Anak Sungai Derhaka |
- Pencacai UMNO kata tiada perbicaraan Scorpene di Perancis.. tapi surat apa pulak dari Perancis nih?
- Malu weh!! Berita Harian dikantoikan oleh Wakil PBB..
- Wah!! Banyaknya gaji CEO Tabung Haji nie... tengok penyata gajinya ni..
- GEMPAR!! Lokman Nor Adam bercakap dengan kerusi di Negeri Sembilan!!
Pencacai UMNO kata tiada perbicaraan Scorpene di Perancis.. tapi surat apa pulak dari Perancis nih? Posted: 17 Oct 2012 06:15 AM PDT Beberapa minggu yang lalu, pencacai UMNO termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Polis telah menyerbu pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Difahamkan tujuan serbuan adalah untuk cuba mencari apa saja bukti bagi menakut-nakutkan NGO tersebut dari meneruskan pembongkaran skandal komisen kapal selam kelas Scorpene yang membabitkan DS Najib Tun Razak. Nampaknya tindakan pihak berkuasa yang jelas diperkudakan oleh UMNO itu tidak langsung menakutkan atau menghalang SUARAM dari terus membongkar dan mendedahkan skandal tersebut kepada umum. Tidak lama kemudian pencacai UMNO/BN yang lain pula menyebarkan cerita kononnya tiada perbicaraan berlangsung di Paris, Perancis seperti yang didakwa SUARAM. Ini berdasarkan satu kenyataan yang dibuat bekas pendakwaraya negara itu, Yves Charapenel. Berikutan kenyataan itu William Bourdon (peguam SUARAM) dalam satu kenyataan balasnya mendakwa kenyataan Yves Charpenel benar-benar bercanggah dengan Tribunal Ini kerana The deGrande Instance telah memulakan siasatan jenayah SUARAM telah diterima sebagai pihak sivil sejak Mac 2012 ~ Sila baca sepenuhnya kenyataan beliau di ( SINI ) Bagi menyokong kenyataan William Bourdon pula salah seorang peguam yang berhujah di hadapan dua hakim yang mendengar kes tersebut pada Mac lalu, Fadiah Nadwa Fikri tampil dengan satu lampiran faksimili yang dihantar dari Paris. Fadiah memuat naik gambar lampiran tersebut menerusi akaun Twitter miliknya semalam (gambar atas). Berikut adalah dokumen yang telah dimuat naik itu.. Faksimili lampiran muka surat dua dari tiga helaian tersebut dihantar kepada Pengerusi Suaram, Kua Kia Soong itu bertarikh 11 April 2012 dan dialamatkan kepada peguam Suaram di Paris, William Bourdon yang dihantar pulang dari KLIA ke Paris pada Julai tahun lalu. Hakim tribunal Grande de Instance di Paris, Roger le Loire yang menjadi salah seorang hakim tribunal tersebut mengesahkan bahawa Suaram masih salah satu pihak yang menuntut dalam perbicaraan tersebut. Surat tersebut ditulis dalam Bahasa Perancis dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris dilakukan seorang lagi peguam yang dilantik, Joseph Breham. Laporan lebih lengkap sila baca disini ( Jalan Pulang ) | ||||||||||
Malu weh!! Berita Harian dikantoikan oleh Wakil PBB.. Posted: 17 Oct 2012 02:04 AM PDT Ketika aku terbaca apa yang dilaporkan oleh Berita Harian 7 Oktober lalu, aku tertanya-tanya apakah betul apa yang dilaporkan oleh Berita Harian dengan tajuk seperti dalam gambar di atas.. Kerana setahu aku.. dari apa yang dilaporkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M)kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini. Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009 - baca di ( SINI ) Kalau rasuah semakin meningkat bagaimana pula Malaysia boleh dilabel sebagai pakar memerangi rasuah? Rupa-rupanya apa yang dilaporkan oleh Berita Harian tentang komen Wakil PBB itu mengenai rasuah disalah lapor oleh pihak Berita Harian.. Baca apa kata Wakil Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC),Dimitri Vlassis yang dilapor memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)..
Tersalah lapor atau sengaja salah lapor untuk memperbodohkan rakyat Malaysia? Buat malu negara saja puak-puak ni.. kalau nak bodek Najib dan UMNO tu agak-agakla.. kan dah malu... | ||||||||||
Wah!! Banyaknya gaji CEO Tabung Haji nie... tengok penyata gajinya ni.. Posted: 16 Oct 2012 11:43 PM PDT Bagi yang sudah lama mendeposit wang masing-masing untuk tujuan menunaikan haji ke tanah suci Makkah, pastinya kini berkira-kira menunggu simpanan masing-masing mencukupi di samping turut menyimpan wang bagi perbelanjaan di sana pula. Yang bekerja makan gaji, ada yang mendeposit dengan cara memotong gaji bulanan, malah ada yang mengikat perut semata-mata tidak mahu menunggu lama terutamanya yang sudah berusia lewat 40-an. Manakala yang berniaga kecil-kecilan dan bersawah terpaksa membanting tulang empat kerat setiap hari bagi mencukupkan wang simpanan sekurang-kurangnya RM11 ribu seorang. Bagaimanapun, matlamat sebenar Tabung Haji dari hanya menguruskan jemaah haji setiap tahun kini nampaknya semakin lama semakin tersasar. Buktinya, lihat penyata gaji bulan Disember 2011 untuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang hanya bertaraf kontrak, Ismee Ismail seperti yang tertera di bawah. Gaji pokok sahaja sudah berjumlah RM70 ribu manakala elaun lain seperti kenderaaan rasmi dan pemandu peribadi mencecah jumlah RM12 ribu menjadikan jumlah keseluruhannya hanya RM82 ribu sebulan sahaja! Setelah ditolak semua caruman, gaji bersih yang diterima Ismee cuma RM54,155.25 sahaja sebulan! Paling mengejutkan lagi apabila dilihat dari segi bonus sebanyak RM700 ribu sebulan yang pastinya menimbulkan persoalan bagaimana Tabung Haji mampu membayar sebanyak itu sedangkan setiap tahun rungutan mengenai kenaikan kadar sewa penginapan di Makkah tidak pernah surut? Apakah agaknya perasaan penyimpan tabung haji apabila melihat sebegitu banyak wang yang sudah pasti datang dari titik peluh mereka dengan mudah digunakan untuk membayar kos bagi hanya seorang CEO bertaraf kontrak? Justeru wajar buat Tabung Haji menjawab persoalan yang dikemukakan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah mekanisme yang digunakan bagi menaikkan gaji CEO nya sehingga mencecah nilai sedemikian! Kesemua persoalan tersebut menuntut jawapan sejujur mungkin bagi mengelakkan Tabung Haji dicop tidak lagi mempunyai kredibiliti menguruskan kewangan bagi orang Islam dan cuma sibuk memperkaya satu dua kerat kroni dan melabur wang pendeposit hingga rugi dan tidak mampu ditebus kembali ~ Jalan Pulang | ||||||||||
GEMPAR!! Lokman Nor Adam bercakap dengan kerusi di Negeri Sembilan!! Posted: 16 Oct 2012 05:30 PM PDT Pertengahan Mei lalu Senator Ezam Mat Nor telah dilaporkan bercakap dengan kerusi setelah beliau dijemput sebagai pemidato utama dalam 'Pidato Perdana' yang telah diadakan di Bandar Petrajaya, Sarawak. Beliau dilaporkan bercakap dengan kerusi kerana 'Pidato Perdana' ini menyaksikan kerusi lebih banyak dari manusia.. Mungkin rakyat di Sarawak sudah muak mahu mendengar fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim yang bakal di sampaikan oleh Ezam.. isu dia ni Anwar saja.. mana ada isu lain dah... sila baca di ( SINI ) Kali ini pula sahabat kepada Ezam Mat Noor iaitu Lokman Noor Adam pula melalui pengalaman yang sama dengan apa yang telah Ezam lalui. Dalam ceramah UMNO yang bertajuk 'Penjelasan Bajet Kerajaan vs Buy Jet Populis Pembangkang' di Simpang Durian, Negeri Sembilan Lokman Noor Adam seolah-olah sedang bercakap dengan kerusi… Ini kerana jumlah kerusi yang dihadirkan ke tempat ceramah tersebut jelas melebihi jumlah manusia yang hadir mendengar ucapannya. Gambar-gambar di bawah ini dirakam telah dirakam ketika penceramah utamanya iaitu Lokman Noor Adam, Exco Pemuda UMNO Malaysia sedang menyampai pidatonya. Ceramah Pemuda UMNO di Simpang Durian, Negeri Sembilan malam ini cukup meriah dengan kerusi.. disebabkan kerusi lebih banyak dari manusia ianya hambar, sunyi sepi dan lenggang.
Kisah DAP nak jadikan Kristian sebagai agama rasmi, Soros membiayai dana PR dan maukan DSAI jadi Perdana Menteri boneka selain memfitnah DSAI kaki liwat dan zina. Simpang Durian ini difahamkan terletak dalam daerah Jelebu @ Kuala Klawang dimana ahli parlimennya Rais Yatim. JASA salah satu Jabatan yang terletak dibawah Kementeriannya dan Lokman Noor Adam adalah seorang yang dilantik bergaji sebagai Ahli Pemikir JASA. Sebenarnya bukan mereka saja yang punya kebolehan bercakap dengan kerusi.. ADUN Sungai Rapat pun punya kebolehan yang sama.. tengoklah di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan