pemuda cheh |
Posted: 17 Oct 2012 06:30 AM PDT SEKALI pandang laporan audit 2011 oleh Ketua Audit Negara ini nampak adil dan menyebelahi semua pihak. Begitu juga bila dilihat dari kelemahan pengurusan kewangan beberapa kementerian (terutama Kementerian Pertahanan) seperti dipetik Malaysiakini terutamanya semalam, semuanya menampakkan seolah-olah laporan ini adil dan tidak berat sebelah. Tapi bila perhatian yang lebih teliti dibuat, terutama dalam laporan audit di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, penulis melihat seolah ada yang tidak kena dengan cara audit tersebut dibuat dan dibentangkan. Seperti yang dijangka, Selangor mengambil tempat sebagai negeri yang paling banyak menerima komen yang tidak begitu baik daripada Audit berhubung beberapa dakwaan kerugian dan kemerosotan hasil agensi dibawah kendaliannya, antaranya Universiti Selangor (UNISEL). UNISEL dalam laporan audit yang dibentangkan semalam dilaporkan mencatat kerugian sebanyak RM 37.68 juta, meningkat dari tahun sebelumnya sebanyak RM 12.62 juta!!! Ini nampak tidak masuk akal. Rugi itu satu hal, meningkat pula kerugiannya itu, satu hal yang lain. Penulis tidak rasa ada mana-mana universiti swasta dalam negara ini malah dunia sekalipun yang masih mampu beroperasi dengan kerugian sebegitu. Dan hakikat UNISEL masih beroperasi sehingga sekarang disebalik dakwaan rugi oleh laporan Ketua Audit itu, agak mengelirukan rakyat. Tapi kalau nak dihujahkan juga, biasalah untuk mana-mana perniagaan mengalami situasi untung dan rugi. Tidak ada satu perniagaan pun yang untung sampai kiamat. Ini tidak sepatutnya menjadi isu, cuma jumlah kerugian yang dicatatkan itu pada pemerhatian penulis agak sedikit tidak boleh diterima. Begitu juga dengan laporan mengenai beberapa anak syarikat kerajaan DAP Pulau Pinang yang membayar bonus kepada kakitangannya walaupun mengalami kerugian, antaranya PDC Nusabina Sdn Bhd, PDC Homes Sdn Bhd. Perkara ini pun mustahil boleh berlaku kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah seorang akauntan bertauliah dalam masa yang sama. Tidak ramai pemimpin kerajaan yang mempunyai kelayakan profesional dalam masa yang sama seperti beliau dan agak tidak masuk akal perkara seumpama ini boleh berlaku. Mungkin sewaktu audit dijalankan, ada beberapa perkara yang terlepas pandang oleh pengaudit. Atau paling tidak, jawapan telah diberikan tetapi tidak dimasukkan dalam laporan audit penuh seperti yang didedahkan oleh Ketua Pengarah Audit Negara semalam. Penulis rasa hal yang sama juga berlaku di Kedah bila dilaporkan dalam laporan audit semalam, wujud aktiviti penanaman kayu bakau yang menelan kos sebanyak RM 1.5 juta tapi hanya menghasilkan pendapatan sebanyak RM 3,407 sahaja!! Agak menyakitkan hati melihat cara laporan ini ditulis. Adakah pegawai yang diaudit memberikan maklumat yang salah kepada pengaudit ataupun ada cubaan pihak tertentu untuk mensabotaj kerajaan negeri. Isu ini boleh menjadi besar kalau tidak ditangani dengan betul. Bagaimana wang sebanyak itu dikeluarkan tapi hanya mengeluarkan hasil yang boleh diibaratkan sebesar kuman? Penulis belum habis membaca keseluruhan laporan, oleh itu akan berkongsi maklumat dengan pembaca dari masa ke semasa. Tapi dalam masa yang sama penulis menggesa kerajaan negeri terbabit mengambil tindakan segera bagi memastikan isu ini tidak berlarutan, seterus menjejaskan imej kerajaan negeri terbabit di mata rakyat. |
Posted: 16 Oct 2012 10:30 PM PDT 1. MELALUI PEMAKANAN Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati: i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus 2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG Waktu tidur boleh d**etahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu: i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur. Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki. Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam. 3. TAHAP KEASIDANAN Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak. i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan. ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan "bikarbonat" yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan. 4. TAHAP KEPUASAN ISTERI Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu: i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y. ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X. Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan