Isnin, 29 Oktober 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Ismail Kamus makan nasi bungkus bersama TG Nik Aziz

Posted: 29 Oct 2012 01:21 AM PDT

(Datuk Ismail Kamus makan tengahari bersama TG Nik Aziz di Kota Darul Naim hari ini)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima kunjungan hormat, Ustaz Datuk Ismail Kamus di pejabatnya.

Mereka berdua kemudiannya makan tengahari bersama di pejabat itu dengan hidangan nasi bungkus yang dibeli oleh kakitangan pejabat MB.

Ustaz Ismail Kamus adalah tokoh agama terkenal yang pernah menjadi Adun Gombak Setia setelah menang dalam pilihan raya umum 1999.

Namun beliau kemudiannya kalah dalam pilihan raya umum 2004 di kerui yang sama.

Ustaz Ismail terkenal dengan ilmunya dan popular dalam siri ceramah dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

Beliau juga terkenal dengn rawatan As Syifa' dan mempunyai ramai anak murid dalam bidang perubatan ini. -Hrkh

Lembu korban mengamuk tanduk punggung.

Posted: 28 Oct 2012 09:16 PM PDT

Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin. Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu.

 Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih. Pemiliknya, Abdul Quddoos berkata, lembu korban tersebut berjaya ditangkap semula dua jam selepas ia terlepas. Sementara itu di bandar Peshawar, seekor lembu korban yang terlepas mencederakan tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun.

 Seorang anggota polis, Abdul Waheed berkata, berpuluh-puluh orang mengejar lembu tersebut selama sejam sebelum ia berjaya ditangkap semula. Di Gaza, seorang lelaki Palestin mati selepas dipijak seekor lembu korban yang terlepas di Rafah, Genting Gaza.

MCA bantu dedahkan Umno yang sebenar

Posted: 28 Oct 2012 09:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka  menentang Syariat Islam,  khususnya undang-undang jenayah hudud,  adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka  menentang Syariat Islam,  khususnya undang-undang jenayah hudud,  adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar.

Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun.

Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan  dibawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO,dan ada menteri penjaganya.

Di samping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, diperingkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing danada Exco Agama daripada UMNO juga.

TETAPIsegala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi ditempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan dinegeri yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.


Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa ?.

Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam.Manakala hukum hududpula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA.

Parti UMNOlah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana  banyaknya urusan Islam didalam tubuh parti UMNOserta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri.

PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku,kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi.Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu.

Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya.

Tetapi ahli UMNOi tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN  dan lain-lain, dalamgabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar  menjadicabang yang berteduh dibawah semangat Barisan Nasional.  Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apasahaja  termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.



HUDUD

Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayahdalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan "Hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah dinaskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan "Hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS".Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman yang bermaksud:

Maksudnya :"Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab – 36)


Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas.Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.

Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut.Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa kemahkamah.Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat.

Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan. Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan.

Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk di bawa kes ke perbicaraan takzir – di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud.Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.

Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya,seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO di pecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.

PAS DAN DAP

PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza,  kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan diMadinah, terdapat didalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.

Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu.Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.

PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud,  kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.

Maka proses pelaksanaan undang –undang termasuk Hudud dibawa kedalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang – undang  jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, di bentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya.

Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini diKedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.

DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA,MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.

Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukankepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah.Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.

PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya  dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil.

Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara.Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional.

Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasamelayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS.


Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.


Penulis adalah Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Marang.

Ikan Sisa Nabi

Posted: 28 Oct 2012 09:12 PM PDT


Ikan Sebelah Laut atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi, nama saintifiknya Pseudorhombus spp./Achiroides spp. adalah tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.

Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman AS tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut. Dengan kehendak Allah, ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja.

Bukti kewujudannya kekal sehingga ke hari ini untuk dijadikan iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam. [sumber]

DAP PILIHAN TEE KEAT

Posted: 28 Oct 2012 03:46 PM PDT


Mengejut dan menggemparkan!

Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan mengumumkan dalam bulan ini, menyertai salah satu parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - Parti Tindakan Demokratik (DAP)!

Ong Tee Keat adalah bekas presiden MCA paling lantang mengkritik beberapa polisi Barisan Nasional sejak kalah dalam perebutan jawatan Presiden di tangan Chua Soi Lek yang disokong Umno-APCO.

Tee Keat berkata, beliau akan membawa kumpulan pengikutnya, termasuk Ketua Wanita MCA Melaka, Xuexia, Pengerusi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Qingzhou Weng bersama bekas Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.

Ong Tee Keat Ahli Parlimen Pandan, sekiranya dia menyertai Parti Tindakan Demokratik, pertempuran di kawasan parlimennya yang sama, akan membantu Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang disandang Exco Kerajaan Selangor, Iskandar A Samad seterusnya meningkatkan peratusan kemenangan Pakatan Rakyat.

Menurut sumber maklumat dalaman mengatakan bahawa selepas Tahun Baru Cina, Tee Keat bertemu dengan penyokongnya di satu lokasi yang dirahsiakan untuk meminta pandangan mereka tentang nasibnya dalam MCA.

Menurut sumber itu, bahawa penyokong memihak kepada keputusannya untuk meninggalkan MCA, kerana perjuangan yang berterusan dan tidak masuk akal tidak akan membawa MCA ke mana-mana. Sumber yang mengatakan bahawa Tee Keat telah bertemu pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah-masalah mereka, sebenarnya adalah Chua Jui Meng yang kini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tee Keat dan Jui Meng selepas mesyuarat, menegaskan bahawa penghijrahan Tee Keat tidak akan mendesak untuk memperoleh jawatan, hanya mendengar kepada analisis Jui Meng bagaimana Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan persekutuan dengan pelan peralihan kuasa yang teratur.

Tee Keat akan mengumumkan hasratnya dalam masa terdekat, dipercayai sebelum pembubaran parlimen yang dijangka 14 Mei ini. JALAN PULANG

Ulamak UMNO, Jamil Khir Kena Perlekeh Oleh Soi Lek, Jamil Tak Faham Hudud Katanya

Posted: 28 Oct 2012 03:35 PM PDT



Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.

"Boleh jadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..

Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..

Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..

Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..

50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO. -alditta


Soi Lek: Jamil needs to do homework on hudud first

BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims.

"Maybe he did not do his homework.

I am disappointed with what he said," the MCA president said.

On Wednesday, Jamil Khir told Nibong Tebal MP Tan Tee Beng in the Dewan Rakyat that hudud would not affect non-Muslims.

Tan had asked him if it would ever be implemented in Malaysia.

Speaking to reporters after chairing the Batu Pahat MCA committee meeting on Friday, Dr Chua invited Jamil Khir to a debate on how hudud would affect all Malaysians, pointing out that it involved amending the Federal Constitution.

He also pointed out that a political party should not be equated to religion.

"PAS is a political party while Islam is the official religion.

"The MCA is upholding the constitution which states the country's official religion is Islam while Malaysians are free to embrace their own," he said.

Asked if his comments about Jamil Khir would affect Barisan Nasional, Dr Chua said the MCA, as a political party, had the right to express its views.

Dr Chua added that he would not apologise to a group of PAS Youth members who had held a protest at Wisma MCA over his statement on hudud.

"Why should we be scared? We are merely stressing our views and the people have the right to choose," he said
~ The Star Online

Ni baru betul kes terkena batang hidung.

GB dah ulas banyak kali, bahawa Allah itu Maha Benar dan Maha Adil, Dia akan menegakkan dan menunjukkan kebenaran dan keadilan kepada umat manusia.
Bahawa Soi Lek dan MCA telah menghina Islam. Tetapi puak UMNO kata Soi Lek tak hina Islam, cuma mereka tak suka PAS.

Kini terpampang jelas, ulamak UMNO pun dah (dengan maaf) dikencingkan oleh Soi Lek.

Sebab selama ini UMNO inggeh apa juga penghinaan Soi Lek terhadap Islam.

Apatah lagi dengan sikap Presiden UMNO sendiri yang membisu dan berdiam diri yang amat menggembirakan Soi Lek. -GB


Alahaiii.. banyak ni saja samseng UMNO ambil upah untuk ganggu Jelajah Merdeka Rakyat?

Posted: 28 Oct 2012 03:34 PM PDT

Satu perkembangan yang menarik.. semakin hari semakin berkurangan samseng-samseng UMNO yang mengambil upah untuk menganggu program Jelajah Merdeka Rakyat ini..

Samada kebanyakkan mereka telah mula sedar bahawa selama ini mereka diperbodohkan pemimpin UMNO atau upah semakin berkurangan.. entahlah...

Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama Menteri Besar, Khalid Ibrahim disambut meriah oleh lebih 1,500 rakyat yang sudah menanti ketibaan pemimpin Pakatan Rakyat sejak jam 1 tengah hari lagi di Sungai Besar, Selangor.

Bagaimanapun, samseng Umno yang dianggar lebih 10 orang mula melakukan provokasi memegang sepanduk mengecam Anwar konon dia tidak diterima di parlimen tersebut.

Insiden sama berlaku awal pagi tadi di Bandar Tun Razak di mana samseng diupah Umno membuat bising dengan membunyikan hon motosikal masing-masing tetapi tidak dihiraukan penyokong yang sudah tiba sejak jam 9 pagi.

Anwar berucap di hadapan sebuah restoran di pekan Sungai Besar sambil skuad keselaamatan memantau pergerakan samseng Umno bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Rakyat pelbagai kaum tidak menghiraukan cuaca yang agak panas mendengar amanat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat malah ada yang berteduh di beberapa buah khemah yang disediakan khas bagi memberi sedikit keselesaan kepada mereka.

Sebelum itu, orang ramai tidak melepaskan peluang untu bersalaman dan bergambar dengan Anwar serta Khalid yang ceria melihat sambutan hebat walaupun mendapat maklumat kehadiran bas jelajah tersebut kurang seminggu lalu.

Pengerusi KEADILAN Selangor yang juga timbalan presiden, Azmin Ali dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang bagi menyertai rombongan bas meneruskan perjalanan ke parlimen Sabak Bernam dan Hulu Selangor selepas ini ~ PASPB

Transformer DAP Untuk Jelajah "UBAH"

Posted: 28 Oct 2012 03:33 PM PDT

Cantik dan berpengaruh

PKR punya Voltron Force


DAP punya Transformer


Inilah rupanya bila sudah transform


amno lori
umno punya destroyer.. tak dak seni langsunggggg!

Tiada ulasan: