MIMPI SENJA |
- ‘Jentera Impian’ DAP bawa harapan baru
- 4 ahli DAP dijadikan tebusan oleh polis
- Lori kecik Najib vs Treler Pakatan ... mampuih dah BN hahahahaha
- hahahaha pelakon porno kata Jamil Khir tak faham Hudud ...
- BN gagal dalam 6 ujian anti rasuah
‘Jentera Impian’ DAP bawa harapan baru Posted: 28 Oct 2012 11:03 PM PDT SEREMBAN, 29 OKT: Seakan sebuah babak dari filem Transformers, DAP melancarkan kenderaan kempen pilihanraya; sebuah treler panjang yang berubah menjadi pentas ceramah, ditemani dua lori lebih kecil berfungsi sebagai gerai dan pejabat bergerak. Diberi nama 'Dream Machine' atau Jentera Impian, kenderaan tersebut dilancarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di sini malam tadi dalam rangka berhadapan dengan kempen pilihanraya umum ke-13 yang menjelang tiba. Ketiga-tiga kenderaan tersebut dihiasi maskot burung enggang UBAH dan dilitupi slogan 'Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia' dengan hiasan yang diharapkan bakal memikat pandangan orang ramai. Bercakap kepada media, Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata bahawa treler tersebut adalah pentas mudah alih dengan latar belakang besar dan sedikit tata cahaya. Katanya lagi, trak-trak tersebut dipinjamkan kepada DAP oleh penyokong parti untuk tujuan kempen pilihanraya. "Trak ini bukan milik kita. Kita tidak melabur apa-apa. Hanya ada kumpulan penyokong yang meminjamkan kenderaan ini dan mengubahsuai kenderaan itu mengikut keperluan," kata beliau kepada media. Menurut beliau lagi, nama 'Jentera Impian' (The Dream Machine) yang diberi oleh Guan Eng menggambarkan bagaimana kenderaan tersebut akan memberi harapan dan akan membantu merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk mengubah kerajaan. Sebelum ini, PKR telah turut melancarkan bas dan treler yng dihiasi gambar Ketua Umumnya, Dato Seri Anwar Ibrahim. Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu bagaimanapun telah menjadi sasaran serangan ganas dari puak pro-UMNO sejak hari pertama ia dilancarkan. Namun, Pakatan Rakyat tidak pernah undur walaupun diserang hebat melalui media yang dikuasai UMNO-BN mahupun tindakan ganas membaling batu can cat merah oleh kumpulan-kumpulan rasis. – Roketkini.com |
4 ahli DAP dijadikan tebusan oleh polis Posted: 28 Oct 2012 10:46 AM PDT Polis jadikan ahli DAP 'tebusan' untuk dapatkan kamera- Chegu BardJohor 28 Okt: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas 'Abu Sayyaf' apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam. Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah. "Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya. "Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum," katanya lagi. Katanya, beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua. "Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera," katanya. Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan. "Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga," katanya lagi. Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi. "4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu," katanya lagi. - SUMBER |
Lori kecik Najib vs Treler Pakatan ... mampuih dah BN hahahahaha Posted: 28 Oct 2012 05:09 AM PDT |
hahahaha pelakon porno kata Jamil Khir tak faham Hudud ... Posted: 28 Oct 2012 12:02 AM PDT Chua Soi Lek kata Jamil Khir tak faham Hudud, cabar beliau berdebat..Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam. "Bolehjadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan.. BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims. Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud.. Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia.. Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO.. 50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO.. Anak Sungai Derhaka |
BN gagal dalam 6 ujian anti rasuah Posted: 27 Oct 2012 11:29 PM PDT MELAKA: 28/10/12 BN telah gagal dalam 6 ujian anti-rasuah iaitu pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender tebuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan, menggugurkan pemimpin BN yang hidup mewah, melindungi peniup wisel yang tulen dan berterus terang tentang sumbangan politik. Justeru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia kecewa kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul dan juga menolak dakwaan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud. Lagi satu kes, ujarnya adalah kehidupan luar biasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana seramai 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam kenduri kahwin yang memecahkan rekod. "Sehingga hari ini, Ali Rustam gagal menjelaskan siapa yang menaja kenduri mega tersebut, yang Ali Rustam mengatakan hanya menelan belanja RM600,000," ujarnya dalam ucapan pada Konvensyen Tahunan DAP Melaka di sini, hari ini. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP mencadangkan enam langkah untuk membanteras rasuah. Pertama, ujar beliau pengisytiharan harta secara terbuka hendaklah diinstitusikan. Ini, katanya telah dilakukan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan seluruh barisan Exco negeri telah mengisytiharkan harta secara terbuka, malah diiktiraf oleh firma akauntan antarabangsa. "Jika Pulau Pinang boleh melakukannya, kenapa Perdana Menteri dan Kabinet Persekutuan atau Ketua Menteri Sarawak dan barisan Exconya tidak boleh buat yang sama?" soal Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Kedua, katanya pemimpin-pemimpin BN yang hidup mewah dengan memiliki rumah-rumah mewah, kereta, akaun bank peribadi yang besar di luar negeri harus digugurkan; ketiga, ahli keluarga harus dilarang daripada urusan perniagaan dengan kerajaan untuk mengelak lagi satu skandal RM250 juta "lembu dan kondo". "Keempat, peniup wisel tulen yang membongkarkan kes rasuah yang mengakibatkan dakwaan mahkamah harus dilindungi dan bukan dianiaya. "Kelima, BN harus berterus terang tentang sumbangan politik seperti sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah. Akhirnya, tender terbuka harus dilaksanakan," katanya lagi. Beliau menambah, tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding terus dan dianugerahkan kepada para kroni, lantas menyebabkan kerugian dana awam seperti jualan murah tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi.- Harakah Daily |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan