Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] 2 Kes Lembu Korban Mengamuk & Menanduk
- Skandal Pelaburan Emas Genneva Beri Tekanan Pada Pentadbiran Najib
- Kes Lelaki 11 Isteri: Bertaubatlah.. Kata Bekas Isterinya
- Ulamak UMNO, Jamil Khir Kena Perlekeh Oleh Soi Lek, Jamil Tak Faham Hudud Katanya
- Mat Sabu Tolak Dakyah UMNO BN Kerusi Melayu Merosot Jika Pilih Pakatan Rakyat
- Giliran Akhbar Tamil Pula Fitnah TGNA, PAS Tuntut Permohonan Maaf
[BERGAMBAR] 2 Kes Lembu Korban Mengamuk & Menanduk Posted: 29 Oct 2012 12:31 AM PDT Georgetown - Mungkin kerana 'takut' dijadikan korban, seekor lembu yang baru sahaja diikat hampir menanduk beberapa kanak-kanak. Gambar lembu cuba melompat dan menanduk kanak-kanak berkenaan dirakam pembaca Sinar Harian, Mohd Ali Talib, 28, di salah sebuah masjid di Jelutong. Menurutnya, kejadian berlaku ketika dua kanak-kanak sedang asyik memerhatikan lembu korban berkenaan. "Ketika itu saya hanya berniat untuk merakam suasana korban kerana lembu tersebut dikorbankan atas nama anak saya. "Jadi niat saya ingin tunjukkannya kepada anak dan juga isteri, tetapi tidak sangka ia mengganas dan nasib baik ahli kariah sudah biasa dan menguruskannya dengan baik," katanya. Mohd Ali berkata, setiap kali Hari Raya Aidiladha menjelma, dia bersama adik beradik tidak akan melepaskan peluang untuk melihat orang ramai menyembelih lembu dan juga kerbau untuk dijadikan korban. Menurutnya, namun kali ini ia adalah pengalaman manis yang dilalui sepanjang hidupnya. "Bukan mudah hendak uruskan lembu-lembu yang hendak dijadikan korban ini, mungkin ia juga berdebar, selain kejadian hampir ditanduk lembu, ada juga lembu yang berdegil tidak mahu turun dari lori," katanya. Selain Mohd Ali, Yusri Suhaimi juga sempat berkongsi pengalamannya ketika menyertai suasana gotong-royong menyembelih daging korban. "Kejadian berlaku ketika hari raya pertama Aidiladha apabila saya dan anak-anak menunggu lembu turun dari lori. "Mungkin terlalu seronok mahu melihat lembu yang akan dikorbankan atas nama saya, kedudukan saya pada masa itu begitu dekat dengan lori sehinggalah kaki lembu yang dibawa turun menendang bahu saya sendiri. "Sakitnya bukan kepalang tapi mungkin itu pengalaman terawal dan terakhir ditendang lembu kerana saya tidak mahu ia berlaku lagi," katanya. -SH
|
Skandal Pelaburan Emas Genneva Beri Tekanan Pada Pentadbiran Najib Posted: 28 Oct 2012 10:25 PM PDT Tindakan terhadap syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia, telah menyebabkan tekanan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyelesaikan kontroversi yang telah mempertaruhkan 300,000 kehidupan rakyat. Ia juga boleh memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang mesti diadakan menjelang April depan iaitu kurang daripada enam bulan dari sekarang. Laman berita The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya juga menyedari potensi kejatuhan politik ekoran skandal itu. Sekitar 60,000 penjual dan pembeli kini di ambang kerugian besar selepas Bank Negara menyerbu firma itu dan merampas 200 kilogram emas bulion yang dianggarkan bernilai RM40 juta ($16 juta) dari premis di Jalan Kuchai Lama, pada 1 Oktober lalu. Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) Singapura juga telah menjalankan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura. Dilaporkan bahawa skim yang dikendalikan oleh Genneva menawarkan pulangan yang sangat tinggi sehingga 24 peratus setahun. Bank Negara juga telah membekukan akaun, cek Genneva Malaysia dan lain-lain aset, kerana mengesyaki syarikat melanggar pelbagai undang-undang perbankan dan kewangan. Sehingga kini, Bank Negara masih belum mendakwa pengarah syarikat tersebut. "Kami mahu Bank Negara melepaskan Genneva Malaysia dan 200 kilogram emas bulion disita supaya syarikat itu boleh memenuhi tanggungjawab kepada pelanggan," kata seorang pesara, Cik Shereen Lim, yang merupakan salah seorang mangsa skim itu. Kerajaan bagaimanapun telah menyatakan bahawa ia tidak mungkin akur kepada permintaan mangsa. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, telah memberitahu Parlimen pada 23 Oktober lalu bahawa liabiliti Genneva Malaysia melebihi asetnya - menunjukkan syarikat itu tidak dapat membayar pulangan kepada pelabur. Datuk Awang Adek berkata, mustahil bagi Bank Negara, yang sedang mempertimbangkan apa tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap Genneva Malaysia, membayar balik pelanggan syarikat dengan nilai pelaburan mereka. "Kita tidak boleh mengatakan pelabur tidak bersalah sama sekali, mereka yang telah melabur dan tentunya terdapat risiko. "Namun, syarikat yang terlibat memang patut dipersalahkan. Mana ada skim yang boleh memberi pulangan baik serupa itu. Jika ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan, maka ia tidak benar," kata Datuk Awan Adek. - Agensi. |
Kes Lelaki 11 Isteri: Bertaubatlah.. Kata Bekas Isterinya Posted: 28 Oct 2012 07:41 PM PDT Kuala Lumpur: "Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan." Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah. Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini. "Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka. "Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini. Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah. Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan 'Abdullah', malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha. Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya. "Yang sudah tu sudahlah… saya tidak mahu memusuhi sesiapa. Lebih baik saya fikirkan soal anak, mereka lebih penting sekarang," katanya. Metro Ahad minggu lalu melaporkan, seorang lelaki menggunakan gelaran 'ustaz' disyaki memperdayakan sekurang-kurangnya 11 wanita untuk dijadikan isteri, selain memalsukan dokumen borang pernikahan dengan mengaku masih teruna. Taktik licik lelaki itu terbongkar selepas beberapa wanita yang pernah menjadi isterinya mendedahkan dalam sebuah laman sosial. klik untuk baca |
Ulamak UMNO, Jamil Khir Kena Perlekeh Oleh Soi Lek, Jamil Tak Faham Hudud Katanya Posted: 28 Oct 2012 05:11 PM PDT Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam. "Boleh jadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan.. Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud.. Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia.. Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO.. 50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO. -alditta Soi Lek: Jamil needs to do homework on hudud first Ulasan GB Ni baru betul kes terkena batang hidung. GB dah ulas banyak kali, bahawa Allah itu Maha Benar dan Maha Adil, Dia akan menegakkan dan menunjukkan kebenaran dan keadilan kepada umat manusia. Bahawa Soi Lek dan MCA telah menghina Islam. Tetapi puak UMNO kata Soi Lek tak hina Islam, cuma mereka tak suka PAS. Kini terpampang jelas, ulamak UMNO pun dah (dengan maaf) dikencingkan oleh Soi Lek. Sebab selama ini UMNO inggeh apa juga penghinaan Soi Lek terhadap Islam. Apatah lagi dengan sikap Presiden UMNO sendiri yang membisu dan berdiam diri yang amat menggembirakan Soi Lek. klik untuk baca |
Mat Sabu Tolak Dakyah UMNO BN Kerusi Melayu Merosot Jika Pilih Pakatan Rakyat Posted: 28 Oct 2012 07:31 AM PDT Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN). Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan PR untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN. "Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam. Kita (PR) tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti. Apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Pas) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? SA Vigneswaran daripada BN. Apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) G Palanivel daripada BN. Apabila Fuziah Salleh (PKR) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) Fu Ah Kiow daripada BN. "Bagaimanapun kata Mat Sabu, apabila BN menewaskan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi P Kamalanathan yang mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR), bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berkurangan. "Parti mana yang menyebabkan suara Melayu semakin terhakis di Parlimen? Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan, bukan untuk membela orang Melayu seperti apa yang mereka uar-uarkan. "Ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak buat sedangkan PR buat dan ada bukti," katanya. Mat Sabu berkata, apa yang berlaku di Kelantan yang 97 peratus penduduknya orang Melayu, ditindas dengan bermacam-macam cara hanya kerana negeri itu diperintah oleh Pas. "Kalau betul nak bela Melayu, kena bantulah, bukan ditindas sejak sekian lama," katanya dalam ceramah bertajuk 'Selamatkan Malaysia"' anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Karang di sini, semalam Mat Sabu turut menyentuh isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat, malah hasil minyak tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand. "Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu? Rakyat harus bersama Pas dan PR menumbangkan BN dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk bantu kemenangan di Putrajaya," katanya. -SH |
Giliran Akhbar Tamil Pula Fitnah TGNA, PAS Tuntut Permohonan Maaf Posted: 28 Oct 2012 06:07 AM PDT Temerloh - Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuntut akhbar harian berbahasa Tamil memohon maaf dan menarik balik laporan beritanya yang didakwa memfitnah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Gambar: Tuan Ibrahim (tengah) bersama seorang penduduk India memegang akhbar yang didakwa mengeluarkan berita tidak benar mengenai Mursyidul Am Pas. Menurutnya, laporan berkenaan menyiarkan kononnya Menteri Besar Kelantan itu sudah kecewa dengan DAP dan PKR yang banyak masalah, justeru mahu bertemu dengan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. "Pas sangat kesal dan serentak dengan itu juga kita minta akhbar berkenaan segera mohon maaf atau berhadapan dengan saman kerana mengada-adakan cerita yang tidak benar ini. "Mesej berita itu sangat mengelirukan masyarakat India kerana Tuan Guru tidak pernah bertemu dengan Najib dalam masa terdekat ini apa lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Gambar Tuan Guru, (Datuk Seri) Najib dan (Datuk Seri) Adnan yang dipaparkan dalam berita berkenaan diambil dari album lama iaitu pada 30 September tahun lalu semasa pelancaran motosikal Modenas dan ECER di sebuah hotel di Kuantan," katanya semasa bertemu penduduk sebuah taman perumahan, di sini. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, beliau membuat penjelasan itu setelah banyak menerima panggilan daripada kaum India yang bertanyakan kedudukan sebenar isu berkenaan yang disiarkan akhbar itu baru-baru ini. "Kita kesal dengan cara penulisan berita itu yang membelakangkan etika kewartawanan kerana diambil tanpa sumber yang tepat dan bersifat rekaan," katanya. Tuan Ibrahim berkata, moral Pas dan Pakatan Rakyat boleh tercemar di mata masyarakat terutamanya kaum India yang berkemungkinan melihat pendirian Pas sebagai parti. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan