Selasa, 30 Oktober 2012

Era Pasca

Era Pasca


Pecah Berita! Calon pru13, Nazri Aziz Bakal Tersingkir Untuk Parlimen Padang Rengas?

Posted: 30 Oct 2012 01:54 AM PDT

Bakal disingkirkan kerana tidak mendapat kepercayaan 
penduduk tempatan di padang rengas.

Kuala Lumpur - by @tiewnama. 
Pelbagai maklumat sulit ditujukan kepada tim era pasca telah sampai, 
melalui beberapa maklumat penting ini, umno bahagian padang rengas yang mana 
maklumat telah di bocorkan oleh wisma putra mendapati ketua umno bahagian iaitu 
dato sri nazri aziz akan hilang jawatan sebagai ahli parlimen kerana beliau didapati 
menjadi second winnable di kawasannya, 

apapun pemberi maklumat ini yang akan kami rahsiakan mengikut akta kerahsiaan 
pemberi maklumat atau whistle-blower kesatuan bloger bloger politik 1malaysia 
rakyat di dahulukan menteri di kemudiankan memberitahu bahawa calon boleh 
menang di kawasan padang rengas adalah ketua pemuda umno di kawasan itu  untuk 
di angkat ke parlimen malaysia, 

ketua pemuda umno bahagian padang rengas ismail nordin di dapati mendapat 
tempat di kebanyakkan kawasan kawasan di sana kerana umum tahu anak muda 
masa kini lebih tertarik kepada calon muda yang lebih lantang dan berkarisma, 
pertembungan 2 penjuru ini melibatkan keseluruhan umno cawangan padang rengas 
dengan menamakan ketua pemuda bahagiannya iaitu ismail nordin sebagai calon 
untuk parlimen padang rengas pasca pru13. 

tim muhyiddin ini akan di senaraikan sebagai calon muda yang berkemampuan 
untuk salah 1 kerusi parlimen bagi keseluruhan 166 kerusi parlimen yang Barisan Nasional 
yakini boleh menang. berita selanjutnya menyusul. perebutan kerusi parlimen ini bakal
menyaksikan tim najib akan cuba menyekat tim muhyiddin.

1Malaysia Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan. 

Winnable Candidate bagi BN padang Rengas untuk Parlimen.

by @tiewnama - Rahsia Calon Pembangkang Juga Ada Pada UMNO kata Adnan Mansor.
kahkahkahkah


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Pecah Berita! Menteri Undang-Undang Tak Ikut Undang-Undang?

Posted: 30 Oct 2012 01:07 AM PDT


Kuala Lumpur - by @tiewnama 
Nazri Aziz berkata Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor 
maklumat dalam isu rasuah dan sebagainya tidak terpakai dalam kes berkaitan National 
Feedlot Corporation NFC, 

Beliau mempersoalkan perlindungan terhadap pihak terbabit kerana dalam kes NFC, 
perkara itu dihebohkan kepada semua orang sehingga seluruh dunia tahu mengenainya. 
akta itu hanya melindungi pembocor maklumat dan bukannya pihak yang melanggar 
undang-undang, seperti Akta Perbankan dan Institusi Kewangan atau Bafia."

Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower atau pembocor maklumat, dia trumpet blower 
atau peniup trompet. Kita tak lindungi trumpet blower, Asalnya ialah kerahsian, iaitu elemen 
yang penting. Kalau dia tiup terompet seluruh dunia, orang dah kenal, orang dah tahu dia, 
nak lindungi apa lagi? 

Yang kedua, kita mesti faham, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tak boleh 
lindungi orang yang buat kesalahan. Ia untuk lindungi whistle-blower pemberi maklumat. 
Kalau dia langgar Bafia, kita tak boleh lindungi dia kerana dia adalah pesalah."

Untuk dakwaan RPK bahawa Nazri Aziz menerima rm 3 juta dari jutawan cina chia yang 
di tahan oleh sprm kerana cuba menyeludup rm 40 juta dari hongkong ke umno sabah, 
anda boleh layari link SINI atau SINI 

1Malaysia Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.


by @tiewmama - Selagi berkuasa, buatlah apa yang anda suka. usia BN lagi 4 bulan saja.
kahkahkahkah

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Panas! Lelaki Salahkan Wanita Sebagai Punca Kemalangan Di Malaysia?

Posted: 29 Oct 2012 11:48 PM PDT


Kuala Lumpur - by @tiewnama.
bila wanita memandu kereta di katakan wanita emosi dan sebagainya tetapi 
jika lelaki memasak ianya mampu untuk?


by @tiewnama - boring tak tahu nak tulis apa..




Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

BUKTI warga asing mendapat MyKad. Sila Sebar!

Posted: 29 Oct 2012 11:32 PM PDT




BUKTI.... Rudy menunjukkan dua set dokumen warga asing yang mendapat MyKad dan yang satu lagi warga tempatan tidak diluluskan permohonannya untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Oleh : MUTALIB M.D

PENANGKAPAN dua rakyat Malaysia, Rafik Mohammed Aaref and Mohammed Razin Shaaban di Beirut, Lebanon beberapa hari lalu atas tuduhan terlibat dengan kegiatan Al-Qaeda setelah direkrut oleh Mustapha Mansour di Malaysia sejak 2007; sewajarnya membuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menubuhkan Tribunal Khas Dalaman untuk menyiasat isu kerakyatan songsang di Sabah; tanpa menunggu siasatan Panel RCI.

Segala penafian dan teka-teki Hishamuddin semakin terjawab dengan pendedahan terbaru yang dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman Mairi, berhubung kerakyatan 'sonsang' seorang warga Pakistan, Ihsan Ullah Said Ghani kerana melibatkan kelulusan menteri berkenaan sendiri.

"Rakyat Sabah inginkan penjelasan bagaimana Ihsan Ullah boleh mendapat kerakyatan Malaysia dalam masa tidak sampai satu tahun setelah memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan. Tidak mustahil jika Ihsanullah sebahagian rangkaian Al-Qaeda kelak?"

Menurut Rudy, Ihsan Ullah meninggalkan Lapangan Terbang Karachi, Pakistan pada 13 Jun 2010 setelah Pesuruhjaya Malaysia di Islamabad meluluskan Single Entry Visa selama 3 bulan bermula 18 Mei 2010 sehingga 17 Ogos 2010 dan beliau tiba di Sabah pada 14 Jun 2010.


PASPORT.....Pasport Pakistan yang dikeluarkan kepada Ihsan Ullah pada 4 Mac 2010.

VISA....Single Entry Visa yang dikeluarkan Pesuruhjaya Malaysia di Karachi, Pakistan.

"Undag-undang apa yang digunakan untuk meluluskan kerakyatan segera Malaysia kepada warga Pakistan ini dalam masa yang begitu singkat, tanpa melalui saringan?" tanya Rudy yang menunjukkan surat kelulusan warganegara Malaysia yang dianugerahkan kepada Warga Pakistan itu dan ditandatangani oleh Hishamuddin sendiri; berbanding rakyat Sarawak yang terpaksa meunggu selama lebih 30 tahun untuk mendapat Permit Masuk (PR) sebagai rakyat Sabah.

Tanya Rudy lagi, apakah ini Modus Operandi baru memberi kerakyatan segera kepada warga asing yang mendapat MyKad Projek Mahathir untuk membawa anak isteri mereka daripada negara asal berdasarkan 'Loop Holes' yang boleh dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan?

Jika Modus Operandi ini berleluasa, maka kata Rudy, 3.1 juta Warga Asing yang mendapat kerakyatan songsang di Malaysia (1.7 juta berada di Sabah) akan meningkat secara mendadak kerana jika setiap keluarga membawa masuk lima hingga enam anak yang berusia di bawah 21 tahun, maka jumlah rakyat 'Malaysia' yang mendapat kerakyatan songsang akan bertambah lima kali ganda.

Kata Rudy, Hishamuddin adalah antara Menteri Kabinet paling lantang menafikan isu kerakyatan songsang sekalipun Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing mengemukakan memorandum dan Panel RCI hanya ditubuhkan setelah Bumburing dan rakannya Ahli Parlimen Malaysia (Beaufort) Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin meletakkan jawatan dan keluar daripada Barisan Nasional.

"Kita ingin tahu tongkat sakti apa yang Hishamuddin pakai bagi membolehkan beliau meluluskan Taraf Warganegara Malaysia kepada Ihsan Ullah yang dilahirkan di Buner, Pakistan pada 5 Januari 1993; sedangkan ratusan ribu Anak Jati Sabah masih menjadi pelarian di negeri sendiri?," tanya Rudy.


WARGANEGARA......Hishamuddin telah meluluskan Taraf Warganegara kepada Ihsan Ullah berdasarkan Fasal 15 (2) Perlembagaan Persekutuan?

Kata Rudy, beliau amat hairan kerana Pas Lawatan Ihsan Ullah tamat tempoh sejak masuk ke Malaysia pada 14 Jun 2010 dan tinggal secara 'haram' di Malaysia, sehinggalah Menteri Dalam Negeri melalui surat Bil KDN (S) 158/560/2/2-90933 (7) bertarikh 16 Disember 2011, yang dialamatkan kepada bapa pemohon, Said Ghani Bin Abdul Nabi memaklumkan anaknya Ihsan Ullah telah dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Tegas Rudy, mengikut Pas Lawatan Sementara IMM13 PA 0622787 IMM13 (rujukan BVP/PLS/12011-51642) dikeluarkan pada 12 Ogos 2011 oleh Pejabat Imigresen Keningau dengan bayaran RM110 yang dilekatkan di pasport Pakistannya; Ihsan Ullah dibenarkan berada di Sabah dan Semenanjung Malaysia sehingga 6 September 2012 atas dasar Anak kepada warganegara berhubung Sabah, Said Ghani Bin Abdul Nabi Kad Pengenalan 560806-12-5175 (H0480263) selaras kelulusan dalam mesyuarat JKTPV Bil 08 Tahun 2010 pada 06.09.2010.

Kata Rudy lagi, dalam pas lawatannya PC2299064 bertarikh 29 Ogos 2012, Ihsan Ullah dibenarkan tinggal di Malaysia sehingga 06 September 2013 sedangkan dalam masa yang sama beliau memiliki Mykad bernombor 930105-76-5095. Jika sudah ada MyKad, kenapa harus memperbaharui PLS lagi?

Mengikut semakannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara, kata Rudy, MyKad Ihsan Ullah dikeluarkan pada 12 Oktober 2012 sedangkan dalam masa yang sama Ihsan Ullah masih memegang PLS dan Pasport Pakistan.

"Apa istimewanya warga Pakistan dan Filipina kerana mereka tidak perlu ke luar negara untuk memperbaharui Visa atau PLS mereka kerana ada orang tengah yang mempunyai hubungan dengan Jabatan Imigresen boleh 'menerbangkan' pasport mereka untuk dicop keluar di Merapok Sarawak sebelum cop masuk kembali melalui pintu imigresen yang sama," kata Rudy sedangkan pada hakikatnya, Kedutaan Pakistan yang terdekat ialah di Brunei, bukannya Sarawak.

Rudy menegaskan beliau agak terkejut kerana Permohonan MyKad Ihsan Ullah dibuat bapanya melalui Permohonan 12071012-20121022-102629-52 di Jabatan Pendaftaran Kota Kinabalu (WG12004834) pada 23 Julai 2012 telah diserahkan pada 22 Oktober 2012 berdasarkan kelulusan kewarganegaraan oleh KDN pada 16 Disember 2011.

Tegas Rudy lagi, Ihsan Ullah memegang Pasport Pakistan DA2740721 yang dikeluarkan pada 4 Mac 2010 dan masih berkuatkuasa sehingga 4 Mac 2015 iaitu memegang kerakyatan dua negara.

"Jika Hishamuddin mahu tahu atau berpura-pura tidak tahu sebelum ini, bapa Ihsanullah ialah pemegang IC Projek Mahathir yang dikeluarkan pada 1991 kerana kad pengenalan lamanya bernombor H0480263 dan kini memegang MyKad bernombor 560806-12-5175," kata Rudy yang merujuk nombor siri berkenaan terdapat di Muka Surat 257, buku IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir? (Bab Ops Gembling @ X-Files).

Kini sudah jelas kata Rudy, bapa Ihsan Ullah adalah Warganegara Pakistan yang diberi kerakyatan songsang melalui Ops Gembling sekalipun memegang kod kelahiran 12 iaitu di Sabah berbanding Ihsanullah 76 iaitu di Pakistan.
Warga Pakistan yang mendapat kerakyatan songsang seperti Said Ghani Bin Abdul Nabi dan sudah pastinya telah direkrut sebagai pengundi tegar BN, seperti cabutan rekod SPR berikut;

"Setelah mereka mendapat kerakyatan Sabah, maka mereka menyalahgunakan kelonggaran undang-undang di bawah Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu  Permohonan Taraf Kewarganegaraan bagi Anak Kepada Warganegara Yang Berumur Kurang Daripada 21 Tahun untuk membawa anak mereka dari Pakistan menjadi warganegara Malaysia," kata Rudy yang meminta pembaca Sabahkini.net merujuk ke link berikut.

Sehubungan itu tegas Rudy, beliau terkesima apabila bukti berada di hadapan mata setelah Ihsan Ullah yang berusia 19 tahun telah diluluskan kerakyatan Malaysia ketika beliau masih berada di Pakistan dan mendapat kerakyatan tanpa saringan keselamatan yang ketat.

PERMOHONAN......Begitu mudah Warga Asing yang mendapat kerakyatan songsang memohon MyKad untuk anak mereka yang berada di Pakistan dan diluluskan dalam masa yang singkat.



MYKAD.....Bertuahnya Ihsan Ullah kerana permohonan Mykadnya diluluskan JPN pada 12 Oktober 2012 dalam masa tidak sampai setahun selepas Hishamuddin meluluskan kewarganegaraannya. 



BELAKANG.....Salinan muka belakang MyKadnya bernombor 930105-76-5095 yang tiba 10 hari sahaja selepas JPN meluluskannya.

PLS......Pas lawatan sementara ini dikeluarkan kepada Ihsan Ullah berdasarkan taraf kerakyatan bapanya sebagai Warganegara Sabah berakhir pada 6 September 2012.

LUCU..... Pas Lawatan ini dikeluarkan 29 Ogos 2012 dan tamat tempoh pada 6 September 2013 sedangkan dalam masa yang sama Ihsan Ullah telah memegang MyKad.

Dengan jumlah anggaran 60,000 warga Pakistan yang mendapat kerakyatan Malaysia dan diberi kad pengenalan yang dikeluarkan JPN Sabah, maka tidak hairan jika mereka akan membawa masuk lebih 500,000 anak-anak dan isteri mereka ke Sabah melalui Fasal 15 (1) dan 15 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Rudy menegaskan bahawa adalah lebih wajar jikalau kerajaan melakukan penyiasatan ke atas perkara tersebut secepat mungkin kerana dipercayai telah berleluasa di negeri, termasuk di seluruh pelusuk pedalaman.

ORANG KITA.....Agak menghairankan setelah Orang Sabah dilantik sebagai Pengarah Imigresen, perkara sebegini boleh berlaku. Warga asing bebas keluar masuk dan menetap di Sabah sedangkan mereka menggunakan 'Pasport Terbang'.

Dalam pada itu, satu perkembangan berasingan, Rudy turut terkilan dengan sikap tidak bertanggung jawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan Junis bin Amat @ Akucai, 48, suku kaum Murut untuk mendapat dokumen pengenalan diri untuk 4 orang anaknya.

Tegas Rudy lagi, Junis telah beberapa kali mengajukan masalahnya ke pihak atasan JPN namun alasan yang diberi amat mengecewakannya iaitu JPN mendakwa Junis berkahwin dengan orang asing; sedang mengikut amalan undang-undang yang sedia ada, kes sebegini tidak menjadi masalah atau kekangan bagi permohonan Junis untuk diluluskan .

Dalam pada itu, Junis ketika ditemui, masih dalam kebingungan memikirkan malang yang menimpa keluarganya kerana anak sulungnya, Azman yang dilahirkan tahun 1998 akan menghadapi PMR; anak keduanya Aznil lahir pada 1999, anak ketiga Aishawati dan Asyikah juga akan menghadapi masalah yang sama.


PAK KADOK.....Malang sekali keluarga Junis seperti Pak Kadok, menang sorak, tetapi kampung tergadai apabila menghadapi kesulitan mendaftar Mykad dan Sijil Lahir untuk empat orang anaknya.

Junis yang seolah-olah pasrah dengan keadaan itu, kini tidak langsung bersemangat apabila memikirkan bahawa besar kemungkinan masa depan persekolahan anaknya akan terjejas sekiranya JPN masih berdegil untuk tidak meluluskan dokumen pengenalan diri mereka.

"Apakan daya saya seorang kerdil, miskin dan tidak berupaya. Tiada apa yang saya dapat lakukan dan berbeza pula dengan orang yang berharta dan punya wang yang banyak, dokumen boleh diurus dengan sekelip mata," keluh Junis sambil menitis air matanya kesalnya.

Pesanan :
 Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Taib Mahmud di terajang Bini baru depan public

Posted: 29 Oct 2012 06:07 PM PDT

Satu berita tentang Ketua Menteri Sarawak tersebar di dalam internet. Di dakwa berlaku pergaduhan di antara TS Taib Mahmud dengan isteri beliau.

Sila baca printscreen di bawah :


Laporan tersebut telah disiarkan di dalam Sarawak Report. Lihat di bawah :


ekekekekkek... Samseng khawin samseng.. apa nak di pelik nya.

Mimpi Senja

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Pecah Berita Lagi! Nazri Aziz Didakwa Terima Rm3 Juta Isu Skandal Rm40 Umno Sabah?

Posted: 29 Oct 2012 09:28 AM PDT


Kuala Lumpur - by @tiewnama. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Sri Nazri Aziz telah menafikan 
menerima apa apa wang dari jutawan Balak Michael Chia dan ia lebih berupa skandal 
RM40 juta yang melibatkan Umno Sabah. Beliau mengulas komen bloger MT yang 
kini dalam buangan di UK, Raja Petra Kamarudin yang juga dikenali sebagai RPK 
yang mendakwa bahawa Nazri dan anaknya Mohamad Nedim masing masing telah 
menerima RM3 juta dan sebuah kereta sport dari Chia.

"Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar. Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika 
dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, ".

Walaupun dia tidak langsung mengkritik Raja Petra atas dakwaan terbaru itu, 
Nazri berkata bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan perkara ini.
"RPK adalah seorang yang sosial. Beliau menggabungkan dengan banyak orang, 
jadi dia mungkin mendapat maklumat daripada mereka. Kemudian menulis ini, 
ia memberikan saya peluang untuk menjelaskan cerita saya, " 

Nazri juga menegaskan bahawa dia tidak mempunyai pengaruh ke atas Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM atau badan kehakiman, sambil menambah bahawa 
jika dia terpaksa, kes Chia akan digugurkan. 

Dalam laporan MT, Raja Petra mendakwa bahawa Chia sendiri datang ke Parlimen 
untuk menyerahkan RM3 juta kepada Nazri, selepas didakwa Nazri sendiri bahawa 
perkara berkaitan skandal RM40 juta telah ''diselesaikan''. Beliau juga mendakwa 
bahawa Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Peguam Negara Abdul 
Gani Patail juga terlibat sama.

sesuai dengan moto kerajaan Barisan Nasional 1Malaysia Rakyat di bahulukan.
penipuan di utamakan.



by @tiewnama - tahu cara membaca pemikiran pemimpin Barisan Nasional? 
senang saja, terbalikkan saja semua ayat di atas, kalau nafi tu maknanya betul. kahkahkahkah



Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Pecah Berita! 3 Janji Najib Jika BN Menang Di Selangor?

Posted: 29 Oct 2012 08:46 AM PDT


Kuala Lumpur - by @tiewnama 
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa 
masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan 
negeri terus ditadbir pakatan pembangkang. 

Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan 
oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat atau PKR di Selangor, malah masih banyak 
janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa 
di negeri ini hampir empat tahun.

"Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, 
tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini 
kerana janji janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk 
di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini. 

berikut adalah janji Barisan Nasional jika berjaya memerintah selangor semula, 

pertama, sistem AES jpj akan di perbanyakkan lagi di jalan jalan sekitar selangor 
kerana di dalamnya terdapat banyak kemalangan yang melibatkan jalan jalan utama 
di negeri ini, sistem ini supaya rakyat lebih bersiplin dan wajib membawa kereta pada 
kadar 60kmj saja di jalan2 utama hatta kereta royroice agung sekalipun,  

kedua, empangan langat 2 akan di bina supaya ianya dapat membekalkan air yang banyak 
kepada pengguna di sekitar selangor dan seterusnya dapatlah kerajaan menaikkan lagi 
harga air ketahap yang lebih mesra kroni dan lebih menindas rakyat, ini penting kerana 
syarikat syabas yang pengarahnya mempunyai keahlian umno seumur hidup wajib di bayar 
gaji rm 5.1 juta setahun dan bonus 20 juta setahun kerana berjaya membawa harga air naik 
untuk kekayaan golongan elit melayu, 

ketiga, harga elektrik akan di naikkan lagi bagi menampung perbelanjaan 5 syarikat 
kapitalis letrik yang mempunyai kaitan dengan dana Barisan Nasional yang memaksa 
tnb membeli tenaga letrik lebih mahal dari yang di jual kepada rakyat, kenaikkan harga 
letrik ini adalah untuk menampung rm 19 billion subsidi kepada 5 syarikat swasta kapitalis 
kroni kerajaan Barisan Nasional tadi, 

rakyat perlu menanggung semua bayaran kenaikan kerana bersesuaian dengan moto 
BN 1malaysia rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.



by @tiewnama - Melayu menyampah dengan UMNO isu Rasuah, 
Cina Menyampah dengan MCA isu chua soi lek hina ISLAM,
India Menyampah dengan MIC sebab sami velu buat projek VILLA batu caves.
tinggal siapa lagi nak sokong Barisan Nasional? PPP? GERAKAN? kahkahkahkah 


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Panas! Tengku Mahkota Pahang Bertitah Jangan Politikan Lembu?

Posted: 29 Oct 2012 04:45 AM PDT


Kuala Lumpur - by @tiewnama.
Maran, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan 
setiap pemimpin dan parti politik supaya berhati-hati dalam menegakkan manifesto 
masing-masing serta diminta berpolitik secara bertoleransi.

Titahnya apa yang perlu diutamakan adalah pengorbanan mereka untuk 
kesejahteraan rakyat, agama, bangsa dan negara. "Setiap pemimpin dan parti politik 
perlu mengurangkan perbezaan dan mengamalkan politik berasaskan toleransi, 
jangan berjuang dan berkorban untuk kepentingan diri semata-mata 
tanpa memikirkan implikasinya terhadap rakyat," 

bercakap pada majlis ibadah korban perdana Parlimen Maran di sini, Ahad. 
Baginda bertitah setiap pemimpin serta parti politik juga perlu mengamalkan konsep 
muhibah dan harmoni dalam pentadbiran masing-masing. 

"Setiap parti mempunyai visi yang sama iaitu untuk membantu rakyat dan 
seharusnya mereka duduk bersama bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
Percanggahan pandangan politik yang keterlaluan tidak membawa manfaat kepada 
kesejahteraan rakyat, malah hanya mengeruhkan keadaan dan tidak mencerminkan 
kematangan politik di negara ini," 

Abdullah turut berharap pihak yang menjalankan ibadah korban supaya memastikan 
daging haiwan korban sampai kepada golongan sasaran kerana bimbang ia juga 
mungkin akan dipolitikkan pihak-pihak tertentu. Pada majlis itu sebanyak 50 ekor 
lembu dikorbankan dan diagihkan kepada golongan memerlukan di 47 buah kampung 
di Parlimen Maran Pahang.


by @tiewnama - kahkahkahkahkah

INGAT ANAK MUDA SEMUA!
LEMBU JANGAN DI POLITIKAN!
ROZITA CHE WAN JANGAN DI POLITIKAN!
kahkahkahkahkahkah


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Pecah Berita! Sebuah Blog Dakwa Anak Sultan Dot dot Dot?

Posted: 29 Oct 2012 03:48 AM PDT


Kuala Lumpur - by @tiewnama. 
Langit di bumi malaysia hampir seakan runtuh kerana isu terbaru yang di dakwa 
mirip anak sultan, yang mana sebuah laman blog telah menyiar beberapa keping gambar 
terbaru mengenai keahli sunnah wal jemaahnya anak sultan di sebuah negeri ini. 

pihak tim era pasca juga tidak mengetahui bahawa gambar gambar yang di siarkan dalam 
blog itu tulin atau sebaliknya, tim era pasca mengharap agar gambar itu adalah gambar palsu 
dan seterusnya dapat membersihkan imej kesultanan yang menjadi ketua agama islam ada 
dalam malaysia pada hari ini. 

tim era pasca juga tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini.. anda nilailah sendiri akan kebenarannya.. blog itu sila klik SINI dan SINI



by @tiewnama - rozita che wan mana lah ni.. kikikiki

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: