MiLo SuaM |
- Najib pemimpin Asia Tenggara pertama gunakan Google Hangouts?
- Video #TanyaNajib terima 1,400 dislikes rupanya fitnah pembangkang!
- Bendera parti pembangkang digantung lebih tinggi dari jalur gemilang di Pulau Pinang
Najib pemimpin Asia Tenggara pertama gunakan Google Hangouts? Posted: 04 Oct 2012 09:44 PM PDT MEMETIK satu laporan portal berbahasa Inggeris The Star, akhbar online milik MCA itu mendakwa, Najib Razak yang bersiaran secara langsung dalam #TanyaNajib di YouTube merupakan pemimpin asia tenggara pertama menggunakan Google Hangouts. Namun kalau kita lihat, pada 17 Ogos 2012 yang lalu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terlebih dahulu telah menggunakan Google Hangouts di dalam program #BorakAnwar yang bersiaran secara langsung di YouTube. Beliau sekaligus menjadi rakyat Malaysia serta pemimpin pertama di Asia Tenggara yang menggunakan Google Hangouts untuk bersiaran secara langsung menerusi program #BorakAnwar [YouTube]. Apa yang lebih penting, video #BorakAnwar masih boleh diakses sehingga kini serta menerima lebih banyak undian likes berbanding dislikes, tidak seperti yang berlaku kepada video #TanyaNajib yang menerima puluhan ribu dislikes rujuk sini [Tanya Najib]. ReJaM© "Pemimpin Asia Tenggara pertama dapat puluhan ribu dislikes di Google Hangouts" |
Video #TanyaNajib terima 1,400 dislikes rupanya fitnah pembangkang! Posted: 04 Oct 2012 03:00 PM PDT SEJAK semalam kecoh cerita tentang video siaran langsung Najib Razak dalam program #TanyaNajib di google Hang Out yang dikatakan menerima lebih 1,400 undian dislikes (tidak suka) daripada pengguna internet. Video tersebut akhirnya terpaksa ditetapkan kepada "private" bagi mengelakkan undian dislikes terus meningkat kepada puluhan ribu. Jelas dan nyata perbincangan belanjawan 2013 itu tidak disukai oleh majoriti penontonnya dan sekadar menjadi bahan lawak rujuk sini [#TanyaNajib] Namun hari ini, nampaknya berita tersebut terbukti adalah fitnah yang dilontarkan oleh blog-blog pembangkang. Dakwaan mengatakan video #TanyaNajib menerima 1,400 dislikes adalah tidak benar lihat printscreen di bawah. Oleh kerana video siaran langsung #TanyaNajib di YouTube sudah tidak dapat diakses, maka video versi kedua pula dimuat naik oleh Astro Awani di [YouTube]. Setakat artikel ini ditulis, video ini telah menerima 9,789 dislikes. Apa kata berikan undian ada pula kepada video ini, klik [YouTube]. ReJaM© "1,400 dislikes fitnah! 9,789 dislikes barulah betul kah kah kah... " |
Bendera parti pembangkang digantung lebih tinggi dari jalur gemilang di Pulau Pinang Posted: 04 Oct 2012 05:53 AM PDT PIHAK pembangkang di Pulau Pinang, dilihat memasang bendera parti lebih tinggi daripada bendera kebanggaan negara, jalur gemilang dan bendera Pulau Pinang. Kejadian ini berlaku di depan salah sebuah pasar raya di Island Plaza, Pulau Pinang. Perkara ini didedahkan oleh seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), beliau menunjukkan gambar yang dirakamkan melalui telefon bimbitnya. Rujuk gambar di bawah, bendera parti pembangkang Pulau Pinang, Barisan Nasional digantung jauh lebih tinggi daripada jalur gemilang dan bendera Pulau Pinang. Sumber gambar: Faqar Ahli majlis itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian ini selepas didapati ada bendera-bendera dikatakan digantung di atas lampu-lampu jalan menggunakan kren jentera secara haram tanpa permit majlis (MPPP) dan permit polis, namun pihak Barisan Nasional tidak mahu mengaku bertanggungjawab. Cuba anda bayangkan jika bendera yang dipasang itu adalah bendera Parti Islam, PAS, KEADILAN, ataupun DAP. Sudah tentu isu ini akan diputarkan siang malam pagi dan petang di media-media arus perdana. Lihat di sini jelas sekali menunjukkan bahawa Barisan Nasional lebih mengutamakan parti berbanding negara dan negeri. Parti lebih diutamakan berbanding rakyat. Biarlah rakyat mati asalkan parti selamat. ReJaM© "Barisan Nasional nak buat apa semua boleh, semua betul... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan