MIMPI SENJA |
- Pak Lah, Najib hampa kena jawab mana pi RM207 bilion pampasan buruh paksa yang Jepun bayaq?
- Kuswadinata tenat di Hospital Ampang
- Lelaki P. Pinang Kini Boleh Kahwin Dua Tanpa Izin Isteri Pertama ..... syok la hampa ...
- Demi Islam Dari Bikini Ke Niqab (Purdah)
- Saya keluar Umno kerana Nik Aziz - Yahya Lampong
- Tarik balik saman : Bukan DSAI minta 'penyelesaian'
Pak Lah, Najib hampa kena jawab mana pi RM207 bilion pampasan buruh paksa yang Jepun bayaq? Posted: 17 Oct 2012 12:30 AM PDT Oleh: MSK Pada 1 September 2012 yang lalu, Utusan Malasyia menyiarkan satu artikel tentang penderitaan Pak Embong, yang pernah menjadi buruh paksa semasa pemerintahan Jepun dulu. (disini) Apa tujuan Utusan menyiarkan artikel tersebut? Utusan mungkin tidak mahu membongkar cerita ini kerana ia melibatkan Umno, melainkan hanya memberitahu secara lembut supaya Najib dapat bertindak sesuatu. Diantara ayat yang digunakan oleh Utusan ialah, "Jelas Mariam, sepanjang pengetahuannya, lelaki itu juga kerap berulang-alik ke Kota Bharu, Kelantan ketika masih sihat kerana aktif sebagai ahli Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam ke Burma 1942-1946 Malaysia. "Ayah pernah mengeluh kepada saya dulu. Walaupun kerap kali menghadiri mesyuarat, namun, dia masih belum sempat merasa wang pampasan yang dijanjikan oleh pihak yang berkenaan. "Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi," katanya di akhir perbualan kami." Apa cerita sebenar yang berlaku? Semasa pemerintahan Jepun dulu, sekitar 72,000 rakyat negara ini telah dikerah untuk membina landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayaty. Dari sejumlah itu, hanya kira-kira 30,000 orang berjaya kembali kenegara ini manakala selebihnya mati atau hilang. Selain daripada rakyat Malaya pada masa itu, buruh-buruh paksa juga dibawa dari Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sejak tahun 1990an, beberapa usaha telah dibuat dinegara-negara ini untuk mendapat pampasan dari Kerajaan Jepun. Terdapat juga usaha dari Malaysia untuk mendapatkan pampasan tersebut tetapi tidak jelas siapakah yang melakukan inisiatif tersebut. Beberapa orang bekas buruh paksa dari Terengganu telah memulakan inisiatif untuk menuntut pampasan dari Kerajaan Jepun dan sekitar Disember 2005, Kerajaan Jepun telah menjemput wakil persatuan untuk berbincang di Narita, Jepun. Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Tetapi kemanakah wang tersebut disalurkan? Pelbagai usaha telah dibuat oleh bekas-bekas buruh paksa ini untuk mendapatkan wang pampasan tersebut termasuk lah dengan mengumpulkan maklumat buruh-buruh paksa yang terdapat diseluruh negara. Seramai hampir 30,000 bekas buruh paksa ataupun waris mereka telah menyertai pertubuhan ini sebagai ahli. Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 11 Januari 2011. Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal. Penngesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011. Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama. Sejak dari itu, beberapa urusan surat menyurat diantara persatuan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara. Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran ang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusanya melibatkan Dana Khas. Apakah Dana Khas yang dimaksudkan? Bukankah wang tersebut sudah diberikan oleeh Kerajaan Jepun? Sekarang sudah setahun perkara ini berlaku tetapi belum ada keputusan dibuat. Apakah wang tersebut sudah digunakan untuk tujuan lain? Pada 10 Oktober yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut. Mengapa? Apakah wang tersebut sudah dibelanjakan oleh Kerajaan Umno? Dalam ucapan Hj. Nizar di Parlimen, Hj. Nizar menyentuh tentang satu memo yang ditulis oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz yang juga menyebut tentang wang RM207 billion. Apakah wang yang disebut oleh Zeti ini wang pampasan…atau secara kebetulan? Pak Lah dan Najib kena bagi jawapan. Kita tunggu apakah jawapan dari Umno semasa penggulungan sidang Parlimen nanti. ***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/10/15/duit-orang-mati-pun-umno-sapu/ |
Kuswadinata tenat di Hospital Ampang Posted: 16 Oct 2012 11:24 PM PDT KUALA LUMPUR 17 Okt - Pelakon veteran Kuswadinata berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu. Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal. Menurut anak bongsunya Rizal, 23, keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja. "Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan. Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat. "Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan," katanya kepada pemberita. Rizal ditemui di Hospital Ampang ketika kunjungan pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang melawat ayahnya itu. Karyawan diwakili Presidennya, Datuk Freddie Fernandez, telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga pelakon itu bagi mengurangkan beban mereka selain berharap agar mereka tabah menerima sebarang dugaan. Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, berkata pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama. "Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL. "Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit. "Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak," ujarnya. Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25. MS : Sama-sama lah kita berdoa agar Kuswadinata kembali sihat .... InsyaAllah |
Lelaki P. Pinang Kini Boleh Kahwin Dua Tanpa Izin Isteri Pertama ..... syok la hampa ... Posted: 16 Oct 2012 08:45 PM PDT |
Demi Islam Dari Bikini Ke Niqab (Purdah) Posted: 16 Oct 2012 08:38 AM PDT Gadis itu dulunya seorang aktres yang cantik, model, pelatih fitness dan seorang aktivis hak asasi. Dia membesar dalam masyarakat Barat yang bebas bersosial, mendedahkan auratdan anti Islam. Hidayah Allah Maha Luas menyapa hati yang sering gundah gelisah ini. Hati menyambut cinta Allah yang bernama Islam. Lantas konflik jiwa yang sering menjadi teman selama ini mula menyisih dari kehidupannya. Betapa hebatnya benih bermutu bernama Hidayah@aqidah Islam itu sehingga ia mampu menyerlahkan perwatakan berbeza seorang gadis Barat bernama Sara Bokker. Sara meninggalkan dunia yang gelap sebelum ini menuju cahaya yang indah. Sara mula mengenal penciptanya, objektif manusia dihidupkan dan ke mana akhirnya dia akan kembali. Semua itu mengubah dirinya yang dulu begitu aib mendedahkan batang tubuhnya kepada umum, sekarang dia memilih hijab para mukminah di zaman Nabi s.a.w yakni purdah. Peningkatan amalan yang sangat membanggakan dan mendapat restu serta sokongan suami tercinta. Sara tidak berhenti setakat dirinya menikmati hidup yang semakin ceria, bahkan turutmemperjuangkan Islam, menyedarkan wanita lain agar menutup aurat, memerangi dakyahmusuh-musuh Islam dalam hal etika pakaian Islam, perwatakan sebenar gadis Islam yang perlu dipelihara secara konsisten agar tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak agar mereka hidup bahagia di dunia dan akhirat. Beliau sekarang adalah Pengarah Komunikasi di The March for Justice, salah seorang pengasas Global Sisters Network dan Produser Shock and Awe Gallery. Pengalaman beliau telah dicatat di www dot marchforjustice dot com yang telah diterjemahkan oleh Zain A Ghani. Aku tinggalkan bikini demi IslamSebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lain yang terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai Selatan Miami, sebuah tempat popular untuk mencari kehidupan glamour. Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang sering dilakukan oleh gadis-gadis Barat. Aku hanya prihatin pada penampilan fizikal dan daya tarikanku serta mengukur nilai reputasiku berdasarkan banyaknya perhatian orang lain padaku. Aku berolah raga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut. Aku menjadi pengunjung setia pantai yang "suka mempamerkan tubuh" serta berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas. Tahun demi tahun berlalu, kufahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tinggi aku menggunakan daya tarik kewanitaanku. Saat itu, aku benar-benar menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Sesungguhnya aku telah'menjadi tawanan' kepada kehendakku sendiri. Di celah-celah kekosongan hidup antara kepuasan diri dan gaya hidup yang makin melebar, maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. Aku mengambil arak dan pesta-pesta, mengikuti meditasi, menjadi aktivis, belajar kepercayaan-kepercayaan lain dengan tujuan agar di celah-celah kekosongan itu terisi dengan pelbagai aktiviti. Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu bagaikan ubat pelali sahaja, yang mana sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan. Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas serangan berterusan terhadap Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam serta wujudnya pengisytiharan negatif mengenai "Perang Salib Baru", aku terpanggil untuk mula memerhati satu ajaran bernama Islam. Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti "khemah", tukang pukul isteri, harem dan dunia pengganas. Sebagai aktivis pembebasan wanita dan seorang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pilih bulu. Setelah itu, aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang ketika itu, salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam. Sekarang kegiatan harianku sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara "berpilih", aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal. Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya semua orang dicipta Allah adalah setaraf. Namun yang paling penting, aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dan ciptaan. Bertemu al-QuranSuatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat, al-Quran yang suci. Baru tadi aku tertarik pada gaya dan pendekatan al-Quran. Kemudian minatku tambah mendalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan ciptaanNya. Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan pengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi. Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah kehidupanku seterusnya. Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang disebut Islam, yang membawa aku hidup damai sebagai muslim yang bermanfaat. Bahagia dengan HijabAku membeli sehelai gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian muslimah. Dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang mana beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas. Walaupun masyarakat, wajah dan gedung-gedung semuanya tetap sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya, aku berasa suatu kedamaian yang sangat berbeza berbanding yang dahulu. Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar merasabebas. Sangat menyenangkan, kadang-kadang sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku. Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja, membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas. Dari semua tempat itu, aku menemui Islam tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai "pusat skandal di bumi", yang membuatkan semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa. Walaupun bahagia dengan hijab, aku menjadi ingin tahu mengenai niqab (purdah/cadar)kerana melihat ramai muslimah yang mengenakannya. Aku bertanya suamiku yang juga muslim, yang menikah denganku setelah aku menjadi muslimah, apakah aku boleh mengenakan niqab atau cukup dengan hijabku sekarang yang sudah kukenakan? Dengan selamba suamiku mengatakan dia percaya bahawa hijab adalah satu kewajiban, namun tidak dengan niqab. Ketika itu, hijabku terdiri dari penutup kepala yang menutup seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar. Ia disebutabaya(jubah) yang menutupi tubuh dari leher hingga kaki. Memakai purdahSatu setengah tahun berlalu, aku memberitahu suamiku bahawa aku mahu memakai purdah. Alasanku kali ini ialah aku merasa lebih "menyenangkan" Allah Yang Maha Mencipta, dan akan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup. Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli "isdaal", sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan niqab yang menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata. Cabaran Hijab dan NiqabTidak lama kemudian, media mula menyiarkan berita tentang ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia (HAM) palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang hijab, apatah lagi niqab. Bagi orang lain ia kelihatan sangat kejam terhadap wanita. Juga dianggap gangguan dalam pergaulan dan baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara itu sebagai"tanda-tanda kemunduran". Aku melihat kenyataan itu sangat munafik . Beberapa pemerintah dan kumpulan pembela HAMpalsu yang tergesa-gesa cuba membela hak wanita, sedangkan pemerintah beberapa negara lain memaksa penggunaan peraturan berpakaian tertentu bagi wanita. Meskipun begitu "Pejuang Kebebasan" memandang dari posisi lain ketika wanita kehilangan hak-haknya untuk berkerja dan belajar hanya kerana memilih menggunakan haknya mengenakan hijab atau niqab. Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan hijab atauniqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di sekolah dan universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Morocco dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Inggeris. Memperjuangkan Hak WanitaKetika ini, aku masih seorang aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis muslimah, yang menyeru para muslimah untuk mengambil tanggungjawab mereka memberi sokongan setakat mampu kepada suami agar menjadi muslim yang baik, membesarkan anak-anak mereka agar menjadi muslim yang jujur dan bertanggungjawab, sehingga mungkin akan menjadi cahaya kepada kemanusiaan. Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku berasa patut memperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan niqan atau hijab demi menyenangkan Yang Maha Mencipta, apapun yang kita pilih. Penting juga berkongsi pengalaman memakai niqab atau hijab kepada kawan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa perlunya mengenakan niqab atau hijab bagi kita dan rasional kita, sehingga dengan penuh cinta kita memeluknya. Sebahagian besar wanita yang kuketahui mengenakan niqab adalah muallaf Barat. Sebahagian dari mereka belum menikah. Yang lain mengenakan niqab tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya. Apa yang kita perlu fahami ialah mengenakan purdah adalah pilihan peribadi dan tidak seorang pun boleh menyerah atas pilihan peribadinya sendiri. Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gaya "berpakaian minima sehingga tanpa pakaian langsung" secara virtual dalam setiap bentuk komunikasi di manapun di dunia ini. Sebagai seorang bekas non-muslim, aku menuntut hak-hak wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya, kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi padaku. Dulu Bikini, Sekarang NiqabiDulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang hakikatnya membebaskan aku dari aqidahku dan sebagai manusia normal. Tiada apa-apa yang lebih menggembirakan aku kerana menanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptaku, serta menikmati hidup di antara teman-teman sesame manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya. Hal itu merupakan alasanku untuk memilih memakai niqab dan bersedia mati membela hakku yang tidak mungkin dicabut untuk memakainya. - sumber |
Saya keluar Umno kerana Nik Aziz - Yahya Lampong Posted: 16 Oct 2012 03:27 AM PDT KOTA KINABALU- Bekas timbalan menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong berkata, sebab langsung beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Saya keluar Umno kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan dia bahawa parti Islam akan kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati. "Di samping itu, bagi saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran. "Lihatlah pada Nik Aziz dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad," kata beliau. Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah. Dua minggu lalu, Yahya secara rasmi membuat kenyataan meninggal Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Penyertaan Yahya bersama Pakatan Rakyat menambahkan lagi gelombang kebangkitan rakyat Sabah sekarang. Ketika ditanya kenapa menyertai PKR dan bukannya PAS, Yahya berkata, dia menyertai PKR kerana mahu membantu mengembangkan PAS. Ini kerana, PAS belum bersedia sepenuhnya untuk diterima semua pihak tetapi sesiapa sahaja boleh menyertai PKR tanpa sebarang halangan dan sekatan. "Walaupun saya tidak menyertai PAS, tetapi saya yakin anak dan cucu saya akan menyertai PAS nanti," katanya yang kini berumur 72 tahun tetapi masih segar bugar. Menang Yahya yakin Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini. Bagi beliau, kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak hanya bonus sahaja kerana menurut pengiraan beliau, Pakatan sudah menang tanpa bantuan kerusi di Sabah dan Sarawak. "Saya akan pastikan, PAS akan berada dalam kabinet negeri Sabah selepas pilihan raya umum akan datang walaupun sekurang-kurangnya satu kerusi," kata Yahya kepada Harakahdaily. Sebelum ini, moto gelombang kebangkitan rakyat Sabah adalah 'Ini kalilah' tetapi Yahya lebih agresif lagi dengan slogan beliau 'Habislah kali ini'. Bagi beliau, Pakatan akan menang 2/3 kerusi di Sabah dengan kebangkitan rakyat Sabah yang ada sekarang. Kejatuhan kerajaan Sabah Sebelum ini, Timbalan Menteri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin serta anggota Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing meninggalkan Umno. Bagi pemerhati politik Sabah, peristiwa ini mengulangi sejarah politik Sabah. Pada tahun 1976, Datuk Haris Salleh serta Datuk Salleh Sulong meninggalkan Usno dan membentuk Berjaya. Pada tahun itu, kerajaan negeri Sabah pimpinan Usno jatuh. Pada tahun 1984, kerajaan negeri Sabah yang dipimpin Berjaya jatuh pula apabila Datuk Pairin Kitingan dan Mark Koding lari meninggalkannya dan membentuk PBS. Tahun 1994 sekali lagi kerajaan negeri Sabah, kali ini pimpinan PBS jatuh apabila Datuk Lajim Ukin dan Robin Balang meninggalkan PBS dan menyertai Umno. "Kali ini, Lajim dan Bumburing pula akan menjatuhkan kerajaan BN Sabah," kata mereka. - Harakahdaily |
Tarik balik saman : Bukan DSAI minta 'penyelesaian' Posted: 16 Oct 2012 01:10 AM PDT Peguam: Anwar tak minta 'penyelesaian' Peguam kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa mereka meminta penyelesaian terhadap saman fitnah oleh bekas ketua polis negara itu Tan Sri Musa Hassan. Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah hari ini, Musa berkata, saman fitnah itu difailkannya ekoran "salah faham" dan beliau menerima "penyelesaian" yang dicadangkan Anwar. Bagaimanapun, dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas itu, peguam N Surendran (gambar bawah, tidak bertali leher) dan Latheefa Koya berkata, Musa yang mahu menarik balik kes itu dan bukan Anwar. "Penarikan balik itu diusahakan oleh Musa atau wakilnya. Pada setiap masa, Anwar sedia meneruskan kes itu. "Penarikan balik kes terhadap anak guam kami tidak bersyarat dan tiada penyelesaian luar mahkamah seperti didakwa oleh Musa. "Anak guam kami berpuas hati dengan penarikan balik tanpa syarat dan oleh itu beliau tidak menuntut sebarang kos," kata mereka dalam kenyataan bersama itu. Musa hari ini menarik balik saman fitnah terhadap Anwar berkaitan laporan polis oleh ketua pembangkang itu berhubung dakwaan mereka-reka bukti dalam perbicaraan 'Liwat 1'. Penarikan balik saman oleh Musa itu direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan