OTAI MANJUNG |
Selamatkan Sekolah Gandhi! (2) Posted: 29 Oct 2012 05:00 PM PDT Save Gandhi School (SK Simpang Empat Sitiawan) - Part 2 Kamu dapat merantaiku, kamu dapat menyiksaku, bahkan kamu dapat menghancurkan tubuh ini, tetapi kamu tidak akan dapat memenjarakan fikiranku - Mahatma Gandhi Ada beberapa info yg masuk melalui email, tapi masih terperok dlm inbox sebab masa tak mengizinkan untuk mengesahkan maklumat tu sebelum diulas di blog ini, member yang diberi tugas utk dapatkan segala dokumen berkaitan juga masih buntu! Apa cite bai?! tapi ManjungMari ada la juga 'hidden cikgu' yg roger, kisah dia baca di SINI dan SINI. Sinar juga ada melaporkan, baca di Sekolah 80tahun Ditutup. Ada yang kata Dindings Indian Association (DIA) nak robohkan sekolah dan nak bina 'Little India' termasuklah rumah kedai yang akan dijual rege lebih RM500k. Secara logiknya, tanah ini akan pindah milik mengikut lot kedai kepada pembeli. Depa jual sebahagian tanah utk bina rumah kedai, hasilnya bina Little India di tapak yang masih tinggal. Perancangan DIA ini masih kabur sebab tiada sebarang data pengesahan yang datang bergolek ke email aku. DIA halau sekolah sebab dakwa tanah ini milik depa, bukan depa sebenarnya tapi generasi terdahulu, depa hanya menguruskan sebagai pewaris yg bertanggungjawab menjaga amanah. Tidak adillah jika amanah orang terdahulu berhempas pulas untuk mendirikan sekolah di'CAPATI'kan, dey! Sekeliling sekolah ada kawasan perumahan, kebanyakan anak-anak isi rumah ini bersekolah kat sini. PPD Manjung kata depa takleh buat apa, kuasa tak memihak depa walau ada usaha utk kekalkan sekolah. Klik Gambar Utk Besarkan Makpak yang anaknya masih bersekolah kat sini turut membantah penutupan sekolah ini, segala kemudahan menghantar anak sekolah bakal tergugat dan pendaftaran sekolah 'tumpang' juga agak merumitkan keadaan. Lebih kurang 464 murid yang terbabit, ibubapa dan cikgu-cikgu sekolah....terkorban untuk sebuah pembangunan. Kurang-kurangnya depa mohon tempoh kekalkan sekolah sementara waktu hingga kerajaan siapkan tapak & sekolah baru. Simple...depa yang terkorban ini mohon pengorbanan satu pihak lagi agar menilai semula rayuan ini utk selesaikan kerumitan. Jom kita ingatkan kembali kepada para depa-depa ini terhadap perancangan sumbangan orang terdahulu. Niat asal orang lama dikianati oleh pewaris hari ini. Klik Gambar Utk Besarkan Baca ayat yang digariskan - "it was unanimously resolved to erect a memorial in the form of a school which is indeed a pressing need in the district, to perpetuate the everlasting in memory of Mahatma Gandhi...." Translate BM: "sebulat suara memutuskan untuk mendirikan sebuah memorial dalam bentuk sebuah sekolah yang merupakan satu keperluan mendesak di daerah ini, untuk kekal dalam ingatan Mahatma Gandhi...." Sekiranya DIA mahu buat pembangunan ke atas hak depa sebagai pewaris tanah, tak boleh ke kerajaan negeri offer tanah (tapak baru) seluas mana tanah ini atau ikut nilai tanah sebagai gantian? win-win situation...DIA mahu buat apa atas tanah gantian itu, itu depa punya pasal...duit depa! Kerajaan akan dapat kurangkan kos untuk tapak baru sekolah, dan kos bina bangunan sekolah baru yg secara tak langsung warisan penuh sejarah ini kekal dan tidak gugat semua ibubapa, murid & guru sekolah. Duit lebihan tu boleh 'perkasa'kan sekolah sediada, tgk apa yg kurang kasi tambah, apa yg perlu dibaiki kasi baikpulih dan apa yg rosak kasi gantilah! lagi cun kalau tempat ni di'khazanah-negara'kan.... Tapi mahu ke syarikat kontraktor DIA untuk bina rumah kedai di tapak baru yang belum tentu dapat sambutan jualan yang tinggi? Depa mestilah nak kan di tapak sekolah ini sebab ia di tengah kepadatan penduduk, harga boleh lambung tinggi bagus buat pelaburan, buka kedai niaga pun strategik tempatnya, dan kalau susah-susah pun boleh buat rumah burung walit. Semua ini telah dicongak oleh pihak yg sedang mencongak berapa bahagiannya. Kontra dalam memutuskan cadangan di atas...jika itu diberatkan, maka keuntungan materialistik lebih penting dari sebuah pusat pendidikan.... biar rakyat 'tak bersekolah' pun takpe janji boleh bikin duit! Dulu pewaris lama duk hantar anak pergi sekolah cucu sudah pandai, kini anak cucu dah besar pandai cari duit dengan menutup sekolah.....manusia menyalahguna kepandaian & kuasa demi kepentingan pihak tertentu.....!! Bumi ini mencukupi untuk kesenangan semua orang, tapi tidak mencukupi bagi orang-orang yang rakus ketamakan - Mahatma Gandhi Catitan 2010 ketika sembang santai bersama Pak Wahab - "Pak Wahab bekas pelajar sekolah yg menjadi isu berkenaan tanah warisan rakyat, dahulunya dikenali sebagai Gandhi Memorial School. Merupakan murid terawal era sebelum merdeka masih mengingati cikgunya berbangsa Benggali. Harapannya agar 'pihak yg berkenaan' tidak menggadaikan warisan keringat rakyat terdahulu yg menoreh getah saban hari untuk membeli tanah ini & membina sekolah pada waktu itu. Sehingga kini, ia masih digunakan lagi tanpa sebarang sekatan oleh waris terdahulu, tapi rakyat tidak rela ia di'salahguna'kan oleh tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab untuk menjual atau merampas milik tanah ini." "Sebagai bekas murid, Pak Wahab menyeru & merayu agar pihak berkenaan meningkatkan mutu sekolah sedia ada & pengawasan yg cukup ke atas bahan-bahan sejarah tanpa mengira sentimen politk atau kaum. Kerana ini, Pak Wahab hadir di Bantahan Rakyat di Pejabat Daerah & Tanah Manjung walaupun ia telah dibatalkan pada hari sebelumnya. Insan tua yg prihatin, hadirnya tanpa disedari." -Sept 2010 Sambung... video dokumentari penuh peristiwa 2010 akan menyusul. Bahagian 1: Selamatkan Sekolah Gandhi !(1) |
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan