpunan MCA.. Dari RM30 Juta tu.. hanya berapa yang akan sampai ke Sekolah-sekolah Cina tu agaknya?? Ini laporannya..
Tapi.. ada ke duit yang dijanjikan Najib tu? sebab A Kadir Jasin mantan Pengarang dari NST sendiri pun mempertikaikan langkah menabur duit oleh Najib ni sebab ini sememangnya boleh menjahanamkan ekonomi negara katanya.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan