Muslimeen United |
- 15 Kerusi Sabah, 16 Sarawak Bakal Milik Pakatan Rakyat
- Lembu Korban Kena Curi
- KANTOI! Pemimpin MIC Sendiri Luluskan Projek Kondo Batu Caves!
- Anthony Loke Terharu Terima Surat Penghargaan Dari TG Nik Aziz
- Pengorbanan cipta kemenangan tanpa terburu-buru
- Kebetulan Atau Sabotaj? Cuba Tengok & Baca Betul-betul ....
15 Kerusi Sabah, 16 Sarawak Bakal Milik Pakatan Rakyat Posted: 26 Oct 2012 06:57 AM PDT Oleh: Tukang Lawan Bekas Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu Datuk Lajim Ukin berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap untuk BN dan Pakatan Rakyat mampu memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang. Bekas timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno itu menyuarakan keyakinan itu dalam satu ceramah politik di Setapak . "Kepada saudara-saudara di Semenanjung, saya sampaikan kepada saudara-saudara semua Sabah akan beri 15 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang ini," katanya. Menurutnya lagi, bacaan politik beliau juga menjangkakan perkara yang hampir sama akan berlaku di Sarawak. "Saya tak perlu sebut Sarawak, Sarawak juga (BN) akan kalah sekurang-kurangnya 12 hingga 16 kerusi tetapi saya sahkan Sabah akan beri untuk Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya 15 kerusi," katanya penuh bersemangat. |
Posted: 26 Oct 2012 06:56 AM PDT Panas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting untuk Masjid Kg Expo hilang dan disyaki dicuri. Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir, Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang. Ahli Jemaah Masjid Expo, berasa sesuatu tak kena, jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat. Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis. Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, yang memberitahu penulis, lembu YB Dato Zahir ,Adun Umno itu telah dicuri oleh orang UMNO juga. Pencuri yang didakwa Ahli UMNO itu tidak suka YB Umno memberi sumbangan lembu kepada Masjid Expo ,kerana Masjid Expo,Kamunting dikatakan pro-PAS. -Sisibukit |
KANTOI! Pemimpin MIC Sendiri Luluskan Projek Kondo Batu Caves! Posted: 26 Oct 2012 04:38 AM PDT Adehh, kalau banyak ni saja yang datang, mau bungkus lagi MIC. Demonstrasi yang dikepalai bekas Presiden parti itu, Samy Vellu yang kunun membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor cuma 300 saja yang turun! Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut. Mengapa boleh jadi begitu? Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut. Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya. Samy dalam ucapannya membidas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu. Xavier pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kununnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan. Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat. Khalid pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama. Timbalan menteri luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu. Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang. JALAN PULANG |
Anthony Loke Terharu Terima Surat Penghargaan Dari TG Nik Aziz Posted: 26 Oct 2012 04:33 AM PDT Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas. Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun! Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR! |
Pengorbanan cipta kemenangan tanpa terburu-buru Posted: 26 Oct 2012 04:33 AM PDT Assalamualaikum wbt.. Saudara-saudari muslimin muslimat yang dihormati sekalian.. Sempena dengan hari raya korban @ Aidil Adha ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s. Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak yang selalu disebut-sebut, yang telah menunjukkan betapa komitmennya mereka terhadap perintah Allah SWT, iaitu Nabi Allah Ibrahim a.s, anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar. Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya meninggalkan anak dan isterinya yang tercinta berduaan di Mekah, tempat yang kering kontang dan panas terik. Nabi Ibrahim lantas meninggalkan isteri dan anaknya tanpa mengendahkan panggilan isterinya. Sehinggalah isterinya bertanyakan kepadanya: "Adakah ini adalah perintah dari Allah?". Lantas Nabi Ibrahim berpaling dan menjawab: "Ya". Siti Hajar menjawab dengan tenang: "Pergilah dengan urusan Tuhanmu itu". Ini adalah satu pengorbanan demi agama Allah SWT. Maka dengan sebab itu, kita yang datang selepas dari para anbiya itu, hendaklah mencontohi mereka dari sudut prinsip dasar dan perjuangan. Dalam memperjuangkan Islam ini, kita perlu sabar dan tidak perlu gopoh untuk mendapat kejayaan yang terburu-terburu, tetapi kita hendaklah berwaspada dalam pergerakan kita ini. Ianya adalah supaya kita tidak melencong dan terseleweng daripada landasan yang telah digariskan oleh Allah SWT. Kita tidak boleh mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh para anbiya itu adalah perkara-perkara lapuk yang tidak dapat kita menggunakan pada masa atau zaman ini. Malahan kitab-kitab Allah dan Hadis-hadis Nabi itu terus berkuatkuasa selagi mana adanya manusia di atas muka bumi ini. Syariat Islam berkuatkuasa sepanjang zaman dengan keadaan bahawa ianya dikenali dengan satu keistemewaan bahawa Islam itu adalah bersifat 'As-Sabat wal Murunah'. Ianya tetap, tetapi anjal. Tetap itu bermakna, kita tidak boleh keluar dari landasan Islam walaupun ianya bersifat anjal. Maka saudara-saudara sekalian, kita hendaklah berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran Islam, sehingga kita berjaya ataupun mati syahid di dalam perjuangan Islam. Wallahu a'lam. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahilhamd Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat |
Kebetulan Atau Sabotaj? Cuba Tengok & Baca Betul-betul .... Posted: 26 Oct 2012 04:32 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan