Khamis, 4 Oktober 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


PANAS! Universiti Dari Malaysia Langsung Tidak Tersenarai, Khaled Nordin Mesti Letak Jawatan!

Posted: 04 Oct 2012 03:34 AM PDT



Malaysia terus dilanda sindrom ketinggalan, bukan setakat dari segi ekonomi dan daya saing antarabangsa, malah paling mengejutkan apabila tiada satu pun universiti tempatan berada dalam senarai ranking terbaru yang dikeluarkan Times Higher Education (THES) untuk tahun kedua berturut-turut.

Ranking terbaru untuk tahun 2012-2013 yang dikeluarkan hari ini memperlihatkan tiada satu pun universiti dari Malaysia berada dalam kedudukan 400 universiti terbaik dunia, sekaligus membuktikan bahawa pengenalan universiti bertaraf Apex yang dianugerahkan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) langsung tidak memberi sebarang makna.

Mendahului senarai terbaik semestinya datang dari Amerika Syarikat dengan 76 buah universiti di negara berkenaan berada dalam senarai 200 terbaik walaupun 51 daripadanya menunjukkan skor menurun.

Menduduki senarai pertama universiti terbaik dunia adalah California Institute of Technology (CIT) mengatasi universiti yang sangat dibanggakan Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin yang pernah belajar di Universiti Oxford, United Kingdom yang berada di kedudukan kedua.

Di tempat ketiga adalah Stanford University, Amerika Syarikat manakala Harvard University, United Kingdom dan Massachusetts Institute of Technology (MIT), juga dari negara Uncle Sam itu masing-masing pada kedudukan keempat dan kelima.

Universiti terbaik dari benua Asia adalah University of Tokyo, Jepun yang berada pada kedudukan ke-27 dan THES menjangkakan lebih banyak universiti dari China, Korea Selatan dan Taiwan akan mencabar antara satu sama lain untuk berada pada raning yang lebih tinggi tahun depan.

THES juga memberi penghargaan khas kepada universiti dari benua Asia seperti Universiti Tekonologi Nanyang, Singapura kerana melonjak dengan begitu ketara, naik 83 anak tangga dan berada di kedudukan ke-86 dalam senarai universiti terbaik dunia.

Sebuah lagi universiti dari republik itu, National University of Singapore (NUS) berada dalam kedudukan terbaik sepanjang 14 tahun apabila berada di kedudukan ke-29 sekaligus muncul sebagai universiti terbaik dari Asia Tenggara.

Dalam komen ringkas, Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin dengan nada berhelah memberi alasan bahawa universiti dari Malaysia tidak tersenarai kerana THES menggunakan sistem penilaian 10 tahun sedangkan sebuah lagi badan penilai antarabangsa, QS World University Ranking menggunakan sistem penilaian lima tahun yang dianggapnya lebih tepat.

Bagaimanapun dia tidak memberi alasan mengapa Malaysia menerima pakai sistem yang digunakan QS sedangkan THES sebenarnya lebih diiktiraf di peringkat global selepas dipisahkan entiti kedua-duanya pada 2010.

Buktinya, Universiti Malaya (UM) pernah berada dalam senarai ke-180 menggunakan penilaian bersama THES-QS dan ini tidak pernah dipertikaikan oleh Khaled.

Persoalannya, mengapa baru sekarang hendak mengguna pakai ranking yang hanya dikeluarkan QS sedangkan universiti seluruh dunia ternanti-nanti kedudukan mereka dalam senarai THES?

Dan mengapa pula Khaled tidak mampu menjawab bagaimana UM masih belum berada dalam senarai 100 universiti terbaik dunia walaupun menggunakan sistem penilaian QS yang dianggapnya lebih tepat?

Apakah muslihat Khaled hanya semata-mata mahu menutup kegagalannya menjadikan salah satu daripada 20 buah universiti awam di negara ini berada dalam senarai THES?

Malah, Penasihat DAP Lim Kit Siang menulis di laman Twitternya mengatakan sekali lagi Malaysia terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dan apakah Khaled mengambil berat akan hal ini?

Justeru Khaled mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan ini dan mesti meletak jawatan supaya martabat dan kedudukan universiti di negara ini tidak terus jauh tertinggal di belakang, termasuk Thailand!
JALAN PULANG

Peserta konvoi R serah memo kepada ahli parlimen

Posted: 04 Oct 2012 12:42 AM PDT


(Mohammad Nizar menerima memo yang diserahkan pihak Royalti. Foto: SK)

KUALA LUMPUR: Peserta Konvoi Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas Ke Kelantan (Royalti) yang bermula 2 Oktober lalu, meneruskan lagi perjuangan mereka dengan menyerahkan memorandum bagi menuntut penyelesaian segera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayar royalti kepada Kerajaan Kelantan.

Mereka menyerahkan memorandum itu kepada wakil PAS iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin di luar bangunan parlimen.

Pengerusi Royalti Nazri Deraman berkata, Najib perlu memastikan pembayaran wang royalti secara tunai oleh Petronas kepada kerajaan negeri seperti mana Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Terkini bayaran royalti yang perlu dibayar sudah mencecah RM10.4 billion, dan ia perlu dibayar dengan kadar segera," katanya.

Jelasnya, isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit.

Royalti juga turut mencadangkan Najib Razak dan Petronas agar membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300 km diwujudkan di Kelantan.

Ini kerana jarak Blok PM301 yang berada di perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh iaitu ke Pantai Senok Bachok hanya 140 kilometer sahaja berbanding 300 km.

Memorandum itu turut mengemukakan sembilan justifikasi berkaitan tuntutan royalti antaranya Petronas melanggar perjanjian 9 Mei 1975, penafian hak royalti menafikan amanat Tun  Razak, gas dan minyak Kelantan untuk tujuh generasi Kelantan, dan ordinan darurat dan tiga batu nautika sudah dimansuhkan. -Hrkh

[BONGKAR] Usaha BN Rampas Kedah, 200,000 Pengundi Baru Didaftarkan

Posted: 04 Oct 2012 12:39 AM PDT


Usaha menambah 200,000 pengundi baru di Kedah seperti dilapor baru-baru ini menunjukkan kerajaan Umno BN begitu terdesak merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid berkata, tidak munasabah bagi sebuah negeri mempunyai jumlah rakyat sebesar itu yang masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tidak logik untuk sebuah negeri mempunyai 200,000 pengundi yang tak berdaftar, itu yang kita risaukan sekarang, tapi kita akan terus memantau usaha terdesak itu," katanya kepada Keadilan Daily mengulas laporan bahawa Umno Kedah kini berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 yang layak mengundi di negeri itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu berkata, tindakan Umno itu boleh dianggap sebagai perang psikologi terhadap rakyat Kedah, selepas kaedah yang sama digunakan di Selangor.

"Ia kononnya untuk menimbulkan keyakinan kepada rakyat Kedah bahawa mereka mampu mentadbir semula negeri itu, tetapi saya tahu, rakyat Kedah kini bijak menilai," kata Zakaria.

"Mereka bukan sahaja terdesak merampas semula Selangor, malah Kedah juga," tambah beliau.

Sehingga Ogos lepas, dilaporkan jumlah pengundi berdaftar di Kedah ialah 1.025 juta berbanding 873,000 pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12).

Umno BN Kedah telah mendaftarkan seramai 68,000 pengundi sejak tahun 2008 hingga Ogos lepas.

Manakala di Selangor pula, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk suku ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008. -KD

Tiada Pilihan: Perhimpunan Rasaksa Pakatan Rakyat 3 Nov Stadium Bukit Jalil

Posted: 03 Oct 2012 05:45 PM PDT


Tidak tunai tuntutan Bersih, lagi himpunan 3 Nov

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat julung kalinya akan menganjurkan himpunan besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November nanti.

Dengan tema 'Himpunan Kebangkitan Rakyat', Pakatan Rakyat mensasarkan kehadiran sejuta rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh pemerintah.

Katanya, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah.

Jelasnya, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah menunjukkan bagaimana pihak keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 24 April lalu.

"Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 Nov nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya yang bebas dan telus.

"Apa terus meragukan misalnya ditemui 60 000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR.

"Bagaimana hendak adakan pilihan raya sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali," katanya.

Justeru, Pakatan khuatir bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk PRU-13 ini.

Turut bersama dalam sidang media Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke, dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua. -HD

(Gambar) Penyanyi Janet Jackson Peluk Islam

Posted: 03 Oct 2012 05:44 PM PDT


Penyanyi sekaligus bintang top Amerika Syarikat, Janet Jackson kini menjadi sensasi. Jackson dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk berkahwin dengan calon suaminya, seorang jutawan Timur Tengah, Wissam al-Mana. Media Showbizspy, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta.

Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ' terbesar sepanjang sejarah.' "Mereka telah merencanakan pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan," kata salah satu sumber.

Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu. Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam.

Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept memperlihatkan gambar Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk "Janet Jackson's Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World".

Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih simpang siur. -ibnuhasyim

Media Showbizspy, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta. Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ' terbesar sepanjang sejarah.'

"Mereka telah merencanakan pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan," kata salah satu sumber.

Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu. Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam.

Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept memperlihatkan gambar Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk "Janet Jackson's Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World".

Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih simpang siur. ~ibnuhasyim










Tiada ulasan: