Kelab Greenboc |
- Kisah Budak Perempuan Berani Kejar Peragut Dengan Motorsikal
- UMNO Cipta Fitnah DAP Anti-Islam Kerana Takut Keakraban PAS-DAP
- [VIDEO] Jingga 13 Lapor Polis Wang Seludup RM40 juta Untuk Umno Sabah
- [VIDEO] Ahli Parlimen Kesal Menteri Wanita Ponteng Sesi Penggulungan
- Apa Rahsia Hassan Ali Dakwa Ingin Terus Bersama PAS?
- Shahrizat Dakwa Sinsing Lengan, Selak Kain Budaya Melayu
- Norizan, Mangsa Tembakan Fail Saman Ke Atas Kerajaan Malaysia & PDRM
Kisah Budak Perempuan Berani Kejar Peragut Dengan Motorsikal Posted: 17 Oct 2012 01:01 AM PDT Kau silap orang kalau nak ragut' Melaka - "Kau silap orang lah kalau nak ragut," kata seorang remaja perempuan yang berang selepas berjaya menangkap seorang lelaki yang meragut begnya di Telok Emas, di sini, malam kelmarin. Peragut yang salah sasaran bukan sahaja tidak dapat menikmati RM2 hasil aktiviti jenayahnya, malah lebih malang dia turut 'diganyang' mangsa berusia 19 tahun. Mangsa nekad mengejar lelaki terbabit selepas mengejarnya sejauh kira-kira dua kilometer dengan menunggang motosikalnya. Sinar Harian difahamkan, penduduk kampung berhampiran turut membantu mangsa menghalang suspek berumur 21 tahun itu melarikan diri sebelum menghubungi pihak polis. Sementara itu, mangsa ketika ditemui berkata, dia yang mengesyaki sesuatu terus menghafal nombor pendaftaran motosikal suspek sebaik sahaja suspek menutup lampu hadapan motosikalnya ketika di persimpangan lampu isyarat Kandang/Alai. "Saya meneruskan perjalanan dan tidak sedar bila dia menghampiri kerana laluan di situ gelap. Tiba-tiba dia ragut beg saya hingga menyebabkan telefon bimbit saya dalam jaket yang pakai turut terjatuh. "Tanpa berfikir panjang, apatah lagi keselamatan diri, saya terus kejar lelaki terbabit yang melarikan beg saya memasuki simpang ke Taman Seri Emas," katanya. Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, suspek jatuh terpelanting dari motosikal selepas cuba menendang motosikalnya. "Dia cuba tendang motosikal saya tetapi saya dapat elak, malah saya sempat baling air minuman yang saya bawa balik dari tempat kerja. Selepas itu dia jatuh di sebelah longkang. "Mula-mula saya ingat dia sudah mati sebab dia langsung tak bergerak tetapi seorang pakcik memeriksanya berkata dia masih hidup. Saya tidak dapat kawal diri lalu memukulnya. "Ketika itu juga saya berkata 'Kau silap orang lah kalau nak ragut. Kau buat macam ni seolah-olah kau hina perempuan. Kalau perempuan lain mungkin boleh jerit macam tu sahaja tapi dengan aku, aku kejar sampai lubang cacing," katanya. Menurutnya, dia yang masih trauma bagaimanapun menguatkan semangat untuk ke tempat kerja keesokan hari apabila disuruh ibunya dan menasihatkan supaya wanita lain berhati-hati serta tidak cuai sepertinya. "Jangan letak beg dalam raga motosikal kerana memudahkan peragut mencapainya," katanya. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam. Menurutnya, mangsa yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di Melaka Raya menunggang motosikal sendirian, dalam perjalanan balik ke rumahnya di Serkam, Jasin. Katanya, sebelum kejadian, mangsa menyedari suspek memadamkan lampu motosikal jenis Yamaha ditunggangnya ketika mereka berada di persimpangan lampu isyarat Alai/Kandang sebelum meneruskan perjalanan. "Namun apabila sampai di laluan berbukit di hadapan sebuah sekolah agama, suspek meragut beg mangsa yang diletakkan dalam raga motosikal mangsa jenis Honda EX5. "Mangsa yang berang mengejar suspek hingga ke Telok Emas sebelum suspek terjatuh sendiri ketika cuba menendang motosikal mangsa apabila tiba di laluan mati di Jalan Seri Emas Utama," katanya di sini, semalam. Salehhudin berkata, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kandang, sementara suspek yang cedera seluruh anggota badan dihantar ke Hospital Melaka. "Selain motosikal suspek, beg mangsa mengandungi RM2 dijadikan barang kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, " katanya. |
UMNO Cipta Fitnah DAP Anti-Islam Kerana Takut Keakraban PAS-DAP Posted: 16 Oct 2012 11:54 PM PDT Jangan laga-lagakan Pas dan DAP' DAP mengulangi pendiriannya tidak pernah mengambil sikap anti-Islam kerana dasar yang terjalin sejak bekerjasama dengan Pas membuktikan perjuangan mereka adalah berdasarkan semangat yang berteraskan pada undang-undang negara. Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan kerjasama yang Pas dan DAP, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Saya rasa tidak timbul soal Pas juga menganggap yang DAP anti-Islam kerana kami sendiri menghormati agama Islam mempunyai nilai suci dan sejagat dan kami tidak pernah menentang nilai-nilai ini," katanya kepada Sinar Harian Online. Isu DAP anti-Islam semula semalam susulan tulisan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang antara lain mendakwa bahawa MCA sebagai anti-Islam. Ekoran kenyataan itu, MCA pula membalas dengan mencabar Nasrudin harus menjawab persoalan "adakah Pas juga mengganggap DAP sebagai anti-Islam?" Demikian persoalan dibangkitkan oleh Setiausaha Agung komponen Barisan Nasional itu, Datuk Seri Kong Cho Ha. "Saya rasa tidak timbul soal berlaku kesukaran untuk bekerjasama dengan Pas. Saya juga yakin yang Pas tidak pernah berfikir yang DAP anti-Islam. "Pas sendiri bersetuju bahawa perjuangan parti antara DAP dan Pas adalah mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," tegasnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong itu turut berkata, Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan dasar dan semangat yang sentiasa berteraskan kepada undang-undang negara. "Semangat kemuliaan hati ini sentiasa wujud antara Pas dan DAP jadi janganlah cuba melaga-lagakan DAP dan Pas pula," ujarnya. Tambah beliau, setiap keputusan yang diambil dalam PR, mereka akan memastikan pimpinan semua parti dalam perikatan itu membincangkan perkara-perkara pokok secara adil dan telus. -SH Ulasan GB Yang sebenarnya, UMNO cukup benci dan sakit hati jika DAP tidak benci Islam, kerana lantarannya ia akan mengurangkan peluru UMNO untuk menyerang PAS. UMNO begitu cemburu keakraban PAS-DAP, dan UMNO tahu bahawa keakraban PAS-DAP bakal menghancurkan BN. Sedangkan hubungan baik PAS-DAP sebenarnya meredakan ketegangan kaum di dalam negara kita (rujuk berita bawah) dan hanya UMNO kini yang sedang membangkitkan isu perkauman sebagai talian hayat terakhir mereka sebelum dikafankan.
|
[VIDEO] Jingga 13 Lapor Polis Wang Seludup RM40 juta Untuk Umno Sabah Posted: 16 Oct 2012 10:01 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus didesak supaya mendedahkan secara terperinci pihak yang menyumbang wang seludup RM40 juta kepada Umno Sabah. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, keengganan Najib mendedahkan perkara itu membuktikan beliau terlibat dalam skandal penggubahan wang haram. "Wujud kesalahan jenayah yang dilakukan Najib apabila bersekongkol dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan hartawan Michel Chia serta Umno dalam aktiviti tersebut. "Selaku Menteri Kewangan, Najib harus sedar tindakan menyeludup wang haram serta sumbangan kepada parti politik adalah satu jenayah. "Justeru kita minta polis siasat isu ini tanpa prejudis agar tindakan undang-undang dapat dikenakan kepada penjenayah tersebut," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung kes itu petang tadi. Pada 12 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong adalah untuk Umno Sabah, bukan milik Musa. Nazri dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat mengatakan, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbang keterangan yang dikemuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memutuskan tiada elemen rasuah. Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur. Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu. Mengulas lanjut, Fariz yakin SPRM cuba menyelamatkan Musa daripada dikaitkan dengan rasuah konsesi balak di negeri itu. "Hasil siasatan SPRM menimbulkan pelbagai persoalan. SPRM cuba menyelamatkan Musa Aman apabila dikaitkan dengan RM40 juta yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah," katanya. Beliau turut menyelar sikap Umno BN yang cuba menghalalkan penerimaan dana asing selepas mereka dikaitkan dengan penyeludupan wang haram. "Apabila kena pada Umno BN, ia akan menjadi halal. Tetapi bila ia dikaitkan dengan Pakatan Rakyat atau NGO yang tak sehaluan dengan kerajaan, ia menjadi haram. Inilah dwi standard yang berlaku dalam kerajaan," kata Fariz. |
[VIDEO] Ahli Parlimen Kesal Menteri Wanita Ponteng Sesi Penggulungan Posted: 16 Oct 2012 07:47 PM PDT Kuala Lumpur: Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat mempersoalkan ketidakhadiran Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam sesi penggulungan Belanjawan 2013 bagi kementerian itu. Gambar dari carian di google. Ketidakpuasan hati di kalangan ahli parlimen wanita itu mula dibangkitkan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) diikuti Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang). Ekoran pencelahan mereka itu menimbulkan sedikit kekecohan menyebabkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandi terpaksa mententeramkan sidang dewan rakyat sebaik sahaja sesi soal jawab tamat. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang turut bangun meminta Timbalan Menteri Wanita mengabaikan hujahan mereka. "Saya minta timbalan menteri pedulikan apa yang mereka cakap, teruskan sahaja penggulungan,"katanya dengan lantang. Ekoran kelantangan Halimah itu, Ahli Parlimen Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) turut memberi respons "Saya sokong Tenggara jadi Menteri Wanita". Sementara itu, Ahli Parlimen Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) yang juga melahirkan rasa tidak puas hati apabila Menteri Wanita yang sepatutnya membuat penggulungan diganti oleh Timbalannya Datuk Heng Seai Kie. Semenjak peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil ekoran kontroversi dalam Pusat Fitlot Kebangsaan (NFC), kementerian itu sehingga kini dipangku oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mencelah ketika penggulungan, Zailah berkata memberi jawatan Menteri Wanita kepada seorang lelaki baginya merupakan satu penghinaan kepada Wanita Umno. "Ramai wanita di dalam Umno yang boleh diangkat menjadi Menteri Wanita. Tidakkah ianya satu penghinaan apabila orang lelaki yang menjadi menteri wanita," katanya. Tambahnya, banyak perkara yang berbangkit berkaitan kepentingan wanita di mana ianya perlu diperkasakan oleh kementerian ini. Zailah juga mempersoalkan Permata negara dan pra sekolah mendapat peruntukan yang besar iaitu Rm1.2 billion sedangkan Kementerian Wanita hanya mendapat RM52 juta. "Adakah Menteri Wanita merasai peruntukan ini mencukupi? Di dalam Laporan Audit turut melaporkan banyak kelemahan. Apakah alasan yang dibuat oleh kementerian bahawa matlamat boleh dicapai,"tegasnya. |
Apa Rahsia Hassan Ali Dakwa Ingin Terus Bersama PAS? Posted: 16 Oct 2012 05:36 PM PDT Hasan Ali: Saya tetap dengan PAS, tak akan masuk Umno Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas. "Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di Besut, hari ini. Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara. "Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya. Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi. Beliau berkata ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam. "Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PAS akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden PAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.-Bernama Ulasan GB Kalau tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah! Apa rahsia Hassan Ali buat pengakuan masih tetap dengan PAS sekalipun beliau telah dipecat dari PAS? Apakah ia agenda UMNO supaya Hassan Ali terus membuat pengakuan tersebut dan dengan itu UMNO akan terus dapat memperalatkan Hassan ALi untuk menarik pengikut-pengikut PAS untuk mendengar "ceramah"nya menghentam PAS. Orang siuman mana yang boleh percaya Hassan Ali mengeluarkan belanjanya sendiri untuk bercakap di pentas-pentas UMNO tanpa ditaja oleh pihak UMNO sendiri? |
Shahrizat Dakwa Sinsing Lengan, Selak Kain Budaya Melayu Posted: 16 Oct 2012 05:01 AM PDT Kuala Lumpur 15 Oktober: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan budaya Melayu. Ketua Wanita Umno itu tanpa segan silu menjawab demikian ketika disoal peguambela, Ranjit Singh yang mewakili anak guamnya, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Jelas Shahrizat, perlakuannya semasa berucap pada Perhimpunan Wanita Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana beliau bersemangat memberi ucapan. Katanya lagi, perbuatan itu adalah satu budaya bagi melambangkan persediaan untuk 'bergaduh'. "Sebagai wanita Melayu, terutamanya saya dari Pulau Pinang, itu cara kita (Melayu) kalau dah nak marah. "Itu menunjukkan jika mereka bersedia bergaduh, saya juga bersedia," katanya. Sebelum itu, Ranjit menayangkan video ucapan Shahrizat yang menunjukkan beliau menyinsing lengan baju dan beraksi untuk menyelak kainnya berdurasi 10 minit menyebabkan hakim tersenyum melihat gelagat tersebut. Video yang dipetik daripada portal media Umno itu mencetuskan rasa tidak puas hati kira-kira 20 penyokong wanita Umno. Reaksi tersebut ditegur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera. Sejurus rakaman itu memaparkan Shahrizat menuduh Rafizi sebagai 'si Tanggang', Ranjit menyoal adakah ia ditujukan kepada anak guamnya, Rafizi yang mendapat biasiswa daripada Petronas. "Saya bukan cakap terus kepada defenden satu, tapi nama Hafizi, Hafizi itu ada di seluruh dunia. "Saya mengambil contoh si Tanggang kerana saya melihat generasi ini sebagai ibu akan beri nasihat kepada anaknya. Si Tanggang saya nampak apa yang defendan satu (Rafizi) buat," ujarnya. Untuk mengelak jawapan Shahrizat makin memalukan, peguam mewakili plaintif, Datuk Shafee Abdullah menyifatkan isu si Tanggang tidak releven disoal. "Apa relevannya tanya isu si Tanggang kerana ia merupakan cerita Melayu lama-lama," tempelak beliau. Perbicaraan disambung semula 18 Mac depan diikuti April dan Mei. Vazeer dalam kamarnya berkata, saksi lain akan dipanggil pada sesi itu. -KD |
Norizan, Mangsa Tembakan Fail Saman Ke Atas Kerajaan Malaysia & PDRM Posted: 16 Oct 2012 03:06 AM PDT Kuala Lumpur, Okt 15 — Norizan Salleh, 32 menfailkan tuntutan saman dengan menamakan kerajaan Malaysia, ketua polis daerah Sentul, ketua polis negara dan seorang pegawai polis sebagai defendan selepas mangsa tembakan polis tersebut gagal mendapat pembelaan hampir tiga tahun. Norizan mendakwa dia telah menerima lima tembakan dan dalam tuntutannya menuduh pihak polis telah melanggar garis panduan operasi (SOP) apabila menembak dari belakang kereta dalam kejadian pada 30 Oktober 2009 lalu. Kejadian tersebut menyebabkan ibu tunggal itu kini mengalami masalah pada pergelangan tangan dan sering sakit di bahagian jantung akibat daripada pembedahan yang dijalaninya di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara selepas insiden tembakan tersebut. "Saya kini sering menggeletar di bahagian tangan dan jantung sering sakit terutamanya apabila cuaca sejuk. "Saya masih trauma dengan insiden ini hinggakan setiap kali terlihat kereta peronda saya akan teringat peristiwa tiga tahun lalu itu," kata Norizan. Disamping itu, Norizan juga melahirkan kekesalannya terhadap pihak polis dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang gagal menunaikan janji untuk memberikan keadilan kepadanya hingga sekarang. Dalam saman yang difailkan, antara tuntutan tersebut ialah gantirugi am, gantirugi khas sebanyak RM18,326 (kos perubatan di IJN), gantirugi teruk/teladan, faedah atas penghakiman keseluruhan pada kadar 8 peratus setahun sejak dari tarikh tindakan ini difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh, kos dan apa jua perintah dan kerugian lain yang difikirkan patut dan sesuai wajar ditentukan oleh pihak mahkamah. Ibu kepada plaintif, Siti Alimah Amin kecewa dengan tindakan pihak polis yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab malahan tidak memberikan keadilan kepada anaknya tersebut. "Mereka (polis) bukan sahaja tidak melawat malahan mengambil sikap lepas tangan. Hishammuddin pun sama, mana janjinya untuk memberikan keadilan anak saya ini? "Sudah hampir tiga tahun, pelbagai janji yang dibuat hingga kini belum ditunaikan. Kini anak saya kena tanggung perubatan sendiri, hospital sudah menghantar surat ke rumah untuk menuntut pembayaran," kata Siti Alimah. Peguam yang mewakili Norizan, N. Surendran dan Latheefah Koya juga mencabar untuk kerajaan dan PDRM tampil untuk bertanggungjawab ke atas cubaan membunuh yang dilakukan oleh pegawai polis yang menembak dan mencederakan Norizan. "Saya cabar kerajaan dan polis untuk bertanggungjawab ke atas cubaan membunuh. Ini adalah cubaan membunuh.Saya mahu mereka bertanggungjawab!" kata Surendran. Dalam kejadian sekitar jam 3.00 pagi, Norizan duduk di kerusi belakang kereta Proton Waja bersama empat orang rakannya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur. Ketika melalui lebuh raya MRR2, sebuah kereta MPV memintas dari sebelah kiri dan melepaskan tembakan dengan pistol ke arah keretanya. Peluru menembusi kereta yang dinaikinya dengan lima tembakan mengenai dirinya, salah satunya terkena pada dada sehingga darah mengalir tanpa berhenti. Norizan cuba meminta tolong tetapi dibalas pula dengan tendangan polis dan kemudiaan belakangnya dipijak hingga mengakibatkan dua tulung rusuknya retaknya. Norizan kemudiaan dihantar ke HKL untuk dirawat dan empat hari kemudian (4 November 2009) dihantar ke Institut Jantung Negara. Setelah keluar, Norizan dikehendaki membayar RM20,000 kos rawatan tetapi bukan pegawai polis yang mencederakannya atas alasan Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Norizan pada April 2010 juga telah menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin mendesak supaya tindakan diambil terhadap anggota polis yang didakwanya bertindak tidak mengikut undang-undang dengan menembak dan mengasarinya. Memorandum berkenaan juga menyifatkan kes tersebut sebagai "cubaan membunuh" dan "serangan kejam" ke atas Norizan. Malangnya hingga kini mangsa tersebut masih belum mendapat pengadilan malahan penolong pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Mohd Kamaruddin Md Din pada Jun dalam satu kenyataan memutuskan tiada sebarang pertuduhan terhadap pegawai polis yang terbabit dalam kejadian tersebut. -TMI klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan