ALHUSSEYN |
Posted: 26 Oct 2012 09:00 AM PDT Bila korang sembelih binatang korban sok, tak kiralah kambing atau lembu, cer korang kutip gigi-gigi binatang tu.Memang biasanya tak ada siapa yang mahukannya. Aku nak cadangkan korang buat sepertimana sepasang suami isteri mat salleh ni buat - gunakan gigi untuk tapak kasut. Lihat gambar berikut : Cer tengok betul-betul kasut nih.Ianya menggunakan 1050 gigi sebagai tapaknya. Agak-agak korang kasut siapakah ini? Ada yang kata kasut ini kepunyaan Khir Toyo - seorang Doktor Gigi yang jadi kaya raya selepas jadi MB Selangor dulu. Betulkah? Ada gigi emas pula tu.... ha! ha! Kreatif sungguh pencipta kasut ini. Hanya Khir Toyo sahaja yang layak memakainya. Betul tak? |
Siapakah yang patut marah ....Umno atau Ulama PAS? Posted: 26 Oct 2012 02:40 AM PDT Dalam klip videoa yang saya sertkan dibawah ini, Dr Asri banyak menyentuh tentang Umno.Dia sebut tentang Ulama' dalam Umno yang hanyut dan banyak lagi. Manakala Moderator, Dr Mazlee dan Dr asri sebagai salah seorang panel hanya sedikit sahaja menyentuh pasal PAS. Namun mereka berdua ini telah mengundang 'jentikan' dari Ulama PAS. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh kata, soalan yang dikemukakan oleh seorang moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke-15 berhubung dengan pemimpin ulama PAS yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas Mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada PAS. Baca lagi di sini Sementara itu pula, Ketua Dewan Ulama' berkata, Ulama' PAS bukan Ayatullah Cer korang sendiri lihat pada minit ke 7 : 23. Transkripnya adalah sebagaimana berikut : Asri : Kita...kita bincangkan pasal pemimpin, kalau ada orang PAS disini bagus kalau kita tanyakan soalan tu...Dan saya rasa itu pun masalah juga dalam PAS. Masalah sekarang... PAS ni dia belum jadi pemimpin negara lagi.Dan kalau benda ini tidak dibahaskan oleh kita hari ini, kita akan jadi Iran; yang mana Ayatullah tidak boleh disentuh. Dan kita jangan fikir...sebab itu saya kata yang kebetulan Umno tadi.Kalau kita tidak berhati-hati , mana-mana parti politik termasuk PAS, kalau dia naik dengan mentaliti – orang agama dia tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin, dia ada kuasa politik dan dia ketua dan dia Tok Guru Agama pula – kita akan menghadapi yang lebih korup dari apa yang berlaku sekarang!Ini kena dihapuskan diperingkat awal sebelum berlaku apa-apa perubahan politik. Apa benarkah, Dr Mazlee sebagai Moderator seolah-olah ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam PAS dengan mengemukakan persoalan tersebut? Benarkah Dr Asri kata Ulama PAS macam Ayatullah? Jom sama-sama dengar apa yang diperkatakan oleh mereka yang sebenarnya : Korang lihat betapa beriya-iya orang Umno ni kata mengenai keterbukaan pimpinan Umno untuk ditegur tapi terkantoi apabila Dr Mazlee tanya dia, " Tapi kalau minta Presiden tu berdebat.... Cer tumpukan minit yang ke - 9:15. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan